insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, October 20, 2017

Karnival Usahawan Desa (KUD 2017)

Bismillah walhamdulillah.

Saat cerita ini ditulis, aku baru sahaja pulang daripada KUD'17 @ PWTC - sebab mak aku ada bukak booth kat sana. Semenjak umur aku 14 tahun, yakni 14 tahun lepas : aku dah belajar terima hakikat yang mak abah aku dah 'bekerja sendiri', terma yang aku mula-mula dengar zaman nak kena isi borang pinjaman buku teks dulu-dulu yang pada akal budak aku bermaksud mak ayah diorang takde kerja, so kadang-kadang ambil upah mesin rumput, atau buat nasik lemak hantar ke kedai-kedai. Dan qadar Allah menetapkan - mak & abah dah termasuk dalam klik 'bekerja sendiri'.

Aku adalah orang yang antara yang terkesan, kalaupun bukan yang paling - pada perubahan sosio-ekonomi keluarga. Bila mana abah antara kakitangan yang diberhentikan dek kerana kegagalan syarikat meneroka sumber bahan mentah baru. Berada di sektor pembalakan sebuah negeri yang rata-rata dihantui dengan operasi haram yang segelintirnya dipayungi pihak berwajib, lebih membuatkan suratan ini semakin tidak dapat dielak. Namun, apalah sangat budak umur 14 tahun faham pasal semua benda ni. Kan?

Bila abah berhenti, dengan sedikit pampasan dan duit simpanan - mak abah setup satu business bakery. Mula-mula bermula dengan kek, kemudian bertambah dengan roti, coklat dan terkini produk frozen. Dan sejak daripada hari itu, dimensi usahawan mula terasa dekat dengan diri. Mak abah rajin join program latihan, kursus, seminar dan segala macam mak nenek lagi anjuran Mara, Jabatan Pertanian, Ketengah, dan macam-macam lagi. Dan secara tidak langsung, bila ada je program-program yang kebetulan kena dengan timing sekolah cuti, mesti aku kena pergi. Jadinya, kefahaman usahawan tu dah diasak semenjak awal remaja lagi dalam diri.

Bukan setakat tu je, bila dah join usahawan ni. Part paling syok ialah pergi meniaga di karnival, ekspo, yang di-initiate bagi membantu para usahawan mengenengahkan, mempromosi, memasarkan produk-produk mereka. Usahawan juga tentunya akan mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jaringan mereka bagi meneroka kerjasama baru yang memberikan manfaat yang lebih bagi mereka. Ia juga membuka peluang kepada para peruncit untuk memilih dan menilai bahan untuk didagangkan di premis mereka. 

Berada dalam kelompok ini, aku sangat yakin, andainya pihak berwajib betul-betul memainkan peranan, kita tidak lagi perlukan produk import dalam memenuhi keperluan penduduk. Contoh mudah, industri bantal. Tidak kurang ada 5 usahawan yang mengusahakan pembuatan bantal, yang secara relatif menawarkan harga lebih murah (kerana mereka tanam pokok kekabu sendiri, dan jahit bantal sendiri), bahan mentah neutral dan dengan kualiti barang yang tidak dapat disamakan dengan bantal buatan kilang sebagaimana pasaran sekarang. Tapi - bila ditanya : bisnes mereka yang prospeknya melangit hanya cukup-cukup untuk tanggung mereka sekeluarga makan. Itu belum cerita lagi, perihal makanan seperti sos, kicap.

Harapnya, pengajuran KUD saban tahun ini, bukanlah sekadar smoke screen, kononnya pihak berwajib sudah membuat sesuatu bagi menghulurkan tangan buat sekalian para usahawan. Buat hati yang mencemuh, ketahuilah padang ini tidak sama rata. Dengan bantuan geran bernilai jutaan, kuasa pasaran, tender kerajaan kepada produk-produk kilang yang kebanyakan daripada luar - cuba bayangkan ; macamana usahawan boleh masuk mencelah?

Moga Allah redhai.


Izzat Ghazali
anak usahawan desa. 

1.54 am
21/10/17
office NAIZ

Thursday, October 19, 2017

Menulis. Biar Jadi Kebiasaan.

Bismillah walhamdulillah.

Aku rasa hampir separuh tahun jugak aku tinggal menulis ni. Sebenarnya bukan tiada apa untuk dikongsi, tapi sebabkan faktor aku dah tua, dan dunia blogger ni dah tak up macam tu. Nak cerita semua perkara dekat Facebook kang lagi disalahertikan sebagai show-off pulak. So akhirnya : tersimpanlah ilham nak menulis tu dalam hati, dan terbenamlah selamanya. 

Bila kadang-kadang aku boring, aku scroll back balik apa yang dah aku tulis kat blog. Dan ia sedikit sebanyak membawa aku kembali ke saat bila mana sesebuah cerita ditulis. Jadinya ia memberikan pengajaran jugak kepada aku, kalaupun bukan pada orang lain - dengan revisited back apa yang dah aku nukilkan kat sini. Kenapa bukan di Facebook, medsos yang kononnya paling up sekarang? sebab Facebook di too mainstream. Semua orang ada kat sana, dan secara pukul rata, majoriti beranggapan dalam dunia hari ini - siapa yang tak wujud kat alam Facebook tu macam dia tak wujud dah kat alam nyata.

Apa yang aku cerita kat Facebook 5 tahun lepas, lebih banyak ditapis, sebab ada mata yang memerhati, ada akal yang membaca, dan ada hati yang mungkin dirasa atas penulisan aku. Yang sebenarnya bukanlah asbab kenapa penceritaan di Facebook. Entahlah. Aku tak tahu pasal apa yang orang lain rasa, tapi bagi aku - kat Facebook ni tempat untuk aku huha huha, get in touch dengan kawan-kawan, dan letakkan apa yang aku nak ingat dalam tempoh mendatang.

Berbeza dengan blog, aku kebanyakan menulis untuk meluahkan sebuah rasa. Yang kadangkala boleh jadi sebab aku bengang dengan someone / something, atau aku tengah rasa sedih, ataupun tengah marah. Jadi the feeling is there. Dalam keadaan aku sedar yang hampir tak ada orang yang baca, so itu bagus. Biar ia jadi bahan bacaan - untuk masa mendatang. 

Cumanya, yang menjadi halangan ialah, kerajinan menulis. Kerjaya guaman ni memang menuntut baca dan tulis yang tak berkesudahan. Dan kononnya untuk release - jangan buat dah apa yang kita dah buat selalu. Kalau kau dah kerja nelayan, takkanlah kau nak redakan tekanan dengan pergi mengail ye dak? Tapi itulah, aku rasa terapi terbaik bagi introvert macam aku - ialah dengan berinteraksi, baik dengan mulut atau dengan tangan. Susahnya luah dengan mulut, ia laju dan kau tak boleh trace back apa mende yang dah terluncur. So jadi masalah lain lagi.  

Dah. Doakan semoga kehidupan aku berjalan tenang. Dengan keluarga, kerjaya, kawan-kawan, perjuangan, dan lain-lain. 

---

Bismillah untuk sebuah rebound. 
insyaAllah.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...