insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, April 22, 2019

Kawan-kawan Yang Baik

Bismillah walhamdulillah.

Kenapa dalam kebanyakan movie,  mesti Hero kena ada sidekick dia?  Adakah Hero tu tak betul-betul untuk jadi seorang Hero? Ataupun dia power, cuma dia tak konfiden untuk survive sendiri?

Sebab dia pun orang.
Dan orang, mesti perlukan teman.

Nabi Adam duduk kat syurga - yang padahal dah ada semua kenikmatan pun masih rasa boring & minta peneman.

Apatah lagi kita yang kat dunia ni kan? 

Sebab tu, aku sedaya mungkin untuk mengelak buat musuh dengan orang - sebesar manapun pertelingkahan yang mungkin ada.

Sebab aku rasa rugi.
Dah lah dunia ni sekejap je,  dah tu nak bermusuh dengan kau pulak.

Dosa aku sorang-sorang pun tak terkira dah,  lagi nak buat dosa dengan orang.

Mintak simpang jauh ya Allah. 😇🤲🙏

Dan medium FB (salahsatu) memberikan kita ruang & peluang yang besar kepada untuk spark the hate / mencetuskan pemusuhan tu.

Takdelah aku nak claim aku nak takde musuh langsung,  mungkim wujud je orang yang tak puas hati dengan aku. Sebab aku susahkan dia tanpa aku sedar ke,  sebab perangai aku ke,  tak tahulah tu.

Tapi kalau katakanlah ada orang buat jenayah kat aku,  then polis tanya aku ada suspek ke tak : aku boleh confident cakap tak.

Sebab aku tak minat nak ada musuh ni. Harap jugak,  yang aku pun tak dimusuhi sesiapa.

Kita sebenarnya saling memerlukan. Ada part yang kau tahu, tapi aku tak tahu. Ada side yang aku faham,  tapi kau tak faham.

Rugi kalau kita jadi orang yang sombong,  rasa boleh naik hidup sorang-sorang.

Kalau kita ada 100 sebab yang kita boleh bergaduh,  kenapa tidak kita cari 1 sebab untuk kita bersama? 

Aku doakan kawan-kawan aku - yang masih sudi setia bersama walaupun aku ni bukan kawan yang baik pun - agar sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah.

Semoga kita akan berkawan jugak, 
Di syurgaNya kelak.

InsyaAllah.

Izzat Ghazali
- baru lepas call kawan-kawan yang lebih arif untuk minta advice pasal satu kes ni.

Stress!

Bismillah walhamdulillah. 

Minggu ni banyak sangat mende urgent - mungkin kafarah daripada bulan lepas punya bersenang-lenang kot. 

Ada kes dengan Pemaju yang dah dapatkan perintah untuk robohkan kedai penjaja, ada kena prepare agreement untuk satu syarikat mendapatkan arang batu daripada negara luar dan bekalkan kepada TNB, ada kena prepare kertas kausa untuk kes fitnah, ada kena jumpa orang pasal kena buang kerja blablabla tu je yang urgent.

Setiap kali langkah masuk office, mesti rasa aduhhh serabut betul kepala ni. Sebab nak mengadap karenah orang - dan melawan kemalasan sendiri. 
Orang cakap, kalau kita minat buat something, kita takkan rasa penat buat kan? Bini yang kita sayang pun ada waktu kita rasa geram dengan dia, apatah lagi dengan kerja.  Bila buat mende sama, kita jadi tak fresh, dan lemau. 

Aku serius minat betul jadi lawyer. suka menulis, suka bercakap, suka discuss dengan orang-orang power. cumanya, repetation yang membuat mende tu 'hilang harga'. 

Sebab tu kadang-kadang, aku akan divert advocacy work ni dengan buat kerja bini aku, buat soalan exam students dia contohnya. Ia macam stimulate other part of the brain la konon-konon. 

Tapi bila aku tengok kawan-kawan lain yang macam loss, dengan macam-macam isu. Asyik meraban kat medsos pasal karenah bos, politik office etc, aku rasa syukur. Sebab sekurangnya aku dah tak perlu hadapi dah keserabutan itu. Sakit weh. Rela atau paksa, apa yang bos suruh tetap kena deliver. 

Indirectly buat aku sedar, selagi nyawa di dada, ujian pasti akan tiba -waima dalam apa jua cara sekalipun.

Stress, pada aku - perlu. cuma ia mesti kena pada kadarnya.

Kalau berlebihan bahaya, boleh bawak kemurungan dan rasa rendah diri.
Kalau takde pulak, jadi buat tak pressure langsung dan kerja sambil lewa.

Jadinya sekarang - Alhamdulillah - sebab aku stress dalam keadaan ada file masuk, (part payment letak tepi) sedangkan ada kawan lain yang stress sebab takde apa nak buat.

Yang paling utama,
Semoga stress ini, bernilai ibadah.

Izzat Ghazali.
1128 230419

Saturday, April 20, 2019

Beruzlah - Sunnah Rasulullah

Bismillah walhamdulillah.

InsyaAllah dalam fasa untuk terus membina batu-bata kehidupan dengan lebih baik, ada waktu yang memerlukan kita berundur beberapa tapak untuk kembali menilai diri.
.
Dalam organisasi kita panggil retreat, yang mana kita nilai balik di mana kita dalam perancangan awal kita. Adakah semakin hampir dengan halatuju,  ataupun makin jauh tersasar.
.
Dan ia tentu sekali tidak akan berhasil tanpa kita berhenti sekejap daripada apa yang sedang dilakukan,  untuk berpaling semula ke belakang.
.
Beruzlah,  memencilkan diri. Untuk memaksimakan fasa muhasabah agar menjadi lebih baik insyaAllah.
.
Doakan.
Semoga segalanya sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah.

Izzat Ghazali
0722 190419.

Wednesday, April 17, 2019

DI AMBANG RAMADAN


Bismillah walhamdulillah. 

Waktu aku tulis ni, dalam tempoh kurang 3 minggu, insyaAllah Ramadan akan menjelang. Bulan yang dijanjikan seribu kerahmatan untuk orang yang menanti, dan mengambil peluang. Dan hanya akan berlalu sebagai bulan yang biasa - sama seperti lainnya - buat yang leka dan terbuai dengan sibuknya dunia. 

Apa yang dah kita bersiap untuk Ramadan? Tak sure nak buat apa, kerja tetap kena jalan macam biasa, court case still jalan siap ada yang ke Seremban, office pun kena running kang duit raya pulak pending, anak-bini pun tetap sekolah-kerja macam biasa. Cuma - aku taknak jadi orang yang rugi, dah berapa kali Ramadan dah datang, tapi tetap buat macam biasa. 

Jadinya, ini adalah antara perancangan aku - insyaAllah sepanjang Ramadan kali. Bila sebut 'rancang' ni, kena faham-faham sendirilah yang kadangkala tak menjadi pun sebab tentunya perancangan Allah-lah tentu sekali lebih baik. 

1) deactivate FB. 
dulu aku tak activate sebab kononnya, boleh buat baik dengan ada medium sosial ni. tapi sejak kebelakangan ni - aku rasa kita makin jadi rosak bila terbuai dengan seronoknya bersosial dengan orang yang bukan depan mata. Sindir menyindir, troll, kutuk-maki, even respect/hormat kat orang boleh jadi hilang macam gitu je. Malang sungguh kita. 

2) baca Quran - sebanyaknya. 
tahun lepas aku tak sempat nak khatam pun. so tahun ni aku taknak jadi poyo dengan konon berazam nak khatam, tapi ke laut. realiti kerja sendiri, kau lah bos, kau lah kuli sangat membataskan masa. ada waktu yang rilek, memang 5-6 episod Running Man boleh habis sekali hadap. tapi kalau kena waktu sibuk tu ya Allah - nak makan pun tak sempat, nak pergi kencing pun rasa buang masa. jadi harapnya, dengan berkurangnya aktiviti di 1), aku boleh spend banyak masa - untuk baca Quran. insyaAllah. Adik aku ada tulis baru ni, banyak mana kita kena baca Quran? Banyak mana kau nak ketenangan.

3) tidur dan bangun awal. 
ini masalah besar, sebab aku perasan yang aku ni lagi perform bila buat kerja malam. Siang waktu untuk jumpa orang, cari bahan, malam ialah waktu buat, waktu goreng. tapi insyaAllah Ramadan kali ni, aku sedaya mungkin tarik awal, or tolak lewat kes-kes besar, supaya aku dapat peace of mind untuk dapatkan tidur yang cukup insyaAllah. 

4) dengar Quran/ceramah/kuliah.
tahukah anda, waktu yang dihabiskan dalam kereta aku menjangkau 2-3 jam kalau kena caranya? destinasi jauh, jalan jem memang paduan yang baik - untuk memenjarakan aku dalam binaan besi kenderaan. Yang sekarang ini dihabiskan dengan dengar Pakcik Nasi Lemak, Benar Atau Cabar dan lain-lain mende yang menipu otak kau dengan ketawa kosong, dan sebenarnya hilang tak berdegih pun. so aku cadang nak cari CD Quran, dan dengar ulang-ulang sampai aku bosan. dan nak download ibrah ke, motivasi pagi ke, usrah nurani ke, bubuh dalam pendrive dengar dalam kereta. yang ini insyaAllah boleh buat. 

5) spend time membaca/menulis.
aku perasan, sepanjang jadi Lawyer ni - jarang gila aku baca buku selain daripada kes, sekyen blabla. Buku PBAKL zaman dapat baucer buku tu pun bersepah lagi Allahu. Aku taktahu la bila nak baca. Sebenarnya, baca memang kena paksa. Paksa dan paksa sampai ketagih. Dulu zaman belajar, aku boleh habiskan satu buku semalam. confirm la bukan buku belajar kan, tapi serius. punyalah sedap. ya Allah, di manakah kesedapan membaca tu hilanggg? dan menulis pulak, memang aku malas. Update FB pun aku malas sebenarnya, tapi kadang-kadang sebab ada mende yang jadi, yang wajar untuk jadi memori - sebab FB ni ulang balik setiap tahun kan? - jadi aku pun 'terpaksa' la post. dia bukan taknak post, tapi memang kalau kerja kau dah menulis - kau akan jadi sangat malas.

ini insyaAllah akan jadi target Ramadan aku. Mesti kau pelik, eh kenapa tak bubuh semayang dhuha ke, tahajud ke, hahaha. yang tu takyah tulis kang kau tepek aku pak lebai kaki tahlil pulakk. 

Buatlah apa pun cuma yang paling penting, semoga apa yang dibuat tu membawa kita lebih dekat dengan Allah, bukannya lebih jauh.

Semoga Allah redha.

Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadan.

Izzat Ghazali
Office. balik meeting dengan geng melayu. 
dan baru sudah update files dengan staf. 






Thursday, March 21, 2019

HIDUP ADALAH UNTUK BERJUANG

Bismillah walhamdulillah.

Aku baru masuk sebulan pindah office baru. Sebab office lama dulu berkongsi premis dengan bisness partner, so ada overlapping sikit cashflow. Bukan apa pun, cuma sebab nak kena bayar maintenance sama-sama, dalam keadaan partner aku ialah sole-prop business dia, so ada korek-kambus merata la sikit. Yang jadi masalah ialah bila tidak ada clear record pasal ni, sebab flow tu laju dan masing-masing pun sama-sama busy. 

So lepas fikir panjang, aku rasa its time to move on. 

Tak senang weh nak start over. Cuma Alhamdulillah aku ada LA yang quite boleh harap jugak, so aku tak perlu fokus admin sangat sebab dia pun boleh fikir jugak so takdelah menyusahkan aku sorang-sorang. So here I am, fighting all might untuk keep on going. Lawan malas, lawan stress, lawan takdak duit, lawan tak cukup kelengkapan. Lawan lawan. 

Aku start buat kerja bukak firm 0417 setelkan semua paperwork blabla, submit itu ini - officially masa cuti Hari Buruh tu aku last day kat office lama. and pufff no more duit masuk hujung bulan. no more enjoy etc. Dan aku perasan masalah menjadi bos sendiri ialah self-motivation.  

Dia ada timing kau barai teruk bang. Kiri kanan kena libas. Balik office terbongkang je lah nak pick up balik semangat kau. Ada tu jenuh jugak nak kena kutip hati sekeping-keping yang hancur. Being tough, is not an option anymore. So nak taknak its the only choice yang kau ada.

Malas adalah masalah terbesar. Sebab kita jadi bos dah. So takde orang yang boleh marah kau pun if kau taknak buat apa-apa. Tapi tulah, kerja jadi makin tertunggak. Dilema weh. 

So salute untuk mereka yang dah berjaya melepasi fasa ini, dan membolehkan office dia auto run sekarang. Aku target dalam tempoh 5 tahun, aku dah taknak fikir office dah, aku nak fikir perform je. 

Semoga terus dituntunkan niat untuk menggapai syurga, dengan perjuangan di jalan ini. 

Ya Allah, bantulah. 

Peguam Jalanan.
210319 Office NAIZ KP2.

Monday, June 4, 2018

Ramadhan 2018

Bismillah walhamdulillah.

Ada macam-macam cerita berkenaan puasa kali ni, so rasa rugi jugak sekadar lalu dan lupa tanpa kita (baca : aku) ambik pengajaran tentang apa yang dah berlaku supaya kebodohan yang sama tak berulang di masa akan datang.

1) Puasa kali ni masing-masing tak boleh nak move-on dengan PRU.
Bagi yang menang masih sibuk duduk jual muka, lobi itu ini nak suruh lekat nama kat mana-mana lantikan. Kerajaan baru pulak tengah sibuk apa nak buat dengan rumah yang pertama kali dihuni yang khabarnya dah rosak teruk akibat kegilaan penghuni lama. Sebagai pemilik baru, mestilah jadi tanggungjawab untuk baiki apa yang punah, betulkan apa yang rosak, ganti apa yang dah takda. Cumanya, bagi aku - tak perlulah kot kita duk sebar cerita pemilik lama dulu pakai toilet duduk tapi flush rosak kat jiran sebelah. Ataupun, pemilik lama takde dapur pun untuk masak, selama ni makan bungkus. Well, bagi aku (yang tak reti ni) : mentaliti pembangkang sesuailah kalau kita nak mulut besar bagitahu orang semua menda. Sebab sesuai dengan position kerajaan, orang dah tahu dah kau berkuasa atas semua mende. So buat yang terbaik, melalui undang-undang dan tentunya berlandaskan agama. 

2) Aktiviti kebajikan yang rancak, tapi ramai yang mengelak.
Masalah paling besar kepada gerakan kebajikan dunia selain daripada dana, adalah kekurangan penggerak. Sebab itu, sukarelawan untuk aktiviti sebegini akan dipromosi selalu, sebab memang takde orang yang boleh commit selalu. Isu dia bukan sebab  tak selalu, isu dia sebab tak pernah. At least kalau sekali datang tunjuk muka is good enough kalau lepas tu kau nak pakai alasan sibuk. Kalau katakanlah tak boleh go hari kerja, kita buat jugak hari cuti, tapi muka kau tetap takdak. Huhu. Biasalah, kita bukan organisasi kaya - kau turun sekali kau dapat 100. Kalau betul ada offer, patah kaki pun orang merangkak datang kan? Tapi sebab kerja khidmat kepada masyarakat ni susah, penat bukan boleh minum air pulak tu, dahlah takde TV tayang muka kau pikul beras kan? Sebab tu sampai sekarang, Charity Event mesti jemput artis, sebab nak coverage so baru budak-budak ni keluar daripada sarang tunjuk muka. Takpelah insyaAllah, dengan 2-3 kerat yang istiqamah lagi, aku mintak sangat, moga Allah bagi kelapangan untuk aku pergi. Sebab looking down is the best way to see how high Allah had hold you. Daripada situ terbit syukur, dan harapnya dengan syukur tu boleh bawak aku lebih dekat Dia. 

3) Kerja yang banyak, dan dada yang sesak. 
Aku tak masuk ofis langsung bermula daripada penamaan calon, sampailah kepada pengumuman keputusan, dan kemudian ada tugasan pulak itu-ini untuk Terengganu. Alhamdulillah pengalaman yang baik untuk aku walaupun sumpah penat. Masalah pulak, bila kerja ofis tak terbuat. Kat sini buat aku jadi dilema. Aku minat untuk terus mendalami usaha mengisi kemenangan, namun aku sedar yang dengan jadi peguam lagi sedap aku boleh bantu orang. Dan barang makin in, tapi takde yang out. Aduhh. Aku azam awal nak bertapa sebenarnya sepanjang puasa ni, duduk je diam-diam dalam ofis susun balik satu-satu. Tapi pulak, bila aku perasan item 2 tu takde sambutan aku jadi tak sedap jugak. Bodohlah aku tak isi Ramadan dengan benda bagus yang tak selalu diganda sebanyak tempoh waktu in kan? So dada jadi sesak. Orang datang office, orang call, orang ajak jumpa, bukan nak mudahkan masalah kau, makin tambah. Hahaha. Sebab tu zaman belajar dulu, lawyer ni kena kental, sebab memang tugas kau kena fikirkan masalah orang.

 Ok setakat ini itu dulu, sebab aku nak prepare affidavit sikit ni ada orang nak datang sign karang. Allahu.

Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah.

.izzatghazali
.orang puasa tapi tak terisi mana



melawat orang sakit

pusat penjumlahan undi

takwim ramadhan

preparation

iftor tepi pantai

Monday, May 21, 2018

Takdir tidak SILAP

Bismillah walhamdulillah.

Harini dah masuk hari ke 5 puasa, dan hari  13 keputusan PRU14 diumumkan. Masih tak boleh move on sepenuhnya sebab aku ni jenis setia haha. Tapi alhamdulillah, satu-satu hikmah Allah tunjukkan kenapa Abah perlu kalah walaupun tipis dengan 46 undi sahaja baru ni. Untuk makluman, Abah diberikan kepercayaan untuk mewakili PAS di N25 Bukit Besi, kawasan yang dikatakan merupakan kubu UMNO/BN negeri Terengganu. Tak pernah menang sejak era reformasi dulu. Tu pun menang 78 undi haha.

Kalah tipis - dalam keadaan cula B tidak turun mengundi, undi rosak/ragu yang tinggi sebenarnya menggambarkan keadaan yang boleh sangat nak menang, cuma Allah taknak bagi, sebab Dia nak bagitahu kita masih belum layak menang. Kenapa belum layak? Sebab persediaan kita untuk mengisi seandainya kemenangan tu menjadi takdir masih tidak teratur. Dalam keadaaan kalah ni pun, ada sebilangan juak ahli yang duduk berimpit. Ni baru kalah, kalau menang taktahu la macamana. 

Tambahan kerajaan BN Terengganu jatuh, lagilah banyak jawatan lantikan politik yang perlu diisi. Exco kerajaan negeri tak payah kiralah, ada GLC, ahli Majlis daerah, JSR (macam JKKK versi UMNO). Tu belum masuk, lantikan AJK Masjid, pensyarah IPT milik kerajaan negeri (TATI, IQ, Imtiaz dll), pelbagai Yayasan (YIT, YPKT, dll), dan agensi milik kerajaan negeri (Muzium, Perpustakaan dll). Nampak tak punyalah banyak ghanimah negeri bertuah ni?

Ada bagusnya kalah DUN, menang negeri sebab kita boleh nampak sendiri siapa yang betul-betul berjuang, dan siapa yang nakkan jawatan. Huhuhu.

Ini masa ahli PAS Terengganu seluruhnya bermuhasabah, apa sebenarnya agenda sebenar perjuangan kita?

Moga Allah redha.
hanya seorang perantau yang memantau. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...