insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, July 24, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan Tudung Bidang 60


Sebelum huruf-huruf ini bercerita ---


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.
Segala puja dan puji hanyalah selayaknya dikembalikan kepada Dia ; Pemilik Setiap Sesuatu.
Tanpa lupa, selawat dan salam ke atas junjungan mulia RASULULLAH S.A.W, yang sepatutnya menjadi hero sebenar di teratak hati kita semua.

***

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, bersekolah di sekolah sederhana, hidup dalam kejiranan yang sederhana. Penekanan tentang bertudung labuh sungguh lemah, keistimewaan berhijab sempurna tidak diletakkan pada skala penting pada persekitan saya. Namun, hebatnya nukilan takdir Allah, menetapkan bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai tempat persinggahan saya dalam melengkapkan fasa sebuah kehidupan seorang hamba. 

Suatu waktu di masa lalu, masih segar di ingatan ini, semasa bebola mata tertangkap satu perkongsian bergambar pada sebuah poster program, tertera seuntai kata mengusik sekujur jasad saya ; “Tudung bukan perhiasan untuk menjadi perhatian.” Serentak fikiran menjurus kepada ayat Quran, yang sebetulnya sudah diketahui sekian lama, namun penghayatan tidak meresap turun ke dalam dada.

“...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...”
(Surah An-Nur: 31)

***

Setinggi pujian hanya milik Allah ; ALHAMDULILLAH ---

Bi’ah solehah di bumi Allah tempat saya menumpang teduh ini sedikit sebanyak membantu saya menjadi muslimah yang lebih baik. Dikelilingi oleh sahabat-sahabat bertudung sempurna menggamit perasaan malu dalam diri. Malu bukan kerana mereka begitu. Tapi malu kerana kita begini.   

Sedikit usaha untuk berubah. Kalau bukan kerana sedikit ini, masakan yang banyak akan datang bukan?

BISMILLAH. Dengan nama-Mu wahai Allah. ---

“Angah dah pakai tudung besar eh?” tanya teman sebilik. 

“Aircond kelas kita ni sejuk sangat ke angah?” soal classmate. 

Takut dgn simptom ‘hipokrit’, seraya senyum saya menjawab; “Hehe, baru nak belajar-belajar pakai je ni.”

----

Sungguh, dengan iman senipis kulit bawang, ketakutan akan gagal mendisiplinkan diri dalam memakai tudung besar bidang 60 ini sungguh menebal dalam diri. Mampukah hati ini istiqamah dengan langkah kecil ini? Mampukah gelojak penerimaan manusia diredhakan selemah iman dalam diri?

Sebelum membeli sendiri tudung besar bidang 60, meminjam tudung labuh seorang kawan menjadi kelaziman saya. Mulanya, tudung dipinjam kerana ‘matching’ dengan baju yang saya pakai. Hari ini pinjam tudung, esok pakai selendang balik. Lusa pinjam lagi. Sehinggalah, saya berasa selamat memakai tudung besar ini. Tenang dan tenteram. Dengan frasa lebih tepat ; terpelihara, sesuai dengan nama yang diberi abah untuk puteri tunggalnya, Iffah.

Mengapa terpelihara? Kerana bila tudung labuh ini disarung ke tubuh, akal datang lebih awal daripada emosi. Pujangga ‘berfikir sebelum bertindak’ lebih memberi makna. Takut, dengan imej bertudung labuh ini bakal memberikan persepsi buruk untuk sekalian pemakai yang lain. Malu, dengan tanggapan negatif terhadap penglibatan yang tidak perlu, berlebihan.
Tudung yang melabuh ini hadir sebagai pelindung, untuk menghindari maksiat. Tudung yang melabuh ini datang bersama pakej selamat tatkala muamalat tercetus, agar ikhtilat lebih terjaga.

Andai setiap batang pokok ditebang untuk dijadikan pena. Dan seluruh tujuh lautan sebagai dakwatnya. Nescaya ; itu tidak cukup dan tidak akan cukup. Untuk menulis setiap nikmat kurniaan Illahi. ALHAMDULILLAH ---

Fasa hidup baru, kini bergelar seorang zaujah buat seorang imam yang disayangi kerana Allah. Diijabkabul sewaktu masing-masing masih bergelar penuntut. Dan untuk mengisi masa lapang sekali gus mengukuhkan ekonomi rumahtangga, kami bekerja sewaktu cuti antara semester. Saya bergelar guru di sebuah tadika Islam untuk sekumpulan kanak-kanak comel dan suami tersayang bekerja di sebuah firma guaman.

Dan lagi, Allah memudahkan perjalanan saya berlari kepada redhaNya dengan menemukan saya kepada seorang insan. Sebelum kembali meneruskan pengajian di universiti, beliau yang turut mengajar di situ, menghadiahkan sehelai tudung bundar berwarna pink. Warna lembut yang memukau. Secara rasminya, tudung pertama milik saya sendiri. Beliau menghulurkan beg kertas itu bersama-sama seuntai kata yang kemas dalam lipatan hati saya ; biar suami bertambah sayang.

Pulang ke rumah, saya menyarungkan tudung bundar pink itu ke wajah saya. Bersama muka comel yang dibuat, saya tunjukkan kepada encik suami. Ya Allah, dia tersenyum bangga! Sungguh, senyuman yang menyenangkan. Bukankah indah memakai pakaian yang disukai ALLAH, dan membahagiakan suami? IN SHAA ALLAH, berganda-ganda pahala. Encik suami pernah cakap suatu ketika dahulu, menjadi impiannya melihat saya bertudung sebegitu. Dengan pemakaian tudung yang labuh, akhlak kita akan turut terjaga.  Apatah lagi, keperibadian seorang isteri adalah cerminan buat seorang suami.

IN SHAA ALLAH, melalui pemakaian yang dijaga, aurat ditutup sempurna, akhlak isteri terpelihara, keperibadian suami dipandang mulia, sama-sama beroleh pahala.




Suatu petang, sewaktu beriadah dengan kawan-kawan, kami disapa oleh seorang kawan yang baru sahaja pulang dari membeli kain bercorak bunga untuk dijadikan tudung. “SUBHANALLAH, cantik!” getus hati saya apabila melihat kain yang dibeli. Ingin tahu, saya bertanya di mana tudung itu boleh didapati. Beliau tanpa lokek, memperkenalkan saya laman sesawang tudungnur.com.

Esoknya, saya memberitahu encik suami, lokasi kedai i-Nur Muslim Fashion Gombak setelah mendapatkannya dari laman sesawang. Tanda menyokong hasrat isterinya bertudung sempurna, Encik Suami membawa saya ke kedai i-Nur Muslim Fashion Gombak buat pertama kali. Dengan lokasi yang strategik, saya tidak hairan kedai ini acapkali dipenuhi para pelanggan. Setelah meluangkan masa memilih, ALHAMDULILLAH, tudung kasturi berwarna oren dari kedai ini menjadi hadiah bermakna dari suami untuk saya.  

Tudung-tudung bundar yang dipamerkan di kedai ini memberi penampilan yang baik kepada saya. Kini, dengan bertudung pun boleh kita boleh bergaya. Yang penting, bergaya cara ISLAM. Tidak jarang-- Boleh dipakai untuk sembahyang-- Menutupi dada-- Tak berlebih-lebihan dalam bergaya.—

Moga-moga kehadiran ke kedai i-Nur Muslim Fashion Gombak  untuk mencari tudung yang DIA suka, menjadikan asbab Allah memberikan ‘Nur’ juga di wajah kita.

Buat semua yang telah,
Didoakan kita istiqamah menutup aurat dengan sempurna, wahai muslimah-muslimah yang disayangi kerana YANG MAHA PENYAYANG. Set niat, pakai tudung besar,labuh,bundar  sebab ALLAH. IN SHAA ALLAH, usaha yang sedikit mendapat tempat pada pandangan rahmat Allah. Selamat menjadi sebutir mutiara yang menjaga dirinya dalam tiram. Kerana dia tahu dirinya begitu berharga, jadi berusaha memelihara adalah tanggungjawabnya.

Buat semua yang akan,
Semoga coretan murahan ini mampu menggamit hidayah Allah datang bertandang. Agar disuburkan rasa untuk berubah. Berjuanglah sahabatku. Semoga RAMADHAN yang menjengah ini menjadi “turning point” untuk kita lebih mencari dan mencintai DIA dan seterusnya menjadikan kita seorang muslimah, yang bernilai solehah.



Semoga penulisan membuah redha. 
Wallahua’lam.  

Friday, July 19, 2013

Tersebutlah Kisah Sebuah Hikayat


al-kisah tersebut kisah dua buah sekolah yang berada dalam satu kawasan. disebut SK Pasir Dua Butir (SKPDB) dan SK Pasir Berdengung (SKPB) lah adanya.

sayugia pada plot permulaan, kedua-dua sekolah ini pada mulanya hidup rukun damai, aman sentosa dalam melahirkan generasi yang mapan dan berdaya fikiran tinggi untuk meneruskan legasi kehebatan daerah itu di persada negara.
---
dan tidaklah cerita ini diriwayatkan jika tidak ada konflik. plot kisah ini berkembang apabila kebodohan seorang guru SKPDB secara ketara terserlah dengan mengugut untuk membakar majalah sekolah SKPB disebabkan warga SKPB tidak memilih wakil SKPDB untuk menjadi juri musabaqah. Lantas, PIBG SKPB lantas menggesa tindakan diambil oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) terhadap guru tersebut.

Namun, disebabkan kebanyakan pegawai pendidikan merupakan guru-guru yang dinaikkan pangkat daripada SKPDB, tiada tindakan diambil. cerita didiamkan. walaupun demikian, menurut riwayat ini, marah warga SKPB mula mengakar dalam nurani mereka.
---
Beberapa purnama berlalu. Sempena Hari Sukan SKPDB, semua pelajar dan guru SKPDB diwajibkan untuk memakai seluar yoga sempena memperingati sejarah penubuhan sekolah tersebut. disebutkan dalam kitab kuning, pengasas sekolah tersebut merupakan penggemar seluar yoga sewaktu jogging. salah seorang pelajar SKPB secara bodoh telah memuat-naik gambar di Friendster. gambar dia berseluar trek panjang dengan caption, 'Selamat Memakai Seluar Yoga, bro!'. Disebabkan friendlist pelajar itu bukan-lah daripada kalangan SKPB semata, malah turut di-approve-nya friend request daripada SKPDB, maka gambar ini tersebar kepada seluruh lapisan masyarakat marhaen di perkampungan itu.

Gegak-gempita seluruh warga SKPDB mengutuk tindakan pelajar tersebut kerana disifatkan telah menghina prestij Hari Sukan SKPDB dengan tindakan pemuat-naikan tersebut. PPD secara steady mengeluarkan pekeliling untuk menggantung lesen perguruan guru tersebut, menfailkan saman writ sitaan terhadap rumahnya, dan menyimbah air sirap laicikang ke tingkap kereta pelajar yang belum cukup akal itu. semuanya dengan alasan, perbuatan guru SKPB tersebut telah mencemar kedaulatan dan ke-gah-an nama baik SKPDB.
---
Ironinya ialah, tiada tindakan diambil untuk para pelajar SKPDB yang kerapkali ponteng sekolah dengan lencana sekolah tertera di seragam mereka. tiada tindakan diambil kepada pelajar yang secara bebas menghisap rokok di belakang bengkel Kemahiran Hidup selepas makan di waktu rehat. tiada usaha mencegah mahupun membanteras gejala buli budak, bergaduh dan sewaktu dengan-nya.

Apa yang mengundang polemik adalah :

1) di mana integriti PPD dalam menjaga nama baik sekolah? unsur memihak yang ketara, dijangka mampu menyemai persaingan yang tidak sihat kepada dua buah sekolah tersebut. jika tindakan diambil kepada warga SKPB yang menjatuhkan nama baik SKPDB, mengapa tiada tindakan setara diambil kepada warga SKPDB terhadap perlakuan menghina majalah sekolah SKPB sedangkan majalah sekolah merupakan imej sekolah?

2) sejauhmana warga SKPDB serius dalam usaha menjaga nama baik seterusnya mengangkat martabat SKPDB ke arena MSSM? serius menggunakan kabel PPD menghukum terhadap warga luar yang mencemarkan sahaja? di mana serius itu hilang untuk membanteras gejala pencabulan institusi SKPDB dalam kalangan warga SKPDB sendiri?

dan kemelut dua sekolah ini berakhir dengan anak pengetua masing selamat diijabkabulkan 12 hari lalu dengan kurniaan 5 cahaya mata. demikianlah adanya sebuah kisah untuk merehatkan minda anda sementara menyambung bacaan Quran di Surah Yunus untuk menghabiskan juzu' hari ini.
----
p/s : sumpah pegang bahu tiga kali, hasil tulisan ini tidak ada kena mengena dengan apa-apa, mana-mana, atau siapa-siapa. ia hanyalah ruang untuk aku membuat status semata-mata, sekadar menceritakan perihal dua buah sekolah, dasawarsa yang lalu.

Izzat Ghazali.
bukan-siapa-siapa.

Saturday, May 11, 2013

bersyukurlah kepada Ahmad Said



Kehadapan MB,


Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan2 BN kalah dalam projek perumahan rakyat sepertimana dirakam dalam sidang media selaku MB. ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way. 

Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah DUN yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di DUN yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka. 

Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidak-kah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking.

Begitupun Dato' Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh2 agar orang PAS langsung tidak mendapat apa2 sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN. dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan.

Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.

Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.

Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!

Sekian daripada saya.

Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi luar Kawasan.


Friday, February 15, 2013

Dear, this is LIFE

Bismillah alhamdulillah.

Jika anda merupakan peminat tegar drama, tak kira lah Korea, English hatta Melayu sekalipun, anda pasti bersetuju dengan saya betapa cara terbaik untuk menghayati jalan cerita tersebut adalah membayangkan watak utama drama tersebut sebagai anda.

Anda-lah hero kaya yang menjadi idaman gadis2 kaya, tetapi terpikat dengan hati seorang gadis biasa. Anda-lah heroin cute yang menjadi hamba dalam rumah sendiri kerana konflik dengan ibu tiri anda.

dan seperti biasa. hero/heroin akan beroleh bahagia di akhirnya.
akhirnya. semua orang lain silap. dan mintak maaf.
akhirnya. semua orang lain sedar. dan hormat anda.

dan sayang, hidup bukan drama. ---

semua orang rasa dia hero.
semua orang rasa dia heroin.

dan jangan harap aku nak mengalah.
macam biasa, emosi akan terkedepan.
kan aku tua. apasal aku nak mintak maaf?
kan aku x buat. apasal aku nak beralah?
kan aku x rasa apa2, apasal aku nak kena mengadap dia.

malulah kalian. ---

di saat di sana ada insan yang men'dewa'kan anda.
anda hina disebabkan tindakan sendiri.
di saat di sana ada orang yang menganggap anda qudwah.
anda hilang peluang raih saham ibadah.


tak guna jadi ustaz masuk TV pun, kalau dengan jiran pun boleh masam muka.
tak guna jadi naqibah pegang usrah pun, kalau dengan adik beradik tak reti nak masuk.
tak guna jadi presiden persatuan pun, kalau dengan housemate boleh bergaduh.

"sebab Allah nak tengok apa yang kita buat status kat FB, tweet kat twitter,
bagi nasihat kat orang lain, cerita kat kawan2 bulatan gembira, kita AMAL tak dalam
hidup seharian kita."

nah. ---

kena sebijik atas dahi.
terpanar. anda tak mahu sedar lagi?


"run from your problem is a race you'll never won"


irhamna yaAllah.  (T__T)

p/s : and dear, this is life. 

Wednesday, December 26, 2012

dua-puluh-empat tahun lamanya menyulam cinta.


Bismillahi Subhanallah wAlhamdulillah wAllahuakbar.

Tetiap kali datang. confirm kena bawak penyapu tinggi tu. haish. mintak sungguh2 sahabat2 labah-labah sekalian berpindah segera. mohon maaf atas arahan yang dibuat tanpa notis. saya sungguh menyesalinya namun apakan daya. tinggi harapan saya agar anda2 sekalian tidak lagi diberi peluang untuk merempat di sini selari dengan pertambahan graf kerajinan saya mengupdate. dah. cukup-lah intro ni kot?

Saya sebenarnya tidak terdesak sangat pun nak meneruskan perjalanan blog ni. sebab hidup terlalu istimewa utk dikongsi. ye dop? bukan ada cerita best sangat pun dalam diari hidup saya ni. namun, kadang2 apa yang kita rasa or kita tahu hari ini, boleh jadi pengajaran untuk orang lain hari esok. sekurang2nya, apa yang orang baca di sini, kalaupun tidak mendapat perkenan di hati tuan/puan sekalian, tetap saya lampirkan sebagai medan utk saya meninggalkan saham bila masa saat saya dipanggil mengadap nanti, tak ke? amin yaRabb.

Malam itu sepatutnya berlalu seperti selalu. saya tengah serabut mengejar dateline. kecuali-lah satu mesej masuk tertera, "salam along, esok abah and mak's 24th anniversary. apa plan?" saya agak tengah kusut, hanya membalas pendek, "Saya berada jauh di perantauan, mohon anda uruskan hal2 berkaitan." dan saya larut lagi dalam perlumbaan last minute seperti selalu. jauh di sudut hati, terbit rasa syukur dengan mesej yang hadir utk mengingatkan. kamu sungguh terbaik wahai adik. lima bintang. 


kebiasaan plot hidup, saya akan ada plan, baik secara amal fardhi, atau amal jamaie, untuk meraikan pasangan syurga ini. tapi disebabkan jauh di mata, terpisah dek jarak berjuta depa. alihan konsentrasi, penambahan tanggungjawab, perubahan ta'kulan tentang persepi selari dengan pertambahan usia, saya jadi lemas sendiri utk merancang 'sambutan' utk kali ini. senada saya beranggapan, mereka tahu yang saya selalu titipkan dlm setiap ungkapan doa saya, agar mereka senantiasa diberkati Illahi. namun saya silap. seperti saya dan anda semua. mereka juga manusia. yang seringkali lupa.

jadi, bersempena dgn sambutan jubli-ala2-perak ini, saya imbau semula,  dwi-cebisan peristiwa2 yg pada saya, akan sentiasa saya bawak sebagai bukti, pasangan syurga ini-lah yang menjadi pentarbiah kepada izzatghazali hari ini. pasangan syurga ini-lah yang menjadi pemandu jentera yang mengetuk tunjang besi pada bangunan bergelar izzatghazali. tapak asas binaan ini, arkitek dan juruteranya tidak lain dan tidak bukan adalah pasangan syurga ini. semoga Allah merahmati mereka. irhamhuma yaAllah.

1) Along cangkul paip PVC abah.
Masa saya kecik2 dulu, berbeza dgn budak2 millenia ini yang lebih cekap main AngryBird Space dekat GalaxyTab or gajet elektronik lain, saya suka tengok abah guna cangkul, parang dan gajet2 besi lain. kata orang, ilmu tanpa amal ibarat pokok tiada berbuah. tercabar drp itu, saya berazam utk mempraktikkan teori ini. kata orang lagi, malang itu tidak berbau. mata cangkul saya membaham sedikit paip sebelah rumah sewaktu cubaan menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang. muka dah jadi biru. kaki ketar-ketar. frekuensi suara mak kedengaran jelas, "along, bakpe air slow ni?" bila mana saya cuba utk control the damage dengan menutup kod paip utama. sememangnya, saya adalah 'wanted' pertama bila ada dalang berlaku di rumah kerana waktu itu, angah (iffahghazali) belum cukup akal untuk merencana taktikal dan formasi sehebat saya.

bila abah balik. usaha utk cover line dengan buat dek sambil menuduh anak jiran sebelah buat onar kat rumah kita gagal dengan jayanya. sebab? belum apa2 lagi saya dh nangis dulu, sambil cakap kat abah, "along sa'lloh cangkul paip petang takdi. huwaaaaa," dgn penuh gentleman, abah kata, "takpelah. kekgi tengok abah bekki paip pulok.lain kali gi nyangkul belakang rumoh tu." dan sejak itu, saya menambah koleksi minat lain pulak. baiki paip tentunya. dan peristiwa pecahkan paip di rumah ini dah jadi rutin. sampailah alang (ikramghazali) lahir. lepas alang lahir, saya rasa kurang terbeban sikit, sebab tanggungjawab utk pecahkan paip telah diwarisi alang.

2) Mak, along nak gi lawatan ke Melaka boleh?
Masa ni saya darjah 3, or darjah 4. ntah saya pun dah lupa. tapi saya ingat saya kecik lagi lah. itu confirm. sekolah buat lawatan. untuk budak2 darjah 5 dan 6. tp ada cikgu baik hati (Cikgu  Rohana Abd Latif) merangkap coach bercerita kisah alQuran saya, offer kat saya, untuk join sekaki. balik dgn hati yang girang saya bagitahu abah, "cikgu ajok along gi lawatan ke Melake." As always, well this is abah saya, tak pernah kata takleh. tapi dia letak syarat berat, "gi tanye mok dulu." Huwaaaaa. tanya mak ertinya tak boleh. tapi, kata orang, di manakah adanya jalan kalau bukan pada kemahuan?" so, dgn muka cuak, saya 'ayat' mak. mula2 mak kata tak boleh. sapu bedak pun 'poreng' lagi ada hati nak gi lawatan. so, esoknya, saya sapu bedak dgn hemah tinggi dan penuh beradab. dan cuba pujuk lagi. still, dok boleh boh. saya nak pergi jugak sebenarnya. sebab bukan tak pernah pergi, tapi sebab pertama kali bukan pergi dgn mak abah. so rasa excited tu lebih sikit. mohon faham lah ye. 


so sebagai manager FM 2008 (football manager), saya buat taktikal baru. sampah tak penuh lagi dah gi buang dah. petang saya isi dgn 'gerrak sapoh' walaupun panggilan main bola disemboyankan budak rumah depan. "argh! kalau hendak ikan paus, manakan boleh diumpannya cacing?" hati saya memberontak menidakkan suara akal utk pergi bermain bola berkaki ayam di padang tanah merah. saya siap vacuum karpet lagi rasanya. ntah. dah lupa jugak. tp bila dibangkitkan persoalan yang sama, dgn tegas, mak menafikan hasrat saya jugak, walaupun sudah ditanya adakah anda pasti dgn jawapan anda.

malam tu saya merajuk. rasanya taknak pergi mengaji. taknak ikut abah gi masjid. dan taknak buat latihan buku Math yang abah beli. oh, taknak susun jadual sekolah esok satu lagi. rasanya abcek (abd rashid muhamad) yang tolong susunkan. saya mengurung diri di bawah kerusi rotan bukan sofa di ruang tamu. malam tu, mak datang dan bagitahu. mak dah call cikgu, dan siap bayar lagi rasanya. samaada dia bagi duit kat saya ber-stapler suruh bayar esok or dia dah bayarkan siap2, memori saya tak berapa nak catch up dah. "nanti mak kemaskan beg kat along." oh. sungguh sentap okay. saya tak rasa angah tahu sebab dia x mumayyiz lagi masa ni. ateh (husnaghazali) lagi lah sebab dia pakai cawat lagi. and the rest is history. sebelum naik bas, mak bagi duit rm 50. buat belanja katanya. padahal, makan/minum, penginapan semua dh termasuk dalam yuran lawatan, sentap kuasa dua lagi. so, saya balas dengan beli hadiah kat adik2. and beli makanan kt mak abah. and saya xbeli apa2 pun kat saya konon2 sebab saya dh diberi hadiah dengan bawak diri ke Melaka. dan itulah hadiah pertama saya, untuk adik2 saya. duit lebih saya siap bawak balik lagi. hahahaha. saya sungguh comel.

--------------------------------------------------------------------------------------

#abah dan mak yang along sayang.
berbanding adik2 lain. along adalah anak yg dinanti2 dgn penuh debar kan? along tahu, mesti mak abah cuak/takut bila nak sambut kelahiran along. first baby lh katakan ye dak? hahaha. along suka/syukur jadi anak sulung kepada mak abah taw, (walaupun along-lh yang pertama dipenjara di asrama, yang pertama kenal erti beli hadiah kt orang, yang pertama kena mengalah, dll) sebabnya. kita adalah orang yang paling banyak kenangan compared to angah, ateh, acik (najianghazali), alang, uda (anasghazali), kakak&abang (hafizah&hafizi), anjang (amalinghazali) dan adik (naqeebghazali).

#abah dan mak yang along rindu.
disebabkan banyaknya masa yang menjadi milik kita bersama, peluang utk along dapat dosa atas sebab kegagalan jadi anak soleh jugak makin banyak. compared to adik2 lain, mesti nisbah dosa berkadar terus dgn masa kan? jadi, atas sebab berikut, along amik kesempatan di sini, nak mintak maaf sungguh2, andaikata ada ucapan, karangan, ukiran, goresan di kereta, lukisan di dinding bilik, bakaran buku Muslimah drp edisi Jun1995, keratan pokok jambu, pecahan paip sepertimana di atas, dan seumpamanya yang memungkinkan terhalangnya belas kasihan Illahi terhadap usaha along meraih syurga Dia. macam dlm cerita alqamah tu. waaaaaa. taknak taknak taknak.

#abah dan mak yang along cinta.
cinta seorang guru Pasti dan pemuda PAS yang kerja kilang Plywood, 24 tahun dahulu, telah me'wujud'kan along adik beradik hari ini. cinta yang Allah perhati. cinta yang Allah atur. daripada moto Honda C70, kereta Nissan, van Vanette, sampailah ke proton Exora hari ini. semoga cinta kalian hari ini, sama syok macam cinta pada permulaan tempoh 24 tahun ini dan terus mekar dalam redha daripada hari ke hari. segala puji bagi Allah kerana menakdirkan along adik beradik terdiri daripada benih abah yang ditiup roh dalam rahim mak. kerana insyaAllah pasangan syurga ini, akan turut sama2 memastikan deretan anak2 mereka turut sama menghuni syurga nanti. amin Ya Allah.

irhamna, yaAllah.   

Thursday, June 28, 2012

Teacher + Ustazah = Rusukkiri.


rusukkiri dan anak kami murid beliau

Bismillah walhamdulillah.

Dah hampir sebulan rasanya, rusukkiri dah jadi ‘teacher’ dan ‘ustazah’ dekat tadika tu. Ini sekaligus bermakna dah hampir sebulan jugaklah aku berjaya untuk tidak tidur selepas Subuh. Wahhh! Ini satu pencapaian yang wajar dibanggakan.  Nampaknya idea mak untuk benarkan aku kawin ni mendatangkan hasil jugak lah.  Mahunya tak, dalam zaman se-ekstrem PLKN pun kadang2 selalu curi2 tidur jugak time dok bukak telinga dengar kuliah subuh ustaz KAGAT. Siap boleh buat2 sakit lagi kalau moral teruk sangat. Sekarang? Siapa pulak yang ber-murah hati sangat nak gi panjat bukit hantar bini aku kalau aku me-malas-kan diri lagi. Siapa yang tecabut nat mana2 dalam kepala nak redah sejuk pagi2 sampai tangan nak pulas minyak pun menggeletar? Tapi, aku sanggup beb! ^_^ nak buat camane, sape tak sayang bini, bro?


Alhamdulillah. Dah sebulan dah.  

Sebulan yang panjang untuk melampiaskan kemarahan kepada kereta2 yang tak reti2 bagi laluan kat pendidik anak bangsa kat belakang ni kejar assembly pukul 7.15 dia.
Sebulan yang panjang untuk dating berdua tepi tasik sambil bukak nasik bungkus makan lunch sampai rasanya  pekerja pembersihan kontrak tu dah boleh cam muka.
Sebulan yang panjang untuk dengar cerite rusukkiri, cerita pasal Didi tolong pujuk kalau budak merajuk, Izzati yang nangis kalau salah susun kerusi tak ikut colour, dan macam2 lagi.
Sebulan yang panjang untuk hadap rusukkiri membebel sebab tak pakai helmet sekali dengan tali, sampai pernah tersangkut janggut masa ketatkan tali, menitik sedikit air mata membasahi pipi.
Sebulan yang panjang untuk aku bising2 kalau rusukkiri x pegang pinggang sebab kadang2 lampu isyarat merah itu tidak bermaksud anda wajib berhenti dan pegangan pinggang boleh dileraikan.

Sebulan yang panjang, dengan macam2 cerita. Sebulan yang panjang, untuk dewasakan rumahtangga kami berdua. Sebulan yang serba kekurangan tapi penuh bergaya.

Hebat betul tugas pendidik. Kalau ada mana2 orang claim dia minat kat budak2, mohon jangan sembang lebat sangat selagi x jadi cikgu tadika jaga segerombolan budak 4 tahun. Dia punya peel perangai daripada kena cebokkan pakaikan seluar balik lepas gi toilet sampai lah kepada adegan tikam mata member dengan pensel kes x puas hati. Haa, ada yang berani nak masuk port?
Setakat tengok budak kecik kiut sambil tangan buat2 nak angkat konon2 aku-lah bakal ibu terbaik, letak gambar dukung-peluk-kiss baby dalam FB dan dapat 100 like, sila berhenti berbuat demikian seandainya anda terus mencari ibu baby tersebut apabila beliau menangis dengan alasan manusia kecil tersebut lapar dan susu ibu adalah penawar terbaik. Mohon sangat2 okay? Tak baik buat orang luga.

kelas kraf katanya. tang mana kraf pun aku keliru lagi. 

Dan buat para pendidik peringkat awal manusia di seantero hemisfera dunia, tak kira lah PASTI, TASKI, Tadika, Taska, Pra-sekolah dll, anda2 sekalian adalah hero Avenger dunia. Tugas mentarbiyyah budak di peringkat umur seperti ini adalah umpama meletakkan batu asas pada sebuah bangunan. Yang mana sekiranya tidak kukuh binaan awalnya, nescaya pincanglah menaranya, rosaklah proses tumbesarannya. Buat para pendidik di seluruh dunia, tahniah, kerana anda sekalian secara langsung termasuk dalam antara amalan2 yang menyebabkan aliran pahala terus mengalir walaupun anda sekalian mata. Kepada anda, dan teristimewa (obviouslah kan?) buat rusukkiri, berbangga-lah dengan profession ini. Mohon ikhlas melaksanakan tanggungjawab, dan selamat me-wujud-kan khalifah2 hebat untuk muka bumi Allah swt ini. Sila buat aliran pahala anda tidak putus2. 

Mohon Allah redha banyak2 ^_^

Sunday, June 17, 2012

Mak : Kesayangan Kami :)

pemberitahuan awal.  err. entry ini trlambat post sebab saya ingat dia dh publish, tapi sangkut dekat draft pulak -_-"
tarikh lahir mak saya rahsia, dia cakap kalau nak bg hadiah, boleh kirim kat saya je. :p


mak. mak pernah ke amik gambar sorang2 eh? x jupe lh. :( mak. with rusukkiri. 1st time mereka dipertemukan




Bismillah walhamdulillah.


Hari ni hari lahir mak. Hari lahir orang yg dah hadap 10 kali sakit bersalin, semata2 nak bagi hidup (dgn izin Allah) sepuluh beradik, yang masing2 sempurna tubuh badan sampai hari ni. Hari lahir orang yang kena faham peel perangai budak 10 orang, yang masing2 lain ragam, lain cara nak faham. Tapi ramai orang silap perkiraan. dia ingat mak along ni sekadar jadi suri rumah je? Hamboi. sangat besar kesilapan mereka kan mak? Berikut along senaraikan kerjaya mak sepanjang 23 tahun jadi ibu ni.

1) Mak sebagai Investigation Officer (IO) yang setaraf dgn CIA, FBI, SWAT.
Mata mak mesti boleh tangkap je kalau nak sembunyikan apa2 cerita. Pakai seluar lain kat dalam sebab plan nak mandi sungai lepas main bola kat padang sekolah pun boleh tahu ke? Pernah berkomplot dengan angah untuk laksanakan misi hebat, tapi kantoi. dan sama2 sembunyi bawah kerusi rotan panjang. konon2 mak x kan dapat masuk bawah tu. dan alih2 sama2 dapat cili padi free. insaf. untuk sehari semalam. esok, main kusyen buat khemah balik. dan investigation paper dibuka lagi. Hehehe.

2) Mak sebagai chief chef dekat hotel merangkap pengajar Master Chef.
Kalau dulu, ada hari guru or ada hari2 yang sewajarnya utk diraikan. mesti mak buat makan2, dan jemput orang datang rumah. dan secara pukal, orang normal akan cakap mak masak sedap. kalau kawan2 along, mesti masa raya dah setting datang rumah along paling awal. kang datang lambat kang, perut dh penuh, xleh dah balun kaw2. Ke-selalu-an mak dapat tender buat2 makanan ni, secara jelas membuktikan kepakaran mak tidak boleh dipandang enteng.

3) Mak sebagai tukang sebat, macam heroin yang senjata dia cemeti.

Berbanding dengan abah yang sekadar part-time, mak memang all-out bab2 ni. malas gi ngaji, pukul adik, memang pakej lengkap untuk dapat hanger, tali pinggang free. Uda, abang, kakak, anjang dan adik sepatutnya sangat bersyukur, sebab mak dah slow2 retired drp aktif macam dulu. dah makin matang-lah kata orang :) bila dah besar, baru-lah faham. kalau mak x katok along dulu2, mesti dah x jadi macam along arini. Mesti lepas mandi, letok tuala ngata awe lagi.

4) Mak sebagai doktor pakar kanak2, part time nak cari duit lebih kot?
Along memang explorer. setakat masuk belukar cari butir peluru bedil, carik pokok kecik untuk makanan ikan sekila dalam lombong, dah memang pejam mata-lah. Padang bola bawah bukit siap ada mata air lagi taw. Sapa korek tu? Nak gi sekolah tetiap ari kena panjat bukit, setakat main aci nyorok  dalam 'rok' memang dah lali. Disebabkan itu, along memang banyak kena 'ketik piirah'. sobsob :( dan mak adalah tempat kembali terbaik. Kalau kene 'kejong', memang selamat-lah piirahh tu. Kadang2 bisul pun selamba pun mak bagi tackle. Small pieces kata orang. tapi memang satu lorong lh boleh dengar orang nangis.

5) Mak sebagai fashion designer bertauliah. 
Nak kena pakai baju apa arini mak? Mak macam dh ada list pakaian anak2 dia dalam kepala. Baju putih ada tulisan merah langkawi tu, dengan seluar hitam yang dalam poket kiri dia ada kesan dakwat tumpah tu. Tali pinggang pakai ada dekat pale katil. Pagi2 lepas mandi, mak tengah landing bagi 'bak' kat adik pun, along berlari bawak sikat-bedak-minyak nak suruh mak jugak buatkan. Bukan tak reti pun buat sendiri, tapi outcome dia lain lah. Mesti comot semacam je. -__-"

6) Mak sebagai pengerusi lembaga bank malaysia. 
Bank yang function dia akan bagi interest sekali ganda dengan simpanan along. Style x? Dapat 50 sen sehari, kalau beli nasik lemak 30sen, air sirap 10sen, kuih 10sen. dah boleh kenyang menyandar dah. tapi, xd duit lah nak simpan. camane kalau angah dpt kumpul lagi banyak nanti? Aiseh. so kalau mak masak sedap pagi tu, mohon diletakkan dalam polisterin bawak bekal. Dalam sebulan tu kalau dpt kumpul RM5, mak akan gandakan jadi RM10. Before letak dlm bank. tak ke untung camtu? Try duduk cite bank mane yang ada buat sistem macam mak ni? 

7) Mak sebagai tukang jahit, yang jahit sambil tengok TV, atau tengah cakap telefon.
This is so true. Mak xde masa spesific sangat kalau nak bukak tin jahit warna merah ni. Tapi, kalau dah mengadap TV, kalau takde timbunan kain depan muka, mohon hulur tin jahit, dan seluar/baju/sarung bantal yang ada problem tu? Mohon juga bagitahu nak apa, kecikkan? potong? tampal? Dengan senang hati mak hayun jari. Haa, satu lagi, masa tengah cakap phone yang berdurasi tinggi sampai insyaAllah boleh tunggu nasik siap masak. Nak buat macamane tukang jahit bizi. 

8) Mak sebagai tukang tulis macam zaman dulu2. untuk anak2. dan untuk abah sekali.
Sama seperti di atas. kalau dah mengadap TV, or sambil2 cakap telefon. Bak datang buku tulis, buku teks segala. Kalau dapat marker, memang silap. Habis lah barang2 mainan, meja, baldi, basikal, bola plastik, penuh dengan nama. Kalau nak lagi true, lengkap dengan no surat beranak, no telefon dan tarikh lahir. kalau xd keje spesific, mak boleh conteng2 sambil congak2 duit bulan ni dah habis kemane. So kalau jupe harakah ada nombor2 tepi2 tu, bawak diam sudah.

Sebenarnya ada banyak lagi kerja2 mak, macam nurse yang siap dengan picagari utk sumbat ubat dalam mulut, tukang jalin rambut anak2 perempuan, interior designer yang kerap boring dengan susunan perabot dlm rumah, tukang tanam pokok bunga sampai kena angkut pasu dengan kereta, dan lain2. 

tapi sebenarnya kan mak, along langsong x perlu ada alasan sebab ape along kene sayang mak. sebab along memang sayang mak. cuma, maaf-lah. kadang2 along lupa nak ingatkan mak, yang along sayang mak. ^_^

terima kasih mak.
atas SEGALANYA.

nanti kan, along nak jadi saksi depan Allah swt, nak cakap, mak dah sangat2 jadi mak yang baik. along pun tak tahu, along dah layak belum nak jadi anak soleh untuk mak ni. tapi harap nya mak tahu, mak dah ter-lebih layak, nak jadi mak solehah terbaeeeeek untuk along T_T

Semoga Allah sayang mak dgn abah selalu.
Semoga Allah sayang keluarga kita selalu.

Semoga nanti, kita ramai2 boleh teguk air sungai susu, yang mengalir dalam syurga tu.

^_^


Yang benar, Along.
Presiden menang-tanpa-bertanding,
Bani Ghazali.

mewakili Angah, Ateh, Acik, Alang, Uda, Kakak, Abang, Anjang, and Aqeeb :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...