insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, November 22, 2023

Palestina Tercinta.

Bismillah walhamdulillah. 

1- Masuk kali ni dah banyak kali dah kita dengar saudara kita di sana diserang, dalam bentuk intidimasi (ugutan), penindasan, malah dicederakan dibunuh dibom dll. 

2- Daripada saya tak beranak lagi, sampailah sekarang saya dah ber-anak pun isu ini masih tidak selesai & terus berulang-ulang diceritakan. 

3- Dan ia tidak akan selesai sehinggalah Islam menang. 

4- Cumanya akan terus bersemangatkah kita menanti detik itu? Momentum yang terkumpul ini akan cukupkah dengan tempohnya yang tidak pasti bila?

5- Kalau tidak terus dibajai faham, tentu sekali perjuangan membela saudara kita di sana akan jadi hanya bermusim. Melambung setiap kali berombak, namun karam bila tidak beralun. 

6- Teruslah mendidik generasi anak-anak kita, kerana walau umur kita tidak panjang untuk melihat Palestina merdeka, biar mereka menjadi penyambungnya - dan moga ada titik² usaha kita diterima Allah sebagai jalan membantu agamaNya.  

7- Hasbunallah wa nikmal wakeel. 

Inzimhum ya Allah, wansurna alaihim. 



Sunday, October 8, 2023

Barang Payoh.

Antara benda yang saya sendiri tak suka pasal saya ialah bila saya 'kena' - samaada sukarela atau dipaksa, saya akan buat benda tu betul-betul. 

Saya taknak kalau setakat buat, cincai, asal ada dll. 

Kena buat molek, satunya sebab saya nak rasa puas hati & yang lagi utama dua, sebab orang tahu yang tu saya buat. Jadi nama baik saya terikat dengan outcome tu. 

Masalahnya pulak, bila saya disuruh 'manage' organisasi ni - saya paling rasa tak syok bila ada kena kawal 'orang'. 

Sebab bila kawal, bermakna ada masa yang kita kena menggunakan hardway @ bersikap keras bagi menjayakan misi organisasi. 

Dan tambah merumitkan bila keras, orang akan terasa, akan play victim, akan keras jugak dengan saya. 

Daripada elok² berkawan molek, tiba-tiba dah jadi renggang. Tak ke tak sedap? 

Sebab tu kalau boleh, saya taknak jadi apa-apa yang kita kena manage orang ni. Payah & complicated. Stress woo. 

Itu je lah, sekiannn. 

Sekadar random rant, moga ada manfaat. 🙏🏼

Wednesday, September 21, 2022

Puteriku Sayang

Bismillah walhamdulillah.
 

Iman. 

Anak saya no 3 namanya Iman, Umi dia suka nama Iman, tapi sebab kalau ikutkan Iman ni nama lelaki, kami tambahkan Solehah di belakangnya untuk tunjukkan yang Iman yang ini perempuan. 😅

Iman sekarang dalam fasa nak tukar daripada pengasuh ke taska. Sebenarnya nak tunggu je sampai 4 tahun terus, pahtu hantar Pasti. Tapi sebab pengasuh dia ada kena jaga family dialisis jadi kena carilah taska jugaklah. 

Bagus je hantar taska ni, sebab dia boleh jadi fasa persediaan sebelum masa Pasti nanti. Kalau sebelum ni dengan pengasuh dia ada 3-5 kawan je, kat taska dia 9-12 kawan. So kenalah dengan Pasti nanti nak ada 17-20 kawan.

Tapi masalahnya Iman taknak gi taska. 

Taknak yang bukan taknak. Tapi taknak yang macam takut, trauma gitu. Biasa anak ni, bila nak gi taska tu baru dia mengamuk, menangis. Iman pulak, petang malam memang taknak gi taska. Kalau abang² usik dia, siap tarik rambut lagi punyalah dia marah taknak pergi. 

Bimbang jugak. Yelah sebelum ni anak kita lelaki, tak kisah sangat. Tapi bila perempuan ni rasa risau jugaklah. 

Tulis untuk ingatan masa depan, doakanlah jugak Iman kuat, dan jadi anak solehah secantik namanya. 

Terima kasih. 

Monday, September 12, 2022

Hilang.

Bismillah walhamdulillah. 

Ada waktu yang hati menghilang,
Kepala seakan terbang melayang. 

Segala yang diusaha tak datang,
Peluang yang ada dibiar terhidang. 

Jiwa bergolak perasaan berperang,
Hidup dirasa sangat malang. 

Maka segeralah mencari jalan pulang,
Dengan kembali kepada Tuhan. 

Saturday, September 3, 2022

Muktamar DPPM 2022

*Amanat Perasmian Muktamar DPPM 63*
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

1) Pemuda bukan setakat bertanggungjawab untuk bersiap untuk pilihanraya, tapi juga bersiap untuk mengisi kemenangan membawa negara kepada redha Allah. 

2) PAS perlu dilihat sebagai parti masa depan untuk Malaysia, dan pemuda adalah tunjangnya.

3) 'Bukanlah seorang pemuda bila disebut beginilah ayah kami, tapi pemuda kena berani menyatakan inilah kami'.

4) Pemuda kena melazimi ibadah. Arwah TGNA pernah tanya masa perjumpaan dengan pimpinan, siapa yang buat tahajud, yang amalkan baca Quran, puasa sunat dll. Arwah semak amalan, bukti amal ibadah ni perlu dilazimi penggerak PAS. 

 5) Makin teruk ujian, makin payah cabaran patutnya makin kuat melazimi ibadah, munajat kepada Allah. 

6) Negara bukan Islam mentadbir negara dengan konsep yang direka dengan akal semata², sebaliknya kita pulak ada Allah yang mengemukakan dasar bernegara melalui wahyu. 

7) Perlu selalu mintak tolong Allah, ikut panduan yang ditinggalkan para Nabi & alim ulama' untuk tunjukkan kita jalan dalam memimpin negara.

8) PAS akan sentiasa berdepan cabaran, kebencian, penentangan daripada yang lain, terutananya mereka yang membenci Islam. Itulah lumrah orang berjuang. 

9) Kecelaruan politik buat anak muda membenci & menjauhi politik. Dan bila anak muda tidak berminat dengan politik, proses demokrasi tidak berjalan dengan baik dan merugikan negara. 

10) Muafakat PAS bersama parti² lain adalah pilihan terbaik PAS menjaga negara daripada agenda musuh Islam. 

Sirru ala barakatillah. 
Moga Allah sentiasa bersama kita.

Monday, July 4, 2022

Count Your Blessing.

Bismillah walhamdulillah. 

Hidup adalah jalinan antara benda² yang kita suka dengan yang kita tak suka. 

Kena ingat, yang takde orang pun yang Allah beri semua benda dia suka - tapi sesetengah orang nampak gembira bahagia sebab dia syukur dengan apa dia suka, & sabar dengan apa yang dia tak suka.

Its an open secret yet many failed to do. 

Moga Allah bagi kita kekuatan untuk menghargai setiap yang kita suka, dan berlapang dada pada setiap yang kita tidak suka. 

Moga bermanfaat. 



Monday, June 13, 2022

Mindtalk.

Bismillah walhamdulillah. 

Lately aku rasa badan asyik penat. Lesu takde tenaga. Lepas maghrib gitu memang aku dah boleh tidur dah. 

Daripada satu segi, bagus jugak. Sebab bila tidur awal ni bangun pun akan jadi awal. 

Tapi tak bestnya pulak bila waktu orang dah bangun tu aku jadi macam lemau, sebab dah bangun lama. Tak fresh mana dah. 

Lagi satu, timing dengan family. 

Malam je lah tinggal masa nak duduk, bercakap, bergaduh, bermain, bersama family. 

So bila badan dah tak sedap, if aku tahan mata dia jadi moody. Rasa nak makan orang je jadinya. Tapi bila dah masuk tidur kang, terkejut tengah malam macam ni jadi pemerhati orang tidur je lah jadinya. 

Hmm. 

Entahlah. 

Harapnya betullah diorang duk sebut quality over quantity tu. So aku fight untuk dapatkan quality tu pulak sebab quantity tu nampak macam dah kalah je. 

Life ni bukan kau compare hidup kau dengan sapa-sapa, melainkan dengan diri kau sendiri. 

Its about me myself and I - 

Jadi takpelah, bahagialah dengan apa cara. Asalkan selalu dalam redha Dia. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...