insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, July 23, 2010

Penstrukturan subsidi ???

Bismillah walhamdulillah.
Rentetan tuntutan tanggungjawab di permulaan semester ini, sedikit sebanyak mengganggu rentak tari tangan dipacu untuk memenuhi blog dengan posting2 baru. Namun, dengan tindakan tidak bertanggungjawab lucu kerajaan menyelaraskan subsidi sewaktu krisis taraf hidup semakin meningkat ini, saya menggagahkan diri untuk turut sama menyertai gerakan menyedarkan masyarakat betapa penarikan subsidi dalam hal ini, adalah sangat tidak wajar.

Program Rasionalisasi Subsidi bagi saya adalah sebuah nama yang comel baik untuk menghalalkan tindakan ini. Tunjang dasar baru ini adalah untuk memperhalusi subsidi2 yang kerajaan berikan sekaligus mengingatkan rakyat jelata supaya tidak menjadi budak manja dengan hanya sekadar menanti dihulurkan sesuap subsidi. Ironinya, memanda menyifatkan penyelarasan harga ini akan memberikan pulangan sebanyak RM750 juta sambil kita digemparkan dengan perbelanjaan RM3.8 billion oleh Jabatan Perdana Menteri seperti mana dinyatakan di Dewan Rakyat baru2 ini.


Sedikit menyakitkan hati sebenarnya, di saat Parlimen bersidang, langsung tidak kedengaran ura2 betapa harga barang akan naik lagi, dan kali ini di bawah nama penstrukturan subsidi. Pimpinan Pakatan Rakyat sebagaimana dipetik menyifatkan tindakan membelakangkan dewan yang mulia itu dilihat seolah menafikan hak rakyat secara keseluruhan bila mana wakil2 yang dipilih rakyat tidak diberi peluang untuk membincangkan mekanisme yang lebih baik, sebagai alternative selain daripada menyiksa rakyat jelata di bawah. Kenaikan ini sepertimana biasa, tidak membebani golongan atasan seperti saff Menteri, sebaliknya golongan marhaen ( 75% dari penghuni Malaysia) di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan pasti akan menerima impak yang besar.

Apapun, saya mengambil pendekatan memuji tindakan kreatif kerajaan apabila menasihati mengugut pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik’. Sekurang2nya usaha membodohkan rakyat dapat dikonsistenkan, dalam setiap agenda kerajaan.
Saya risau dengan trend seperti ini, kepercayaan rakyat kepada susuk kepimpinan kerajaan akan berkurangan. Dengan situasi politik yang semakin tidak terkawal ini, saya selaku mahasiswa prihatin mengingatkan kerajaan supaya tidak mencabar kuasa rakyat dalam hal ini. Memilih untuk menaikkan harga barangan keperluan sekaligus terus menindas golongan miskin, padahal langkah penjimatan di peringkat elit boleh dikuatkuasakan. Pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi bukannya tidak boleh ditarikbalik. Bukankah dengan itu juga kerajaan juga boleh berjimat? Mengapakah hanya kami golongan bawahan sahaja yang harus berjimat? Sedangkan kalian yang terbukti boros dengan wang kami dibiarkan hidup mewah? Tidakkah golongan atasan teringin untuk turut sama berkongsi derita rakyat bawahan dalam ini? Di mana sebenarnya kesungguhan kerajaan dalam usaha menjimatkan perbelanjaan Negara?

Secara mudah, suka saya mengingatkan betapa subsidi adalah tanggungjawab kerajaan. Di samping kekayaan Negara yang pernah diiktiraf sebagai semenanjung emas suatu ketika dahulu, ditambah dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berterusan percaya betapa tidak wujud sebarang kepincangan dalam pengurusan dana Negara. Saya secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan alasan rakyat Malaysia tidak sedar diuntung terhadap kenaikan harga barang @ penyelarasan subsidi ini. Gula dinaikkan harganya kerana rakyat bermewah dengan gula yang melimpah ruah sekaligus menjadi factor kencing manis di kalangan rakyat? Oh Tuhan Ya Allah, beginilah tahap pemikiran pimpinan negaraku?


Sesungguhnya, " Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (al-Hasyr ; 77).Jelas, dalam firman ini, Allah mengingatkan rezeki Allah itu MESTI diperuntukkan untuk semua. Bukankah lebih baik, apabila nikmat Allah itu dikongsi padahal kitalah khalifah di muka bumi??

May Allah bless. Wallaua’lam.

Friday, July 2, 2010

pinachio di zaman saya

Bismillah walhamdulillah


Sebagai pemerhati tidak bertauliah bebas, merangkap rakyat menolak bertaqlid buta dgn pemimpin prihatin, saya risau dengan perkembangan keputusan2 kerajaan dewasa ini. Tidak berpendirian, mudah berubah arah, bongok dan tergesa2. Dengan penguasaan media yang tidak terkalahkan, medium pembodohan penyampaian maklumat kepada rakyat, khasnya kepada masyarakat luar bandar ditipu dinafikan kebenaran.


First issue is whether the defence is available, Judi Bola. Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, (tidak perlu susah2 fikir camna nk baling balik bom asap 2 lagi ;p) namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kesengalan kebijaksanaan kerajaan dalam ‘isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali’. Hari ini, kerajaan umpama menjadi hero bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea untuk mengeluarkan lesen judi itu bukankah daripada kerajaan? Pada masa yang sama, ia tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Memanda Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan tahap dewa yang tiada galang ganti. Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir banyak2 terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan awal dalam isu judi sukan ini?? Dan kini, ia ditarikbalik, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??


Keduanya, GST (Goods Services Tax). Bergema di lembaran akhbar, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan. Ditambah dengan pendapat pakar tipu rakyat, GST diperlukan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Habis siapa yang fikir tentang beban kewangan rakyat? MP Pakatan Rakyat bingkas memainkan isu ini, dalam akhbar arus perdana ceramah2, tazkirah, dan media Pakatan. Berbulan2 blogger menghentam kerajaan dalam tradisi pembebanan rakyat. Dan selepas tidak tahan dimaki tidak semena2, Memanda Menteri dengan bangganya mengumumkan kerajaan tidak akan melaksanakan GST kerana kerajaan prihatin kepada rakyat. Dan, kain rentang diangkat merata2 di kampung2, ‘terima kasih kerajaan barisan nasional’. Untuk apa berterima kasih? Bukankah, mereka pada mulanya cuba menganiaya kita, tetapi dibatalkan disebabkan ketakutan kepada ‘kuasa rakyat’?? Ketirisan yang menjadi2, mengakibatkan kerajaan tidak khusyuk menonton WorldCup lena tidur memikirkan apa lagi harus dilakukan untuk menambah kantung poket kerajaan. Lahirlah idea judi halal, projek istana, parlimen dan lain2. Dan kini, ia dibatalkan, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??


Ketiga, TOL. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib kroni rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan? Saat saya mula mengenal sepak terajang politik, Terengganu (itupun diperkenalkan semasa zaman PAS) adalah negeri pertama yang menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud. Konsensi tol yang dimiliki syarikat swasta dilihat menimbulkan kesengsaraan kerumitan kepada rakyat. Bukankah menyediakan jalan pengangkutan menjadi tanggungjawab kerajaan? Awal tahun ini, secara kasarnya rakyat membayar Malaysia 1.3 billion untuk tol. Betul. Saya bersetuju, tol dibayar untuk maintenance. Tapi persoalannya, tidakkah diperuntukkan dalam belanjawan kos untuk memulihara jalan2. Kalaupun tidak ada (yang bermakna kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat) , sampai bila harus kami membayar tol? Memanglah orang seperti tuan2 tidak merasakan ia sebagai beban kerana ada elaun duit tol hasil keringat rakyat tertindas. Tapi bagaimana dengan orang2 kampung seperti saya?? Dan kini, ia dibatalkan, apakah kita perlu berterimakasih atas apa yang mereka mulakan??


Keempat, Kampung Baru. Saya menunggu seorang sahabat memberikan penjelasan tapi dia mungkin dihimpit waktu ketika ini. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). Dan lagi, perlukah kita berterima kasih?


Kelima, Harga Minyak. Masih terngiang di ambang mata, saya beratur bersama ratusan kenderaan lain mengisi minyak pada malam terakhir surprise dari kerajaan tersayang. Masih diimbau, pengalaman peribadi ditahan di Guantanamao, risalah GERAMM (Gerakan Rakyat Anti-Manipulasi Minyak) dirampas pak guard KLCC atas alasan member kefahamamenghasut. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak).


Perhatikan situasi2 di atas sebaiknya (banyak lagi sebenarnya seperti JI, ulama’ UMNO, saman Suara Keadilan isu Felda, Istana Negara dll.) Bukankah kerajaan ingin menampilkan imej yang baik kepada umum? Padahal mereka lah yang memulakan agenda tidak baik itu? Inilah yang dinamakan perang persepsi. Demokrasi dalam politik bukanlah siapa yang paling BAIK akan menang. Sebaliknya, siapa yang paling DILIHAT BAIKlah yang akan menang. Pokoknya ialah, kerajaan bertindak ‘kerap berubah pendirian’ supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan merekalah petualang sebenar. Dan jawapan kepada semua persoalan isu saya adalah, TERIMA KASIH KERAJAAN kerana membodohkan menipu kami memang malas berfikir. Wahai generasiku, jadilah Daly ahli fikir.


May Allah bless. Wallahua’lam.


Tuesday, June 29, 2010

Realitinya PRK itu

Bismillah walhamdulillah.

Pilhanraya kecil adalah istilah yang dugunakan untuk wakil rakyat baru sementelah YB yang terdahulu lompat parti meninggalkan parti, keputusan pilihanraya tidak sah, ataupun YB hilang kelayakan. Trend hari ini memperlihatkan pilhanraya sebagai medium kelulusan projek2 mee segera dari kerajaan. Sewaktu PRU Kuala Terengganu seketika dahulu, saya sendiri menyaksikan jalan raya ditar baru pada jam 3pagi, kawasan taman permainan bercat baru, geran-geran tanah yang ditunggu kerana kelulusannya digantung bertahun-tahun diperoleh dalam program mesra rakyat yang dirancang lama kononnya, menteri2 turun padanng mengumumkan projek2 beraneka bagai di Kuala Terengganu, janji manis pilihanraya berkumandang, berita2 akan menafkahkan kira2 15 minit waktu siaran untuk mengkhabarkan kepada dunia apa usaha kerajaan untuk memajukan Kuala Terengganu dan lain2.

Inikah Pilihanraya kecil yang sebenar? Seluruh tenaga kerajaan akan dihala di kawasan itu, dengan bantuan kewangan dari kantung Negara, saya keliru dengan kebenaran amalan demokrasi yang dikatakan sihat di Malaysia ini. Saya masih ingat ceramah penjelasan isu oleh Ustaz Hadi Awang dihentikan polis kerana tidak memohon permit, sedangkan ia dijalankan di kawasan persendirian, sedangkan esoknya, BN dengan sewenangnya memasuki kawasan sekolah untuk memberikan bantuan beg sekolah. Dan, tidak perlu disebut lagi penyalahgunaan stadium, dewan orang ramai, untuk pelancaran program2 yang diatur mereka. Oh Tuhan, Ya Allah. Saya yakin, ini hanyalah sebahagian kecil daripada pemerhatian betapa amalan demokrasi tidak mekar seperti yang didakwa. Sementelah, saya hanya menulis berdasarkan Kuala Terengganu semata2 sedangkan masih ada banyak PRK yang lain, Bukit Gantang, Sibu, Bukit Selambau, Batang Ai, Pengkalan Pasir, Permatang Pauh dan lain2.

Saya tertarik untuk mengulas isu ini lantaran pengakuan YAB Perdana Menteri yang telah melaburkan kira RM 37.7 juta sewaktu gelanggang Sibu dibuka sedikit waktu dahulu. Projek2 yang memang sudah lama diperuntukkan untuk Sibu, dan kebetulan PRK sedang berlangsung waktu itu. Di Hulu Selangor juga setelah menanti bertahun2, keluarga kawan sekuliah saya menerima RM50,000 bagi melangsaikan bayaran tertunggak kepada para peneroka. Bayangkanlah, seandainya nilaian itu dijadikan ukuran, tidakkah ia menampakkan pengaliran wang bersangkut paut dengan kewujudan PRK ? Bukankah, BN sepatutnya hadir bukan sebagai kerajaan sebaliknya sebuah parti politik yang bertanding menggunakan dananya sendiri? Melepaskan penggantungan kepada media massa, biarkan mereka bertarung di padang rata dengan SPR bertindak sebagai pengadil diiktiraf rakyat. Namun, keengganan BN untuk menjemput badan bebas dunia sebagai badan pemerhati ketelusan pilihanraya sudah cukup menggambarkan motif mereka.

Cukupla sekadar ini episode penipuan ini. Rentetan ini harus dihentikan. Saya percaya, rakan2 saya, generasi muda yang akan buat kali pertamanya menjadi sebahagian daripada jutaan pemilih ini sudah matang benar dengan situasi politik semasa. Mahasiswa merdeka daripada belenggu pemikiran kolot mari mencintai kerajaan, sebaliknya kita bersama mencintai Malaysia. Hentikan penyalahgunaan jentera kerajaan sebagai alat parti politik. Kerana kami sama2 yakin, janji ALLAH akan tetap benar, kebenaran dan keadilan akan tertegak jua. Cuma masanya masih belum tiba.

Malam yang paling pekat itu akan tiba untuk menandakan fajar akan menyingsing tidak lama lagi- Assyahid Hassan al-Banna

May Allah bless. Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...