insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Showing posts with label ..copy paste... Show all posts
Showing posts with label ..copy paste... Show all posts

Friday, January 21, 2011

DAKWAH & TARBIYYAH BUKAN UNTUK SI MANJA


Bismillah walhamdulillah.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas
· Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.
· Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
· BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
· BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
· BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
· BUKAN yang cepat mengalah.
· BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
· BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
· BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
· Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
· Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.
· Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.

TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.

kredit to : Bos saya.

Tuesday, January 11, 2011

komen orang mmg sedap pakcik.

Bismillah walhamdulillah.

Utusan Malaysia - Najib Razak menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan `Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai amat populis tetapi tidak berpaksi di bumi yang nyata kerana tidak membentangkan punca kewangannya kepada rakyat. Menurutnya, terdapat keanehan dan juga amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala benda bersifat populis tetapi tidak ada sebutir pun dibentangkan dari mana punca kewangannya.

``Jadi kalau begitu, bagaimana segala-gala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Justeru katanya, kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

``Malah tidak payah tunggu anak dan cucu dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita negara kita jadi macam negara Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

SelangorKini : Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak masuk akal apabila membidas Pelan 100 Hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Dalam kenyataan itu Najib berkata apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Tegas Pua, apa yang dicadangkan Pakatan Rakyat di dalam 'Buku Jingga' hanya separuh daripada bajet yang dibentangkan Najib di dalam Parlimen Oktober lalu.

"Saya rasa Najib kena pergi balik ke sekolah untuk buat kira-kira bajet beliau. Kalau kerajaan mampu bina satu MRT bernilai RM40 bilion, bina Menara Warisan Merdeka RM5 bilion, bina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLFID) yang bernilai RM26 bilion.

"Yang kita cadangkan itu hanya sebahagian daripada bajet yang Barisan Nasional ingin gunakan untuk projek mega ini.

"Saya rasa kritikan yang dibuat Perdana Menteri langsung tidak berasas kerana mengikut perkiraan kami kita akan membuat perbelanjaan yang kita cadangkan melalui perbelanjaan yang lebih amanah dan sistem terbuka termasuk tender terbuka," kata beliau

Ujarnya, dengan cara tersebut kerajaan dapat menjimatkan lebih banyak wang dan mengurangkan ketirisan daripada rasuah, pembaziran, kecuaian dan lain-lain. Berhubung dakwaan Najib negara bakal bankrap disebabkan program tersebut, apa yang pasti kata Pua jika BN terus dengan perbelanjaan cara mereka di mana defisit terus meningkat, apa yang diramalkan Najib pasti berlaku.




Monday, January 10, 2011

Berita yang tidak ingin anda dengar =)


Bismillah walhamdulillah.

Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.


“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Note: Alhamdulillah. May Allah bless us.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Bismillah walhamdulillah.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
  • Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Thursday, November 18, 2010

Perkahwinan yang DISUSAHKAN


Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...