insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, August 15, 2020

Menulis & Bercerita

Bismillah walhamdulillah. 

Terima kasih Allah, atas setiap satu nikmat kebahagiaan yang diberikan, walaupun kami masih alpa, degil & lalai dalam mentaati arahan & meninggalkan larangan-Mu. 

Saya anak sulung, jadi perhatian yang sepenuhnya diberikan kepada saya buatkan saya tidak takut bercerita. Membesar dengan Abah & Mak yang aktif dalam organisasi, buat saya terjebak untuk menguasai komunikasi dengan baik. 

Bila sekolah, saya join bercerita kisah alQuran, pidato diraja, bahas ala parlimen, yang lebih menajamkan kemahiran pengucapan awam saya. 

Zaman universiti, bercakap di hadapan bukan satu masalah dah. Cuma yang jadi masalah ialah, saya asyik sangat bercakap sampai saya tak sedar ada benda silap yang saya cakap. Tapi disebabkan cara penyampaian yang baik, gaya percakapan yang meyakinkan - audien tak perasan pun.

Itu masalah orang bercakap. 

Dan saya rasa itu sesuatu yang tak baik.

Lepas terjadi 2-3 kali saya rasa takut dah nak bercakap, triggering moment is bila banyak video² orang besar dipotong² & di-quote luar konteks, menampakkan kebodohan si penutur. Tambah Ust Hasrizal sendiri mengalami (& mengakui) bahaya banyak bercakap. 

Sekali terluncur di lidah, impaknya besar - dan kalau ia penipuan, dosanya bertambah. 

Justeru itu saya rasa, bercakap bukan lagi sesuatu yang saya tumpukan. Ada orang lain yang layak bercakap - samaada dia lebih berilmu, atau sahaja dia lebih berani menanggung risiko dosa.

Cuma saya banyak cerita. Ada banyak cerita yang saya boleh kongsi dalam kepala. 

Dan saya percaya, antara cara untuk terus hidup walaupun sudah mati adalah dengan meninggalkan sesuatu. Tengok sendiri banyak mana video kuliah TG Nik Aziz, Ust Ismail Kamus masih boleh didapati di pelbagai medium hari ini. (Semoga menjadi amal kebaikan buat mereka).

Jadi saya menulis. 

Seperti bercakap, menulis adalah ruang untuk kita berkongsi. 

Tapi tidak seperti bercakap, menulis boleh diteliti, dibetulkan sekiranya ada kesalahan. Boleh jadi ada silap, tapi ia punya ruang untuk pembetulan. 

Doakan semoga penulisan² saya mendatangkan manfaat buat yang membaca & akhirnya, memberikan saham pahala berpanjangan untuk saya. 

Wallahua'lam. 

- Izzat Ghazali

Friday, July 3, 2020

Asam dan Garam (1)

Bismillah walhamdulillah. 

Aku baru ada buat satu kes ni - pasal sorang majikan yang saman pekerja dia. 

Kes ni sepatutnya tak rumit mana, ada dalam employment contract - in consideration kau buat A, aku akan buat B. 

Tapi benda tak jadi straightforward bila pekerja tak declare benda betul kat kita. Ada part yang dia langsung tak buat obligation dia, ada part yang dia khianat majikan dia pulak. 

Dia jadi macam - aku menipu bagi pihak dia. 

Mind you ni bukan kes pertama. Itu yang tak seronok jadi peguam. 

Kalau tahu daripada awal mungkin akan jadi lain game dia - tapi sebab daripada tengah - build up kita jadi rosak sebab tiang gol asyik beralih. 

Itu yang buat aku fikir panjang. Tak padan langsung penat kita nak mengadap, dengan fakta yang tak diberitahu. 

Dan inilah ketakutan sebenar :
Ada masa, sebagai peguam - kau akan jadi penipu - untuk anakguam kau. Sebab kalau reveal tengah jalan, memang gone kes.

Hard truth. 😭

Cumanya untuk pertimbangan & sangka baik - the other side buat lagi jahat kat side kita. Yang takde evidence yang boleh support, takde witness boleh testify. 

Itu je lah. 

Ps : gambar office lama - rindu. Moga semuanya dalam jagaan Tuhan. 

Monday, June 15, 2020

Berlepas Diri Daripada Dunia

Bismillah walhamdulillah.

Sesak dada kita menghadapi kalutnya dunia saat ini. 
Dengan impak Covid19 mula dirasa - 
Sana sini bercerita orang hilang kerja -
Perebutan tampuk pemerintahan makin ketara - 
Ditikam belakang kawan, dengki dendam saling menjatuhkan - 

Kurniakanlah kami kesabaran, Tuhan. 

Hidup hanyalah untuk mati. 
Moga diantaranya dipenuhi bakti. 

Mari belajar berlepas diri. 
Ada perkara yang tidak perlu kita rasa risau - 
Bukan semua benda kita perlu fikir - 
Biarlah. 
Biarkan. 

Dalam sela masa yang tidak banyak mana,
Entah esok, entah lusa.
Mungkin dah sampai masa kita. 

Ayuh besarkan syukur.
Untuk kita hargai nikmat sebanyaknya.
Dan berlepas dirilah daripada apa yang tidak kita dipertanggungjawabkan padanya.





Saturday, June 6, 2020

Kalau Aku Seorang Irsyad

Bismillah walhamdulillah. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa geram. Aku nak main handphone kena baca buku dulu, kena mengaji dulu, kena lipat sejadah, kutip cawan letak dalam sink, cari remote, simpan mainan. Tapi kalau Bengoh nak main, lepas tu buat-buat nangis kalau Abi taknak bagi, mesti boleh dapat. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa stress. Asal kalau Bengoh nangis je mesti mak bapak ingat aku yang buat. Padahal Bengoh buat sendiri. Kalau main sama-sama buat sepah pun aku jugak yang kena kemas. Eleh, memang la suruh kemas sama-sama, tapi Bengoh tu bukan pandai kemas pun, jadi makin sepah ada la. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa tak adil. Kalau mak bapak aku nak suruh apa-apa mesti aku yang kena, nak pergi kedai beli roti ke, nak ambik sudu masa tengah makan ke, nak kena tutup air bilik air ke. Padahal Bengoh duduk rilek je baring tengok tv, tapi sibuk nak suruh aku jugak. 

Tapi, 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa seronok. Kawan-kawan mak bapak aku semua ingat nama aku. Kalau Bengoh & Kakteh Iman pun diorang panggil 'ini yang adik Icad ni'. Kalau rumah sedara pulak mesti ada yang cakap, 'dulu dukung awak masa kecik lagi, dah nak masuk sekolah dah?'. 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa boss. Game apa-apa dalam handphone mak bapak aku semua aku yang dictate. Bengoh pun ikut je cakap aku, alaa dia bukan tahu pun game apa. Meniru aku je dia tu. Kalau main kat komputer time lawan bos mesti Bengoh panggil aku suruh main sebab dia tak reti, sebab bos je yang lawan bos kan? 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa penting. Kalau nak gi toilet kat luar, aku boleh turun teman mak aku. Bengoh dengan Kakteh bapak aku jaga dalam kereta. Nak main futsal ke nak gi usrah ke aku boleh ikut, Bengoh tak semestinya. Nak main turun taman kat bawah pun, kena aku ada. Bengoh takleh gi sorang-sorang. 

Lagipun, kat fb profile bapak aku untuk family & close friend tu pun dia guna Abu Irsyad, nama aku. Bukan Abu Irham ke, Abu Iman ke. Haha.

Kalau aku seorang Irsyad. 



Tuesday, May 26, 2020

Blessing In Disguise

Bismillah walhamdulillah. 

Saya adalah antara yang mendapat pelepasan pulang pada awal PKP baru² ini dan , hanya sempat meluangkan 8 hari di rumah, dek kerana anak-anak ditinggalkan di kampung semasa cuti sekolah, seterusnya meluangkan masa kira-kira 2 bulan di kampung. 

Hikmah yang tersembunyi : 

1) saya kira daripada umur 13 tahun, inilah kali pertama saya menghabiskan 30 hari Ramadan di rumah. Bersahur & berbuka bersama, tadarus, terawih, qiyamulail, mathurat. Kalau duduk bersendiri, hampir mustahil saya boleh buat sesempurna di sini. 


2) Belong boleh puasa penuh sebulan. Terima kasih sebab ada Poksu, Belong ada 'pencabar' yang keep on pushing him untuk terus puasa. 


3) Pengaruh Aki & Wan dalam pendidikan anak-anak. Baru beranak tiga, saya masih lagi tercari-cari sistem yang tepat untuk tarbiyatul aulad. Compare dengan Aki & Wan yang dah ada pengalaman bereksperimen dengan 10 produk, tentu sekali approach mereka lebih tepat. Buktinya, Belong kena azan, Bengoh dah tahu kena baca Iqra lepas solat, dll. 


4) Banyak aktiviti bermanfaat boleh buat di rumah, sebab biasanya balik sekejap. Contohnya 4 hari, jadi tak sempat saya nak buat apa-apa yang besar di rumah. Tapi bila 2 bulan, saya sempat kemas stor, baiki atap, tukar paip, kemas bilik, buat gerey dll dengan adik-adik lain. 


5) Ada cukup tangan nak layan Bengoh & Kakteh. Anak yang besar ni perlukan banyak perhatian, dan kita suami isteri ni kadang-kadang tak menang tangan pun kalau duduk sendiri. Apatah lagi masa tengah PKP, tambah² dengan Ramadan lagi. Kat sini Anjang, Kakak, Abang, Uda, Alang semuanya kena layan budak-budak. Sampaikan Bengoh pun tahu Syafiq Goh 😑


6) Peluang menyumbang kepada masyarakat lebih besar. Dengan kapasiti Abah sebagai Penyelaras DUN & Mak pulak sebagai MPKK, ada banyakkkk kerja yang boleh tolong buat. Dan bagusnya anak banyak, cukup dengan anak sendiri je turun buat dah tak payah harap AJK datang buat. Daripada buat serahan ayam & sayur, sampaikan kepada edaran biskut raya, semua boleh pakai khidmat anak-anak. (Inilah keuntungan anak ramai 😅)


7) Memacu semula ZAE. ZAE ditubuhkan sejurus selepas Abah dihentikan perkhidmatan di kilang bertahun dulu. Core business awal ialah u untuk supply roti, kek, pastri kepada pasaran tempatan, termasuklah sekolah, syarikat, pejabat, selain kedai-kedai runcit, dan warung-warung makan. Pada kemuncak era, ZAE pernah masuk bersaing dengan jenama gergasi di pasaraya besar Mydin, Sabasun dll. Tapi disebabkan ketidaktentuan pasaran bahan mentah, ditambah kesibukan Mak Abah, ZAE kehilangan gist & booster untuk terus bergerak ke hadapan. Saya berharap kami adik beradik terutamanya Alang Uda boleh meneruskan legasi bisnes ini memandangkan peluang ia sangat besar. Di musim Ramadan ini sahaja, kami berjaya menyiapkan hampir 1500++ bekas kuih raya yang ditempah pelanggan. Itupun daripada kelompok terdekat. Kalaulah dipromosi dengan betul, saya percaya dengan peralatan yang ada, tenaga kerja yang betul & pengalaman Mak Abah, setakat 10,000 bekas pun ZAE boleh buat - insyaAllah. 


8) Luang masa bersama adik-adik. Bahagian tidak sedap menjadi anak sulung ialah kita ialah orang pertama 'meninggalkan' keluarga. Bila masuk sekolah asrama, sambung di Universiti, kerja di luar, berkahwin, beranak pinak. Cerita yang diulang hanyalah memori sementara. Saya paling banyak masa dengan Angah, berbanding yang bawah-bawah. Justeru peluang dikuarantin 2 bulan ini adalah satu rahmat untuk mencipta lebih banyak kenangan & mengenal adik beradik sendiri.


9) Catch up dengan sanak saudara. Bila banyak masa di rumah, jadi banyak peluang boleh ziarah sanak saudara. Allahyarham Abam pernah sebut, takkan ada orang merempat kalau ahli keluarga tak biarkan ahli keluarga dia. Well its true. Ada banyak orang berjaya, tapi dia tinggal keluarga. Hopefully kita tak jadi macam tu jugak.


10) Re-evuate LIFE. Sebab yang paling bijak adalah yang sentiasa muhasabah. Bila kita sendiri, kita cenderung untuk rasa kita dah betul, kita dah baik. Tapi bila ada sesuatu untuk compare, baru kita nampak apa yang boleh kita betulkan, tambahbaik dan ubah balik. 

Sekdar menulis untuk ingatan masa mendatang dan semoga bermanfaat. 

Sunday, May 17, 2020

HARI RAYA & COVID19

Bismillah walhamdulillah. 

1) Tak berapa hari lagi, raya akan menjelma. 

2) Raya ni kalau ikut tafsiran partner aku Nazrin, satu-satunya event yang seluruh orang Melayu Islam korbankan selama setahun. 

3) Aku boleh bersetuju sebab suasana raya yang mengumpulkan sanak saudara kaum keluarga jarang sangat dapat dibuat melainkan bila tiba hari raya. 

4) sedangkan mengeratkan silaturrahim adalah satu tuntutan besar dalam Islam. Cuma malangnya bila semua nak tunggu raya. Tapi daripada tak buat langsung, baiklah ada jugak buat kan? 

5) teringat allahyarham Abam Bocey pernah sebut - kalau keluarga saling jaga, mesti takde orang merempat. Benar. 

6) dan kali ini Allah uji pulak kita dengan covid19. Beraya semasa covid - apa pilihan kita? 

7) semoga kesihatan & keselamatan semuanya dipelihara sempurna - dalam pada kita nak raih pahala mengeratkan silaturrahim. 

Moga Allah redha. 

Ps : bubuh gambar anak² sedare - nantilah Poklong gi jalang dumoh ye. 

Friday, April 24, 2020

RAMADAN 2020

Bismillah walhamdulillah.

1) Marilah sama-sama kita mensyukuri - Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan kali ini. Ada dalam kalangan kita, kawan-kawan, sanak saudara, jiran tetangga yang sudah dipanggil pulang sebelum Ramadan menjelma. 

2) Seterusnya marilah kita menginsafi bahawa boleh jadi, ini kesempatan Ramadan terakhir yang Allah bagi kepada kita. Sayanglah kalau kita buat lebih kurang macam Ramadan lepas-lepas jugak. 

3) Dulu alasan kita tak banyak beramal sebab takde masa, badan penat sibuk kerja. Nah, kali ni Allah bagi sepenuh masa, selapang-lapangnya nak tengok sejauh mana pulak amal kita. Silap-silap, ada je lagi alasan kita beri nanti. 

4) Sebenarnya, yang masalah bukan pada masa, bukan pada upaya - tapi pada kita. 

5) Orang-orang alim banyak sebut, Ramadan bulan tarbiah. Syaitan semua kena ikat. Hanya kita berperang dengan diri kita sendiri. Supaya last sekali nanti kita tahu, yang 'syaitan' tu rupa-rupanya kita. 

6) Ambil peluang ini untuk kita jauhi perkara sia-sia. Apatah lagi yang boleh merosakkan amal ibadah kita.

--
Semoga Allah memberikan kekuatan, kemudahan, dan mendatangkan kelazatan beribadah untuk kita. 
.
Selamat mengimarahkan Ramadan kawan-kawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...