insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, July 23, 2010

Penstrukturan subsidi ???

Bismillah walhamdulillah.
Rentetan tuntutan tanggungjawab di permulaan semester ini, sedikit sebanyak mengganggu rentak tari tangan dipacu untuk memenuhi blog dengan posting2 baru. Namun, dengan tindakan tidak bertanggungjawab lucu kerajaan menyelaraskan subsidi sewaktu krisis taraf hidup semakin meningkat ini, saya menggagahkan diri untuk turut sama menyertai gerakan menyedarkan masyarakat betapa penarikan subsidi dalam hal ini, adalah sangat tidak wajar.

Program Rasionalisasi Subsidi bagi saya adalah sebuah nama yang comel baik untuk menghalalkan tindakan ini. Tunjang dasar baru ini adalah untuk memperhalusi subsidi2 yang kerajaan berikan sekaligus mengingatkan rakyat jelata supaya tidak menjadi budak manja dengan hanya sekadar menanti dihulurkan sesuap subsidi. Ironinya, memanda menyifatkan penyelarasan harga ini akan memberikan pulangan sebanyak RM750 juta sambil kita digemparkan dengan perbelanjaan RM3.8 billion oleh Jabatan Perdana Menteri seperti mana dinyatakan di Dewan Rakyat baru2 ini.


Sedikit menyakitkan hati sebenarnya, di saat Parlimen bersidang, langsung tidak kedengaran ura2 betapa harga barang akan naik lagi, dan kali ini di bawah nama penstrukturan subsidi. Pimpinan Pakatan Rakyat sebagaimana dipetik menyifatkan tindakan membelakangkan dewan yang mulia itu dilihat seolah menafikan hak rakyat secara keseluruhan bila mana wakil2 yang dipilih rakyat tidak diberi peluang untuk membincangkan mekanisme yang lebih baik, sebagai alternative selain daripada menyiksa rakyat jelata di bawah. Kenaikan ini sepertimana biasa, tidak membebani golongan atasan seperti saff Menteri, sebaliknya golongan marhaen ( 75% dari penghuni Malaysia) di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan pasti akan menerima impak yang besar.

Apapun, saya mengambil pendekatan memuji tindakan kreatif kerajaan apabila menasihati mengugut pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik’. Sekurang2nya usaha membodohkan rakyat dapat dikonsistenkan, dalam setiap agenda kerajaan.
Saya risau dengan trend seperti ini, kepercayaan rakyat kepada susuk kepimpinan kerajaan akan berkurangan. Dengan situasi politik yang semakin tidak terkawal ini, saya selaku mahasiswa prihatin mengingatkan kerajaan supaya tidak mencabar kuasa rakyat dalam hal ini. Memilih untuk menaikkan harga barangan keperluan sekaligus terus menindas golongan miskin, padahal langkah penjimatan di peringkat elit boleh dikuatkuasakan. Pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi bukannya tidak boleh ditarikbalik. Bukankah dengan itu juga kerajaan juga boleh berjimat? Mengapakah hanya kami golongan bawahan sahaja yang harus berjimat? Sedangkan kalian yang terbukti boros dengan wang kami dibiarkan hidup mewah? Tidakkah golongan atasan teringin untuk turut sama berkongsi derita rakyat bawahan dalam ini? Di mana sebenarnya kesungguhan kerajaan dalam usaha menjimatkan perbelanjaan Negara?

Secara mudah, suka saya mengingatkan betapa subsidi adalah tanggungjawab kerajaan. Di samping kekayaan Negara yang pernah diiktiraf sebagai semenanjung emas suatu ketika dahulu, ditambah dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berterusan percaya betapa tidak wujud sebarang kepincangan dalam pengurusan dana Negara. Saya secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan alasan rakyat Malaysia tidak sedar diuntung terhadap kenaikan harga barang @ penyelarasan subsidi ini. Gula dinaikkan harganya kerana rakyat bermewah dengan gula yang melimpah ruah sekaligus menjadi factor kencing manis di kalangan rakyat? Oh Tuhan Ya Allah, beginilah tahap pemikiran pimpinan negaraku?


Sesungguhnya, " Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (al-Hasyr ; 77).Jelas, dalam firman ini, Allah mengingatkan rezeki Allah itu MESTI diperuntukkan untuk semua. Bukankah lebih baik, apabila nikmat Allah itu dikongsi padahal kitalah khalifah di muka bumi??

May Allah bless. Wallaua’lam.

1 comment:

Daniel said...

may allah bless as well

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...