insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, July 15, 2026

Aku berlindung dengan syaitan & POLITIK.

Bismillah walhamdulillah. 

Sementara tengah MC ni, saya nak kongsikan sikit tentang ungkapan yg masyhur disebut oleh Syeikh Badiuzzaman Said an-Nursi ni. 

Kata beliau, aku berlindung diri daripada syaitan & politik. 

Pelik kan? 

Kita tahu yang politik adalah jalan (wasilah) ke arah kuasa - yang membolehkan Islam dilaksanakan dengan syumul. 

Tapi kenapa seorang ulama' besar sebut gitu? 

Antaranya ada dua sebab : 

Pertama, sebab jalan dalam politik ni kadangkala terlalu kotor (jahat). Kalau orang baik berada di dalamnya, maka dia pun boleh sesat dengan kejahatan dlm politik. 

Rujuk balik pesan Nabi yang sebut - tingkahlaku kita akan terikut dengan teman² kita, jadi perhatikanlah dengan siapa kita luangkan banyak masa.

Selari dengan Nabi kata - kawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi & kawan dgn tukang besi dapatlah bau asap. 

Berada dalam politik ni buatkan seseorang bergelumang dgn kawan² politik yang boleh buat sampai apa yg dulunya kita rasa salah - tapi kita jadi biasa - sebab semua kawan (dalam politik) kita buat. 

Bahaya normalisasi. 

Dan kedua, sebab candu kuasa. 

Syeikh mintak berlindung daripada politik sebab kuasa ni memabukkan kita. 

Buat kita jadi ketagih. 

Buat kita rasa tak cukup dengan apa yang ada, tamak. 

Ada orang yang mulia dengan kuasa, namun lebih ramai orang yang dihina kerana kuasa. 

...

Dan sebab itu, politik bukan untuk kita - orang biasa². 

Yang amalnya mungkin tak seberapa. 

Ilmunya pun sikit, ibadahnya kurang. 

Masanya terhad - bahagi dengan kerjaya, untuk keluarga, isteri & anak², dengan mak ayah adik beradik pun kadang tak cukup. 

Kita biarkanlah orang² yang berani menanggung beratnya amanah ni. Dan kita sokonglah mereka sebaik mungkin. Sebab mereka sanggup & mampu untuk pikulnya untuk kita yang lemah ni. 

Menjadi ahli politik ni bukan untuk semua. 

Kita gunakanlah wasilah politik ni untuk buat bekalan amal, buat tambah ilmu, ruang bakti & jadi orang bermanfaat. 

Jangan kemaruk & berebut nak jadi orang politik. 

Sebab pada akhirnya, Nabi sebut - kuasa ni akan jadi penyesalan besar untuk kita di hari Kiamat kelak. 

Nauzubillah. 

Moga bermanfaat. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...