Bismillah alhamdulillah.
Jika anda merupakan peminat tegar drama, tak kira lah Korea, English hatta Melayu sekalipun, anda pasti bersetuju dengan saya betapa cara terbaik untuk menghayati jalan cerita tersebut adalah membayangkan watak utama drama tersebut sebagai anda.
Anda-lah hero kaya yang menjadi idaman gadis2 kaya, tetapi terpikat dengan hati seorang gadis biasa. Anda-lah heroin cute yang menjadi hamba dalam rumah sendiri kerana konflik dengan ibu tiri anda.
dan seperti biasa. hero/heroin akan beroleh bahagia di akhirnya.
akhirnya. semua orang lain silap. dan mintak maaf.
akhirnya. semua orang lain sedar. dan hormat anda.
dan sayang, hidup bukan drama. ---
semua orang rasa dia hero.
semua orang rasa dia heroin.
dan jangan harap aku nak mengalah. macam biasa, emosi akan terkedepan.
kan aku tua. apasal aku nak mintak maaf?
kan aku x buat. apasal aku nak beralah?
kan aku x rasa apa2, apasal aku nak kena mengadap dia.
malulah kalian. ---
di saat di sana ada insan yang men'dewa'kan anda.
anda hina disebabkan tindakan sendiri.
di saat di sana ada orang yang menganggap anda qudwah.
anda hilang peluang raih saham ibadah.
tak guna jadi ustaz masuk TV pun, kalau dengan jiran pun boleh masam muka.
tak guna jadi naqibah pegang usrah pun, kalau dengan adik beradik tak reti nak masuk.
tak guna jadi presiden persatuan pun, kalau dengan housemate boleh bergaduh.
"sebab Allah nak tengok apa yang kita buat status kat FB, tweet kat twitter,
bagi nasihat kat orang lain, cerita kat kawan2 bulatan gembira, kita AMAL tak dalam
hidup seharian kita."
nah. ---
kena sebijik atas dahi.
terpanar. anda tak mahu sedar lagi?
"run from your problem is a race you'll never won"
irhamna yaAllah. (T__T)
p/s : and dear, this is life.
kadangkala ada kata yang tak terucap dek lidah. titis tangis yang tertahan di empangan mata. gelora marah yang terbenam dalam dada. resah gelisah yang terenap di sudut jiwa. rasa kesyukuran yang tak terdefinisi dek bahasa. bahagia yang bertandang tanpa pergi dari hati. wadah pengkongsian utk insan bergelar teman. serangkai kisah hidup utk sebuah perkongsian. medan utk tangan menari. yang dilahirkan tuntas di hati. dari sebatas akal kurniaan Illahi. demi mengamit cintaMu Ya Rabbi .
insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)
Friday, February 15, 2013
Wednesday, December 26, 2012
dua-puluh-empat tahun lamanya menyulam cinta.
Bismillahi Subhanallah wAlhamdulillah wAllahuakbar.
Tetiap kali datang. confirm kena bawak penyapu tinggi tu. haish. mintak sungguh2 sahabat2 labah-labah sekalian berpindah segera. mohon maaf atas arahan yang dibuat tanpa notis. saya sungguh menyesalinya namun apakan daya. tinggi harapan saya agar anda2 sekalian tidak lagi diberi peluang untuk merempat di sini selari dengan pertambahan graf kerajinan saya mengupdate. dah. cukup-lah intro ni kot?
Saya sebenarnya tidak terdesak sangat pun nak meneruskan perjalanan blog ni. sebab hidup terlalu istimewa utk dikongsi. ye dop? bukan ada cerita best sangat pun dalam diari hidup saya ni. namun, kadang2 apa yang kita rasa or kita tahu hari ini, boleh jadi pengajaran untuk orang lain hari esok. sekurang2nya, apa yang orang baca di sini, kalaupun tidak mendapat perkenan di hati tuan/puan sekalian, tetap saya lampirkan sebagai medan utk saya meninggalkan saham bila masa saat saya dipanggil mengadap nanti, tak ke? amin yaRabb.
Malam itu sepatutnya berlalu seperti selalu. saya tengah serabut mengejar dateline. kecuali-lah satu mesej masuk tertera, "salam along, esok abah and mak's 24th anniversary. apa plan?" saya agak tengah kusut, hanya membalas pendek, "Saya berada jauh di perantauan, mohon anda uruskan hal2 berkaitan." dan saya larut lagi dalam perlumbaan last minute seperti selalu. jauh di sudut hati, terbit rasa syukur dengan mesej yang hadir utk mengingatkan. kamu sungguh terbaik wahai adik. lima bintang.
kebiasaan plot hidup, saya akan ada plan, baik secara amal fardhi, atau amal jamaie, untuk meraikan pasangan syurga ini. tapi disebabkan jauh di mata, terpisah dek jarak berjuta depa. alihan konsentrasi, penambahan tanggungjawab, perubahan ta'kulan tentang persepi selari dengan pertambahan usia, saya jadi lemas sendiri utk merancang 'sambutan' utk kali ini. senada saya beranggapan, mereka tahu yang saya selalu titipkan dlm setiap ungkapan doa saya, agar mereka senantiasa diberkati Illahi. namun saya silap. seperti saya dan anda semua. mereka juga manusia. yang seringkali lupa.
jadi, bersempena dgn sambutan jubli-ala2-perak ini, saya imbau semula, dwi-cebisan peristiwa2 yg pada saya, akan sentiasa saya bawak sebagai bukti, pasangan syurga ini-lah yang menjadi pentarbiah kepada izzatghazali hari ini. pasangan syurga ini-lah yang menjadi pemandu jentera yang mengetuk tunjang besi pada bangunan bergelar izzatghazali. tapak asas binaan ini, arkitek dan juruteranya tidak lain dan tidak bukan adalah pasangan syurga ini. semoga Allah merahmati mereka. irhamhuma yaAllah.
1) Along cangkul paip PVC abah.
Masa saya kecik2 dulu, berbeza dgn budak2 millenia ini yang lebih cekap main AngryBird Space dekat GalaxyTab or gajet elektronik lain, saya suka tengok abah guna cangkul, parang dan gajet2 besi lain. kata orang, ilmu tanpa amal ibarat pokok tiada berbuah. tercabar drp itu, saya berazam utk mempraktikkan teori ini. kata orang lagi, malang itu tidak berbau. mata cangkul saya membaham sedikit paip sebelah rumah sewaktu cubaan menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang. muka dah jadi biru. kaki ketar-ketar. frekuensi suara mak kedengaran jelas, "along, bakpe air slow ni?" bila mana saya cuba utk control the damage dengan menutup kod paip utama. sememangnya, saya adalah 'wanted' pertama bila ada dalang berlaku di rumah kerana waktu itu, angah (iffahghazali) belum cukup akal untuk merencana taktikal dan formasi sehebat saya.
bila abah balik. usaha utk cover line dengan buat dek sambil menuduh anak jiran sebelah buat onar kat rumah kita gagal dengan jayanya. sebab? belum apa2 lagi saya dh nangis dulu, sambil cakap kat abah, "along sa'lloh cangkul paip petang takdi. huwaaaaa," dgn penuh gentleman, abah kata, "takpelah. kekgi tengok abah bekki paip pulok.lain kali gi nyangkul belakang rumoh tu." dan sejak itu, saya menambah koleksi minat lain pulak. baiki paip tentunya. dan peristiwa pecahkan paip di rumah ini dah jadi rutin. sampailah alang (ikramghazali) lahir. lepas alang lahir, saya rasa kurang terbeban sikit, sebab tanggungjawab utk pecahkan paip telah diwarisi alang.
2) Mak, along nak gi lawatan ke Melaka boleh?
Masa ni saya darjah 3, or darjah 4. ntah saya pun dah lupa. tapi saya ingat saya kecik lagi lah. itu confirm. sekolah buat lawatan. untuk budak2 darjah 5 dan 6. tp ada cikgu baik hati (Cikgu Rohana Abd Latif) merangkap coach bercerita kisah alQuran saya, offer kat saya, untuk join sekaki. balik dgn hati yang girang saya bagitahu abah, "cikgu ajok along gi lawatan ke Melake." As always, well this is abah saya, tak pernah kata takleh. tapi dia letak syarat berat, "gi tanye mok dulu." Huwaaaaa. tanya mak ertinya tak boleh. tapi, kata orang, di manakah adanya jalan kalau bukan pada kemahuan?" so, dgn muka cuak, saya 'ayat' mak. mula2 mak kata tak boleh. sapu bedak pun 'poreng' lagi ada hati nak gi lawatan. so, esoknya, saya sapu bedak dgn hemah tinggi dan penuh beradab. dan cuba pujuk lagi. still, dok boleh boh. saya nak pergi jugak sebenarnya. sebab bukan tak pernah pergi, tapi sebab pertama kali bukan pergi dgn mak abah. so rasa excited tu lebih sikit. mohon faham lah ye.
so sebagai manager FM 2008 (football manager), saya buat taktikal baru. sampah tak penuh lagi dah gi buang dah. petang saya isi dgn 'gerrak sapoh' walaupun panggilan main bola disemboyankan budak rumah depan. "argh! kalau hendak ikan paus, manakan boleh diumpannya cacing?" hati saya memberontak menidakkan suara akal utk pergi bermain bola berkaki ayam di padang tanah merah. saya siap vacuum karpet lagi rasanya. ntah. dah lupa jugak. tp bila dibangkitkan persoalan yang sama, dgn tegas, mak menafikan hasrat saya jugak, walaupun sudah ditanya adakah anda pasti dgn jawapan anda.
malam tu saya merajuk. rasanya taknak pergi mengaji. taknak ikut abah gi masjid. dan taknak buat latihan buku Math yang abah beli. oh, taknak susun jadual sekolah esok satu lagi. rasanya abcek (abd rashid muhamad) yang tolong susunkan. saya mengurung diri di bawah kerusi rotan bukan sofa di ruang tamu. malam tu, mak datang dan bagitahu. mak dah call cikgu, dan siap bayar lagi rasanya. samaada dia bagi duit kat saya ber-stapler suruh bayar esok or dia dah bayarkan siap2, memori saya tak berapa nak catch up dah. "nanti mak kemaskan beg kat along." oh. sungguh sentap okay. saya tak rasa angah tahu sebab dia x mumayyiz lagi masa ni. ateh (husnaghazali) lagi lah sebab dia pakai cawat lagi. and the rest is history. sebelum naik bas, mak bagi duit rm 50. buat belanja katanya. padahal, makan/minum, penginapan semua dh termasuk dalam yuran lawatan, sentap kuasa dua lagi. so, saya balas dengan beli hadiah kat adik2. and beli makanan kt mak abah. and saya xbeli apa2 pun kat saya konon2 sebab saya dh diberi hadiah dengan bawak diri ke Melaka. dan itulah hadiah pertama saya, untuk adik2 saya. duit lebih saya siap bawak balik lagi. hahahaha. saya sungguh comel.
--------------------------------------------------------------------------------------
#abah dan mak yang along sayang.
berbanding adik2 lain. along adalah anak yg dinanti2 dgn penuh debar kan? along tahu, mesti mak abah cuak/takut bila nak sambut kelahiran along. first baby lh katakan ye dak? hahaha. along suka/syukur jadi anak sulung kepada mak abah taw, (walaupun along-lh yang pertama dipenjara di asrama, yang pertama kenal erti beli hadiah kt orang, yang pertama kena mengalah, dll) sebabnya. kita adalah orang yang paling banyak kenangan compared to angah, ateh, acik (najianghazali), alang, uda (anasghazali), kakak&abang (hafizah&hafizi), anjang (amalinghazali) dan adik (naqeebghazali).
#abah dan mak yang along rindu.
disebabkan banyaknya masa yang menjadi milik kita bersama, peluang utk along dapat dosa atas sebab kegagalan jadi anak soleh jugak makin banyak. compared to adik2 lain, mesti nisbah dosa berkadar terus dgn masa kan? jadi, atas sebab berikut, along amik kesempatan di sini, nak mintak maaf sungguh2, andaikata ada ucapan, karangan, ukiran, goresan di kereta, lukisan di dinding bilik, bakaran buku Muslimah drp edisi Jun1995, keratan pokok jambu, pecahan paip sepertimana di atas, dan seumpamanya yang memungkinkan terhalangnya belas kasihan Illahi terhadap usaha along meraih syurga Dia. macam dlm cerita alqamah tu. waaaaaa. taknak taknak taknak.
#abah dan mak yang along cinta.
cinta seorang guru Pasti dan pemuda PAS yang kerja kilang Plywood, 24 tahun dahulu, telah me'wujud'kan along adik beradik hari ini. cinta yang Allah perhati. cinta yang Allah atur. daripada moto Honda C70, kereta Nissan, van Vanette, sampailah ke proton Exora hari ini. semoga cinta kalian hari ini, sama syok macam cinta pada permulaan tempoh 24 tahun ini dan terus mekar dalam redha daripada hari ke hari. segala puji bagi Allah kerana menakdirkan along adik beradik terdiri daripada benih abah yang ditiup roh dalam rahim mak. kerana insyaAllah pasangan syurga ini, akan turut sama2 memastikan deretan anak2 mereka turut sama menghuni syurga nanti. amin Ya Allah.
irhamna, yaAllah.

Thursday, June 28, 2012
Teacher + Ustazah = Rusukkiri.
![]() |
| rusukkiri dan anak |
Bismillah walhamdulillah.
Dah hampir sebulan rasanya, rusukkiri dah jadi ‘teacher’ dan ‘ustazah’ dekat tadika tu. Ini sekaligus bermakna dah hampir sebulan jugaklah aku berjaya untuk tidak tidur selepas Subuh. Wahhh! Ini satu pencapaian yang wajar dibanggakan. Nampaknya idea mak untuk benarkan aku kawin ni mendatangkan hasil jugak lah. Mahunya tak, dalam zaman se-ekstrem PLKN pun
Alhamdulillah. Dah sebulan dah.
Sebulan yang panjang untuk melampiaskan kemarahan kepada kereta2 yang tak reti2 bagi laluan kat pendidik anak bangsa kat belakang ni kejar assembly pukul 7.15 dia.
Sebulan yang panjang untuk dating berdua tepi tasik sambil bukak nasik bungkus makan lunch sampai rasanya pekerja pembersihan kontrak tu dah boleh cam muka.
Sebulan yang panjang untuk dengar cerite rusukkiri, cerita pasal Didi tolong pujuk kalau budak merajuk, Izzati yang nangis kalau salah susun kerusi tak ikut colour, dan macam2 lagi.
Sebulan yang panjang untuk hadap rusukkiri membebel sebab tak pakai helmet sekali dengan tali, sampai pernah tersangkut janggut masa ketatkan tali, menitik sedikit air mata membasahi pipi.
Sebulan yang panjang untuk aku bising2 kalau rusukkiri x pegang pinggang sebab kadang2 lampu isyarat merah itu tidak bermaksud anda wajib berhenti dan pegangan pinggang boleh dileraikan.
Sebulan yang panjang, dengan macam2 cerita. Sebulan yang panjang, untuk dewasakan rumahtangga kami berdua. Sebulan yang serba kekurangan tapi penuh bergaya.
Hebat betul tugas pendidik. Kalau ada mana2 orang claim dia minat kat budak2, mohon jangan sembang lebat sangat selagi x jadi cikgu tadika jaga segerombolan budak 4 tahun. Dia punya peel perangai daripada kena
![]() |
| kelas kraf katanya. tang mana kraf pun aku keliru lagi. |
Dan buat para pendidik peringkat awal manusia di seantero
hemisfera dunia, tak kira lah PASTI, TASKI, Tadika, Taska, Pra-sekolah dll,
anda2 sekalian adalah hero Avenger dunia. Tugas mentarbiyyah budak di peringkat umur
seperti ini adalah umpama meletakkan batu asas pada sebuah bangunan. Yang mana
sekiranya tidak kukuh binaan awalnya, nescaya pincanglah menaranya, rosaklah
proses tumbesarannya. Buat para pendidik di seluruh dunia, tahniah, kerana anda
sekalian secara langsung termasuk dalam antara amalan2 yang menyebabkan aliran
pahala terus mengalir walaupun anda sekalian mata. Kepada anda, dan teristimewa
(obviouslah kan?) buat rusukkiri, berbangga-lah dengan profession ini. Mohon
ikhlas melaksanakan tanggungjawab, dan selamat me-wujud-kan khalifah2 hebat
untuk muka bumi Allah swt ini. Sila buat aliran pahala anda tidak putus2.
Mohon Allah redha banyak2 ^_^
Sunday, June 17, 2012
Mak : Kesayangan Kami :)
pemberitahuan awal. err. entry ini trlambat post sebab saya ingat dia dh publish, tapi sangkut dekat draft pulak -_-"
tarikh lahir mak saya rahsia, dia cakap kalau nak bg hadiah, boleh kirim kat saya je. :p
![]() |
| mak. mak pernah ke amik gambar sorang2 eh? x jupe lh. :( mak. with rusukkiri. 1st time mereka dipertemukan |
Hari ni hari lahir mak. Hari lahir orang yg dah hadap 10 kali sakit bersalin, semata2 nak bagi hidup (dgn izin Allah) sepuluh beradik, yang masing2 sempurna tubuh badan sampai hari ni. Hari lahir orang yang kena faham peel perangai budak 10 orang, yang masing2 lain ragam, lain cara nak faham. Tapi ramai orang silap perkiraan. dia ingat mak along ni sekadar jadi suri rumah je? Hamboi. sangat besar kesilapan mereka kan mak? Berikut along senaraikan kerjaya mak sepanjang 23 tahun jadi ibu ni.
1) Mak sebagai Investigation Officer (IO) yang setaraf dgn CIA, FBI, SWAT.

Mata mak mesti boleh tangkap je kalau nak sembunyikan apa2 cerita. Pakai seluar lain kat dalam sebab plan nak mandi sungai lepas main bola kat padang sekolah pun boleh tahu ke? Pernah berkomplot dengan angah untuk laksanakan misi hebat, tapi kantoi. dan sama2 sembunyi bawah kerusi rotan panjang. konon2 mak x kan dapat masuk bawah tu. dan alih2 sama2 dapat cili padi free. insaf. untuk sehari semalam. esok, main kusyen buat khemah balik. dan investigation paper dibuka lagi. Hehehe.
2) Mak sebagai chief chef dekat hotel merangkap pengajar Master Chef.

Kalau dulu, ada hari guru or ada hari2 yang sewajarnya utk diraikan. mesti mak buat makan2, dan jemput orang datang rumah. dan secara pukal, orang normal akan cakap mak masak sedap. kalau kawan2 along, mesti masa raya dah setting datang rumah along paling awal. kang datang lambat kang, perut dh penuh, xleh dah balun kaw2. Ke-selalu-an mak dapat tender buat2 makanan ni, secara jelas membuktikan kepakaran mak tidak boleh dipandang enteng.
3) Mak sebagai tukang sebat, macam heroin yang senjata dia cemeti.
Berbanding dengan abah yang sekadar part-time, mak memang all-out bab2 ni. malas gi ngaji, pukul adik, memang pakej lengkap untuk dapat hanger, tali pinggang free. Uda, abang, kakak, anjang dan adik sepatutnya sangat bersyukur, sebab mak dah slow2 retired drp aktif macam dulu. dah makin matang-lah kata orang :) bila dah besar, baru-lah faham. kalau mak x katok along dulu2, mesti dah x jadi macam along arini. Mesti lepas mandi, letok tuala ngata awe lagi.
4) Mak sebagai doktor pakar kanak2, part time nak cari duit lebih kot?
Along memang explorer. setakat masuk belukar cari butir peluru bedil, carik pokok kecik untuk makanan ikan sekila dalam lombong, dah memang pejam mata-lah. Padang bola bawah bukit siap ada mata air lagi taw. Sapa korek tu? Nak gi sekolah tetiap ari kena panjat bukit, setakat main aci nyorok dalam 'rok' memang dah lali. Disebabkan itu, along memang banyak kena 'ketik piirah'. sobsob :( dan mak adalah tempat kembali terbaik. Kalau kene 'kejong', memang selamat-lah piirahh tu. Kadang2 bisul pun selamba pun mak bagi tackle. Small pieces kata orang. tapi memang satu lorong lh boleh dengar orang nangis.
5) Mak sebagai fashion designer bertauliah.
Nak kena pakai baju apa arini mak? Mak macam dh ada list pakaian anak2 dia dalam kepala. Baju putih ada tulisan merah langkawi tu, dengan seluar hitam yang dalam poket kiri dia ada kesan dakwat tumpah tu. Tali pinggang pakai ada dekat pale katil. Pagi2 lepas mandi, mak tengah landing bagi 'bak' kat adik pun, along berlari bawak sikat-bedak-minyak nak suruh mak jugak buatkan. Bukan tak reti pun buat sendiri, tapi outcome dia lain lah. Mesti comot semacam je. -__-"
6) Mak sebagai pengerusi lembaga bank malaysia.
Bank yang function dia akan bagi interest sekali ganda dengan simpanan along. Style x? Dapat 50 sen sehari, kalau beli nasik lemak 30sen, air sirap 10sen, kuih 10sen. dah boleh kenyang menyandar dah. tapi, xd duit lah nak simpan. camane kalau angah dpt kumpul lagi banyak nanti? Aiseh. so kalau mak masak sedap pagi tu, mohon diletakkan dalam polisterin bawak bekal. Dalam sebulan tu kalau dpt kumpul RM5, mak akan gandakan jadi RM10. Before letak dlm bank. tak ke untung camtu? Try duduk cite bank mane yang ada buat sistem macam mak ni?

7) Mak sebagai tukang jahit, yang jahit sambil tengok TV, atau tengah cakap telefon.
This is so true. Mak xde masa spesific sangat kalau nak bukak tin jahit warna merah ni. Tapi, kalau dah mengadap TV, kalau takde timbunan kain depan muka, mohon hulur tin jahit, dan seluar/baju/sarung bantal yang ada problem tu? Mohon juga bagitahu nak apa, kecikkan? potong? tampal? Dengan senang hati mak hayun jari. Haa, satu lagi, masa tengah cakap phone yang berdurasi tinggi sampai insyaAllah boleh tunggu nasik siap masak. Nak buat macamane tukang jahit bizi.

8) Mak sebagai tukang tulis macam zaman dulu2. untuk anak2. dan untuk abah sekali.
Sama seperti di atas. kalau dah mengadap TV, or sambil2 cakap telefon. Bak datang buku tulis, buku teks segala. Kalau dapat marker, memang silap. Habis lah barang2 mainan, meja, baldi, basikal, bola plastik, penuh dengan nama. Kalau nak lagi true, lengkap dengan no surat beranak, no telefon dan tarikh lahir. kalau xd keje spesific, mak boleh conteng2 sambil congak2 duit bulan ni dah habis kemane. So kalau jupe harakah ada nombor2 tepi2 tu, bawak diam sudah.
Sebenarnya ada banyak lagi kerja2 mak, macam nurse yang siap dengan picagari utk sumbat ubat dalam mulut, tukang jalin rambut anak2 perempuan, interior designer yang kerap boring dengan susunan perabot dlm rumah, tukang tanam pokok bunga sampai kena angkut pasu dengan kereta, dan lain2.

tapi sebenarnya kan mak, along langsong x perlu ada alasan sebab ape along kene sayang mak. sebab along memang sayang mak. cuma, maaf-lah. kadang2 along lupa nak ingatkan mak, yang along sayang mak. ^_^
terima kasih mak.
atas SEGALANYA.
nanti kan, along nak jadi saksi depan Allah swt, nak cakap, mak dah sangat2 jadi mak yang baik. along pun tak tahu, along dah layak belum nak jadi anak soleh untuk mak ni. tapi harap nya mak tahu, mak dah ter-lebih layak, nak jadi maksolehah terbaeeeeek untuk along T_T
Semoga Allah sayang mak dgn abah selalu.
Semoga Allah sayang keluarga kita selalu.
Semoga nanti, kita ramai2 boleh teguk air sungai susu, yang mengalir dalam syurga tu.
^_^
Yang benar, Along.
Presidenmenang-tanpa-bertanding,
Bani Ghazali.
mewakili Angah, Ateh, Acik, Alang, Uda, Kakak, Abang, Anjang, and Aqeeb :)
terima kasih mak.
atas SEGALANYA.
nanti kan, along nak jadi saksi depan Allah swt, nak cakap, mak dah sangat2 jadi mak yang baik. along pun tak tahu, along dah layak belum nak jadi anak soleh untuk mak ni. tapi harap nya mak tahu, mak dah ter-lebih layak, nak jadi mak
Semoga Allah sayang mak dgn abah selalu.
Semoga Allah sayang keluarga kita selalu.
Semoga nanti, kita ramai2 boleh teguk air sungai susu, yang mengalir dalam syurga tu.
^_^
Yang benar, Along.
Presiden
Bani Ghazali.
mewakili Angah, Ateh, Acik, Alang, Uda, Kakak, Abang, Anjang, and Aqeeb :)
Saturday, April 7, 2012
Syaitan. Makhluk Jahat yang Gigih.

Bismillah walhamdulillah.
Masa saya nak tulis pasal post ni, syaitan bisik kat telinga.
*takdelah dengar betul2, kang pengsan pulak aku*
takyah-lah sibuk2 nak post pasal ni, baik ko gi tidur.
tapi, sebab saya rasa penting untuk saya ingatkan diri sendiri, dan para pembaca.
saya kena paksa jugak diri untuk tulis. yeah! hehehe.
syaitan memang makhluk yang sepatutnya jadi jawapan,
bila orang tanya amende makhluk paling korang benci.
tapi kegagalan membenci musuh no. 1 manusia ni melalui tindakan,
tidak sepatutnya dipandang enteng kesemua kita.
benci syaitan? meh benci dengan hati. ada bran x, bro? :)
enough intro. sila masuk isi pulak Ee, aku dah boring bace.
Syaitan is gigih. why dia gigih? sebab dia x kenal erti putus asa.
x dapat buat plan A, dia follow-up dengan plan B.
x dapat attack gune through-ball, dia tukar formation main flank.
x dapat menang 1st round, dia retreat, ubah strategi utk 2nd round.
bila syaitan dah gagal goda abid untuk tebang pokok yang menjadi sembahan masyarakat,tapi kegagalan membenci musuh no. 1 manusia ni melalui tindakan,
tidak sepatutnya dipandang enteng kesemua kita.
benci syaitan? meh benci dengan hati. ada bran x, bro? :)
enough intro. sila masuk isi pulak Ee, aku dah boring bace.
Syaitan is gigih. why dia gigih? sebab dia x kenal erti putus asa.
x dapat buat plan A, dia follow-up dengan plan B.
x dapat attack gune through-ball, dia tukar formation main flank.
x dapat menang 1st round, dia retreat, ubah strategi utk 2nd round.
dia cucuk jarum pulak untuk bersedekah dengan duit bawah bantal sebagai cagaran.
bila syaitan dah gagal goda anda untuk tidak solat.
dia cucuk jarum pulak suruh solat laju-laju.
bila syaitan dah gagal buat anda solat macam The Flash.
dia cucuk jarum pulak suruh fikir pasal assignment CPC.
bila syaitan dah gagal buat anda solat dgn khusyuk.
dia cucuk jarum pulak xyah nak buat alim gi ingatkn roomate pasal solat.
bila syaitan dah gagal halang usaha anda sebarkan dakwah.
dia cucuk jarum pulak sila rasa riak sebab anda paling baik dalam kalangan kawan2 anda.
*solat ni sebagai contoh, cuba korang fikir pasal couple lak*

simple kan?
tapi ingat.
syaitan gigih. bukan dengan sebab dia power.
tapi sebab kita yang BANGANG.
Bangang dengan lari daripada Tuhan.
menyisihkan imbangan Tuhan dalam amal tindakan.
semoga redha Allah sentiasa mengiringi. :(

Thursday, April 5, 2012
Ke Arah Suami Super Saiya.

Pergh! Hidayah Allah datang lagi. Hehehe. Jarang benar saya dapat menulis sekarang. Sebabnya? Saya boleh reka beribu alasan, tapi sejujurnya, saya MALAS. Malas nak fikir topik2 untuk menulis, malas nak construct idea betul2, malas nak menulis. Saya rasa saya sangat sibuk. Sibuk tanpa buat apa2. -_-"
Hidup sebagai suami, untuk sebuah perkahwinan berusia 2bulan nak masuk 3bulan ni banyak bagi pengajaran kat saya. Dulu kalau cuti kejap je, memang kena empang air mata tengok budak2 batch balik rumah, sekarang cuti hujung minggu pun saya boleh terbang balik Ipoh. Dulu kalau stress lepas habis exam kena balik tidur, sekarang dah reti bawak rusukkiri merempit ke mana2. ^_^
Lelaki yang dah berkahwin, akan secara automatik akan dipanggil suami. Secara fitrah, suami akan dilihat sebagai 'power' sebab boleh perintah bini dia macam2. Boleh suruh buatkan sirap, boleh suruh beruskan gigi, boleh suruh suapkan choki2. Tapi, bukan semua lelaki yang dah jadi suami, menggunakan 'power' yang dia ada, dengan sebaik2nya.
Ayuh letakkan kelemahan isteri di pinggir laptop. Itu sangat-lah soal lain. Menjadi suami yang baik, syurga balasannya, Allah pemberinya. Bukan sekadar mengharapkan balasan daripada manusia semata. Suami, jawatan lantikan Allah, dan semestinya Allah-lah yang bertanggungjawab memberi ganjarannya. Tetapi, sangat ramai para suami terlupa, termasuk saya jugak -___-" astaghfirullah.
Suami terlalu memikirkan tentang tanggungjawab untuk mengubah. Bimbang peringatan Allah tentang 'kemungkinan' isteri mengheretnya ke neraka rentetan kegagalan men-tarbiyyah seorang isteri. Padahal, tumpuan untuk mendidik diri sepatutnya lebih didahulukan, supaya bebanan menuntun isteri sepanjang perjalanan akan menjadi lebih mudah. Bagaimana hebat seorang suami itu, andai dirinya tidak terdorong untuk mendidik diri, bagaimana mungkin dia mampu untuk mendidik isteri? #kenatepatdiataskepala
Kepada sekalian para suami2, dan bakal2 suami. Jom pasak niat sungguh2. Semoga dengan menjadi seorang suami yang baik ni, akan jadi 'lesen-besar' untuk kita senang2 masuk syurga nanti.sambil lepak2 goyang kaki, dengan isteri2 kita, termasuk rusukkiri saya. waaaaaaaaaaa, sungguh ohsem sekali ^_^
Semoga Allah memperkenankan :)
Saturday, March 3, 2012
saya dah kahwin. alhamdulillah :)
Bismillah walhamdulillah.
segala puji bagi Allah swt.
akhirnya diberikan ruang untuk melengkapkan ruang hati.
setelah pemilihan sekian lama, mencari si rusuk kiri.
agar kekal bersama, menjadi penguat di samping diri.
segala puji bagi Allah swt.
ketika 'menyerah' hadir bertandang.
rentetan ujian silih-berterusan datang.
terselit harapan, bukti kasih sayang.
segala puji bagi Allah swt.
melakarkan takdir, sempurna seindah cerita.
tatkala gugusan ujian datang menerpa.
percayalah pada-Ku, ia sementara cuma.
segala puji bagi Allah swt.
di ambang pernikahan, tekad ini tidak pernah goyah.
hati menangis hiba, saat akad dilafaz mudah.
bukti Allah selalu bersama, walau hidup sehabis payah.
bukti Allah selalu bersama, walau hidup sehabis payah.
segala puji bagi Allah swt.
secara 'official' menjadi suami.
kepada rusuk kiri, yang sangat dikasihi.
semoga di sini, engkaulah suri, di sana nanti, engkaulah bidadari.
segala puji bagi Allah swt.
dihamparkan peluang untuk mengisi separuh agama.
sebagai kubu tegah maksiat, lembah tambah pahala.
dan menikmati indahnya anugerah Tuhan kepada manusia.
sebuah nikmat, namanya C I N T A ^_^

*terima kasih Allah*
p/s : jari macam dah kene 'freeze'. lama sangat tak menaip panjang agaknya. -_- "
Subscribe to:
Posts (Atom)