insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, May 8, 2019

Belajar.

Bismillah walhamdulillah.

Dah tiga hari Ramadan - apa khabar ibadah kita? Rugilah kalau kita sekadar jalani hidup macam biasa, tanpa ambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan ni, kan?
 .
Aku nak share - pasal management. Betul,  ia tak sepenting content delivery, tapi tanpa management yang baik, content power macamanapun confirm takleh deliver.
.
Aku bagi contoh mudah, instruction adalah untuk buat rumah. Ada 5 orang tukang, masing-masing memang pakar tahap dewa. Kalau buat sendiri pun confirm boleh siap rumah, cuma lambat je lah.
Masalah timbul, bila tidak ada operating sistem yang manage kerja 5 orang ni. Kau agak-agak rumah boleh jadi rumah tak? Even if ada pelan etc,  tetapi management yang lemah mesti akan bawak masalah kemudian hari.
.
Aku rasa dah cukup tua untuk alami mismanagement orang ni. So bila aku nak setup office sendiri, mende yang paling aku takut ialah, apa jenis working sistem yang aku nak implement dekat ofis?  Macamana nak ambik instruction,  macamana nak terima payment,  macamana nak distribute tasks, macamana line of command nak turun etc.
.
Aku tahu takde sistem pun yang sempurna - tapi aku percaya bahawa sistem yang lebih baik tu selalu ada.
.
So lesson learnt ialah - sebelum setup apa-apa,  makesure tahu dulu apa model perlaksanaan dia. Kang senang,  takdelah semput tengah jalan. Apapun, bila jadi suwey gini. Time to look back, setara mana dah relationship kita dengan Allah. Kot ada lacking kat mana-mana ke.
.
Wallahua'lam. Doakan aku kuat.




Izzat Ghazali
- being stronger is the only choice.

Monday, May 6, 2019

Ramadan di Kampung

Bismillah walhamdulillah.

Tahukah anda kenapa ada negeri yang ambik cuti sempena satu ramadan? 
Sebab nak 'meraikan' kedatangan penghulu segala bulan.
.
Rasanya sejak daripada zaman asrama - hampir kebanyakan sambutan Ramadan adalah di rumah. Berbuka,  atau setidaknya bertarawih, bersahur bersama keluarga - merayakan & mensyukuri peluang diberikan kesempatan mengikuti madrasah Ramadan buat sekian kali.
.
Menyambut di rumah - untuk anak isteri keluar aku tahu - beginilah sepatutnya Ramadan disambut. Dan manakah lagi contoh yang lebih baik, selain daripada daripada mana aku di'manusia'kan? 
.

Peluang lagi dan lagi ini akan berakhir,  mungkin dengan putusnya nafas kita - atau mereka yang dekat dengan kita.
.
Jadi, kenapa tidak pergunakan sebaiknya?
.


Izzat Ghazali. 

Semoga Ramadan ini lebih baik, daripada yang pernah kita lalui dulu.
Ramadan Kareem semuanya. 

Wednesday, May 1, 2019

Dekatnya Mati.

Bismillah walhamdulillah.

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Itu confirm. Buat baik mati, buat jahat pun mati. Cumanya, bagaimana kematian kita tu yang masih jadi persoalan.

Mati tengah nadah kitab ke, tengah joget kat kelab ke. Mati dalam taubat & redha, atau mati dalam maksiat & dosa.

Kita banyak buat dosa, dan kita takut mati - sebab dosa kita yang banyak. Bagaimana kita hiduplah akan menentukan bagaimana kita akan mati. Jadi hiduplah dalam ketaatan, harapnya mati pun dalam keampunan.

Moga kematian kita tidak sia-sia & akan menghidupkan jiwa-jiwa yang terlupa.

Semoga sempat membalas jasa ibu bapa,  melunaskan hutang, dan meninggalkan saham untuk membida syurga dengan amal kebajikan, ilmu yang dikongsi & anak-anak yang soleh solehah.

Dan pergi dengan tenang saat dipanggil pulang.

Izzat Ghazali.

Allaumaghfirlahum warhamhum waafihim wa'fuanhum buat semua asatizah, alim ulama, yang berjasa besar mengeluarkan kami daripada kejahilan, & buat saudara muslimin yang telah pergi meninggalkan kita.

Friday, April 26, 2019

Hujung Minggu Kita

Bismillah walhamdulillah.

Harini ada banyak gila program. Tak boleh kata apa,  sebab memang kita dihimpit hanya ke hujung minggu untuk menambahnilai hidup, dalam keadaan ketaksuban kita kepada 9-6 & malam untuk rehat atas kelesuan sepanjang hari.

Aku jadi dilema sebab antara yang banyak itupun - aku tak pergi satupun haha.

Sebab aku setup polisi untuk keluarga - its either Saturday or Monday, jangan both. Family ada hak jugak atas masa kita. Dalam keadaan Ahad aku dah ada pengisian wajib datang, terpaksalah aku korbankan Sabtu.

Aku faham,  ada jiwa terasa bila kita tak dapat turun menyatakan sokongan, waima ada penganjur yang bagi pilih masa sendiri untuk slot.Tapi aku harap dia pun faham,  prioriti kita tidak lagi sama, kawan.

Sebab itu antara pesan jujur yang tidak selalu ditutur - sebelum kahwin,  ada anak - berlarilah mengejar hidup sepuas hati. Sebab bila ada anak,  ada suami/isteri : langkah sudah tidak jadi sejauh sewaktu bersendiri. Mungkin tidak terpakai untuk semua,  namun terikat dengan kebanyakan kita.

Dan lagi, menjaga amanah keluarga adalah lebih besar daripada amanah masyarakat,  negara. Malang sungguh bila kita lantang memperjuangkan hak dunia,  namun keperluan keluarga keciciran si belakang.

Menyumbanglah selagi terdaya.
Ia bukan lagi tentang sebanyak mana.
Kerana kapasiti kita tentu sekali tidak sama.

Izzat Ghazali
- member kata takut bini, staf kata family man,  tapi aku kata itu kewajipan aku.

Tuesday, April 23, 2019

Sharing A Cake?

Bismillah walhamdulillah.

Dah jadi adat,  orang kita.
Nampak orang boleh buat kerja sikit, 
Offer gaji besar - suruh kerja dengan kita.
Dan akhirnya,  satu potensi jadi rugi.

Padahal,  banyaknya perusahaan akan membuka lebih banyak peluang kerja untuk orang tak berkemampuan.

Takut orang lawan kita.
So baik ajak dia join kita,  nanti nama kita jugak yang naik.

Aku geram betul.
Dengan orang yang pergunakan semangat & kesungguhan orang.

Dan lagi rasa bengang, 
Bila yang pergunakan tu kebanyakan orang-orang besar.
Sepatutnya kau guna kelebihan untuk giving back dengan nurture yang talent -
Supaya sampai satu masa,
mereka boleh jadi lagi power daripada kau
Dan mould orang yang lagi power daripada dia.

Tapi,
Buat apa bantu besarkan budak kalau boleh buat dia up nama kita, kan?
Sudahnya - kau guna kekurangan dia,  atas keperluan dia untuk terus bernafas -
Untuk ikat dia bawah kau,
Untuk terus bawak kau naik.

Malang sungguh.

Izzat Ghazali.
- yang baru sahaja diperbodohkan.

Monday, April 22, 2019

Kawan-kawan Yang Baik

Bismillah walhamdulillah.

Kenapa dalam kebanyakan movie,  mesti Hero kena ada sidekick dia?  Adakah Hero tu tak betul-betul untuk jadi seorang Hero? Ataupun dia power, cuma dia tak konfiden untuk survive sendiri?

Sebab dia pun orang.
Dan orang, mesti perlukan teman.

Nabi Adam duduk kat syurga - yang padahal dah ada semua kenikmatan pun masih rasa boring & minta peneman.

Apatah lagi kita yang kat dunia ni kan? 

Sebab tu, aku sedaya mungkin untuk mengelak buat musuh dengan orang - sebesar manapun pertelingkahan yang mungkin ada.

Sebab aku rasa rugi.
Dah lah dunia ni sekejap je,  dah tu nak bermusuh dengan kau pulak.

Dosa aku sorang-sorang pun tak terkira dah,  lagi nak buat dosa dengan orang.

Mintak simpang jauh ya Allah. 😇🤲🙏

Dan medium FB (salahsatu) memberikan kita ruang & peluang yang besar kepada untuk spark the hate / mencetuskan pemusuhan tu.

Takdelah aku nak claim aku nak takde musuh langsung,  mungkim wujud je orang yang tak puas hati dengan aku. Sebab aku susahkan dia tanpa aku sedar ke,  sebab perangai aku ke,  tak tahulah tu.

Tapi kalau katakanlah ada orang buat jenayah kat aku,  then polis tanya aku ada suspek ke tak : aku boleh confident cakap tak.

Sebab aku tak minat nak ada musuh ni. Harap jugak,  yang aku pun tak dimusuhi sesiapa.

Kita sebenarnya saling memerlukan. Ada part yang kau tahu, tapi aku tak tahu. Ada side yang aku faham,  tapi kau tak faham.

Rugi kalau kita jadi orang yang sombong,  rasa boleh naik hidup sorang-sorang.

Kalau kita ada 100 sebab yang kita boleh bergaduh,  kenapa tidak kita cari 1 sebab untuk kita bersama? 

Aku doakan kawan-kawan aku - yang masih sudi setia bersama walaupun aku ni bukan kawan yang baik pun - agar sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah.

Semoga kita akan berkawan jugak, 
Di syurgaNya kelak.

InsyaAllah.

Izzat Ghazali
- baru lepas call kawan-kawan yang lebih arif untuk minta advice pasal satu kes ni.

Stress!

Bismillah walhamdulillah. 

Minggu ni banyak sangat mende urgent - mungkin kafarah daripada bulan lepas punya bersenang-lenang kot. 

Ada kes dengan Pemaju yang dah dapatkan perintah untuk robohkan kedai penjaja, ada kena prepare agreement untuk satu syarikat mendapatkan arang batu daripada negara luar dan bekalkan kepada TNB, ada kena prepare kertas kausa untuk kes fitnah, ada kena jumpa orang pasal kena buang kerja blablabla tu je yang urgent.

Setiap kali langkah masuk office, mesti rasa aduhhh serabut betul kepala ni. Sebab nak mengadap karenah orang - dan melawan kemalasan sendiri. 
Orang cakap, kalau kita minat buat something, kita takkan rasa penat buat kan? Bini yang kita sayang pun ada waktu kita rasa geram dengan dia, apatah lagi dengan kerja.  Bila buat mende sama, kita jadi tak fresh, dan lemau. 

Aku serius minat betul jadi lawyer. suka menulis, suka bercakap, suka discuss dengan orang-orang power. cumanya, repetation yang membuat mende tu 'hilang harga'. 

Sebab tu kadang-kadang, aku akan divert advocacy work ni dengan buat kerja bini aku, buat soalan exam students dia contohnya. Ia macam stimulate other part of the brain la konon-konon. 

Tapi bila aku tengok kawan-kawan lain yang macam loss, dengan macam-macam isu. Asyik meraban kat medsos pasal karenah bos, politik office etc, aku rasa syukur. Sebab sekurangnya aku dah tak perlu hadapi dah keserabutan itu. Sakit weh. Rela atau paksa, apa yang bos suruh tetap kena deliver. 

Indirectly buat aku sedar, selagi nyawa di dada, ujian pasti akan tiba -waima dalam apa jua cara sekalipun.

Stress, pada aku - perlu. cuma ia mesti kena pada kadarnya.

Kalau berlebihan bahaya, boleh bawak kemurungan dan rasa rendah diri.
Kalau takde pulak, jadi buat tak pressure langsung dan kerja sambil lewa.

Jadinya sekarang - Alhamdulillah - sebab aku stress dalam keadaan ada file masuk, (part payment letak tepi) sedangkan ada kawan lain yang stress sebab takde apa nak buat.

Yang paling utama,
Semoga stress ini, bernilai ibadah.

Izzat Ghazali.
1128 230419

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...