insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Showing posts with label ..media... Show all posts
Showing posts with label ..media... Show all posts

Saturday, May 11, 2013

bersyukurlah kepada Ahmad Said



Kehadapan MB,


Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan2 BN kalah dalam projek perumahan rakyat sepertimana dirakam dalam sidang media selaku MB. ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way. 

Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah DUN yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di DUN yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka. 

Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidak-kah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking.

Begitupun Dato' Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh2 agar orang PAS langsung tidak mendapat apa2 sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN. dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan.

Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.

Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.

Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!

Sekian daripada saya.

Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi luar Kawasan.


Thursday, January 12, 2012

Dato' Dr Hassan Ali : buktikanlah!


Bismillah walhamdulillah.

Hassan Ali bukanlah satu figura yang kecil di Malaysia. andai diumpil sosok silamnya, Hassan Ali sangat sinonim dgn Program Summer Camp, Smart Learning dan pelbagai program motivasi yg lain anjuran AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia) di bawah kelolaan beliau. Beliau yang pernah diangkat memegang jawatan tinggi kerajaan, sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara JPM suatu ketika dahulu, memilih untuk menganggotai PAS, dan seterusnya mendaki tangga kepimpinan sehingga pernah merasa jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Umum mengetahui berita pemecatan Hassan Ali daripada PAS, dan secara pukal menyifatkan PAS tidak wajar mengambil tindakan sedemikian lantaran pengaruh beliau yang bukan sahaja sedikit dalam kalangan pendokong gerakan PAS sendiri. Di saat Umno sedang bertarung bagi menafikan persepsi ramai yang menyifatkan politik perkauman tajaan mereka sudah tidak relevan, krisis pemecatan seumpama ini difahami ramai tidak menguntungkan PAS.

Dalam kita bergerak sebagai satu organisasi, matlamat organisasi haruslah menjadi keutamaan berbanding pencapaian sendiri. Pasukan bola sepak sendiri pun masih memerlukan disiplin yang tinggi, kepatuhan kepada manager, dan strategi yang baik dalam memburu kemenangan. Dan sekiranya setiap pemain diberikan peluang untuk mencerap corak tersendiri, persefahaman gagal dicapai seterusnya membawa kepada kekalahan pasukan.

Begitu juga dengan PAS, ada disiplin parti yang harus disempadani, juga wujud manhaj perjuangan yang perlu dituruti. Kekerapan beliau membuat kenyataan terbuka, yang mengkritik dasar parti membuatkan ahli bawahan PAS mula tidak senang duduk. Tuduhan 'tidak-bersetuju' dengan negara berkebajikan yang sudah disimen kemas pada pusaranya dibimbangi bakal menimbulkan polemik yang lebih besar seandainya tidak dibasmi lebih awal.

Strategi PAS dalam menggantikan Islamic State kepada Welfare State bukanlah satu bentuk penyelewengan PAS. Tuduhan PAS tidak istiqamah dalam memperjuangkan Islam adalah silap. Imbau kembali bagaimana ralatnya reaksi sahabat apabila perjanjian Hudaibiah dimaterai. Kalimah Bismillah, Rasulullah yang digugurkan, akta-akta yang dipersetujui baginda Rasulullah dilihat lebih menguntungkan pihak kuffar. Tapi, amati sendiri impak daripada toleransi Nabi, dalam PAS berusaha meneladani.

Sangat malang seandainya figura Hassan Ali tidak lagi membawa panji PAS, namun dalam mendepani zaman, PAS melihat, ini adalah jalan yang terbaik. Andai disingkap sirah para sahabat Rasulullah terdahulu, kita menyaksikan betapa Khalid al-Walid sendiri pernah dipecat daripada jawatannya. Mengapa? Bukan kerana kelemahan Khalid, bukan juga kerana kekurangan, namun disebabkan keperluan untuk meyakini Allah lebih daripada yakin kepada seorang Khalid al-Walid.

Cukup indah ungkapan Khalid, "sesungguhnya Allah-lah yang tahu setiap yang terbaik untukku. di kala aku menjadi pemimpin, mencari kemenangan adalah sasaran. namun tatkala aku dipecat, cita-cita syahid akan bersemarak." Justeru, walaupun Hassan Ali dipecat, mengklasifikasi beliau munafik, adalah silap, menelah futur dari perjuangan juga tidak tepat. Ingatlah para jundullah sekalian, jalan dakwah cukup luas, sedangkan PAS hanya-lah satu wasilah. Apapun, beliau masih diberikan peluang merayu, dan "Dato', masa untuk membuktikan kesetiaan Dato' kepada perjuangan telah tiba. Buktikanlah, betapa saya tidak silap meyakini keikhlasan Dato',"

Wallahua'lam.

izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Wednesday, October 19, 2011

HIMPUN. satu pandangan.


Bismillah walhamdulillah.

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

mohamad izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Thursday, September 29, 2011

senyum. bersenyum. kesenyuman.


Bismillah walhamdulillah.

Perubahan tampuk kepimpinan bagi sesebuah organisasi merupakan sebuah norma bagi sebuah realiti kehidupan. proses penggantian ini dinukilkan penuh jelas menerusi sirah2 nabawiyyah yg memperlihatkn setelah wafat baginda nabi, khulafa' rasyidin mekar sebagai pengganti. tumbangnya khulafa', muncul umayyah, abbasiyah dan uthmaniyyah sebelum kejatuhan Islam selaku pencorak tamadun dunia ketika itu.

Allah swt menceritakan dlm al-Quran betapa wujudnya kerajaan2 yg besar yg mendominasi dunia tatkala zamannya. Kerajaan Firaun, kerajaan Sulaiman as, kerajaan Iskandar Zulkarnain, semuanya bermula, dan berakhir. jatuh bangun sesebuah kerajaan merupakan fitrah yang ditetapkan oleh Allah sesuai dengan kelemahan kita sebagai makhluk. sesungguhnya hanya Dia-lah Pemilik Segala Kerajaan.

Kegilaan manusia kepada kuasa, bukan baru shaja diperkenalkn oleh kerajaan BN pada dasawarsa ini. Malahan, menerusi kalamNya, Allah menceritakan bagaimana Firaun pada zamannya lagi, mengupah ahli nujum utk meramal jatuh bangun kerajaan besarnya. bilamana ahli nujum berfirasat bahawa akan jatuh kerajaan Firaun drp seorang llaki drp keturunan Bani Israel, maka seluruh batalion askarnya dikerah untuk membunuh setiap bayi lelaki yang dilahirkan.
Namun, kuasa Allah jauh mengatasi upaya hambaNya. Musa as, yang dihanyutkan di sungai Nil menambat hati Asiah, si permaisuri raja. pujuk rayu isteri, membuatkan Firaun setuju membela Musa as, sebagai anak angkatnya. Nah, lelaki yang meranapkan kerajaan Firaun, dibesarkan di istana mewahnya sendiri. mahligai besarnya menjadi pelindung kpd seorang Nabi Allah. begitulah, indahnya perancangan Allah.

Di sebalik kegilaan zaman ini, usahlah risau para pejuang sekalian. agenda pemutihan warga asing yang dibimbangi bakal mendaftarkan sekalian pengundi. tuntutan2 Bersih yg sekadar dipandang sepi. gendang perkauman yg dipalu. teka-teki kemerdekaan Malaysia klip Undilah yg di-gam media. kes2 mahkamah yang terbengkalai. undang2 Allah diperlekeh. video seks, perbualan lucah. akan muncul apakah lagi selepas ini?

Namun, mereka berhak takut. yang menentang mereka bukan hanya kita. tp jiwa mereka sendiri. di sebalik lantang lidah bicara, tergugat jua pegangan di dada. keadilan di dunia, di mana bahagia? buatlah apa jua. mansuh akta apa. karikaturkan segenap rupa. keluarkan video2, rakaman2 lama. tapi INGAT! balasan Allah itu ada.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(surah Ali ‘Imran ayat 26)

Senyumlah. kita ada Dia di atas yang memerhati segala. dan kemenangan Islam itu tetap akan tiba, dengan apa jua cara meskipun ia tidak disangka2. bila mana Allah berkehendakkan ia, rancanglah apa sahaja. rujuklah siapapun ia. percayalah, Allah Maha Berkuasa, dan Dia-lah pemilik segala upaya. *senyum* :)

may Allah bless. wallahua'lam.

Sunday, January 23, 2011

bila kita terlupa pada tanggungjawab.


Bismillah walhamdulillah.

Dakwah merupakan tanggungjawab, yang bukan sahaja terbeban di pundak ahli gerakan Islam seluruh dunia, tetapi juga sepatutnya dipikul bersama oleh para penganut Islam yang lain. Ini jelas digambarkan oleh Allah swt di dalam al-Quran, "tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku" - az-Zariyat : 56.

Prof Dr Yusuf al-Qardawi menghuraikan dalam bukunya, al-Ibadah Fil-Islam, sesungguhnya proses pengabdian kepada Allah tidaklah terhad kepada solat, puasa, zakat dan haji, mahupun perkara-perkara yang berkaitan Islam seperti musabaqah al-Quran, maal Hijrah semata-mata sebagaimana pemahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa mengamalkan Islam). Ramai yang beranggapan, apabila telah menunaikan fardhu tersebut, mereka telah menyempurnakan hak mereka terhadap Allah sepenuhnya. Kewajiban 'ubudiyyah kepada Allah sebenarnya merangkumi aspek yang lebih luas seperti ; 1)menyeru masyarakat kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemungkaran 2) berjihad di jalan Allah.

Sebahagian besar daripada kita, meninggalkan apa yang diistilahkan sebagai da'wah. Dakwah adalah ajakan seorang Muslim kepada orang lain, baik sesama Muslim mahupun kepada bukan Muslim untuk menuruti perintah Allah dan menjauhi Firman Allah ; "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Dialah yang mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalanNya laranganNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." - an-Nahlu : 125.

Situasi di Malaysia hari ini, memperlihatkan umat Islam 'dilihat' meninggalkan golongan non-Muslim untuk sama-sama beriman kepada Allah. Sedarkah kita? Betapa tugas selaku khalifatul ard' jelas termaktub supaya mengajak sahabat2, cucu cicit Adam dan Hawa supaya memperakui Allah selaku satu-satunya Tuhan yang layak disembah? Akan tertahankah tegak kaki kita seandainya dipersoalkan di mahkamah Allah kelak? Ini amat rumit sementelah sikap kita selaku Muslim yang tidak menjadi qudwah yang baik itu sendiri. Tambahan pula, beban amanah ini lebih dirumitkan lagi apabila pihak yang berkuasa tidak meletakkan perhatian yang secukupnya kepada golongan bukan Muslim.

Sebagai pemimpin yang mengaku Islam, sepatutnya anda berasa bertanggungjawab untuk menyebarluaskan pemahaman Islam kepada masyarakat di bawahnya. Tidak cukup baikkah Islam untuk didokongi? Tidak cukup indahkah Islam untuk diketengahkan? Tindakan mengelirukan ajaran Islam kepada masyarakat bukan Islam amatlah menghairankan. Kalau bukan kita, sebagai orang Islam, untuk memberi kefahaman kepada mereka (bukan Islam), siapa lagi?

Tergamakkah kita, selaku pemimpin Islam memperlekehkan kaedah perhakiman Islam di hadapan orang-orang bukan Islam? Perbuatan menakut-nakutkan mereka seumpama itu dikhuatiri menjauhkan minat sekaligus menggagalkan misi dakwah kita. Walaupun benar hidayah milik Allah, tetapi pilihan untuk berusaha masih di genggaman kita. Bukan sekadar usaha biasa-biasa, tapi usaha bersungguh-sungguh.

Mengemudi bahtera dakwah ternyata tidak mudah. Ada ketikanya arusnya berpusar, diterpa ribut, disesah badai. Namun, percayalah orang Islam sekalian. Ia seumpama gerhana yang sementara cuma.

Izzat Ghazali.
Lawsoc IIUM.

Wednesday, January 19, 2011

debat : tidak perlu atau tidak mahu?


Bismillah walhamdulillah.

Apabila seorang pemimpin sistem duo-parti di Malaysia mengeluarkan pelan tindakan (plan of action-POA) sekiranya gabungan parti pimpinannya memenangi pilihanraya berteraskan sistem demokrasi, secara tiba2, pemimpin gabungan parti yg satu lagi mula tidak senang. kenyataan beliau betapa POA yang didakwa populis itu akan menyumbang kepada terjunamnya ekonomi Malaysia.

Sebagai mahasiswa, kami percaya mungkin terselit sebuah kebenaran trhadap dakwaan pemimpin politik terkenal itu, kerana parti gabungannya membentuk kerajaan dlam PRU yg lalu. Namun, kami gusar, kerana keputusan2 kerajaan kebelakangan dilihat membelakangkan perkembangan ekonomi itu sendiri.

Warga Mahasiswa Warga Berfikir.

Justifikasi kami yang pertama, kenaikan harga komiditi minyak di seluruh sepatutnya tidak menyebabkan ekonomi negara semakin teruk sehingga menyebabkan harga minyak masa seluruh Malaysia diapungkan melampui harga siling. Malaysia selaku negara pengeluar minyak sepatutnya meraih keuntungan berlipat-ganda hasil kenaikan harga minyak masak dunia. Tapi, apa yang terjadi? Malaysia sengsara.

Justifikasi kedua, aliran wang Malaysia ke negara2 luar tidak dilihat dibendung. Kerakusan pemimpin elit yang berbelanja sakan bukanlah contoh yang baik disebalik saranan kerajaan mengurangkan pembelian dan mengamalkan dasar berjimat cermat. Ratusan ribu semalaman semata2 untk penginapan satu rombongan ternyata sebuah pembaziran. Apa yang kami jelas, pemimpin selaku qudwah sepatutnya mula mengamalkan apa yang disarankan kepada kami. Usahlah bermewah2 sementelah kami bersusah2.

Berbalik kpd isu asal, wujud perbezaan pendapat yg ketara dua pemimpin tersohor tersebut hal ini. Pemimpin A beranggapan POA ini mampu menjana Malaysia ke arah yg lebih baik.Manakala pemimpin B pula masih dengan premis POA pemimpin A akan menyusahkan Malaysia. Selaku Mahasiswa yang juga sebahagian rakyat, apa hak kita?

Hak kita adalah untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan pemimpin akan datang. Medium debat dilihat berkesan sebagai wasilah dalam mematangkan penerimaan rakyat terhadap tawaran daripada parti bertanding, apatah lagi apabila melibatkan soal pentadbiran kewangan yang rata2 pada hari ini, dilihat tidak meyakinkan.

Mengapa tidak mahu? Negara2 maju dunia tidak terkecuali dalam pengamalan konsep usaha sebagai usaha meyakinkan rakyat betapa mereka adalah yang terbaik. sebagai contoh mudah debat Barrack Obama dan John McCain di Amerika Syarikat. Usah gusar, yang terbaik akan menang. 'Best man wins'.

Mengapa Mahasiswa memerlukan perdebatan seumpama ini? Mahasiswa adalah golongan pengundi yang berpengaruh dan intelek. Pemimpin masa hadapan akan ditentukan mahasiswa hari ini. Keperluan debat akan meluaskan ruang lingkup mahasiswa mahasiswa yang dilihat sempit dan kaku pada hari ini. Kami Mahasiswa, insyaAllah sudah cukup matang dalam membuat penilaian dan langsung tidak setuju dengan desas-desus yang menyifatkan debat tidak mampu menyediakan alternatif yang baik malah mengakibatkan pecah-belah yang ketara dalam kalangan masyarakat.

Izinkanlah kami, mahasiswa Malaysia, mendapat pendedahan terbuka dalam menentukan nasib Malaysia akan datang.

May Allah bless. Wallahua'lam.

Mohamad Izzat Ghazali.
Persatuan Pelajar Undang-undang Ahmad Ibrahim.



Tuesday, January 11, 2011

komen orang mmg sedap pakcik.

Bismillah walhamdulillah.

Utusan Malaysia - Najib Razak menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan `Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai amat populis tetapi tidak berpaksi di bumi yang nyata kerana tidak membentangkan punca kewangannya kepada rakyat. Menurutnya, terdapat keanehan dan juga amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala benda bersifat populis tetapi tidak ada sebutir pun dibentangkan dari mana punca kewangannya.

``Jadi kalau begitu, bagaimana segala-gala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Justeru katanya, kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

``Malah tidak payah tunggu anak dan cucu dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita negara kita jadi macam negara Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

SelangorKini : Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak masuk akal apabila membidas Pelan 100 Hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Dalam kenyataan itu Najib berkata apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Tegas Pua, apa yang dicadangkan Pakatan Rakyat di dalam 'Buku Jingga' hanya separuh daripada bajet yang dibentangkan Najib di dalam Parlimen Oktober lalu.

"Saya rasa Najib kena pergi balik ke sekolah untuk buat kira-kira bajet beliau. Kalau kerajaan mampu bina satu MRT bernilai RM40 bilion, bina Menara Warisan Merdeka RM5 bilion, bina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLFID) yang bernilai RM26 bilion.

"Yang kita cadangkan itu hanya sebahagian daripada bajet yang Barisan Nasional ingin gunakan untuk projek mega ini.

"Saya rasa kritikan yang dibuat Perdana Menteri langsung tidak berasas kerana mengikut perkiraan kami kita akan membuat perbelanjaan yang kita cadangkan melalui perbelanjaan yang lebih amanah dan sistem terbuka termasuk tender terbuka," kata beliau

Ujarnya, dengan cara tersebut kerajaan dapat menjimatkan lebih banyak wang dan mengurangkan ketirisan daripada rasuah, pembaziran, kecuaian dan lain-lain. Berhubung dakwaan Najib negara bakal bankrap disebabkan program tersebut, apa yang pasti kata Pua jika BN terus dengan perbelanjaan cara mereka di mana defisit terus meningkat, apa yang diramalkan Najib pasti berlaku.




Wednesday, January 5, 2011

Setiausaha Kerajaan Selangor


Bismillah walhamdulillah.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin, mengundang polemik berterusan daripada pelbagai pihak, baik penjelasan daripada kerajaan pusat, mahupun bantahan daripada kerajaan negeri. Namun saya percaya, isu ini insyaAllah akan dapat diselesaikan sekiranya semua pihak kembali ke pangkal jalan dan mencari titik penyelesaian dalam konflik ini.

Selaku pendalam jurusan perundangan, kita mengakui asas pembentukan Malaysia adalah berdasarkan semangat persekutuan. Kita bukanlah 'Unitary Government' sebagaimana Thailand. Merujuk kepada perjanjian persekutuan yang sama-sama ditandatangani oleh Negeri-Negeri Bersekutu (FMS) dan Negeri-Negeri Bukan Bersekutu (UFMS) pada 2Februari1948. Perjanjian persefahaman itu diwujudkan demi membangkang usaha British untuk mewujudkan Malayan Union (MU).

Daripada fakta ini, saya mengajak anda sekalian berfikir, andai kewujudan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang mentadbir negara ala MU? Bukankah memperkasakan semangat Persekutuan itu sepatutnya menjadi keutamaan rakyat? Terbukti, dengan menguatkan doktrin Persekutuan yang bukan sahaja diamalkan Malaysia malah negara-negara lain di dunia, asas negara akan lebih subur mengukuh.

Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini. Seperti juga negeri-negeri lain, kerajaan Selangor memiliki sistem legaslatif tersendiri, kerana Selangor memiliki Dewan Undangan tersendiri. Selangor mempunyai kerajaan sendiri, ahli-ahli legislatif tersendiri yang dipilih sendiri oleh rakyat Selangor. Kerajaan Selangor diketuai oleh seorang Menteri Besar yang dipilih oleh majoriti ADUN. Dan beliau adalah Abdul Khalid Ibrahim.

Bukan sahaja berperanan sebagai pelajar IPT malah seorang rakyat yang menjunjung tinggi semangat Persekutuan, kerajaan persekutuan mestilah menjalinkan hubungan dengan Selangor berlandaskan semangat tersebut. Kerajaan Persekutan haruslah menghormati kedaultan Kerajaan Selangor. Andaikata ia tidak diamalkan, secara mudah, kerajaan Persekutuan tidak menghormati hak rakyat Selangor.

Suka saya menyebut betapa kedaulatan kerajaan Persekutuan datang daripada kedaulatan negeri-negeri yang bernaung di bawahnya termasuklah Selangor. Jika Selangor tidak dilihat berdaulat, maka kerajaan Persekutuan juga akan dilihat tidak berdaulat. Justeru, demi kembali mengangkat martabat Malaysia, ada eloknya kerajaan persekutuan menghormati kedaulatan Selangor.

Mohamad Izzat Ghazali.
Persatuan Pelajar Undang-Undang.
Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...