insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Showing posts with label ..siasah... Show all posts
Showing posts with label ..siasah... Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Dato' Dr Hassan Ali : buktikanlah!


Bismillah walhamdulillah.

Hassan Ali bukanlah satu figura yang kecil di Malaysia. andai diumpil sosok silamnya, Hassan Ali sangat sinonim dgn Program Summer Camp, Smart Learning dan pelbagai program motivasi yg lain anjuran AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia) di bawah kelolaan beliau. Beliau yang pernah diangkat memegang jawatan tinggi kerajaan, sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara JPM suatu ketika dahulu, memilih untuk menganggotai PAS, dan seterusnya mendaki tangga kepimpinan sehingga pernah merasa jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Umum mengetahui berita pemecatan Hassan Ali daripada PAS, dan secara pukal menyifatkan PAS tidak wajar mengambil tindakan sedemikian lantaran pengaruh beliau yang bukan sahaja sedikit dalam kalangan pendokong gerakan PAS sendiri. Di saat Umno sedang bertarung bagi menafikan persepsi ramai yang menyifatkan politik perkauman tajaan mereka sudah tidak relevan, krisis pemecatan seumpama ini difahami ramai tidak menguntungkan PAS.

Dalam kita bergerak sebagai satu organisasi, matlamat organisasi haruslah menjadi keutamaan berbanding pencapaian sendiri. Pasukan bola sepak sendiri pun masih memerlukan disiplin yang tinggi, kepatuhan kepada manager, dan strategi yang baik dalam memburu kemenangan. Dan sekiranya setiap pemain diberikan peluang untuk mencerap corak tersendiri, persefahaman gagal dicapai seterusnya membawa kepada kekalahan pasukan.

Begitu juga dengan PAS, ada disiplin parti yang harus disempadani, juga wujud manhaj perjuangan yang perlu dituruti. Kekerapan beliau membuat kenyataan terbuka, yang mengkritik dasar parti membuatkan ahli bawahan PAS mula tidak senang duduk. Tuduhan 'tidak-bersetuju' dengan negara berkebajikan yang sudah disimen kemas pada pusaranya dibimbangi bakal menimbulkan polemik yang lebih besar seandainya tidak dibasmi lebih awal.

Strategi PAS dalam menggantikan Islamic State kepada Welfare State bukanlah satu bentuk penyelewengan PAS. Tuduhan PAS tidak istiqamah dalam memperjuangkan Islam adalah silap. Imbau kembali bagaimana ralatnya reaksi sahabat apabila perjanjian Hudaibiah dimaterai. Kalimah Bismillah, Rasulullah yang digugurkan, akta-akta yang dipersetujui baginda Rasulullah dilihat lebih menguntungkan pihak kuffar. Tapi, amati sendiri impak daripada toleransi Nabi, dalam PAS berusaha meneladani.

Sangat malang seandainya figura Hassan Ali tidak lagi membawa panji PAS, namun dalam mendepani zaman, PAS melihat, ini adalah jalan yang terbaik. Andai disingkap sirah para sahabat Rasulullah terdahulu, kita menyaksikan betapa Khalid al-Walid sendiri pernah dipecat daripada jawatannya. Mengapa? Bukan kerana kelemahan Khalid, bukan juga kerana kekurangan, namun disebabkan keperluan untuk meyakini Allah lebih daripada yakin kepada seorang Khalid al-Walid.

Cukup indah ungkapan Khalid, "sesungguhnya Allah-lah yang tahu setiap yang terbaik untukku. di kala aku menjadi pemimpin, mencari kemenangan adalah sasaran. namun tatkala aku dipecat, cita-cita syahid akan bersemarak." Justeru, walaupun Hassan Ali dipecat, mengklasifikasi beliau munafik, adalah silap, menelah futur dari perjuangan juga tidak tepat. Ingatlah para jundullah sekalian, jalan dakwah cukup luas, sedangkan PAS hanya-lah satu wasilah. Apapun, beliau masih diberikan peluang merayu, dan "Dato', masa untuk membuktikan kesetiaan Dato' kepada perjuangan telah tiba. Buktikanlah, betapa saya tidak silap meyakini keikhlasan Dato',"

Wallahua'lam.

izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Thursday, September 29, 2011

senyum. bersenyum. kesenyuman.


Bismillah walhamdulillah.

Perubahan tampuk kepimpinan bagi sesebuah organisasi merupakan sebuah norma bagi sebuah realiti kehidupan. proses penggantian ini dinukilkan penuh jelas menerusi sirah2 nabawiyyah yg memperlihatkn setelah wafat baginda nabi, khulafa' rasyidin mekar sebagai pengganti. tumbangnya khulafa', muncul umayyah, abbasiyah dan uthmaniyyah sebelum kejatuhan Islam selaku pencorak tamadun dunia ketika itu.

Allah swt menceritakan dlm al-Quran betapa wujudnya kerajaan2 yg besar yg mendominasi dunia tatkala zamannya. Kerajaan Firaun, kerajaan Sulaiman as, kerajaan Iskandar Zulkarnain, semuanya bermula, dan berakhir. jatuh bangun sesebuah kerajaan merupakan fitrah yang ditetapkan oleh Allah sesuai dengan kelemahan kita sebagai makhluk. sesungguhnya hanya Dia-lah Pemilik Segala Kerajaan.

Kegilaan manusia kepada kuasa, bukan baru shaja diperkenalkn oleh kerajaan BN pada dasawarsa ini. Malahan, menerusi kalamNya, Allah menceritakan bagaimana Firaun pada zamannya lagi, mengupah ahli nujum utk meramal jatuh bangun kerajaan besarnya. bilamana ahli nujum berfirasat bahawa akan jatuh kerajaan Firaun drp seorang llaki drp keturunan Bani Israel, maka seluruh batalion askarnya dikerah untuk membunuh setiap bayi lelaki yang dilahirkan.
Namun, kuasa Allah jauh mengatasi upaya hambaNya. Musa as, yang dihanyutkan di sungai Nil menambat hati Asiah, si permaisuri raja. pujuk rayu isteri, membuatkan Firaun setuju membela Musa as, sebagai anak angkatnya. Nah, lelaki yang meranapkan kerajaan Firaun, dibesarkan di istana mewahnya sendiri. mahligai besarnya menjadi pelindung kpd seorang Nabi Allah. begitulah, indahnya perancangan Allah.

Di sebalik kegilaan zaman ini, usahlah risau para pejuang sekalian. agenda pemutihan warga asing yang dibimbangi bakal mendaftarkan sekalian pengundi. tuntutan2 Bersih yg sekadar dipandang sepi. gendang perkauman yg dipalu. teka-teki kemerdekaan Malaysia klip Undilah yg di-gam media. kes2 mahkamah yang terbengkalai. undang2 Allah diperlekeh. video seks, perbualan lucah. akan muncul apakah lagi selepas ini?

Namun, mereka berhak takut. yang menentang mereka bukan hanya kita. tp jiwa mereka sendiri. di sebalik lantang lidah bicara, tergugat jua pegangan di dada. keadilan di dunia, di mana bahagia? buatlah apa jua. mansuh akta apa. karikaturkan segenap rupa. keluarkan video2, rakaman2 lama. tapi INGAT! balasan Allah itu ada.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(surah Ali ‘Imran ayat 26)

Senyumlah. kita ada Dia di atas yang memerhati segala. dan kemenangan Islam itu tetap akan tiba, dengan apa jua cara meskipun ia tidak disangka2. bila mana Allah berkehendakkan ia, rancanglah apa sahaja. rujuklah siapapun ia. percayalah, Allah Maha Berkuasa, dan Dia-lah pemilik segala upaya. *senyum* :)

may Allah bless. wallahua'lam.

Wednesday, July 20, 2011

Jangan Jadi Bodoh.

*bila polis Malaysia nak jadi mcm ni? :(*

Bismillah walhamdulillah.

Pasca Bersih. aku xd mood sgt nk tulis.
mungkin sbb emosi aku lg menguasai diri.
bila tgok org kena sepak muka depan mata.
x ke boleh jadi entry mencarut klu aku tulis awal2? :D

so skrg. emosi dh stabil sket.
walaupun. dkat FB ada lagi makhluk2 yg x faham.
xplh. moga Allah x suntik 'putus-asa' dlm hati sudah.
part aku. explain je lh apa yg aku tahu.
pasal dia nak msok kn dlm kpala k x. 2 part Allah.
so aku xd hak nk masuk campur.

banyak org cakap polis jahat.
klau dkat group2 FB. mmg polis dh jd makhluk paling durjana kt muka bumi.
cam biasa. aku x amik port sgt.
ad lh jugak makhluk2 yg back-up polis.
konon2 2 keje diorang.
diorang just dpt arahan.
diorang nak cari makan jugak.
bla bla bla bla.

lepas ni. sila jgn tgkap pelacur.
2 j lh kn keje diorang?
kn diorang dpt arahan dr bapak ayam jgk?
dioang trpaksa buat mcm 2 sbb nk carik makan utk fmily jgk kn?
kn 'betul' apa diorang buat? apsal nk halang?

aku x amik port sgt kutuk2 polis.
sbb aku percaya.
ada lagi polis yg bagus kt Malaysia nih.
tp polis bengap pun ad jugak.
so. xperlulh sbb polis bengap, kita kne anti dgn sume masy polis kn?

klu org lain x suke polis sbb diorang jahat.
aku x suke polis sbb diorang taat sgt pd arahan smp ketepikan fikiran.
selautan org datang 2, seyezly x kan harm kn keadaan klu polis pandai kawal keadaan.
polis kawal r jalan.
polis pegi r tumbuk rusuk orang yg cetuskn huru hara.
tp xkan polis nk tumbuk rusuk polis sendiri kn? :)

aku bukan anti polis 100%.
tp aku yakin polis Malaysia perlukan sedikit perubahan.
n dlm bab demonstrasi aman mcm Bersih baru ni.
klu x dpt jadi mesra penunjuk perasaan pun xd hal bang.
tp apa salahnya kalau abg mesra kt orang2 awam?
kn lg syok buat keje bila org respek abg?

n aku tingat mak aku pesan masa aku kecik2, balun adik2.

"ingat orang takot (hormat) lh kalau katok2(pukul) orang gitu? koho(makin) benci ada."

n aku bagi ayat ni kat abg2 polis jugak.
simpan. skru kn dlm kepala.

may Allah bless.

p/s : biasanya polis muda2, n polis yg baru jd polis j yg kerek2 ni. klu polis yg 'belajar' or dh org lama. xd r dorang over sgt. (biasanya lh :D )

Monday, June 27, 2011

BERSIH : Pengenalan


Bismillah walhamdulillah.

Bersih 2.0 .
serius aku pun x fham. n bila try fikir, mmg bleh bwak x tido 2 3 mlm. kompem!
celah mna lh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil boleh disingkatkn kpd BERSIH ?? :p
aku penah j tnya msa dlm bas ekspres nk g Bersih season lepas.
konon2 nk buat sembang dgn pakcik sebelah lh kn?
*budaya mesra, amalan mulia* :D
cool j dia jawab, "Habis tu, xkan nk letak GPBA?"
sangat-lh tidak lunak bunyinya.
Lantas, terus aku buat2 pengsan. hahaha.

klu nk ikot sejarah.
aku sambut besdei k 18 dgn 100ribu org. pergh.
masyuk gk hadiah dia. tunai. tros drp kilang (^_^)
tym ni-lh ak knal gas pemedih mata, bom asap, FRU, black maria etc.
mmg best, rasa mcm terbest-birthday-party dlm hidup aku.
siap nangis2 aku terharu :)

dah. blek pd tajok.
sistem demokrasi dlm Malaysia.

mmndangkn Malaysia, tnah air trchenta ni ditakdirkn mnyalurkn sistem demokrasi utk mmegang tampuk kuasa pemerintahan, kita mmrlukan satu-badan-pentadbir demokrasi yg baik, untuk menentukn sapa yg layak memerintah Malaysia.

demokrasi ni mmg dh diterap dlm hidup kita smnjak kecik lg. anda nk lantik ketua kelas 1 takwa skolah rendah? akn ad proses undi. akn ad proses pencalonan.

"sy mncdagkn Hugh Jackman jd ketua kelas, sbb bdan dia berbulu"

"sy mncdagkn Lisa Surihani jd bendahari sbb ttiap hari dia meniaga tempeyek dlm kelas"

n wlupun org xnmpk anda berkaliber enough, utk dicalonkn, anda ttap boleh mngundi.
n if xsuka mamat 2 dia sbb dia suka korek hidung. jgn angkat tangan, klu boleh, buat2 tido j.
n if anda suka si fulan 2 jadi ketua kelas, sbb dia mmg rajin buat keje skolh, n anda boleh tiru hasil keje dia, angkat lh tangan dgn riaknya.

dan Malaysia hari ni, bkn size besar mcm dlm kelas 2 Cempaka Sekolah Keb Paka.
so sistem angkt2 tangan ni dh lama kne reject dh.
dgantikn dgn sistem PANGKAH UNDI.
sume warga negara Malaysia yg berdaftar, n dh cukup umur, bleh lh menunaikn tgjawab yg trmaktub dlm kerangka perlembagaan 2.

demokrasi ni. mberikn kuasa utk memilih pemimpin kpd kita. so, kita lh org yg paling power dlm negara ni sbnarnya, bkan nya diorang. ble diorang nak kerek x psal2. sila gunakn kuasa yg ada pd anda. mudah kn?

setel? skrg. apasal BERSIH kne ad pulak?
dlm pilihanraya kelas 3 Bistari Sekolah Pengkalan Chepa, Cikgu Suraya nampak sgt bias.
bias yg mcm mne?

1)Manap budak kelas lain punya undi pun dia kira.
ni ketua 3Bistari bhai. Manap klas 3Bengap. mna boleh msok mngundi.
ptotnya. undi budak kelas Bistari j lh yg dikira. ke guane boh?

2)Mail Lambung dh kne buang skolh. sbb kantoi curik2 makan megi dlm klas.
n dia dh hilang kelayakan mngundi.
tp ironinya, ad makhluk len yg dok kt meja Mail, siap angkat tangan utk dia,
mne aci cmni bro?

3)Cikgu Suraya siap ugut klu Zamri, calon pilihan dia, xmenang.
nk fail-kn matapeajaran muzik yg dia ajar.
so disebabkn bdk2 Pengkalan Chepa pnye cita2 nk join AF. mmg under-influence lh utk undi Zamri.
demokrasi jenis amnd mcm 2?

n situasi sama berlaku kt pilihanraya bumi Malaysia. SPR slaku bdan pgawas pilihanraya,
kne r TELUS dan DILIHAT TELUS dlm konteks nih.
situasi yg jelas dilihat mintak-makian drp bdan suruhanjaya ini mmg mgusarkn kita sekaligus menambah keraguan trhadap sistem pilihanraya Malaysia,
bab ni, insyaAllah, sy harap, dberikn ruang utk tulis entry lain ea :D

utk menutup sesi pengenalan ni. suka utk saya nukilkan dwi-hadith drp bginda Nabi SAW.

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah iamengubah dengan tangannya; jika ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya; dan jika tidak mampu,(ubahlah) dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.”
(HR Bykhari, Muslim, dan Ashabus Sunan).


"Sesungguhnya manusia, jika mereka melihat kemunkaran, sedangkan mereka tidak mengubahnya, maka datanglah saatnya Allah menjatuhkan siksa-Nya secara umum."
(HR Abu Dawud)


sembang kencang cmn pn. inilah realitinya.
mengamati suasana Malaysia hari ni, xyahlh kita menipu diri sndri.
kita menantikn suatu saat, agar sgala yg xbaik skrg pulih.
apa yg x baik?
aktiviti meninggalkn solat yg dh jd kebiasaan.
fitnah berleluasa.
hukum Islam dipermainkan.
hiburan melampui batas.
maksiat yg mnjadi kebanggaan.
kekayaan para pemimpin dan kemiskin para marhaen.
etc.

dan kita. sy dan anda. yg trgerak hati utk meneliti dgn gagasan akal kurnia Illahi ni.
sehingga hari ini. hanya sekadar merasa benci dlm hati.
itupun klu masih ad perasaan benci.
bersyukurlh. kerna kita masih punya hati. yg tidak mati.

inilah peluang. inilah ruang. yg Allah ilhamkan utk kita terjemahkn kebencian kita kpd perbuatan.
zahirkan betapa kita benci iklim negara yg tidak stabil sbgaimana skrg.
zahirkan yg kita menuntut sbuah sistem yg berperadaban tinggi.
zahirkan yg kita yakin Islam akan hadir selaku bahtera penyelamat ummat.
zahirkan yg bukan keadaan seumpama ini yg kita cari dan idami.

untuk berubah. dgn asas demokrasi yg kita junjung.
kita memerlukan pilihanraya.
dan segalanya bermula dgn pilihanraya yg adil.
yg bersih drp segenap penipuan.

ayuh, jundullah sekalian.
bersama kita bersatu hati.
mari kita BERSIHkan SPR :)

Allahuakbar!

point-to-ponder : apasal kerajaan risau sgt, pdhal Bersih kan attack SPR ?? kerajaan kn parti politik yg bertanding pilihanraya jgk, patutnya, support-lh Bersih jgk. diorg xnk dpt sistem pilihnarya yg baik k? :D

Friday, June 24, 2011

BERSIH : Prolog



Bersih. 9july2011.

amacam anak muda?

ad bran x?

ke sembang je kencang?



muwahahaha :D

Wednesday, May 11, 2011

kami prihatin :)


Bismillah walhamdulillah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum - Berita Harian.


ad korang baca x berita nih?
haha. style kn? mesti korang rsa teruja sgt.
psl kerajaan pilihan majoriti rakyat ni sgt prihatin thdap nasib2 rakyat susah mcm kita2 ni.
bertuah. beruntung. bernasib baik. :)

scra jujur, saya menyifatkn kenyataan2 daripada "akan diberi amaran keras",
hinggalah kepada "pemantauan dan penguatkuasaan".
hanyalah hadir sbg ALASAN bongok drp entiti kerajaan.

pastu. akan masuk TV lg lh,
crita2 pasal pgawai KPDNKK buat kerja.
adlh 2-3 minggu.
pastu senyap sunyi balik.
yg azab siapa? haish!

atas nama 'rasionalisasi subsidi', harga gula kene naik?
ooo, pdan lh. korang x tahu ea?
dgn kenaikan 20sen sekilo, negara akn mampu menjimatkan sehingga RM 116.6juta setahun.
pergh! banyak 2 bhai :)
boleh beli selori vaoi klu mcm nih. haha.

kita mmahami, dgn rentetan kenaikan demi kenaikan ini,
kantung negara sudah semakin kontang, kempis.
namun, tidak kah langkah penjimatan lain sepatutnya diambil?
apasal last2, rakyat jugak yg kena merana?

woi cha! korang dh dpt mandat,
dpt kawal flow cash ngara, yg berbilion2 hasil cukai sgala bagai tuh.
dpt susun atur, allocate bajet utk itu ini.
dpt bwt mcm2 dasar utk basmi ketirisan kewangan kerajaan.
lg mau naikkan barangn keperluan rakyat k?

dia igt kita dh lupa,
laporan audit spjg 2010, RM 111 juta duit rakyat Malaysia,
secara free, n tanpa motif j dpt kt FLOM n PERMATA.
haish. Persatuan ntah-pape n Jabatan-tak-diiktiraf pon dpt duit meraban punye banyak kn?

balik2. ayat sama gak kua.
harga gula kt malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau lh.
kenaikan harga gula sbg langkah hidup sihat lh.
aigoooooo.
dia ingt kita masuk air macam dia k hape nih?

dh. sy igt nk tuka cita2 lg lh.
nak jd chef kt umah Perdana Menteri lh.
:)

may Allah bless. wallahualam.


Thursday, April 14, 2011

Gelanggang Pertarungan Sarawak :)


Bismillah walhamdulillah.

Kurang 48 jam lagi.
Pilihanraya Sarawak akn berlangsung.
sbg mematuhi amalan Perlembagaan Persekutuan ;
demokrasi berparlimen.
di sana ad tuntutan kpd sekalian rakyat Sarawak.
utk tampil memberikan mandat, membuat pilihan.

dlm khangatn panorama politik Malaysia yg ckup galau,
di tgh2 kecelaruan masyarakt,
sy kira, pakcik Taib mmilih waktu yg tepat utk mlaksanakn hak rakyat.

sy bukan org Sarawak, n rsanya xpenah lg jejak kaki kt sna.
so, sy xleh lh nk komen lebih2 kan? hehe.
isu2 Sarawak pn, dpt tahu drp internet, suratkhabar je.
xpnah nk tgok dgn mata sndri lg.
rasa sndri apa yg Sarawakian rasa.

sbb sy budak Law.
yg diajar klu soalan xbg fact kukuh.
kte kne r bg situation kn?

so, situasi prtama,
jika anda melihat kpd Sarawak yg maju n permai.
spjg pemerintahan pakcik Taib nih.
ekonomi makin maju.
rakyat x merempat bumi sndri.
hasil bumi dibahagi utk kesejagatan smua pihak.
n slaku org Islam, dakwah berkembang pesat,
sila-lah kekalkn kerajaan skrg.

tp klu anda mlihat sprti mana stituasi kedua ni,
Sarawak yg macam xmaju2 dr dlu lg.
ekonomi dimonopoli satu kerabat.
rkyat jelata hidup merana dgn pemimpin kaya raya.
hasil bumi di joli sndri2.
n usaha dakwah kejap2, n djalankn berkala ikot musim.
sila-lah berani berubah utk eksperimen satu penggal.

shbt2 sy wrga Sarawak.
apa yg nk takot dgn eksperimen tukar kerajaan?
klu kerajaan Pakatan Rakyat buat donno jgk.
gulingkn diorang blek nanti.
nak takut amnd? hak rakyat dh dijamin kn?

Sg Rajang bleh jd tamsilan btapa pnjangnya harapan sy.
agar pilihan rakyat kali ini,
bebas dan bersih drp tgan2 ghaib pihak2 tertentu.
kalis drp dakyah2 omongan habuan smntara smata2.
smoga dunia mnyaksikan harapn ini mnjadi kenyataan kurang 48 jam 6t.

buat sekalian para petugas,
selamat bertugas.
buat sekalian para perayu undi,
selamat merayu.
buat sekalian para penjaga pusat pengundi,
selamat menjaga.
buat sekalian para pengundi,
selamat mengundi semuanya :)

may Allah bless.

Tuesday, December 21, 2010

YB Ahmad Maslan - Episod 2

Bismillah walhamdulillah.


Kata orang, bila bercakap, usah bercerita tentang kita semata. Dan mungkin falsafah ini wajar diperdengarkankepada sahabat2 saya yang merupakan orang2 besar dalam GPMS seperti Raafiq Zakaria, Salleh Tugimin, Hidayah Muzammil dan lain2. Seingat saya, sewaktu zaman persekolahan dulu, kami pernah meng’boo’ seorang yang kononnya ‘motivator’. Puncanya? Beliau sangatlah syok sendiri bercerita tentang itu dan ini.

YB Ahmad Maslan juga tidak ketinggalan. Semalam saya ke Sarawak ada 3 program. Tak sempat tido lama dah kena naik flight terus ke Kedah, ada majlis nak kena rasmi, habis je majlis tu, terus pecut ke Johor, habis saja ucapan malam ni, YB kena attend majlis lain lagi, pastu ada rewang pulak. Pakcik2 kt bawah, kawan2 saya, semua teruja dengar betapa sibuknye YB berkhidmat untuk masyarakat kn? Allah, klu budak2 skolah saya ad, shahih YB kne boo lagi rsanya ni. Hehe.

Menjadi seorang ahli parlimen 2 pilihan YB sendiri kn? Dengan duit gaji ber’riban’ yang YB dapat, elaun yang macam2, kabel 2 kabel ni, perlu k YB selit lagi ‘sesi betapa sibuknya YB’ dalam ucapan perasmian Himpunan Agung GPMS tu? Bercakap dengan orang kecik macam kami mmg lh akan menaikkan darjat YB di mata rakyat. Sama r bila saya cerita kat adik2 saya, malam ni saya ada meeting sampai pukul 2pagi, pastu balik bilik kene buat assignment sampai pukul 4, tido kejap, pukul 6 da kne bgon sbb ad kuliah Subuh kat luar, pukul 8 ada kelas, pukul 12 kena meeting dengan Deputy Dean pulak. Petang kene present working paper psl solidarity mahasiswa, bergegas gi Sri Gombak sebab ad janji iftar, balik 2 ad usrah lagi dan bla bla bla. Melopong r adik2 saya, YB. Sama r dgn YB jgk kn?

Apa yang nak hairan, mmg kehidupan seorang Ahli Parlimen memang macam 2 lah. Apatah lagi YB merupakan Timb Menteri. Itu adalah kerja YB – untuk rezeki anak isteri YB. Sama dgn nelayan yg pergi ke laut, petani ke sawah. Susah? Penat? Macam lah diorang x letih kn? Saya pernah ikut YB Saiful Bahari dulu, dia ADUN je. Tp, ya Rabbi, hanya Tuhan je yang tahu berapa penatnya dia. Tapi, sepanjang kembara kami, x pernah pulak ada ‘sesi betapa sibuknya saya’ mcm YB buat. Hehe.

Sebab YB mmg juara pengucapan awam, so saya nak bagi sikit tips untuk meningkatkan strategi penyampaian YB, kurangkan bercakap tentang diri sendiri, 20minit untuk satu sesi 1jam agak membazir sebenarnya, dan lebihkan berbicara tentang orang lain. Contoh, berucap di kalangan guru betapa hebatnya tugas mereka, ingatkan tentang balasan Allah yang berkekalan untuk mereka2 yang mengajari ilmu yang bermanfaat. Beritahu para peladang betapa istimewanya mereka. Tanpa mereka, apa yang rakyat nak makan? Dan bila berucap di majlis GPMS, ceritalah tentang kuasa anak muda sebagai pemilik masa depan, anak muda yang tidak dimandulkan dengan ketakutan kepada regim pemerintahan. Apalah salahnya, diingatkan tentang teras dakwah Rasulullah dulu, adalah anak2 muda. Betapa frontliner pahlwan perang baginda adalah anak muda?

Dan untuk pengetahuan YB, bukan YB seorang je MP yang syok sendiri dok bercerita betapa sibuknya dia. Ada ramai lagi. Tapi, sebab saya sayang YB, saya tegur YB dulu lah ya. Berenti lah dok habaq kat orang prog2 kita, yang bizi ni, kalau orang2 dah tahu trick 2, mmg rasa YB ni jensi nak mintak simpati and penghormatan je pulak. YB bukan mcm 2 kn? Hehe. Sila banyak memuji orang lain, berbanding diri sendiri ya?

Wallahua'lam. May Allah bless.

Sunday, December 19, 2010

YB Ahmad Maslan - EPILOG ;)

Bismillah walhamdulillah.

YB mulakan ucapan YB dgn menarik perhatian ramai supaya mengalihkan rostrum ke tengah petas. Dan ini mengingatkan saya dengan ‘kaedah pengucapan cemerlang’ yang pernah saya ikuti dulu. Cara YB mnarik audien mmg mantap, sekaligus menggamit memori saya bersama allayarham Razali Ismail, mantan Pengarah Pendidikan Terengganu merangkap bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu. Coleteh YB dgn keantian YB terhadap warna hijau sangat mengujakan sebilangan besar hadirin, dan dengan itu gap antara penyampai dan pendengar dapat YB kurangkan.

Tapi YB, bagi sekelumit kecil orang2 (termasuk saya dan saya percaya ada beberapa kerat lagi), tindakan YB agak tidak kena pada tempat. YB berucap di tempat di mana ‘anak2 muda pejuang bangsa’ berhimpun. Kalaulah fikiran mereka tidak dibataskan dengan budaya politik sempit, semestinya YB seakan2 menikam diri sendiri apabila mengaitkan GPMS dengan UMNO sekaligus mengiakan pendapat saya yang GPMS hanyalah alat kepada UMNO. Setidak2nya mana professionalism YB apabila secara terbuka menyifatkan YB benci kepada hijau putih? Di point ini, walaupun ia menarik gelak ketawa audien, bagi saya, ia jelas menunjukkan ketidak-matangan YB.

Mungkin ada secubit kebenaran seperti-mana didakwa oleh sesetengah blogger, YB masih belum cukup masak dalam arena ini. Maklumlah, dilantik secara terus ke jawatan tinggi dalam UMNO mengatasi senior2 politik UMNO yang lain. Dan menjadi ketua penerangan UMNO Pusat, bukanlah sesuatu yang ringan bukan? Sepatutnya, hadir sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah Majlis NGO, nada YB seharusnya berbeza, ini bukan program UMNO, YB , kendatipun GPMS adalah NGO naungan UMNO.

Tetapi, saya mengakui mungkin saya tercampak ke tempat yang tidak sepatutnya saya berada, bukan? Tidak mengapa YB, secara keseluruhan, saya sebagai orang awam menyukai pengucapan YB, tidak terlalu bergantung kepada teks, berkeyakinan dan jelas dalam menyampaikan. Tapi, menghakimi YB dengan sedikit kefahaman yang saya ada, tidaklah menjadikan YB sebagai orang-yang-mengisi-pengucapan sangat kan? Setakat berbicara kosong or ‘sembang sedap’ memang enak sebagai halwa kerana ia tidak meresap jauh ke hati. Jadi, optimis saya mengatakan andai YB benar2 berucap di kalangan anak muda yang ‘faham’, ucapan YB tidaklah ke mana, biasa2 sahaja. Tapi disebabkan ‘tempat’ yang YB pilih sangat tepat, ucapan YB kedengaran sangat hebat. Tahniah YB ;)

*berbicara dengan orang yang kurang pandai adalah jauh lebih mudah berbanding dengan orang yang pandai. Buktinya? Sila berucap pasal repair kereta di depan budak2 belum mumayyiz dan sila try berucap di kalangan gabungan pengusaha workshop pulak*

*insyaAllah ulasan ini akan bersambung kembali*

May Allah bless. Wallahua’lam.

Tuesday, November 2, 2010

Wahai Orang2 Besar, Wahai Orang2 Kecil !!

Bismillah walhamdulillah.

*blog ini terpaksa bercuti buat beberapa ketika bukanlah kerana final exam yg mula menjengah tiba, tetapi kerana kegagalan system wayarless laptop saya yang tidak men’detect’ iium.community*

Selawat dan salam kepada rasul Junjungan, himpunan para sahabat2 baginda, lautan pejuang2 agamaNya tidak kira di mana anda berada, saf2 kepimpinan gerakan Islam, ulama’2 sebagai petunjuk sepanjang zaman, dan para pembaca yang dimuliakan Allah sekalian.

Saya melihat kegagalan orang2 besar di sekeliling kita, termasuklah kamu, dia dan juga saya, memberikan impak negatif yang bukanlah sedikit kepada dunia keseluruhannya. Ketidak-mampuan untuk menjadi qudwah hasanah kepada anak2 buah yang kamu, dia dan saya naungi menghakis kepercayaan mereka terhadap system kepimpinan sekarang. Natijahnya, sokongan, penerimaan, rasa hormat, perhatian dll trhadap kamu, dia dan saya mula luntur. Dan, mereka mula merasakan kehidupan tanpa orang2 besar adlh jauh lebih baik.

Tahukah anda? Tanpa orang bawahan, pimpinan tidak akan wujud, without students university is just a building, tanpa rakyat apa guna kerajaan? Membuktikan, betapa orang2 kecil memiliki suara majority yg jauh lebih berkuasa drp orang2 besar. Namun, kerana stigma ‘diam itu lebih baik’. Suara yang kuat ini sekadar diam, dan bertukar kpd mood ‘mengutuk’, either bercakap dlm hati, mengumpat belakang2, ataupun menunjukkan dgn tindakan sama ada mencalarkan kereta cikgu disiplin, memecahkan tingkap bilik persatuan ataupun memangkah parti lain pada hari pengundian.

Dan kebanyakan orang2 kecil langsung tidak menghiraukan fenomena ini. Tidakkah kalian tahu, dana kepada kepimpinan siapa yang tanggung? Gaji PM adalah hasil cukai pendapatan rakyat, gaji rector datang dari yuran semester pelajar, jadi untuk apa kamu, dia dan saya selaku orang2 besar ni KEREK sangat? Tanpa mereka siapalah kamu? Tanpa mereka siapalah dia? Tanpa mereka siapalah saya? Dan atas dasar apa lagi orang2 kecil mahu boikot Annual Grand Meeting, Perhimpunan Agung, Muktamar Tahunan, Konvokesyen Kebangsaan, Pilihanraya Umum mahupun Kampus ?? Itu duit kita, duit saya, dia dan kamu. Seandainya ia jatuh ke tangan orang yang salah, digunakan utk maqasid yang salah, disebabkan kealpaan kita, tidakkah kita fikir kita akan terlepas drp penghakiman Allah?

“maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan mendapat balasannya” (al-zalzalah 7-8)

Dan wahai orang2 besar, jangan pandai cakap saja. Kamu, dia dan saya bukan selalunya betul. Berdegar2 percakapan, hanya akan mengundang bencana kepada diri seandainya tidak dititipkan sandaran kepada kepada Allah swt. Kadang2 orang besar merasakan mereka lebih pandai drp orang2 kecil walaupun di lapangan berbeza dengan bidangnya. dan orang2 kecil juga menyalahkan orang2 besar kerana tidak menjaga kebajikan mereka. dan orang2 kecil turut terlupa yang orang2 besar byk berkorban utk mereka tnpa mereka sedar.

Begitulah sebuah cerita. Tentang orang kecil dan orang besar. Indahnya perencaan Allah mencipta kisah untuk kita sertai dan hikmah untuk kita hayati disebaliknya.

May Allah bless. Wallahua’lam.

Wednesday, October 13, 2010

bahagia sangatkah menjadi pengampu?

Bismillah walhamdulillah.

*entry ini agak emo, jika anda bukanlah ibu mengandung, pesakit jantung or kanak2 bawah 13 tahun yg masih x mendapat kebenaran ibu bapa. sila teruskan membaca ;p *


Dunia ni, xp mampu kita nafi, kombinasi dgn mcm2 jenis org, dr jenis ustaz ustzah smp lh kpd jnis sgop trun berfutsal dlu drp solat asar. dan, dlm kolaborasi pelbagai jenis ini lah akan wujud satu golongan yg dipanggil, PENGAMPU. Sepertimana orang GiLa yg xtaw pun yg dia GiLa, pengampu pun xtaw yg dia bertindak sbg pengampu. Tp, insyaAllah, kalau Allah bg ilham kt org2 sekitar dia, akan jelas nmpk betapa dia mmg tukang ampu.

Sape biasanya jd tukang ampu nih? dia biasanya xd jawatan tinggi, (kalau dh ad jawatan bwt ap dia nk mengampu kn?), pandangan mcm segala bagai mnd yg ad dpan dia x btol n dia mmg rsa hanya dia lh yg perasan, faham, n layak mengubah mnd 2, dan selalunya menyibuk dlm smua mnd yg org bwt, even pd hakikatnya, mnd 2 lgsog xd kaitan dgn dia. sebab dia-lah playmaker, mastermind, thinker dll. hebat kn?

Pengampu ni akan marah klu amnd yg dia plan, xjadi kenyataan, mula lah dia merapu sorg2, bwt muka, mengungkit cerite2 lama, menipu utk dptkn skongn, n len2. dgn harapan, agenda pribadi dy trcapai. dlm pada utk mnyembunyikn identiti bhwa dia adlh pengampu tahap langit. dia akan bwt2 mesra dgn org. jupe org ni tegur, salam, bwt sengih2, n kebiasaan kes, org akn meluat dgn amnd yg dia buat. tp dia rsa, dia-lh org yg rapat dgn smua org. alahai.

best k x jd pengampu? hoho. apsal x best pulak. klu pun plan dia lgsog x jd, even mnd 2 berjaya, dia akn claim disebabkan dia-lah segalanya jd mcm 2. tp klu x jd, dia akn hilang n mula myalahkan org len. sape nk mrah dia? bkn tgjwb dia pun bwt mnd 2, dia hnyalh seorang pengampu. n dia akn cari org2 baru utk dilatih sbg budak suruhan dia, bila budak2 yg tahu perangai dia, dh mula mnjauhkn diri.

oh tukang ampu. kamu mmg sgt munafik (ciri2 munafik adlh 1.menipu 2.xamanah 3.mugkir janji). dgn rekod tgjawab kamu yg teruk, perangai sebenar kamu, kegagalan kamu mnjadi contoh kpd massa, dan lakonan kamu agar kamu dilihat yg terbaik, bahagiakah kamu?

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Surah AN-NISAA' : ayat 145

"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah MELAKNAT mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal."

Surah AT-TAUBAH : ayat 68


Wallahua'lam. May Allah bless.

Friday, July 23, 2010

Penstrukturan subsidi ???

Bismillah walhamdulillah.
Rentetan tuntutan tanggungjawab di permulaan semester ini, sedikit sebanyak mengganggu rentak tari tangan dipacu untuk memenuhi blog dengan posting2 baru. Namun, dengan tindakan tidak bertanggungjawab lucu kerajaan menyelaraskan subsidi sewaktu krisis taraf hidup semakin meningkat ini, saya menggagahkan diri untuk turut sama menyertai gerakan menyedarkan masyarakat betapa penarikan subsidi dalam hal ini, adalah sangat tidak wajar.

Program Rasionalisasi Subsidi bagi saya adalah sebuah nama yang comel baik untuk menghalalkan tindakan ini. Tunjang dasar baru ini adalah untuk memperhalusi subsidi2 yang kerajaan berikan sekaligus mengingatkan rakyat jelata supaya tidak menjadi budak manja dengan hanya sekadar menanti dihulurkan sesuap subsidi. Ironinya, memanda menyifatkan penyelarasan harga ini akan memberikan pulangan sebanyak RM750 juta sambil kita digemparkan dengan perbelanjaan RM3.8 billion oleh Jabatan Perdana Menteri seperti mana dinyatakan di Dewan Rakyat baru2 ini.


Sedikit menyakitkan hati sebenarnya, di saat Parlimen bersidang, langsung tidak kedengaran ura2 betapa harga barang akan naik lagi, dan kali ini di bawah nama penstrukturan subsidi. Pimpinan Pakatan Rakyat sebagaimana dipetik menyifatkan tindakan membelakangkan dewan yang mulia itu dilihat seolah menafikan hak rakyat secara keseluruhan bila mana wakil2 yang dipilih rakyat tidak diberi peluang untuk membincangkan mekanisme yang lebih baik, sebagai alternative selain daripada menyiksa rakyat jelata di bawah. Kenaikan ini sepertimana biasa, tidak membebani golongan atasan seperti saff Menteri, sebaliknya golongan marhaen ( 75% dari penghuni Malaysia) di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan pasti akan menerima impak yang besar.

Apapun, saya mengambil pendekatan memuji tindakan kreatif kerajaan apabila menasihati mengugut pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik’. Sekurang2nya usaha membodohkan rakyat dapat dikonsistenkan, dalam setiap agenda kerajaan.
Saya risau dengan trend seperti ini, kepercayaan rakyat kepada susuk kepimpinan kerajaan akan berkurangan. Dengan situasi politik yang semakin tidak terkawal ini, saya selaku mahasiswa prihatin mengingatkan kerajaan supaya tidak mencabar kuasa rakyat dalam hal ini. Memilih untuk menaikkan harga barangan keperluan sekaligus terus menindas golongan miskin, padahal langkah penjimatan di peringkat elit boleh dikuatkuasakan. Pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi bukannya tidak boleh ditarikbalik. Bukankah dengan itu juga kerajaan juga boleh berjimat? Mengapakah hanya kami golongan bawahan sahaja yang harus berjimat? Sedangkan kalian yang terbukti boros dengan wang kami dibiarkan hidup mewah? Tidakkah golongan atasan teringin untuk turut sama berkongsi derita rakyat bawahan dalam ini? Di mana sebenarnya kesungguhan kerajaan dalam usaha menjimatkan perbelanjaan Negara?

Secara mudah, suka saya mengingatkan betapa subsidi adalah tanggungjawab kerajaan. Di samping kekayaan Negara yang pernah diiktiraf sebagai semenanjung emas suatu ketika dahulu, ditambah dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berterusan percaya betapa tidak wujud sebarang kepincangan dalam pengurusan dana Negara. Saya secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan alasan rakyat Malaysia tidak sedar diuntung terhadap kenaikan harga barang @ penyelarasan subsidi ini. Gula dinaikkan harganya kerana rakyat bermewah dengan gula yang melimpah ruah sekaligus menjadi factor kencing manis di kalangan rakyat? Oh Tuhan Ya Allah, beginilah tahap pemikiran pimpinan negaraku?


Sesungguhnya, " Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (al-Hasyr ; 77).Jelas, dalam firman ini, Allah mengingatkan rezeki Allah itu MESTI diperuntukkan untuk semua. Bukankah lebih baik, apabila nikmat Allah itu dikongsi padahal kitalah khalifah di muka bumi??

May Allah bless. Wallaua’lam.

Friday, July 2, 2010

pinachio di zaman saya

Bismillah walhamdulillah


Sebagai pemerhati tidak bertauliah bebas, merangkap rakyat menolak bertaqlid buta dgn pemimpin prihatin, saya risau dengan perkembangan keputusan2 kerajaan dewasa ini. Tidak berpendirian, mudah berubah arah, bongok dan tergesa2. Dengan penguasaan media yang tidak terkalahkan, medium pembodohan penyampaian maklumat kepada rakyat, khasnya kepada masyarakat luar bandar ditipu dinafikan kebenaran.


First issue is whether the defence is available, Judi Bola. Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, (tidak perlu susah2 fikir camna nk baling balik bom asap 2 lagi ;p) namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kesengalan kebijaksanaan kerajaan dalam ‘isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali’. Hari ini, kerajaan umpama menjadi hero bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea untuk mengeluarkan lesen judi itu bukankah daripada kerajaan? Pada masa yang sama, ia tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Memanda Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan tahap dewa yang tiada galang ganti. Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir banyak2 terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan awal dalam isu judi sukan ini?? Dan kini, ia ditarikbalik, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??


Keduanya, GST (Goods Services Tax). Bergema di lembaran akhbar, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan. Ditambah dengan pendapat pakar tipu rakyat, GST diperlukan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Habis siapa yang fikir tentang beban kewangan rakyat? MP Pakatan Rakyat bingkas memainkan isu ini, dalam akhbar arus perdana ceramah2, tazkirah, dan media Pakatan. Berbulan2 blogger menghentam kerajaan dalam tradisi pembebanan rakyat. Dan selepas tidak tahan dimaki tidak semena2, Memanda Menteri dengan bangganya mengumumkan kerajaan tidak akan melaksanakan GST kerana kerajaan prihatin kepada rakyat. Dan, kain rentang diangkat merata2 di kampung2, ‘terima kasih kerajaan barisan nasional’. Untuk apa berterima kasih? Bukankah, mereka pada mulanya cuba menganiaya kita, tetapi dibatalkan disebabkan ketakutan kepada ‘kuasa rakyat’?? Ketirisan yang menjadi2, mengakibatkan kerajaan tidak khusyuk menonton WorldCup lena tidur memikirkan apa lagi harus dilakukan untuk menambah kantung poket kerajaan. Lahirlah idea judi halal, projek istana, parlimen dan lain2. Dan kini, ia dibatalkan, kita perlu berterimakasihkah atas apa yang mereka mulakan??


Ketiga, TOL. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib kroni rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan? Saat saya mula mengenal sepak terajang politik, Terengganu (itupun diperkenalkan semasa zaman PAS) adalah negeri pertama yang menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud. Konsensi tol yang dimiliki syarikat swasta dilihat menimbulkan kesengsaraan kerumitan kepada rakyat. Bukankah menyediakan jalan pengangkutan menjadi tanggungjawab kerajaan? Awal tahun ini, secara kasarnya rakyat membayar Malaysia 1.3 billion untuk tol. Betul. Saya bersetuju, tol dibayar untuk maintenance. Tapi persoalannya, tidakkah diperuntukkan dalam belanjawan kos untuk memulihara jalan2. Kalaupun tidak ada (yang bermakna kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat) , sampai bila harus kami membayar tol? Memanglah orang seperti tuan2 tidak merasakan ia sebagai beban kerana ada elaun duit tol hasil keringat rakyat tertindas. Tapi bagaimana dengan orang2 kampung seperti saya?? Dan kini, ia dibatalkan, apakah kita perlu berterimakasih atas apa yang mereka mulakan??


Keempat, Kampung Baru. Saya menunggu seorang sahabat memberikan penjelasan tapi dia mungkin dihimpit waktu ketika ini. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). Dan lagi, perlukah kita berterima kasih?


Kelima, Harga Minyak. Masih terngiang di ambang mata, saya beratur bersama ratusan kenderaan lain mengisi minyak pada malam terakhir surprise dari kerajaan tersayang. Masih diimbau, pengalaman peribadi ditahan di Guantanamao, risalah GERAMM (Gerakan Rakyat Anti-Manipulasi Minyak) dirampas pak guard KLCC atas alasan member kefahamamenghasut. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak).


Perhatikan situasi2 di atas sebaiknya (banyak lagi sebenarnya seperti JI, ulama’ UMNO, saman Suara Keadilan isu Felda, Istana Negara dll.) Bukankah kerajaan ingin menampilkan imej yang baik kepada umum? Padahal mereka lah yang memulakan agenda tidak baik itu? Inilah yang dinamakan perang persepsi. Demokrasi dalam politik bukanlah siapa yang paling BAIK akan menang. Sebaliknya, siapa yang paling DILIHAT BAIKlah yang akan menang. Pokoknya ialah, kerajaan bertindak ‘kerap berubah pendirian’ supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan merekalah petualang sebenar. Dan jawapan kepada semua persoalan isu saya adalah, TERIMA KASIH KERAJAAN kerana membodohkan menipu kami memang malas berfikir. Wahai generasiku, jadilah Daly ahli fikir.


May Allah bless. Wallahua’lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...