insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, July 15, 2026

Aku berlindung dengan syaitan & POLITIK.

Bismillah walhamdulillah. 

Sementara tengah MC ni, saya nak kongsikan sikit tentang ungkapan yg masyhur disebut oleh Syeikh Badiuzzaman Said an-Nursi ni. 

Kata beliau, aku berlindung diri daripada syaitan & politik. 

Pelik kan? 

Kita tahu yang politik adalah jalan (wasilah) ke arah kuasa - yang membolehkan Islam dilaksanakan dengan syumul. 

Tapi kenapa seorang ulama' besar sebut gitu? 

Antaranya ada dua sebab : 

Pertama, sebab jalan dalam politik ni kadangkala terlalu kotor (jahat). Kalau orang baik berada di dalamnya, maka dia pun boleh sesat dengan kejahatan dlm politik. 

Rujuk balik pesan Nabi yang sebut - tingkahlaku kita akan terikut dengan teman² kita, jadi perhatikanlah dengan siapa kita luangkan banyak masa.

Selari dengan Nabi kata - kawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi & kawan dgn tukang besi dapatlah bau asap. 

Berada dalam politik ni buatkan seseorang bergelumang dgn kawan² politik yang boleh buat sampai apa yg dulunya kita rasa salah - tapi kita jadi biasa - sebab semua kawan (dalam politik) kita buat. 

Bahaya normalisasi. 

Dan kedua, sebab candu kuasa. 

Syeikh mintak berlindung daripada politik sebab kuasa ni memabukkan kita. 

Buat kita jadi ketagih. 

Buat kita rasa tak cukup dengan apa yang ada, tamak. 

Ada orang yang mulia dengan kuasa, namun lebih ramai orang yang dihina kerana kuasa. 

...

Dan sebab itu, politik bukan untuk kita - orang biasa². 

Yang amalnya mungkin tak seberapa. 

Ilmunya pun sikit, ibadahnya kurang. 

Masanya terhad - bahagi dengan kerjaya, untuk keluarga, isteri & anak², dengan mak ayah adik beradik pun kadang tak cukup. 

Kita biarkanlah orang² yang berani menanggung beratnya amanah ni. Dan kita sokonglah mereka sebaik mungkin. Sebab mereka sanggup & mampu untuk pikulnya untuk kita yang lemah ni. 

Menjadi ahli politik ni bukan untuk semua. 

Kita gunakanlah wasilah politik ni untuk buat bekalan amal, buat tambah ilmu, ruang bakti & jadi orang bermanfaat. 

Jangan kemaruk & berebut nak jadi orang politik. 

Sebab pada akhirnya, Nabi sebut - kuasa ni akan jadi penyesalan besar untuk kita di hari Kiamat kelak. 

Nauzubillah. 

Moga bermanfaat. 









Wednesday, January 28, 2026

Gajah Depan Mata Tak Nampak

Bismillah walhamdulillah. 

1- Era langit terbuka ni ada bahayanya yang kita tak nampak. Kalau dulu hati boleh tenang tenteram sebab kita tak tahu - tapi sekarang kita jadi makin mudah tak puas hati, asbab tahu semua. 

2- Termasuklah tahu yang ada member dapat 'lebih' daripada kita. Padahal kita dengan dia, kita lagi bagus, lagi baik, lagi pandai, lagi rajin. Tapi dia pulak yang dapat banyak. Ish tak adil la. 

3- Dengki memang wujud, Islam golongkan ia sebagai salah satu sifat mazmumah. Kenapa Allah buat jugak padahal ia dicela, sebab Dia nak uji kita. Dunia kan tempat ujian? 

4- Jadi bila tengok media kawan² kongsi, orang ni dapat harta ni, orang tu dapat nikmat tu - kita pun rasa, kenapalah Allah tak bagi kat aku sama? Padahal aku lagi ..... 

5- Sedangkan, Allah ni Maha Adil. Itulah iman kepercayaan kita. Tak percaya Allah ni adil, silap² boleh gugur iman kita. 

6- Kita je yang rasa orang dapat lebih, sedangkan pada masa yang sama - orang lain pulak nampak kita sebenarnya yang dapat lebih. 

7- Ah sudah. Siapa sebenarnya dapat lebih ni? 

8- Sebenarnya sama-sama je. Lebih kurangnya ada tepat di sisi Allah. Itulah yang dikatakan Allah Maha Adil. Walaupun kadangkala kita yang tak faham, apa neraca ukuran Allah - tapi kita percaya yang kita semua sama lebih, sama kurang. 

9- Tapi sebab benda yang selalu ada dengan kita ni kita tak rasa special. Tak rasa itulah kelebihan yang orang lain boleh dengkikan sangat². 

10- The elephant in the room. Gajah depan mata. 

11- Islam ajar - tak akan rasa cukup untuk hati yang tak bersyukur. 

12- Makna sebenarnya bukan kita yang dapat kurang pun, tapi kita yang tak reti syukur. Duk sebut dengki kat orang lain. Padahal Allah bagi kita pun cukup banyak dah. 

13- Sentiasa yakin yang Allah ada bersama kita, Allah jaga kita. Tak dapat sama macam orang lain pun takpa, asalkan semua keperluan kita, Allah cukupkan. Dan didik hati untuk selalu syukur. 

Wallahua'lam. 

#EeIsTyping 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...