insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, September 11, 2021

Tentang Syiar dan Izzah

Saya ada pengalaman ke Jogja untuk program pertukaran pelajar zaman Mahasiswa dulu. Universiti saya ada joint-venture dengan UMY (Univ Muhammadiyah Yogjakarta) & UII (Univ Islam Indonesia).

Antara perkara yang masih saya ingat sampai sekarang, adalah bagaimana pengamalan agama yang ditunjuk-tunjuk dengan berani. 

Misalnya, salah seorang rakan kami tidak bertudung, namun bila masuk waktu solat antara yang terawal menyarung kain sembahyang (dalam beg kecik yang comel), dan ikut kami berjemaah di balai kegiatan siswa (macam bilik untuk persatuan pelajar). 

Mulanya saya jadi terkejut jugak, sebab di UIA biasanya kita tidak sembahyang bersama-sama (beza jantina) di tempat terbuka sebegitu. Kalau di surau/masjid itu biasalah. 

Jadi lama-lama, berdua pun (lelaki perempuan) biasa je solat di hujung bilik sementara yang dah solat pulak boleh teruskan discuss hujung belah sebelah lagi. 

Hal ini terjadi semula sewaktu kunjungan balas mereka ke universiti saya. Pensyarah yang jadi guru penasihat kami ada buat makan-makan sikit di rumahnya, jadi saya ditugaskan mengiringi dosen mereka untuk ke sana. 

Masuk sahaja waktu Maghrib, kalau amalan biasa kita di Malaysia, tetamu akan ditunjukkan bilik untuk solat kan? Yang lelaki mungkin bersolat di ruang tamu terbuka, manakala yang perempuan pulak biasanya solat di bilik. 

Tetapi hari itu, isteri Pak dosen selamba sahaja hamparkan sejadah di belakang kami, ikut kami bersolat bersama. Sampaikan isteri pensyarah saya pulak yang terkocoh-kocoh tak tahu nak buat apa, sembahyang di saf sebelahnya atau naik ke bilik untuk solat sahaja. 

Peristiwa ini mengingatkan saya bahawa solat ni sebenarnya syiar kita, dan bila mende yang jadi syiar memang kena molek tunjuk/tonjol kat orang. 

Sebab tu masjid kena buat betul² kat tengah² bandar, bukan terperosok kat hujung². Jangan pulak jadi macam musolla di shopping mall yang biasa terperuk jauh kat basement sekali dengan parking. Kita nak gi sembahyang pun rasa malas. Rosak teruk bila terikut sangat dengan acuan luar. 

Jadi bila kita solat di rumah, solatlah di tempat paling luasa di rumah. Biar orang tahu kita sedang solat. TV kena slowkan dulu, yang bercakap kena tunggu. Bila kita solat di bilik, satu dah tak boleh solat sekali, dan malang sekali ia tak jadi syiar kita dah. 

Nabi ajar, yang wajib ni kena tunjuk untuk ajak, yang sunat tu yang kena sorok biar jadi rahsia kita. 

Kita pulak terbalik, yang wajib ni disorok² yang sunat tu pulak yang ditunjuk². 

Solat adalah syiar, dan kegagalan daripadanya akan sebabkan hilanglah izzah kita. 

Semoga bermanfaat. 



Thursday, July 15, 2021

HIDUP BERPRINSIP

Bismillah walhamdulillah. 

Ada satu quote sedap dalam satu buku aku baca lama dulu - "kalau hidup sendiri pun tanpa pendirian, lalu kau hidup punya apa?" Dalam buku tu penulis tekankan kepentingan untuk berani berpendirian, yang mungkin berbeza dengan pendapat ramai namun disandarkan kepada alasan yang kuat & relevan dengan keadaan. 

Malang bagi kita bilamana kita takut untuk berpendirian sendiri, hanya ikut di bawah pendapat orang semata, sedangkan kita adalah pembuat keputusan terbesar untuk diri sendiri, kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita - malah kita juga yang menanggung apa jua akibatnya. 

Kalaulah tidak berpendirian kerana kurangya ilmu - maka mencari ilmu adalah jawapannya. Kalaulah tidak berpendirian kerana hormat - maka sampaikan dengan beradab adalah penyelesaiannya. 

Pendirian atau prinsip - adalah hak mutlak diri kita. Dan pengabaian kepada hak tersebut adalah satu yang merugikan kita.

Kalaulah untuk berpendirian sendiri pun tak berani - ingatlah bahawa dalam kubur nantipun kita tetap sendiri. 

Dengan ilmu, dengan iman, hiduplah atas pendirian. 

Wallahua'lam. 

Sunday, July 11, 2021

ADAPTASI

Bismillah walhamdulillah. 

Menghadapi pandemik yang entah bila akan berakhir ni perlukan kita masing² ada perancangan sendiri. 

Sekarang fasa bertahan, jangan buat apa-apa - tunggu (sambil menilai) & lihat (tindakbalas). Kalau ada kerja jangan berhenti. Kalau ada nak beli benda besar, jangan masuk hutang baru. 

Sebab kita tak tahu sampai bila kita kena bertahan, dan mampu bertahan. 

Katakanlah di hujung 2021 baru keadaan reda - kita akan ke fasa seterusnya - ADAPTASI. 

Bagaimana kita nak menerima parut² luka sepanjang pandemik ini sebagai bahagian dalam hidup kita? 

Kesannya dijangka menjangkau bertahun² selepas ia berakhir - apa persediaan kita menghadapinya? 

Lagi cepat kita adapt, lagi cepat kita boleh bangkit membina semula hidup. Untuk kembali menjadi bermakna sebagaimana sebelum covid menjelma. 

Untuk cepat adapt, kita kena bersedia. Persediaan yang macamana? Menstrukturkan semula hidup, biar sesuai dengan impak besar yang melanda dunia. 

Apa-apa target sebagai destinasi kita di masa lampau, mungkin kena ubah balik - sebab capability kita sebelum & selepas covid mungkin lagi tak sama. Prioriti kita pun munngkin berubah, sebab normal dulu dah tak relevan dengan normal baharu. 

Bersabarlah tuan-puan, 

Dunia ni tempat ujian - dan percayalah kita sedang diuji, diperhati & dinilai - & ingat, Allah ada. 

Monday, February 22, 2021

Bergaduh Dengan Client

Bismillah walhamdulillah. 

Antara benda yang saya tak gemar jadi peguam (selain daripada orang ingat kita kaya) ialah bergaduh dengan client. Jarang berlaku tapi memang ada berlaku. 

Dia boleh jadi akibat daripada pemahaman yang salah, ataupun client kita nak kacau kerja kita, ataupun juga kita yang ego tak bertempat. 

Baru lagi jadi, ada client bersungguh nak mintak alter pliding balik, sebab katanya bila baca tak 'rasa'. Saya explain yang buat pliding ni ada skeleton (rangka) dia. Apa yang perlu letak dulu, apa yang kita letak kemudian. In fact, kalau tak relevan baik jangan letak. 

Client kita ada cerita dia. Daripada cerita tu kita terjemahkan dalam pliding untuk Mahkamah nilaikan. Beban bukti terhadap apa yang dinyatakan dalam pliding ada beban anakguam. Kalau katakan ada elemen tokoktambah, ataupun worse tak betul pun dalam pliding - susahlah kita. 

Dan banyak jadi ialah, client kita tak ingat pun ada sebut kat kita sekian-sekian. Sebab tu sekarang, saya belajar - bila discuss kena catat sedetail mungkin, supaya nanti mudah kita semak. Bila dah siap, set masa jumpa dia - discuss balik. Dia nak komen apa ke, dengar je. Kalau dah agree baru boleh proceed. 

Tapi pengalaman saya, ada segelintir client yang berlagak & memandai², kalau ada rezeki dapat jenis yang ini, if lepas saya explain kenapa buat macamtu tapi dia berkeras jugak - saya layankan je lah. Cuma saya akan bagitahu if apa-apa jadi disebabkan perubahan yang dia mintak tu, saya taknak tanggungjawab. Sebab ia bukan lagi versi yang saya cadangkan berdasarkan pengalaman & pemahaman saya. 

Reti pulak dia mengamuk. 😂

Itu yang saya limitkan, jumpa orang paling banyakpun 2 orang je. Sorang pagi, sorang petang. Kalau lebih daripada tu, saya takut saya dah tak tahan. Nak jaga hati dia lagi, nak jaga hati saya sendiri lagi. Penat. 

Uruskan firma penat. Dealing dengan client pun penat. 

Betulkan ulama' (Saidina Ali kot) cakap, hanya matilah tempat kita rehat. 

Semoga bermanfaat. 


Sunday, February 14, 2021

Asam Garam (3)

Bismillah walhamdulillah. 

1) Aku ni malas, biasanya mende yang takde kaitan dengan aku, aku taknak ambik tahu. Sebab bila aku sibuk nak ambik tahu benda yang aku patutnya takyah tahu, benda yang aku kena tahu pulak aku tak sempat nak ambik tahu. 

2) Dalam office, aku delegate kerja. Yang aku boleh ajar orang, macam semak efiling, buat surat serahan, ereview semua orang buat. Benda penting je aku buat. So aku boleh jimat kepala otak aku daripada serabut banyak benda. 

3) Bila aku dah ajar, aku expect feedback. Ada masalah ke apa, bagitahu aku. Bila diam, tak bagi feedback, aku akan expect kau dah faham & kau dah boleh deliver. Masalah akan ada, confirm. Cuma kau kena chin up dan hadap. 

4) Tapi dalam gerak kerja organisasi lain, contohnya dalam NGO, persatuan, parti etc - benda² delegate ni sampai ke sudah tak berjaya. Aku rasa sebab dalam office, kita ada consideration gaji. Tapi bila buat kerja atas dasar sukarela/suka-suka gini, takde apa yang nak jadi sandaran. 

5) Itu yang pengurusan organisasi (yang bukan syarikat) kebanyakannya sukar, sebab orang yang bawak idea tu otomatik kena jadi penggerak sama. Sebab orang lain tak boleh nak arah, tak boleh nak paksa. Time nak buat dia buat, time dia taknak dia tinggal.

6) Sudahnya ramai orang berpotensi besar, bijak, akan duduk diam kat rumah, tak payah sibuk² join apa-apa mende. Sebab nanti dia akan penat & stress sendiri. 

7) Dan akhirnya idea untuk menjadi bermanfaat untuk ramai orang akan jadi gagal. 

Wallahua'lam. 

Wednesday, January 20, 2021

RASA NAK MATI

Bismillah. 

Saya tulis ni untuk ingatan sendiri. Dan semoga menjadi muhasabah bersama. 

Kepala rasa pening sangat semalam, macam ada benda dalam kepala. Belakang belah kiri, kadang² dia main kat area tengkuk. 

Saya nak cepat² tidur je, dengan harapan bila bangun esok, sakit kepala ni hilang. 

Tapi tak. Tak boleh. 

Sebab dia ada denyut yang kadang² datang, dan macam bawak letrik. Dia siap boleh bergerak², sekejap kat bahagian atas telinga, lepas tu belah bawah tengkorak kepala. 

Dan sekali dia mari, memang terangkat punggung jugaklah tahan dia punya ngilu. 

Lagi teruk bila sebab pening kepala, memang saya baring je. Tulang belakang dan rusuk pun dah sama rasa lenguh sebab asyik kena tanggung berat badan je. 

Nafas pulak jadi pendek² sebab badan dah penat nak tahan sakit. 

Bila dah macam tu, konon² nak tambah vitamin dalam badan lah apa semua, nak makan itu ini. Bagi sakit kurang dan boleh tidur. 

Rusukkiri la ke hulu ke hilir ambikkan oren, belah tembikai, potong kek, isi air. 

Dan saya takleh lari daripada fikir - 
Nak mati dah ke aku ni? 

Sebab sakit dia ni tak pernah saya rasa. Mengalir jugak la air mata bila dah lama-lama. Skala dia pulak tak seragam, ada yang boleh layan, ada yang boleh terangkat, ada yang sampai boleh bawak mengucap.

Terbayang² macamanalh isteri & anak-anak nanti. 

Harapnya Firwan & Yazmir terus boleh datang bagi takaful, jangan dia buat hal buat senyap sudah. 

Rasa nak call Angah Bengah suruh datang, kang jenuh jugak rusukkiri nak tengokkan jenazah saya nak tunggu pagi. Tapi time ni PKP, lagi lah nak gerak malam aduhh. 

Huhuhu punyalah banyak fikir 😂

Betullah sakit tu muhasabah. 

Semoga kita menghargai & mensyukuri nikmat sihat, dan menjaga amanah sihat dengan baik. 

Sunday, November 15, 2020

WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR

WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR 

"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun atau lebih, maka segeralah untuk memperbanyakkan amal soleh siang mahu pun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang engkau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi. Maka, beramallah sesuai dengan kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Zikir adalah ibadah yang paling mudah. 

Rasulullah saw bersabda : وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt. Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikan-Nya. Ia akan mengurniakan mu… "Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, sayugia dimanfaatkanlah baki sisa umurnya. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. 

Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah mensia-siakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.

 Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt. "Seseorang yang telah mendekati ajalnya (berusia lanjut) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. 

Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi : سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, (kalimat ini ku ucapkan) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya. 

Jika sebelumnya ini engkau hanya sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat keatas Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali sahaja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu. Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya.

 Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap selawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih; "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berdikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw." Semoga bermanfaat! Selamat berdzikir.

 C&P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...