insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, April 6, 2022

KISAH SURAU TIDAK MESRA KANAK-KANAK

Bismillah walhamdulillah. 

Lama dah tak disini, ini pun tak bercadang nak bertandang ke mari cuma rasanya kalau letak di FB lebih mendatangkan banyak mudarat berbanding manfaat.

Ok bulan puasa pertama di fasa peralihan endemik, so masjid surau dah dibuka luas semula untuk tarawih. 

Dah 2022, semua orang masing² nak meraikan nak maju nak jadi lagi bagus, tapi malangnya ada lagi yang memilih nak kekal @$)#*"+*! menyusahkan orang. 

Saya bawak anak-anak solat sekali, dengan harapan biarlah hati diorang terikat di sini nanti - walaupun dah 2 tahun dipenjara budak² takleh masuk (tapi mall, restoran semua boleh huhu).

Masa isyak, memang rasa seronok. Sebab memang ramai anak² di saf belakang, memeriahkan surau - Alhamdulillah. Tapi ntah orang tua mana takde masa lepas gemilang, lepas solat pergi marah, lain kali takyah datang - katanya. 

Saya tak dengar clear sangat sebab ada jauh, tapi sipi-sipi macam tu lah. 

Hasilnya tarbiyah pakcik tua, separuh budak hilang. Samaada balik rumah, ataupun pergi main kat taman. Nak buat apa duduk masjid kalau kena marah. 

Saya kesian sebab budak² KAFA yang kenal anak saya tadi tu dah takde, maybe dia ajak anak saya join tapi saya tak bagi ke mana². Jadi macam tak syok la. 

Tapi Alhamdulillah bertahanlah jugak sampai 8, yang si adik dah boring sangat, daripada duk diam dia baling kopiah, kacau abang dia semayang. Saya takut kang pakcik tua tu muncul balik, baik saya bawak balik je lah anak-anak ni. Bukan takut dia marah sangat, cuma takut saya yang tak tahan sabar pergi marah dia balik. 

Geram. Rasa nak bawak pergi masjid UIA tengok macamana riuhnya dengan budak². Tapi orang tetap boleh solat, boleh mengaji, boleh baring dengan tenteram. 

Ini rumah Allah, bukan rumah kita. So tak boleh la nak suka² hati halau orang. .

Ingatkan situ je lah pengalaman buruk malan tu. Tapi rupanya ada lagi. 

Masa nak balik, ada pakcik (pakcik lagi, surau ni takde orang muda kot, sebab asyik kena sound je agaknya mana nak lekat) tengah atur kuih untuk moreh. 

Anak² dah excited nak, sebab daripada awal datang dia dah sebut nak makan kuih, makan bubur la apa la (pengaruh Upin Ipin). Saya bersangka baik, cakap la kat anak, gi lah ambik. Mintak dengan pakcik tu. 

Anak saya pergi ambik, pakcik sound. Ini makanan untuk orang sembahyang! Masa tu saya dah turun tangga nak ambik selipar. Tapi anak panggil, Abi Abi. Saya naik balik, saya cakap kenapa ni? Saya jeling, oo kuih. Ada la dalam 4-5 bijik sebekas. 

Dia ulang balik, orang tak habis solat lagi, mana boleh ambik? 

Saya dah panas. Saya cakap kat anak, takpalah pergilah hantar balik. Ini dia punya, bukan yang surau bukan duit orang derma. 

Sebenarnya saya boleh faham kalau dia cakap elok² kat anak, takleh ambik lagi sebab orang tengah witir. Tapi kali ni ambik je lah, bagi muka kat budak. 

Tapi dah nak buat macamana, dia memilih jadi keras. 

Sepanjang balik tu anak tanya, pakcik tu marah dia ke? Saya diam - saya pesan kat anak², dalam hidup ni kita kena bersedia nak bertemu dengan orang² yang jahil (tak tahu), dengan orang² yang jahat (tak baik). Tapi jangan sesekali kita jadi sama macam dia. 

Untuk AJK/petugas masjid, saya pun tak tahulah apa benda yang complicated sangat. Dengan budak ni, Nabi sendiri pun rai je. Akal dia bukan cukup lagi. Dengan budak² yang bising kat masjid, nak datang semata sebab nak makan ni lah akan ada imam, mufti, ulama' untuk bimbing kita masa depan nanti. 

Memang lumrah dia lah budak². Kita nak expect apa? Takkan nak expect dia bukak Quran mengulang hafalan pulak masa orang tengah sembahyang. 

Untuk ingatan saya sendiri masa depan jugak - jangan jadi orang tua yang bodoh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...