insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, April 24, 2020

RAMADAN 2020

Bismillah walhamdulillah.

1) Marilah sama-sama kita mensyukuri - Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan kali ini. Ada dalam kalangan kita, kawan-kawan, sanak saudara, jiran tetangga yang sudah dipanggil pulang sebelum Ramadan menjelma. 

2) Seterusnya marilah kita menginsafi bahawa boleh jadi, ini kesempatan Ramadan terakhir yang Allah bagi kepada kita. Sayanglah kalau kita buat lebih kurang macam Ramadan lepas-lepas jugak. 

3) Dulu alasan kita tak banyak beramal sebab takde masa, badan penat sibuk kerja. Nah, kali ni Allah bagi sepenuh masa, selapang-lapangnya nak tengok sejauh mana pulak amal kita. Silap-silap, ada je lagi alasan kita beri nanti. 

4) Sebenarnya, yang masalah bukan pada masa, bukan pada upaya - tapi pada kita. 

5) Orang-orang alim banyak sebut, Ramadan bulan tarbiah. Syaitan semua kena ikat. Hanya kita berperang dengan diri kita sendiri. Supaya last sekali nanti kita tahu, yang 'syaitan' tu rupa-rupanya kita. 

6) Ambil peluang ini untuk kita jauhi perkara sia-sia. Apatah lagi yang boleh merosakkan amal ibadah kita.

--
Semoga Allah memberikan kekuatan, kemudahan, dan mendatangkan kelazatan beribadah untuk kita. 
.
Selamat mengimarahkan Ramadan kawan-kawan.

Tuesday, March 3, 2020

KITA ORANG KECIL

Bismillah walhamdulillah. 

Ini adalah sekadar coretan untuk ingatan aku buat masa mendatang. 

Aku ada deal dengan satu firm besar ni, sebab katanya dia dah 'tak cukup tangan' nak buat. Aku buat bagi pihak dia, dan bila client banyak, duit tu akan release pada aku nanti. 

So aku takde masalah lah, sebab memang office aku tak banyak file pun. Aku kira ni win-win situation jugak lah untuk aku. 

Cuma bila dah masuk 7-8 kes, aku dah makin pelik, biar betul , takkan client sorang pun tak bayar lagi? Untuk makluman kurang memang kes-kes perundangan ni susah nak kejar payment pun. Biasalah kadang-kadang orang malas, buat tak ingat, lari pun ada. 

Then bila aku tanya, barulah dia bagitahu oo nak kira lump sum teruslah mudah, dah tu nak flat fees per file. Terkujat aku. 

Sebab file ni ada yang mudah, so fees dia rendah, tapi ada jugak yang gila, separuh mati kau buat - tapi fees sama? Sedangkan dia charge client pun lain-lain sebab dia pun ambik quotation aku. 

Aku dah rasa down teruk. Allahuakbar. Ada lagi orang macam ni rupanya. 

Tapi itulah, kalau aku tak buat, aku tahu ada ramai lagi orang yang sanggup buat. Sebab sekarang memang tengah sakit. Orang dah buta halal haram, asal boleh buat duit - jalannn. 

So sekarang ni mungkin dia marah aku tanya banyak² dia macam dah kata kat aku - so nak buat ke taknak ni? Hmm. 

Kita orang kecik, mentimun. Kita golek dia pun kita sakit, kita kena golek lagilah kita penyek. 

Untung dia sebab dia ada kenal orang-orang yang boleh bagi job kat dia, tapi dia dah takleh nak deliver, so dia gunakan aku.

Dan aku pulak merelakan dipergunakan sebab kalau tak mana nak bayar overhead semua. 

Taktahulah. Sudahnya orang² yang bagi job tu akan bayar mahal, sebab nak kena bayar dia & bayar kat aku. 

Gitulah nasib orang kecik. Huhu. 

Sekali lagi aku ulang, ini adalah sekadar coretan untuk aku baca di masa akan datang. 

Wallahua'lam. 

Izzat Ghazali. 

BUAT TANPA HENTI

Bismillah walhamdulillah. 

Bila masa dah berlalu,
Apa yang dikesalkan hanyalah 
pada peluang yang dipersiak. 

Ia datang sesekali cuma 
Terus ambil & guna
Berhasil atau tidak belakang kira. 

Waktu menunggu peluang tiba
Gunakan untuk bersedia -

Agar tatkala ia menjelma
Tiada alasan untuk terus mara. 

Buat tanpa nanti. 
Buat tidak henti.
Buat sampai jadi. 

Jika tidak,
Yang tinggal hanyalah kita & kata-kata yang tidak di kota.

Izzat Ghazali. 
Pertahanan.

Thursday, February 27, 2020

KITALAH PM

Bismillah walhamdulillah. 

Saya deactivate FB lagi baru-baru ini. Toksik & keserabutan akibat krisis politik Malaysia membuka luas pintu-pintu dosa buat kita. 

Dan saya memilih untuk berlepas diri. 

Bukanlah bermakna saya tidak berminat untuk ambil tahu, politik adalah ibu aturan kita, dan sesiapa yang tidak mengambil cakna berpontensi menjadi bidak catur kepadanya. 

Namun, kerana reaksi kita yang tidak kena, keterlaluan pada ketika yang tidak tepat pada saya, dalam pada kita bukanlah siapa-siapa - membuka luas ruang untuk berseteru pada medan langit terbuka. 

Jadi saya menjauhkan diri. 

Sebab saya percaya, pada akhirnya kita keadaan boleh memaksa kita jadi apa sahaja, tapi kita tetap berkuasa memilih apa tindakan kita. 

Saya mendoakan semoga Allah menjaga hati-hati kita, dan memelihara Malaysia keseluruhannya. 

Untuk hari esok yang lebih baik insyaAllah. 

IzzatGhazali

Tuesday, February 25, 2020

ANUGERAH KAWAN YANG BAIK

Bismillah walhamdulillah.

Allahuakbar, Allah nak ajar saya sesuatu hari ini.

Pagi tadi telah ditetapkan untuk satu keputusan untuk perbicaraan satu prosiding ni. 

Macam biasa, kita peguam biasanya tak bagi harapan palsu kepada anakguam walaupun kita optimis, insyaAllah boleh menang. 

Dan ditakdirkan, Hakim buat keputusan yang tak menyebelahi kami. 

Itu takpelah, sebab kalah menang tu memang lumrah dalam guaman. 

Cuma Allahuakbar, hebatnya dalam kekecewaan menghadapi kekalahan, kawan-kawan anakguam sangat menenangkan.

Semua orang happy, seakan-akan menang kes pulak. Jumlah damages tu besar, namun tak diterjemah langsung dalam suasana.

Malah, tahniah & terima kasih tak putus² kepada kami para peguam atas komitmen & usaha sepanjang pengendalian kes.

MashaAllah hebat sungguh akhlak sebegini. 

Yang tenanglah yang menang. 

Berkat kerja buat kita, Allah anugerahkan sahabat² yang baik, yang sentiasa berada bersama di saat² susahnya kita. 

Mungkin bila bersendiri menghadapi ujian, kita mungkin down, rasa kecewa dll. Tapi Allah menjaga kita, melalui kawan-kawan.

Benarlah hadis baginda Nabi saw, "Ajaib sungguh orang beriman, segala keadaan adalah baik baginya, bilamana diberikan ujian dia bersabar, dan bilamana diberikan nikmat dia bersyukur."

Semoga kita dikurniakan kawan-kawan yang baik, yang turut membantu urusan kita di dunia, dan terutamanya menarik kita ke syurga insyaAllah. 

Izzat Ghazali
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
26022020 


Sunday, February 23, 2020

KEJAHATAN MANUSIA MELLINDUNGI BAIKNYA ORGANISASI

Bismillah walhamdulillah.

Kawan-kawan,

Aku rasa kita boleh bersetuju bahawa orang jahat ni wujud dalam semua organisasi pada setiap peringkat.

Dan kita sendiri pun berlaku jahat pada beberapa keadaan tertentu.

Cuma malanglah bila kita terus tertipu menilai dengan busuknya nama organisasi dek kerana kejahatan beberapa kerat ahlinya?

Sayang sungguh bila ribuan kebaikan yang kita peroleh daripadanya, ditinggalkan bila terlihat sisi gelapnya. Darkside realitinya wujud di semua tempat, jangan dek kerana kita belum menemukannya kita merasa ia sempurna.

Kawan-kawan,
meninggalkan memang mudah tapi bersetia memulihkannya insyaAllah lebih bermaruah.

#GenerasiYangDiimpi

Monday, February 17, 2020

BERTAHAN

Bismillah walhamdulillah. 

Akan ada masa² & keadaan² yang akan buat kau penat sangat. Kepala kau pening, hati kau terbang, jiwa kau hilang.

Tak terdaya berbuat apa-apa, melainkan membiarkan semata. Terasa bagai diseret pada paku yang berceracak buatkan fikiran kau berdarah-darah. 

Saat itu. Ketika itu. 
Berhentilah.

Sejenak, lupakan segalanya. 

Bergerak akan membuat kau lebih parah.

Berehatlah daripada lelahnya bertahan. 
Larilah daripada bingitnya tekanan perasaan.  

Dan kembali mencari di mana kau tinggalkan Tuhan,
Tatkala penatnya memikul sarat bebanan,
Mungkin ada masa Tuhan kau lupakan. 

Bahagia, 
Hati yang tenang - 
Dada yang lapang - 

Semuanya daripada Tuhan. 

Saat ia hilang. 
Carilah ia semula, dengan kembali pada Tuhan..


IzzatGhazali.
Mengenang masa silam. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...