insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, April 17, 2024

Sibuk Yang Perlu.

Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa

1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup. 

2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan.

3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sentiasa ada peluang untuk menyibukkan diri. Masa muda, kita boleh buat macam-macam sebab kita masih kuat dan ada kecukupan. Masa tua, kita boleh sibukkan diri dengan komuniti setempat. Masa sakit, kita mungkin masih boleh sibukkan diri dengan rawatan dan terapi kesihatan. Masa tak da duit, kita mungkin boleh sibukkan diri dengan berniaga kecil-kecilan. Dan begitulah seterusnya. 

4. Kenapa kita perlu sentiasa sibukkan diri? Kerana bila kita kosong, macam-macam masalah akan timbul. Akhirnya kita menjadi manusia yang sentiasa bersikap negatif dan pesimis. 

5. Bila masa kosong, kita akan mula tenggelam dalam perkara harus. Kita akan mula menonton tv secara berlebihan. Layan movie (walaupun movie Islamic) secara berlebihan. Layan media sosial secara berlebihan. Tenggelam di dalam perkara harus termasuk di dalam sifat yang dikeji menurut sebahagian ulamak. 

6. Bila banyak masa kosong, badan kita tak cukup penat kerana kurang aktiviti. Tidur pun tidak akan lena kerana badan sentiasa dalam keadaan rehat yang panjang. Jiwa jadi gelisah tidak ketahuan kerana jemu dengan aktiviti rutin ringan. 

7. Bila kita banyak masa kosong, kita akan banyak bermonolog, mengenang nasib diri, mengandai itu dan ini. Kita akan mula berkhayal dan hidup dalam imaginasi yang tidak membawa kita ke mana-mana. 

8. Bila masa kosong terlalu banyak, otak kita akan berhenti berkembang sebab tak banyak digunakan. Otak tidak diasak untuk berfikir. Dengan itu potensi untuk menjadi nyanyuk akan meningkat. 

9. Bila kita mula banyak masa kosong, kita akan jadi manusia yang sensitif. Ini kerana kita mula melayan semua benda kecil yang berlaku di sekeliling kita. Orang yang sibuk tak sempat untuk melihat semua benda yang lalu depan matanya. 

10. Bila banyak masa kosong, kita mungkin akan kehilangan pandangan hormat dari rakan-rakan. Mereka akan melihat kita sebagai manusia pasif yang tidak ada matlamat hidup. Hidup hari-hari ikut sahaja apa yang berlaku. 

11. Masa kosong yang banyak juga akan menjadikan kita tidak lasak. Terlalu terperangkap dengan rutin dan tak mudah untuk menerima perubahan mendadak pada jadual hidup. Sedangkan hidup sebenarnya penuh dengan kejutan. 

12. Kelazatan sibuk melebihi kelazatan masa kosong. Imam Syafie pernah menasihatkan:

وانصب فان لذيذ العيش في النصب

“Berpenat-penatlah kamu kerana sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan.”. 

13. Berehatlah semata-mata untuk mencari tenaga bagi melakukan aktiviti seterusnya. Al-Quran memberi panduan bahawa sesudah selesai dari satu pekerjaan mestilah dituruti dengan melakukan pekerjaan lain. 

فإذا فرغت فانصب

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).” (Asy-Syarh: 7)

Wallahu a’lam.


(Copypaste - kredit kepada penulis asal)

Wednesday, January 3, 2024

Azam En Izzat Apa?

Bismillah walhamdulillah. 

Mungkin dah sampai masa saya meng-eksklusifkan tulisan saya bila medsos saya terkesan teruk dengan impak shadow-banned baru² ini. 

Tapi dia jadi rugi bila traffic di blog tidaklah sebanyak di medsos sedangkan sebaik² kita adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain. 

Cuma untuk sedapkan hati - saya percaya blogspot lebih bertahan lama berbanding medsos sebab dia dah terbukti daripada saya seawal belasan tahun, berbanding medsos yang baru trending menjengah 2010+

...

Awal tahun baru saya bertemu seorang client, dia ada isu sebab ada kenyataan tidak benar seseorang telah mendatangkan kerugian kepadanya. 

Tapi bukan itu point tulisan ini, sebab apa yang dibincangkan peguam-anakguam ialah sulit. Cuma di akhir perbualan kami, dia menyentuh tentang azam. 

"En Izzat pasang azam kali ni?"

Saya tersentak, sebab saya honestly tidaklah meletakkan apa² target spesific yang kena capai by tahun ini. Sebab saya percaya bahawa apa yang ditakdirkan Allah itulah yang terbaik untuk kita, dengan syarat kita pun dah buat yang terbaik pada kadar kemampuan kita. 

Cuma saya kongsikan pada beliau satu pengajaran yang saya dapat daripada kuliah : 

Ada dua peringatan Nabi - merancanglah sebagaimana kita akan hidup 1000 tahun lagi, dan di sisi yang lain - dan juga rancanglah jugak sebagaimana kita akan mati esok hari. 

Kita azam nak beli rumah, nak gi melancong etc macam nak 1000 tahun tu betul dah, 

Tapi kita tertinggal part untuk planning what if kita akan mati esok? 

Apa preparation kita? 

Dah mintak maaf ke salah kita dengan mak ayah? 
Dah cukup ke kita bahagiakan anak isteri? 
Dah cuba bayar hutang? 
Dah ganti tinggal solat, puasa? 
Dah banyakkan amal sunat buat cover yang wajib kita terlepas? 
dll. 

Dia terdiam panjang. 

Dan saya juga termenung sendirian.
Sebab saya sendiri pun tak bersedia untuk itu. 

Wallahua'lam. 

Moga Allah ampunkan kita, dan bantu kita jadi lebih baik. 

#EeIsTyping #KemahiranHidup  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...