insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, October 19, 2011

HIMPUN. satu pandangan.


Bismillah walhamdulillah.

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

mohamad izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Thursday, September 29, 2011

senyum. bersenyum. kesenyuman.


Bismillah walhamdulillah.

Perubahan tampuk kepimpinan bagi sesebuah organisasi merupakan sebuah norma bagi sebuah realiti kehidupan. proses penggantian ini dinukilkan penuh jelas menerusi sirah2 nabawiyyah yg memperlihatkn setelah wafat baginda nabi, khulafa' rasyidin mekar sebagai pengganti. tumbangnya khulafa', muncul umayyah, abbasiyah dan uthmaniyyah sebelum kejatuhan Islam selaku pencorak tamadun dunia ketika itu.

Allah swt menceritakan dlm al-Quran betapa wujudnya kerajaan2 yg besar yg mendominasi dunia tatkala zamannya. Kerajaan Firaun, kerajaan Sulaiman as, kerajaan Iskandar Zulkarnain, semuanya bermula, dan berakhir. jatuh bangun sesebuah kerajaan merupakan fitrah yang ditetapkan oleh Allah sesuai dengan kelemahan kita sebagai makhluk. sesungguhnya hanya Dia-lah Pemilik Segala Kerajaan.

Kegilaan manusia kepada kuasa, bukan baru shaja diperkenalkn oleh kerajaan BN pada dasawarsa ini. Malahan, menerusi kalamNya, Allah menceritakan bagaimana Firaun pada zamannya lagi, mengupah ahli nujum utk meramal jatuh bangun kerajaan besarnya. bilamana ahli nujum berfirasat bahawa akan jatuh kerajaan Firaun drp seorang llaki drp keturunan Bani Israel, maka seluruh batalion askarnya dikerah untuk membunuh setiap bayi lelaki yang dilahirkan.
Namun, kuasa Allah jauh mengatasi upaya hambaNya. Musa as, yang dihanyutkan di sungai Nil menambat hati Asiah, si permaisuri raja. pujuk rayu isteri, membuatkan Firaun setuju membela Musa as, sebagai anak angkatnya. Nah, lelaki yang meranapkan kerajaan Firaun, dibesarkan di istana mewahnya sendiri. mahligai besarnya menjadi pelindung kpd seorang Nabi Allah. begitulah, indahnya perancangan Allah.

Di sebalik kegilaan zaman ini, usahlah risau para pejuang sekalian. agenda pemutihan warga asing yang dibimbangi bakal mendaftarkan sekalian pengundi. tuntutan2 Bersih yg sekadar dipandang sepi. gendang perkauman yg dipalu. teka-teki kemerdekaan Malaysia klip Undilah yg di-gam media. kes2 mahkamah yang terbengkalai. undang2 Allah diperlekeh. video seks, perbualan lucah. akan muncul apakah lagi selepas ini?

Namun, mereka berhak takut. yang menentang mereka bukan hanya kita. tp jiwa mereka sendiri. di sebalik lantang lidah bicara, tergugat jua pegangan di dada. keadilan di dunia, di mana bahagia? buatlah apa jua. mansuh akta apa. karikaturkan segenap rupa. keluarkan video2, rakaman2 lama. tapi INGAT! balasan Allah itu ada.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(surah Ali ‘Imran ayat 26)

Senyumlah. kita ada Dia di atas yang memerhati segala. dan kemenangan Islam itu tetap akan tiba, dengan apa jua cara meskipun ia tidak disangka2. bila mana Allah berkehendakkan ia, rancanglah apa sahaja. rujuklah siapapun ia. percayalah, Allah Maha Berkuasa, dan Dia-lah pemilik segala upaya. *senyum* :)

may Allah bless. wallahua'lam.

Sunday, September 11, 2011

HIGHLIGHT MUSIM INI

Bismillah walhamdulillah.

hidup sbgai aku ni kadang2 bleh bwk bernanah kepala jgk.
dduk kt umah. wyarless laju. masa pn byk. tp xd update jgk kn?
hehe. xd cerita maaa. lagipun. xnak bazirkn masa kt rumah dgn buat n3.
valid reason x agak2..?
lantaklah eh. hahaha.

disebabkan byk isu aku dh drop. so, aku compile dlm satu n3 j lh kn? he.

*ini adalah aktiviti paling layaaaaan di bulan pose*

1) Ramadhan budak2 sekarang dah x 'pergi' mcm zaman2 aku.
aku xtaw org2 skrg ni rasa ke tak. tp serius. xd feel lgsong nk celebrate raya.
zaman2 aku dlu. mlm2 ramadhan. g carik duit kt masjid2.
jd tukang hidang moreh. buat2 air. cuci2 cawan, pinggan.
zaman2 skrg. mlm2 bgtw mak nk g terawih. pdhal lepak kt kedai.
siap kontek mmber2 lg, "wei, jgn jd anak dara lh dduk kt rumah".
zaman2 aku dlu. ptg2 ramadhan. msti gi riki2 bazaar. bwk adik letak kt tman.
g jupe masy kt pasar. xd bli sgt pn. dlm sejam, bleh r angkat air tebu singgit.
zaman2 skrg. ad 2 option available. klu hujan tido. klu xhujan, gi meronda dgn mmber2.
pusing2 xkan jd lengkap klu x usha awek kampug. reserve 5 minit last, balik. bukak pose.
alangkah boring-nye hidup begitu.

*ni tok sedare saya ni*

2) Aidilfitri ; kita berada di zaman berbeza.
zaman kecik2, dgn 2-3 sepupu2. msti aku tawaf kampung. baru cara kn?
sbb 2 duit raya akn berkadar terus dgn hipotesis, sapa usaha lbih, dia dpt lbih.
tp adik2 aku skrg. hipotesis yg digunakn adlh, jika mak abah jalan raya, maka duit raya akn bertambah. sgt lh x maju cara ini.
mula-lah duit raya adik beradik berbeza singgit2 je. come on. klu setakat dpt 1oo lbih 2. sila gi masuk toilet. dduk. n nangis2 puas. bro dlu 300 dlm tangan taw.
klu x jupe umah yg tanya, 'errr, adik ni anak sape eh?'.. lagi tu jangan balik beraya.

*org2 owesem. adik badik abah*

3) Himpunan Bani Sulaiman.
ini adlh sgt stylo. usaha drp abah ni, aku boleh salute 2-3 kali jgk-lh.
drp ayat2-yg-mcm-maen2 smp bleh gather 200-300 org. mane x owesem nye kan?
Bani Sulaiman ni adlh himpunan kluarga2 belah abah. and aku akur dgn fact yg, hanya abah yg xd menantu lg. sbg anak sulung. aku akn brusaha keras. angah pun, sila take note! :) *both*
sgt ramai, sgt happening. smp xleh nak handle. smp berdarah kepala.
ni link group page kt fb --> Bani Sulaiman ni link kt blogspot --> klik sini
muka2 yg xkenal 2 mmg melambak lh. usaha yg bleh bg tepuk tangan.
so selaku org2 muda dlm Bani Sulaiman, mari-lh kita mnjadi maju dlm bidang ukhwah ini ya!
jgn harap kt org tua2 je sgt. hehe.

4) 9 beradik berkumpul. sekali dlm setahun.
this is the most hated fact. that i have to accept. xleh ubah!
bila semua org dh makin besar. masing2 dh bertebaran. ini fitrah yg harus aku tempuh.
nak ke tak. then, bila dh ada komitmen nanti. lagi lh jauh jarak kita kn? gap yg xleh elak.
kita tahu dia ada. tp sebab dia jauh. kita jd lupa. yg dia sebenarnya sllu ada.
i hope we'll keep doing this. forever ila' jannah lh eh.

5) balik paling awal. dan pergi paling lambat.
UIA cuti awal. angah tengah praktikal. ateh acik sekolah lg.
lepas habis part-time, aku balik sorg2. keseorangan di rumah, adalah tidak bagus. :)
so saya tertunggu 9 legend ni gather lagi. tp, x sempat lg sy puas, dlm keadaan x rela.
angah-ateh-acik-alang kne pergi dah :( dan. sy ditinggalkn dgn penuh terpaksa.

*model2 terbaru yg mndapat kontrak Habib Jewel*

6) dan. saya keseorangan lagi kat sini.
pagi tadi sampai. pemisahan utk perjalan seharian biasa saya.
dah xd suara adik menjerit, "along, bangon!"
dah xd kelas pra-sekolah utk amik adik, tanya dia, belaja apa tadi.
dah xd beg budak kembar, utk aku angkat, dan suruh berlari lintas jalan.
dah xd org nk main angry bird kt ASUS, or berebut nak tgok boboiboy-upinipin.
dah xd budak2 nk main hnset, so, dh xyah lock bagai (walaupn diorg reti jgk bkak).
dan semestinya segalanya pasal abah dan mak.
tp xplah. ad komitmen yg mesti dilaksana. kan? jgn risau-lh. kan Allah ada, sbaik2 penjaga? :)

may Allah bless. wallahua'lam.

Sunday, August 14, 2011

Bengang tak agak-agak?


bismillah walhamdulillah.

apa agaknya yg kita rasa.
bila dah penat2 buat something. yg dijanjikan balasan.
tp it's end dgn kita x dpt apa2?

mak janji nk beli PS2 kalau dpt no1 exam.
tp lepas dpt no.1, mak x beli kn pun sbb bapak xdpt bonus.
msti r rasa nk jadi HULK kn?
penat2 meniru member separuh nyawa. xdpt PS2 lak, bengang bhai!

awek janji nk teman tgok Zookeeper klu tolong bayarkn saman dia.
nk buat camna. kang x bayar, xleh check result pulak dia.
n lepas diet-kn wallet slim beli kt uptown 2.
awek xnk tengok pulak. konon2 sbb alahan tgok Gorilla.
msti r rasa mcm nk start blaja ckp indo, nk adjust cewek KLCC kn.
sia2 buat muka tebal cm Dunlop nk appeal pnye pasal. bengang bhai!

TAPI.
sama ke degree x puas hati kita.
klu Rasulullah dh janji. dengan puasa btol2,
dosa2 kita yg berkapal2 sblom2 ni.
akan diampunkn ALLAH.

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)

dlm kita layan2 movie sbb boring kt rumah.
dlm kita turun baazar tiap2 petang g segarkn mata.
dlm kita tgh part-time sbb nk carik duit raya.
pernah tak kita muhasabah sket?

BERKUALITI TAK PUASA KITA NI?

btol k puasa jenis camni yg Allah nak?
klu x btol, klu x brkualiti,
akan sempat lg k kita nk tempuhi Ramadhan lain lpas2 ni?
utk dpt apa yg baginda Rasul dh janji. keampunan Allah.

dan separuh kita berpuasa.
penat2 bangon sahor 4-5 pg.
penat2 tahan korek hidung tgh2 hari.
penat2 berlapar-berdahaga spjg hari.

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir)

agak2 bengang tak kita?
kalau kita tergolong dlm group nih?
Nauzubillahi min zaalik.

supaya kita tidak dibelenggu 'bengang' sbb silap sndri.
supaya kita tak menyesal kt padang Mahsyar nnti.
jom! sama2 kita FIGHT supaya puasa kita dterima Allah.
n kita dpt apa yg dijanjikn. utk org2 yg puasa.
------pengampunan Allah atas dosa2 silam kita------


wallahua'lam. semoga Dia memberkati.

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan ni bukan macam Januari.


bismillah walhamdulillah.

Ramadhan dh datang. taraaaa ~
terima kasih Allah, dh 6 hari kita puasa.

masih diterima utk meneruskn 'kursus' setahun skali.
'kursus' yg khas Allah reka kt kita.
'kursus' yg diberikn utk kita balik jd budak baik.
'kursus' yg dicipta utk penambahan-baikan kita.

apasal 'kursus' ?
sbb ni lh peluang Allah bg utk kita nilai balik,
kt mana kne letak andainya ajal menjemput saat ini?
sbb ni waktu-nya Allah buat 'year-end-sale' utk kita borong kaw2 kapal api punye,
raih bekalan utk kehidupan akan datang.
sbb ni kemudahan yg Allah hadiahkn utk kita belajar-balik cmn sbnarnya jd hamba,
n kekalkn kepatuhan 2 smp kita pulang kembali kpd Dia.

puasa ni. bukan setakat kita x makan keropok je masa layan Korea tetengahari.
puasa ni. bukan sekadar awak x minum Pepsi je tgh2 update status FB, lpas hbis kelas ptg.
puasa ni. bukan jugak setakat awak tahan x korek hidung, sbb takot terbatal puasa.
puasa ni. lagilah bukan utk awk sekadar xgosok gigi tgh2 hari sbb nk dpt berkat 'haruman kasturi'.

kita kenalah.
BERPUASA sbb kita faham apasal kita kena PUASA.
bukan sbb romate2 kita puasa, so klu xpuasa jd malu.
bukan sbb mk abh kita drp kecik lg ckp bila Ramadhan maka haruslh anaknda berpuasa.
bukan sbb nk tunjuk kt org bkn Islam, yg aku adlh Islam so aku puasa.

tapi kn.
kita solat pun x, tp kita sibuk nk puasa?
fikir r sket eh? smntra tgh2 Ramadhan lg ni.

Tuesday, July 26, 2011

seseorang berseorangan.


Bismillah walhamdulillah.

anda pernah dduk sorg2 x?
dduk smp keadn ko rsa nk bg nma dgn smua mnd keliling ko,
n try utk bckap2 dgn 'diorang'?
dduk smp keadn bila korg nmpk kucing melintas pn dh rsa relieved gila,
sbb ko dh ad kawan 'mende bernyawa' jugak?
dduk smp keadn ko akn kutip2 bhan bacaan n akn baca segala bagai,
smp ruang iklan, jual rumah pn ko x sggup nk skip eja?
dduk smp klu ko jupe manusia, x kisah lh either dia pakgad, budak-nepal-kedai-laundry,
mkcik cleaner or pakcik landskap, ko akn bual segala benda,
sbb xnk kemahiran bercakap ko hilang dimamah 'keseorangan' ko.
sehinggakn ko akan try segala topik drp keutuhan institusi kluarga, kekebalan benteng Harimau Malaya, dan juga purata plastik sampah yg digunakn dlm seminggu mengikut nisbah blok.

haaa. aku sdag mngalami situasi itu skrg. (=.=")

dh xd cham, rapik, u-kan nk colour hari2 aku.
dh xd org yg nk tnya aku ok k x bile x turun main, x turun makan.
dh xd makhluk nk amik kisah, goyang2 kaki n ucap dh solat subuh k blom,
dh xd mmber2 yg boleh igtkn aku mlm ni ad game, so marilah kita berkonvoi tgok bola.
dh xd susuk tubuh yg nk bg modal kt aku gelak guling2 lg.

n apa yg aku rasa ni sbenarnya bgos utk diri aku jgk.
everythig is depend on me.

nk semayang subuh awal?
ko usaha lh sndri.
nk tgok bola?
carilh tmpt sndri, n tgok lh sorg2.
nk g beli brang2?
no more kirim2, ad kaki-jalan sendiri.

masa ni aku dh boleh nilai,
takat mana aku nye kebolehan-berdiri-guna-kaki-sendiri.
n aku rasa xd lh terok sgt-nice jugak lh.
boleh cabar diri sndri kn?

okay. berusaha2.
dduk sorang2 ni mmg melatih otak berfikir.
n aku honestly dh penat tp sbb ini style-so i gonna enjoy it.
(padahal mmg dh xd pilihan dh melainkn dduk sorg2)
anyone? sapa nk terai letak kaki dlm kasut aku jugak?

dh azan, dh smp waktu aku tgok org.
kang aku lupa lak camne rupa bentuk manusia. hehehe.

may Allah bless. wallahua'lam.

Wednesday, July 20, 2011

Jangan Jadi Bodoh.

*bila polis Malaysia nak jadi mcm ni? :(*

Bismillah walhamdulillah.

Pasca Bersih. aku xd mood sgt nk tulis.
mungkin sbb emosi aku lg menguasai diri.
bila tgok org kena sepak muka depan mata.
x ke boleh jadi entry mencarut klu aku tulis awal2? :D

so skrg. emosi dh stabil sket.
walaupun. dkat FB ada lagi makhluk2 yg x faham.
xplh. moga Allah x suntik 'putus-asa' dlm hati sudah.
part aku. explain je lh apa yg aku tahu.
pasal dia nak msok kn dlm kpala k x. 2 part Allah.
so aku xd hak nk masuk campur.

banyak org cakap polis jahat.
klau dkat group2 FB. mmg polis dh jd makhluk paling durjana kt muka bumi.
cam biasa. aku x amik port sgt.
ad lh jugak makhluk2 yg back-up polis.
konon2 2 keje diorang.
diorang just dpt arahan.
diorang nak cari makan jugak.
bla bla bla bla.

lepas ni. sila jgn tgkap pelacur.
2 j lh kn keje diorang?
kn diorang dpt arahan dr bapak ayam jgk?
dioang trpaksa buat mcm 2 sbb nk carik makan utk fmily jgk kn?
kn 'betul' apa diorang buat? apsal nk halang?

aku x amik port sgt kutuk2 polis.
sbb aku percaya.
ada lagi polis yg bagus kt Malaysia nih.
tp polis bengap pun ad jugak.
so. xperlulh sbb polis bengap, kita kne anti dgn sume masy polis kn?

klu org lain x suke polis sbb diorang jahat.
aku x suke polis sbb diorang taat sgt pd arahan smp ketepikan fikiran.
selautan org datang 2, seyezly x kan harm kn keadaan klu polis pandai kawal keadaan.
polis kawal r jalan.
polis pegi r tumbuk rusuk orang yg cetuskn huru hara.
tp xkan polis nk tumbuk rusuk polis sendiri kn? :)

aku bukan anti polis 100%.
tp aku yakin polis Malaysia perlukan sedikit perubahan.
n dlm bab demonstrasi aman mcm Bersih baru ni.
klu x dpt jadi mesra penunjuk perasaan pun xd hal bang.
tp apa salahnya kalau abg mesra kt orang2 awam?
kn lg syok buat keje bila org respek abg?

n aku tingat mak aku pesan masa aku kecik2, balun adik2.

"ingat orang takot (hormat) lh kalau katok2(pukul) orang gitu? koho(makin) benci ada."

n aku bagi ayat ni kat abg2 polis jugak.
simpan. skru kn dlm kepala.

may Allah bless.

p/s : biasanya polis muda2, n polis yg baru jd polis j yg kerek2 ni. klu polis yg 'belajar' or dh org lama. xd r dorang over sgt. (biasanya lh :D )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...