insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, January 20, 2021

RASA NAK MATI

Bismillah. 

Saya tulis ni untuk ingatan sendiri. Dan semoga menjadi muhasabah bersama. 

Kepala rasa pening sangat semalam, macam ada benda dalam kepala. Belakang belah kiri, kadang² dia main kat area tengkuk. 

Saya nak cepat² tidur je, dengan harapan bila bangun esok, sakit kepala ni hilang. 

Tapi tak. Tak boleh. 

Sebab dia ada denyut yang kadang² datang, dan macam bawak letrik. Dia siap boleh bergerak², sekejap kat bahagian atas telinga, lepas tu belah bawah tengkorak kepala. 

Dan sekali dia mari, memang terangkat punggung jugaklah tahan dia punya ngilu. 

Lagi teruk bila sebab pening kepala, memang saya baring je. Tulang belakang dan rusuk pun dah sama rasa lenguh sebab asyik kena tanggung berat badan je. 

Nafas pulak jadi pendek² sebab badan dah penat nak tahan sakit. 

Bila dah macam tu, konon² nak tambah vitamin dalam badan lah apa semua, nak makan itu ini. Bagi sakit kurang dan boleh tidur. 

Rusukkiri la ke hulu ke hilir ambikkan oren, belah tembikai, potong kek, isi air. 

Dan saya takleh lari daripada fikir - 
Nak mati dah ke aku ni? 

Sebab sakit dia ni tak pernah saya rasa. Mengalir jugak la air mata bila dah lama-lama. Skala dia pulak tak seragam, ada yang boleh layan, ada yang boleh terangkat, ada yang sampai boleh bawak mengucap.

Terbayang² macamanalh isteri & anak-anak nanti. 

Harapnya Firwan & Yazmir terus boleh datang bagi takaful, jangan dia buat hal buat senyap sudah. 

Rasa nak call Angah Bengah suruh datang, kang jenuh jugak rusukkiri nak tengokkan jenazah saya nak tunggu pagi. Tapi time ni PKP, lagi lah nak gerak malam aduhh. 

Huhuhu punyalah banyak fikir 😂

Betullah sakit tu muhasabah. 

Semoga kita menghargai & mensyukuri nikmat sihat, dan menjaga amanah sihat dengan baik. 

Sunday, November 15, 2020

WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR

WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR 

"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun atau lebih, maka segeralah untuk memperbanyakkan amal soleh siang mahu pun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang engkau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi. Maka, beramallah sesuai dengan kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Zikir adalah ibadah yang paling mudah. 

Rasulullah saw bersabda : وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt. Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikan-Nya. Ia akan mengurniakan mu… "Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, sayugia dimanfaatkanlah baki sisa umurnya. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. 

Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah mensia-siakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.

 Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt. "Seseorang yang telah mendekati ajalnya (berusia lanjut) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. 

Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi : سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, (kalimat ini ku ucapkan) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya. 

Jika sebelumnya ini engkau hanya sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat keatas Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali sahaja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu. Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya.

 Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap selawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih; "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berdikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw." Semoga bermanfaat! Selamat berdzikir.

 C&P

Tuesday, August 18, 2020

Asam Dan Garam (2)

 Bismillah walhamdulillah.

Baru ni ada seorang kawan aku (A) share tulisan seorang kawan (B) yang lain - yang naratif penceritaan dia, A anggap B ni cerita pasal aku. bila aku baca, ada la part yang boleh jadi tulisan B ni related dengan aku, so telahan A tu ada logik dan rasional dia. Tapi sebabkan aku malas nak ambik port - dan bagi aku langsung tak terjejas pun aku disebabkan tulisan B ni, aku malas nak panjangkan cerita.

Dan aku berterima kasih kat A sebab sampaikan tulisan B tu, concern dan kesetiaan dia tu aku hargai.

Bila kita menulis ni tuan-tuan, nak taknak kita akan jadi 'hero' dalam tulisan kita. Kiranya konon kitalah yang paling handal, paling true dalam tulisan kita. cuma kita kena ingat, yang pembaca belum tentu akan rasa benda yang sama, dia mungkin tak rasa apa yang kita rasa masa kita tulis.

sebab tu aku rasa, kita kena stay true dengan apa yang kita sampaikan. tak boleh cerita gunung ganang pun takpe, tak semua pun orang suka cerita benda besar-besar ni. kita orang kecik, kita tulis je lah benda kecik-kecik ni. tak semestinya terbang naik langit je boleh bagi manfaat kat orang, sekadar bercerita langkahan biasa beli nasik lemak kat gerai pun takpa. 

bila kita dah mula sindir/cerita buruk pasal orang, ada dua benda je aku rasa -
 1) kita bukak pekung sendiri
 2) orang yang kita ceritakan tu lagi power daripada kita. 

dan sebenarnya deep inside, kita tak rasa tenang pun bila menulis gitu. taktahulah kot boleh rasa bahagia pulak ke apa.

aku prefer kawan-kawan yang baca ni, kalau tak puas hati dengan sapa-sapa, even dengan aku sendiri, banyak baiknya korang direct je. pm private, cakap direct, jumpa depan-depan. sebab kalau teguran kau tu betul, apa yang kau nak takut? lagipun katakanlah orang tak dengar/tak ikut - apa yang kau rugi?

asam-garam. kita hidup diam-diam pun ada orang tak suka. sedangkan Allah yang Maha Baik tu pun ada orang tak puas hati, setakat kita ni - apatah lagi? 


semoga bermanfaat. 


  keterangan gambar : rusukkiri kat bilik dia, belakang siap ada tv perghh.

Saturday, August 15, 2020

Menulis & Bercerita

Bismillah walhamdulillah. 

Terima kasih Allah, atas setiap satu nikmat kebahagiaan yang diberikan, walaupun kami masih alpa, degil & lalai dalam mentaati arahan & meninggalkan larangan-Mu. 

Saya anak sulung, jadi perhatian yang sepenuhnya diberikan kepada saya buatkan saya tidak takut bercerita. Membesar dengan Abah & Mak yang aktif dalam organisasi, buat saya terjebak untuk menguasai komunikasi dengan baik. 

Bila sekolah, saya join bercerita kisah alQuran, pidato diraja, bahas ala parlimen, yang lebih menajamkan kemahiran pengucapan awam saya. 

Zaman universiti, bercakap di hadapan bukan satu masalah dah. Cuma yang jadi masalah ialah, saya asyik sangat bercakap sampai saya tak sedar ada benda silap yang saya cakap. Tapi disebabkan cara penyampaian yang baik, gaya percakapan yang meyakinkan - audien tak perasan pun.

Itu masalah orang bercakap. 

Dan saya rasa itu sesuatu yang tak baik.

Lepas terjadi 2-3 kali saya rasa takut dah nak bercakap, triggering moment is bila banyak video² orang besar dipotong² & di-quote luar konteks, menampakkan kebodohan si penutur. Tambah Ust Hasrizal sendiri mengalami (& mengakui) bahaya banyak bercakap. 

Sekali terluncur di lidah, impaknya besar - dan kalau ia penipuan, dosanya bertambah. 

Justeru itu saya rasa, bercakap bukan lagi sesuatu yang saya tumpukan. Ada orang lain yang layak bercakap - samaada dia lebih berilmu, atau sahaja dia lebih berani menanggung risiko dosa.

Cuma saya banyak cerita. Ada banyak cerita yang saya boleh kongsi dalam kepala. 

Dan saya percaya, antara cara untuk terus hidup walaupun sudah mati adalah dengan meninggalkan sesuatu. Tengok sendiri banyak mana video kuliah TG Nik Aziz, Ust Ismail Kamus masih boleh didapati di pelbagai medium hari ini. (Semoga menjadi amal kebaikan buat mereka).

Jadi saya menulis. 

Seperti bercakap, menulis adalah ruang untuk kita berkongsi. 

Tapi tidak seperti bercakap, menulis boleh diteliti, dibetulkan sekiranya ada kesalahan. Boleh jadi ada silap, tapi ia punya ruang untuk pembetulan. 

Doakan semoga penulisan² saya mendatangkan manfaat buat yang membaca & akhirnya, memberikan saham pahala berpanjangan untuk saya. 

Wallahua'lam. 

- Izzat Ghazali

Friday, July 3, 2020

Asam dan Garam (1)

Bismillah walhamdulillah. 

Aku baru ada buat satu kes ni - pasal sorang majikan yang saman pekerja dia. 

Kes ni sepatutnya tak rumit mana, ada dalam employment contract - in consideration kau buat A, aku akan buat B. 

Tapi benda tak jadi straightforward bila pekerja tak declare benda betul kat kita. Ada part yang dia langsung tak buat obligation dia, ada part yang dia khianat majikan dia pulak. 

Dia jadi macam - aku menipu bagi pihak dia. 

Mind you ni bukan kes pertama. Itu yang tak seronok jadi peguam. 

Kalau tahu daripada awal mungkin akan jadi lain game dia - tapi sebab daripada tengah - build up kita jadi rosak sebab tiang gol asyik beralih. 

Itu yang buat aku fikir panjang. Tak padan langsung penat kita nak mengadap, dengan fakta yang tak diberitahu. 

Dan inilah ketakutan sebenar :
Ada masa, sebagai peguam - kau akan jadi penipu - untuk anakguam kau. Sebab kalau reveal tengah jalan, memang gone kes.

Hard truth. 😭

Cumanya untuk pertimbangan & sangka baik - the other side buat lagi jahat kat side kita. Yang takde evidence yang boleh support, takde witness boleh testify. 

Itu je lah. 

Ps : gambar office lama - rindu. Moga semuanya dalam jagaan Tuhan. 

Monday, June 15, 2020

Berlepas Diri Daripada Dunia

Bismillah walhamdulillah.

Sesak dada kita menghadapi kalutnya dunia saat ini. 
Dengan impak Covid19 mula dirasa - 
Sana sini bercerita orang hilang kerja -
Perebutan tampuk pemerintahan makin ketara - 
Ditikam belakang kawan, dengki dendam saling menjatuhkan - 

Kurniakanlah kami kesabaran, Tuhan. 

Hidup hanyalah untuk mati. 
Moga diantaranya dipenuhi bakti. 

Mari belajar berlepas diri. 
Ada perkara yang tidak perlu kita rasa risau - 
Bukan semua benda kita perlu fikir - 
Biarlah. 
Biarkan. 

Dalam sela masa yang tidak banyak mana,
Entah esok, entah lusa.
Mungkin dah sampai masa kita. 

Ayuh besarkan syukur.
Untuk kita hargai nikmat sebanyaknya.
Dan berlepas dirilah daripada apa yang tidak kita dipertanggungjawabkan padanya.





Saturday, June 6, 2020

Kalau Aku Seorang Irsyad

Bismillah walhamdulillah. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa geram. Aku nak main handphone kena baca buku dulu, kena mengaji dulu, kena lipat sejadah, kutip cawan letak dalam sink, cari remote, simpan mainan. Tapi kalau Bengoh nak main, lepas tu buat-buat nangis kalau Abi taknak bagi, mesti boleh dapat. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa stress. Asal kalau Bengoh nangis je mesti mak bapak ingat aku yang buat. Padahal Bengoh buat sendiri. Kalau main sama-sama buat sepah pun aku jugak yang kena kemas. Eleh, memang la suruh kemas sama-sama, tapi Bengoh tu bukan pandai kemas pun, jadi makin sepah ada la. 

Kalau aku seorang Irsyad, mesti aku rasa tak adil. Kalau mak bapak aku nak suruh apa-apa mesti aku yang kena, nak pergi kedai beli roti ke, nak ambik sudu masa tengah makan ke, nak kena tutup air bilik air ke. Padahal Bengoh duduk rilek je baring tengok tv, tapi sibuk nak suruh aku jugak. 

Tapi, 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa seronok. Kawan-kawan mak bapak aku semua ingat nama aku. Kalau Bengoh & Kakteh Iman pun diorang panggil 'ini yang adik Icad ni'. Kalau rumah sedara pulak mesti ada yang cakap, 'dulu dukung awak masa kecik lagi, dah nak masuk sekolah dah?'. 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa boss. Game apa-apa dalam handphone mak bapak aku semua aku yang dictate. Bengoh pun ikut je cakap aku, alaa dia bukan tahu pun game apa. Meniru aku je dia tu. Kalau main kat komputer time lawan bos mesti Bengoh panggil aku suruh main sebab dia tak reti, sebab bos je yang lawan bos kan? 

Kalau aku jadi Irsyad, mesti aku rasa penting. Kalau nak gi toilet kat luar, aku boleh turun teman mak aku. Bengoh dengan Kakteh bapak aku jaga dalam kereta. Nak main futsal ke nak gi usrah ke aku boleh ikut, Bengoh tak semestinya. Nak main turun taman kat bawah pun, kena aku ada. Bengoh takleh gi sorang-sorang. 

Lagipun, kat fb profile bapak aku untuk family & close friend tu pun dia guna Abu Irsyad, nama aku. Bukan Abu Irham ke, Abu Iman ke. Haha.

Kalau aku seorang Irsyad. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...