insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, May 26, 2020

Blessing In Disguise

Bismillah walhamdulillah. 

Saya adalah antara yang mendapat pelepasan pulang pada awal PKP baru² ini dan , hanya sempat meluangkan 8 hari di rumah, dek kerana anak-anak ditinggalkan di kampung semasa cuti sekolah, seterusnya meluangkan masa kira-kira 2 bulan di kampung. 

Hikmah yang tersembunyi : 

1) saya kira daripada umur 13 tahun, inilah kali pertama saya menghabiskan 30 hari Ramadan di rumah. Bersahur & berbuka bersama, tadarus, terawih, qiyamulail, mathurat. Kalau duduk bersendiri, hampir mustahil saya boleh buat sesempurna di sini. 


2) Belong boleh puasa penuh sebulan. Terima kasih sebab ada Poksu, Belong ada 'pencabar' yang keep on pushing him untuk terus puasa. 


3) Pengaruh Aki & Wan dalam pendidikan anak-anak. Baru beranak tiga, saya masih lagi tercari-cari sistem yang tepat untuk tarbiyatul aulad. Compare dengan Aki & Wan yang dah ada pengalaman bereksperimen dengan 10 produk, tentu sekali approach mereka lebih tepat. Buktinya, Belong kena azan, Bengoh dah tahu kena baca Iqra lepas solat, dll. 


4) Banyak aktiviti bermanfaat boleh buat di rumah, sebab biasanya balik sekejap. Contohnya 4 hari, jadi tak sempat saya nak buat apa-apa yang besar di rumah. Tapi bila 2 bulan, saya sempat kemas stor, baiki atap, tukar paip, kemas bilik, buat gerey dll dengan adik-adik lain. 


5) Ada cukup tangan nak layan Bengoh & Kakteh. Anak yang besar ni perlukan banyak perhatian, dan kita suami isteri ni kadang-kadang tak menang tangan pun kalau duduk sendiri. Apatah lagi masa tengah PKP, tambah² dengan Ramadan lagi. Kat sini Anjang, Kakak, Abang, Uda, Alang semuanya kena layan budak-budak. Sampaikan Bengoh pun tahu Syafiq Goh 😑


6) Peluang menyumbang kepada masyarakat lebih besar. Dengan kapasiti Abah sebagai Penyelaras DUN & Mak pulak sebagai MPKK, ada banyakkkk kerja yang boleh tolong buat. Dan bagusnya anak banyak, cukup dengan anak sendiri je turun buat dah tak payah harap AJK datang buat. Daripada buat serahan ayam & sayur, sampaikan kepada edaran biskut raya, semua boleh pakai khidmat anak-anak. (Inilah keuntungan anak ramai 😅)


7) Memacu semula ZAE. ZAE ditubuhkan sejurus selepas Abah dihentikan perkhidmatan di kilang bertahun dulu. Core business awal ialah u untuk supply roti, kek, pastri kepada pasaran tempatan, termasuklah sekolah, syarikat, pejabat, selain kedai-kedai runcit, dan warung-warung makan. Pada kemuncak era, ZAE pernah masuk bersaing dengan jenama gergasi di pasaraya besar Mydin, Sabasun dll. Tapi disebabkan ketidaktentuan pasaran bahan mentah, ditambah kesibukan Mak Abah, ZAE kehilangan gist & booster untuk terus bergerak ke hadapan. Saya berharap kami adik beradik terutamanya Alang Uda boleh meneruskan legasi bisnes ini memandangkan peluang ia sangat besar. Di musim Ramadan ini sahaja, kami berjaya menyiapkan hampir 1500++ bekas kuih raya yang ditempah pelanggan. Itupun daripada kelompok terdekat. Kalaulah dipromosi dengan betul, saya percaya dengan peralatan yang ada, tenaga kerja yang betul & pengalaman Mak Abah, setakat 10,000 bekas pun ZAE boleh buat - insyaAllah. 


8) Luang masa bersama adik-adik. Bahagian tidak sedap menjadi anak sulung ialah kita ialah orang pertama 'meninggalkan' keluarga. Bila masuk sekolah asrama, sambung di Universiti, kerja di luar, berkahwin, beranak pinak. Cerita yang diulang hanyalah memori sementara. Saya paling banyak masa dengan Angah, berbanding yang bawah-bawah. Justeru peluang dikuarantin 2 bulan ini adalah satu rahmat untuk mencipta lebih banyak kenangan & mengenal adik beradik sendiri.


9) Catch up dengan sanak saudara. Bila banyak masa di rumah, jadi banyak peluang boleh ziarah sanak saudara. Allahyarham Abam pernah sebut, takkan ada orang merempat kalau ahli keluarga tak biarkan ahli keluarga dia. Well its true. Ada banyak orang berjaya, tapi dia tinggal keluarga. Hopefully kita tak jadi macam tu jugak.


10) Re-evuate LIFE. Sebab yang paling bijak adalah yang sentiasa muhasabah. Bila kita sendiri, kita cenderung untuk rasa kita dah betul, kita dah baik. Tapi bila ada sesuatu untuk compare, baru kita nampak apa yang boleh kita betulkan, tambahbaik dan ubah balik. 

Sekdar menulis untuk ingatan masa mendatang dan semoga bermanfaat. 

Sunday, May 17, 2020

HARI RAYA & COVID19

Bismillah walhamdulillah. 

1) Tak berapa hari lagi, raya akan menjelma. 

2) Raya ni kalau ikut tafsiran partner aku Nazrin, satu-satunya event yang seluruh orang Melayu Islam korbankan selama setahun. 

3) Aku boleh bersetuju sebab suasana raya yang mengumpulkan sanak saudara kaum keluarga jarang sangat dapat dibuat melainkan bila tiba hari raya. 

4) sedangkan mengeratkan silaturrahim adalah satu tuntutan besar dalam Islam. Cuma malangnya bila semua nak tunggu raya. Tapi daripada tak buat langsung, baiklah ada jugak buat kan? 

5) teringat allahyarham Abam Bocey pernah sebut - kalau keluarga saling jaga, mesti takde orang merempat. Benar. 

6) dan kali ini Allah uji pulak kita dengan covid19. Beraya semasa covid - apa pilihan kita? 

7) semoga kesihatan & keselamatan semuanya dipelihara sempurna - dalam pada kita nak raih pahala mengeratkan silaturrahim. 

Moga Allah redha. 

Ps : bubuh gambar anak² sedare - nantilah Poklong gi jalang dumoh ye. 

Friday, April 24, 2020

RAMADAN 2020

Bismillah walhamdulillah.

1) Marilah sama-sama kita mensyukuri - Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan kali ini. Ada dalam kalangan kita, kawan-kawan, sanak saudara, jiran tetangga yang sudah dipanggil pulang sebelum Ramadan menjelma. 

2) Seterusnya marilah kita menginsafi bahawa boleh jadi, ini kesempatan Ramadan terakhir yang Allah bagi kepada kita. Sayanglah kalau kita buat lebih kurang macam Ramadan lepas-lepas jugak. 

3) Dulu alasan kita tak banyak beramal sebab takde masa, badan penat sibuk kerja. Nah, kali ni Allah bagi sepenuh masa, selapang-lapangnya nak tengok sejauh mana pulak amal kita. Silap-silap, ada je lagi alasan kita beri nanti. 

4) Sebenarnya, yang masalah bukan pada masa, bukan pada upaya - tapi pada kita. 

5) Orang-orang alim banyak sebut, Ramadan bulan tarbiah. Syaitan semua kena ikat. Hanya kita berperang dengan diri kita sendiri. Supaya last sekali nanti kita tahu, yang 'syaitan' tu rupa-rupanya kita. 

6) Ambil peluang ini untuk kita jauhi perkara sia-sia. Apatah lagi yang boleh merosakkan amal ibadah kita.

--
Semoga Allah memberikan kekuatan, kemudahan, dan mendatangkan kelazatan beribadah untuk kita. 
.
Selamat mengimarahkan Ramadan kawan-kawan.

Tuesday, March 3, 2020

KITA ORANG KECIL

Bismillah walhamdulillah. 

Ini adalah sekadar coretan untuk ingatan aku buat masa mendatang. 

Aku ada deal dengan satu firm besar ni, sebab katanya dia dah 'tak cukup tangan' nak buat. Aku buat bagi pihak dia, dan bila client banyak, duit tu akan release pada aku nanti. 

So aku takde masalah lah, sebab memang office aku tak banyak file pun. Aku kira ni win-win situation jugak lah untuk aku. 

Cuma bila dah masuk 7-8 kes, aku dah makin pelik, biar betul , takkan client sorang pun tak bayar lagi? Untuk makluman kurang memang kes-kes perundangan ni susah nak kejar payment pun. Biasalah kadang-kadang orang malas, buat tak ingat, lari pun ada. 

Then bila aku tanya, barulah dia bagitahu oo nak kira lump sum teruslah mudah, dah tu nak flat fees per file. Terkujat aku. 

Sebab file ni ada yang mudah, so fees dia rendah, tapi ada jugak yang gila, separuh mati kau buat - tapi fees sama? Sedangkan dia charge client pun lain-lain sebab dia pun ambik quotation aku. 

Aku dah rasa down teruk. Allahuakbar. Ada lagi orang macam ni rupanya. 

Tapi itulah, kalau aku tak buat, aku tahu ada ramai lagi orang yang sanggup buat. Sebab sekarang memang tengah sakit. Orang dah buta halal haram, asal boleh buat duit - jalannn. 

So sekarang ni mungkin dia marah aku tanya banyak² dia macam dah kata kat aku - so nak buat ke taknak ni? Hmm. 

Kita orang kecik, mentimun. Kita golek dia pun kita sakit, kita kena golek lagilah kita penyek. 

Untung dia sebab dia ada kenal orang-orang yang boleh bagi job kat dia, tapi dia dah takleh nak deliver, so dia gunakan aku.

Dan aku pulak merelakan dipergunakan sebab kalau tak mana nak bayar overhead semua. 

Taktahulah. Sudahnya orang² yang bagi job tu akan bayar mahal, sebab nak kena bayar dia & bayar kat aku. 

Gitulah nasib orang kecik. Huhu. 

Sekali lagi aku ulang, ini adalah sekadar coretan untuk aku baca di masa akan datang. 

Wallahua'lam. 

Izzat Ghazali. 

BUAT TANPA HENTI

Bismillah walhamdulillah. 

Bila masa dah berlalu,
Apa yang dikesalkan hanyalah 
pada peluang yang dipersiak. 

Ia datang sesekali cuma 
Terus ambil & guna
Berhasil atau tidak belakang kira. 

Waktu menunggu peluang tiba
Gunakan untuk bersedia -

Agar tatkala ia menjelma
Tiada alasan untuk terus mara. 

Buat tanpa nanti. 
Buat tidak henti.
Buat sampai jadi. 

Jika tidak,
Yang tinggal hanyalah kita & kata-kata yang tidak di kota.

Izzat Ghazali. 
Pertahanan.

Thursday, February 27, 2020

KITALAH PM

Bismillah walhamdulillah. 

Saya deactivate FB lagi baru-baru ini. Toksik & keserabutan akibat krisis politik Malaysia membuka luas pintu-pintu dosa buat kita. 

Dan saya memilih untuk berlepas diri. 

Bukanlah bermakna saya tidak berminat untuk ambil tahu, politik adalah ibu aturan kita, dan sesiapa yang tidak mengambil cakna berpontensi menjadi bidak catur kepadanya. 

Namun, kerana reaksi kita yang tidak kena, keterlaluan pada ketika yang tidak tepat pada saya, dalam pada kita bukanlah siapa-siapa - membuka luas ruang untuk berseteru pada medan langit terbuka. 

Jadi saya menjauhkan diri. 

Sebab saya percaya, pada akhirnya kita keadaan boleh memaksa kita jadi apa sahaja, tapi kita tetap berkuasa memilih apa tindakan kita. 

Saya mendoakan semoga Allah menjaga hati-hati kita, dan memelihara Malaysia keseluruhannya. 

Untuk hari esok yang lebih baik insyaAllah. 

IzzatGhazali

Tuesday, February 25, 2020

ANUGERAH KAWAN YANG BAIK

Bismillah walhamdulillah.

Allahuakbar, Allah nak ajar saya sesuatu hari ini.

Pagi tadi telah ditetapkan untuk satu keputusan untuk perbicaraan satu prosiding ni. 

Macam biasa, kita peguam biasanya tak bagi harapan palsu kepada anakguam walaupun kita optimis, insyaAllah boleh menang. 

Dan ditakdirkan, Hakim buat keputusan yang tak menyebelahi kami. 

Itu takpelah, sebab kalah menang tu memang lumrah dalam guaman. 

Cuma Allahuakbar, hebatnya dalam kekecewaan menghadapi kekalahan, kawan-kawan anakguam sangat menenangkan.

Semua orang happy, seakan-akan menang kes pulak. Jumlah damages tu besar, namun tak diterjemah langsung dalam suasana.

Malah, tahniah & terima kasih tak putus² kepada kami para peguam atas komitmen & usaha sepanjang pengendalian kes.

MashaAllah hebat sungguh akhlak sebegini. 

Yang tenanglah yang menang. 

Berkat kerja buat kita, Allah anugerahkan sahabat² yang baik, yang sentiasa berada bersama di saat² susahnya kita. 

Mungkin bila bersendiri menghadapi ujian, kita mungkin down, rasa kecewa dll. Tapi Allah menjaga kita, melalui kawan-kawan.

Benarlah hadis baginda Nabi saw, "Ajaib sungguh orang beriman, segala keadaan adalah baik baginya, bilamana diberikan ujian dia bersabar, dan bilamana diberikan nikmat dia bersyukur."

Semoga kita dikurniakan kawan-kawan yang baik, yang turut membantu urusan kita di dunia, dan terutamanya menarik kita ke syurga insyaAllah. 

Izzat Ghazali
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
26022020 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...