kadangkala ada kata yang tak terucap dek lidah.
titis tangis yang tertahan di empangan mata.
gelora marah yang terbenam dalam dada. resah gelisah yang terenap di sudut jiwa.
rasa kesyukuran yang tak terdefinisi dek bahasa.
bahagia yang bertandang tanpa pergi dari hati.
wadah pengkongsian utk insan bergelar teman.
serangkai kisah hidup utk sebuah perkongsian.
medan utk tangan menari.
yang dilahirkan tuntas di hati.
dari sebatas akal kurniaan Illahi.
demi mengamit cintaMu Ya Rabbi .
22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.
Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?
Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?
Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?
Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.
mohamad izzat ghazali. universiti islam antarabangsa malaysia.
*blog ini terpaksa bercuti buat beberapa ketika bukanlah kerana final exam yg mula menjengah tiba, tetapi kerana kegagalan system wayarless laptop saya yang tidak men’detect’ iium.community*
Selawat dan salam kepada rasul Junjungan, himpunan para sahabat2 baginda, lautan pejuang2 agamaNya tidak kira di mana anda berada, saf2 kepimpinan gerakan Islam, ulama’2 sebagai petunjuk sepanjang zaman, dan para pembaca yang dimuliakan Allah sekalian.
Saya melihat kegagalan orang2 besar di sekeliling kita, termasuklah kamu, dia dan juga saya, memberikan impak negatif yang bukanlah sedikit kepada dunia keseluruhannya. Ketidak-mampuan untuk menjadi qudwah hasanah kepada anak2 buah yang kamu, dia dan saya naungi menghakis kepercayaan mereka terhadap system kepimpinan sekarang. Natijahnya, sokongan, penerimaan, rasa hormat,perhatian dll trhadap kamu, dia dan saya mula luntur. Dan, mereka mula merasakan kehidupan tanpa orang2 besar adlh jauh lebih baik.
Tahukah anda? Tanpa orang bawahan, pimpinan tidak akan wujud, without students university is just a building, tanpa rakyat apa guna kerajaan? Membuktikan, betapa orang2 kecil memiliki suara majority yg jauh lebih berkuasa drp orang2 besar. Namun, kerana stigma ‘diam itu lebih baik’. Suara yang kuat ini sekadar diam, dan bertukar kpd mood ‘mengutuk’, either bercakap dlm hati, mengumpat belakang2, ataupun menunjukkan dgn tindakan sama ada mencalarkan kereta cikgu disiplin, memecahkan tingkap bilik persatuan ataupun memangkah parti lain pada hari pengundian.
Dan kebanyakan orang2 kecil langsung tidak menghiraukan fenomena ini. Tidakkah kalian tahu, dana kepada kepimpinan siapa yang tanggung? Gaji PM adalah hasil cukai pendapatan rakyat, gaji rector datang dari yuran semester pelajar, jadi untuk apa kamu, dia dan saya selaku orang2 besar ni KEREK sangat? Tanpa mereka siapalah kamu? Tanpa mereka siapalah dia? Tanpa mereka siapalah saya? Dan atas dasar apa lagi orang2 kecil mahu boikot Annual Grand Meeting, Perhimpunan Agung, Muktamar Tahunan, Konvokesyen Kebangsaan, Pilihanraya Umum mahupun Kampus ?? Itu duit kita, duit saya, dia dan kamu. Seandainya ia jatuh ke tangan orang yang salah, digunakan utk maqasid yang salah, disebabkan kealpaan kita, tidakkah kita fikir kita akan terlepas drp penghakiman Allah?
“maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya” (al-zalzalah 7-8)
Dan wahai orang2 besar, jangan pandai cakap saja. Kamu, dia dan saya bukan selalunya betul. Berdegar2 percakapan, hanya akan mengundang bencana kepada diri seandainya tidak dititipkan sandaran kepada kepada Allah swt. Kadang2 orang besar merasakan mereka lebih pandai drp orang2 kecil walaupun di lapangan berbeza dengan bidangnya. dan orang2 kecil juga menyalahkan orang2 besar kerana tidak menjaga kebajikan mereka. dan orang2 kecil turut terlupa yang orang2 besar byk berkorban utk mereka tnpa mereka sedar.
Begitulah sebuah cerita. Tentang orang kecil dan orang besar. Indahnya perencaan Allah mencipta kisah untuk kita sertai dan hikmah untuk kita hayati disebaliknya.
terpampang jelas kt dada2 akbhar, tiang2 lampu jalan raya, mesej2 promote ttg kdatangn inche Adam Lambert k Malaysia. ntah sape pakcik ni pon, aku x knal sgt, sbb xpnah tgok pon american idol. cet! buang masa aku ad r. =)
tp, mnurut paper lma2 yg aku cilok dr cafe, budak Adam adlh sorang yg scra ikhlas mngaku dia GAY. youtube pon ad video psl nih. aku jd risau sbnarnya, mgkin dsbbkn ketaksuban kita kpd dunia (hiburan) melalaikan kita dgn amnd impak kpd kdtgan dia 2.
trend GAY ni sbnarnya da lama menular kt bumi Malaysia (xcaya g belek Mastika) n kesudian pihak2 terbabit menghamparkn karpet merah kpd incik Adam sekaligus memperlihatkn yg kita menerima budaya ini? oit! xkn xd artis len sgt yg korang leh jemput ea? justin bieber pon OK ap? haha.
dan sila tanya diri anda. untuk apa sebenarnya kita jemput dia datang ni..?
Panjang saya tersengih bila baca kat paper kt Pulau Pinang ada sekumpulan orang2 yang tak tahu, ditipu oleh orang yang ‘warak’, memulangkan duit daripada Kerajaan Guan Eng kerana dikhuatiri duit tu, duit haram. Alahai, Malaysia ku yang indah. Hahaha. Dah desperate sangat ni kot? Err, media ni xd penasihat agama ke apa ek? Macam 2 pon bleh masuk paper k? adeh. Sehubungan dengan itu, akan ada larangan2 seperti di bawah ;
Satu – Jangan beli barang di kedai Cina kerana mungkin barangan di kedai itu dibeli oleh Cina itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Dua – Jangan naik teksi yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin teksi itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tiga – Jangan masuk pasaraya yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin Cina itu membayar sewa pasaraya itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Empat – Jangan hadiri rumah terbuka atau jamuan yang dibuat oleh Cina MCA kerana mungkin makanan yang dihidang (walaupun halal) dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lima – Jangan baiki kereta di workshop Cina kerana mungkin peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Enam – Jangan isi minyak di stesen minyak milik orang Cina kerana mungkin bayaran minyak itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tujuh – Jangan makan buah rambutan yang diberi oleh orang Cina kerana mungkin dia membeli baja pokok rambutan itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lapan – Jangan bekerja dengan majikan Cina kerana boleh jadi dia membayar gaji dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sembilan – Jangan masuk ke rumah Cina kerana mungkin rumah itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sepuluh – Jangan berkahwin dengan anak dara Cina kerana mungkin bapanya berkahwin dengan ibunya menggunakan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Sebelas – Jangan lalu di atas jalan di perkampungan orang Cina kerana mungkin jalan itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Dua Belas – Jangan guna broadband kerana mungkin biaya membangun teknologi broadband itu adalah daripada duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Tiga Belas – Jangan makan ikan yang ditangkap oleh nelayan Cina kerana mungkin pukat yang diguna dibelli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Empat Belas – Jangan duduk dekat dengan orang Cina yang pakai minyak wangi takut tercium minyak wangi yang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Lima Belas – Pulangkan balik baki belian barang di kedai Cina kerana mungkin duit baki yang dipulangkan itu adalah duit judi. Duit judi adalah HARAM.
Ini bahana bila tiada penekanan ILMU dalam hidup. Sila g ngadap buku lah wei!! Bawak2 r g dengor surau 2..
Benarlah peringatan baginda Rasulullah beberapa dasawarsa yang lalu, akhir zaman itu akan tiba bila masa itu berlalu dengan begitu pantas sekali. Dan terasa bagai semalam, saya dan keluarga berbaju kuning menyambut Aidilfitri. Hingga jiwa tersedar kembali, baharulah saya tersedar yang kami sudah memiliki purple sebagai tema tahun ini. Alangkah cepatnya masa berjalan, pergi tanpa kembali lagi. Selaras dengan teka-teki al-Ghazali terdahulu, apakah perkara paling jauh? Dan jawabnya, masa yang telah pergi. Dan, ia bukan sahaja tersangat jauh malah ia tidak mungkin akan kembali. Lagi.
Hari ini adalah kenyataan bersama semalam sebagai kenangan dan esok menjadi harapan. Saya dan kamu2 sekalian, pastinya tidak akan mengetahui keadaannya esok. Kekal sebuah rahsia untuk kita. Dan, sama2lah kita berimpi, agar tetap nafas ini dihela untuk saat2 berikutnya. Ironinya, kita merancang untuk masa depan yang entahkan ada atau tidak bukan? Begitulah Allah menduga kita. Dan disinilah keperluan untuk ‘berserah diri’ sangat mendesak.
Berserah diri kepada Dia lantaran kita sangat tidak mengetahui apa yang menanti di depan sana. Berserah diri kepada Dia bila mana kita hanyalah peminjam tegar kepada semua nikmatnya. Berserah diri kepada Dia kerana kita hanyalah sekadar makhluk ciptaannya yang lemah tidak berdaya, dan diangkat sebagai khalifatul ardh dengan kurniaan sejalur akal, sebagai ciptaan yang tebaik, perbezaan dengan jutaan buatanNya yang lain. Dan kita, saya dan kamu, masih tetap degil untuk mengerti. Bukan? Dan nikmat Dia yang mana lagikah ingin kita dustakan?
Pulanglah wahai jiwa kepada fitrah asalmu, yang pernah bersaksi bahwa Allah-lah satu2nya zat yang harus ditaati. Sedarkah? Kita lah golongan yang rugi. Yang masih lagi menanti petanda2 lain agar hati lebih tergerak untuk mengerti. Sementelah banyak peringatan telah diungkapkan, tetapi kita tidak memahami.Berserahlah wahai diri. Berserahlah kepadaNya. Hanya untukNya. Kerana hidup ini bukan hanya untuk di sini hari ini, malah juga di sana esok hari.
Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang memahami sekaligus tergolong dalam mereka yang tidak rugi. Wallahua’lam. May Allah bless.
Bismillah walhamdulillah. Rentetan tuntutan tanggungjawab di permulaan semester ini, sedikit sebanyak mengganggu rentak tari tangan dipacu untuk memenuhi blog dengan posting2 baru. Namun, dengan tindakan tidak bertanggungjawab lucu kerajaan menyelaraskan subsidi sewaktu krisis taraf hidup semakin meningkat ini, saya menggagahkan diri untuk turut sama menyertai gerakan menyedarkan masyarakat betapa penarikan subsidi dalam hal ini, adalah sangat tidak wajar.
Program Rasionalisasi Subsidi bagi saya adalah sebuah nama yang comel baik untuk menghalalkan tindakan ini. Tunjang dasar baru ini adalah untuk memperhalusi subsidi2 yang kerajaan berikan sekaligus mengingatkan rakyat jelata supaya tidak menjadi budak manja dengan hanya sekadar menanti dihulurkan sesuap subsidi. Ironinya, memanda menyifatkan penyelarasan harga ini akan memberikan pulangan sebanyak RM750 juta sambil kita digemparkan dengan perbelanjaan RM3.8 billion oleh Jabatan Perdana Menteri seperti mana dinyatakan di Dewan Rakyat baru2 ini.
Sedikit menyakitkan hati sebenarnya, di saat Parlimen bersidang, langsung tidak kedengaran ura2 betapa harga barang akan naik lagi, dan kali ini di bawah nama penstrukturan subsidi. Pimpinan Pakatan Rakyat sebagaimana dipetik menyifatkan tindakan membelakangkan dewan yang mulia itu dilihat seolah menafikan hak rakyat secara keseluruhan bila mana wakil2 yang dipilih rakyat tidak diberi peluang untuk membincangkan mekanisme yang lebih baik, sebagai alternative selain daripada menyiksa rakyat jelata di bawah. Kenaikan ini sepertimana biasa, tidak membebani golongan atasan seperti saff Menteri, sebaliknya golongan marhaen ( 75% dari penghuni Malaysia) di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan pasti akan menerima impak yang besar.
Apapun, saya mengambil pendekatan memuji tindakan kreatif kerajaan apabila menasihati mengugut pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik’. Sekurang2nya usaha membodohkan rakyat dapat dikonsistenkan, dalam setiap agenda kerajaan.Saya risau dengan trend seperti ini, kepercayaan rakyat kepada susuk kepimpinan kerajaan akan berkurangan. Dengan situasi politik yang semakin tidak terkawal ini, saya selaku mahasiswa prihatin mengingatkan kerajaan supaya tidak mencabar kuasa rakyat dalam hal ini. Memilih untuk menaikkan harga barangan keperluan sekaligus terus menindas golongan miskin, padahal langkah penjimatan di peringkat elit boleh dikuatkuasakan. Pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi bukannya tidak boleh ditarikbalik. Bukankah dengan itu juga kerajaan juga boleh berjimat? Mengapakah hanya kami golongan bawahan sahaja yang harus berjimat? Sedangkan kalian yang terbukti boros dengan wang kami dibiarkan hidup mewah? Tidakkah golongan atasan teringin untuk turut sama berkongsi derita rakyat bawahan dalam ini? Di mana sebenarnya kesungguhan kerajaan dalam usaha menjimatkan perbelanjaan Negara?
Secara mudah, suka saya mengingatkan betapa subsidi adalah tanggungjawab kerajaan. Di samping kekayaan Negara yang pernah diiktiraf sebagai semenanjung emas suatu ketika dahulu, ditambah dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berterusan percaya betapa tidak wujud sebarang kepincangan dalam pengurusan dana Negara. Saya secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan alasan rakyat Malaysia tidak sedar diuntung terhadap kenaikan harga barang @ penyelarasan subsidi ini. Gula dinaikkan harganya kerana rakyat bermewah dengan gula yang melimpah ruah sekaligus menjadi factor kencing manis di kalangan rakyat? Oh Tuhan Ya Allah, beginilah tahap pemikiran pimpinan negaraku?
Sesungguhnya, " Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (al-Hasyr ; 77).Jelas, dalam firman ini, Allah mengingatkan rezeki Allah itu MESTI diperuntukkan untuk semua. Bukankah lebih baik, apabila nikmat Allah itu dikongsi padahal kitalah khalifah di muka bumi??
Sebagai pemerhati tidak bertauliah bebas, merangkap rakyat menolak bertaqlid buta dgn pemimpin prihatin, saya risau dengan perkembangan keputusan2 kerajaan dewasa ini. Tidak berpendirian, mudah berubah arah, bongok dan tergesa2. Dengan penguasaan media yang tidak terkalahkan, medium pembodohan penyampaian maklumat kepada rakyat, khasnya kepada masyarakat luar bandar ditipu dinafikan kebenaran.
First issue is whether the defence is available, Judi Bola. Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, (tidak perlu susah2 fikir camna nk baling balik bom asap 2 lagi ;p) namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kesengalan kebijaksanaan kerajaan dalam ‘isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali’. Hari ini, kerajaan umpama menjadi hero bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea untuk mengeluarkan lesen judi itu bukankah daripada kerajaan? Pada masa yang sama, ia tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Memanda Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan tahap dewa yang tiada galang ganti. Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir banyak2 terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan awal dalam isu judi sukan ini?? Dan kini, ia ditarikbalik, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??
Keduanya, GST (Goods Services Tax). Bergema di lembaran akhbar, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan. Ditambah dengan pendapat pakar tipu rakyat, GST diperlukan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Habis siapa yang fikir tentang beban kewangan rakyat? MP Pakatan Rakyat bingkas memainkan isu ini, dalam akhbar arus perdana ceramah2, tazkirah, danmedia Pakatan. Berbulan2 blogger menghentam kerajaan dalam tradisi pembebanan rakyat. Dan selepas tidak tahan dimaki tidak semena2, Memanda Menteri dengan bangganya mengumumkan kerajaan tidak akan melaksanakan GST kerana kerajaan prihatin kepada rakyat. Dan, kain rentang diangkat merata2 di kampung2, ‘terima kasih kerajaan barisan nasional’. Untuk apa berterima kasih? Bukankah, mereka pada mulanya cuba menganiaya kita, tetapi dibatalkan disebabkan ketakutan kepada ‘kuasa rakyat’?? Ketirisan yang menjadi2, mengakibatkan kerajaan tidak khusyuk menonton WorldCup lena tidur memikirkan apa lagi harus dilakukan untuk menambah kantung poket kerajaan. Lahirlah idea judi halal, projek istana, parlimen dan lain2. Dan kini, ia dibatalkan, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??
Ketiga, TOL. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib kroni rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan? Saat saya mula mengenal sepak terajang politik, Terengganu (itupun diperkenalkan semasa zaman PAS) adalah negeri pertama yang menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud. Konsensi tol yang dimiliki syarikat swasta dilihat menimbulkan kesengsaraan kerumitan kepada rakyat. Bukankah menyediakan jalan pengangkutan menjadi tanggungjawab kerajaan? Awal tahun ini, secara kasarnya rakyat membayar Malaysia 1.3 billion untuk tol. Betul. Saya bersetuju, tol dibayar untuk maintenance. Tapi persoalannya, tidakkah diperuntukkan dalam belanjawan kos untuk memulihara jalan2. Kalaupun tidak ada (yang bermakna kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat) , sampai bila harus kami membayar tol? Memanglah orang seperti tuan2 tidak merasakan ia sebagai beban kerana ada elaun duit tol hasil keringat rakyat tertindas. Tapi bagaimana dengan orang2 kampung seperti saya?? Dan kini, ia dibatalkan, apakah kita perlu berterimakasih atas apa yang mereka mulakan??
Keempat, Kampung Baru. Saya menunggu seorang sahabat memberikan penjelasan tapi dia mungkin dihimpit waktu ketika ini. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). Dan lagi, perlukah kita berterima kasih?
Kelima, Harga Minyak. Masih terngiang di ambang mata, saya beratur bersama ratusan kenderaan lain mengisi minyak pada malam terakhir surprise dari kerajaan tersayang. Masih diimbau, pengalaman peribadi ditahan di Guantanamao, risalah GERAMM (Gerakan Rakyat Anti-Manipulasi Minyak) dirampas pak guard KLCC atas alasan member kefahamamenghasut. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak).
Perhatikan situasi2 di atas sebaiknya (banyak lagi sebenarnya seperti JI, ulama’ UMNO, saman Suara Keadilan isu Felda, Istana Negara dll.) Bukankah kerajaan ingin menampilkan imej yang baik kepada umum? Padahal mereka lah yang memulakan agenda tidak baik itu? Inilah yang dinamakan perang persepsi.Demokrasi dalam politik bukanlah siapa yang paling BAIK akan menang. Sebaliknya, siapa yang paling DILIHAT BAIKlah yang akan menang. Pokoknya ialah, kerajaan bertindak ‘kerap berubah pendirian’ supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan merekalah petualang sebenar. Dan jawapan kepada semua persoalan isu saya adalah, TERIMA KASIH KERAJAAN kerana membodohkanmenipu kami memang malas berfikir. Wahai generasiku, jadilah Daly ahli fikir.