insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Showing posts with label Stop Couple. Lets Married.. Show all posts
Showing posts with label Stop Couple. Lets Married.. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Teacher + Ustazah = Rusukkiri.


rusukkiri dan anak kami murid beliau

Bismillah walhamdulillah.

Dah hampir sebulan rasanya, rusukkiri dah jadi ‘teacher’ dan ‘ustazah’ dekat tadika tu. Ini sekaligus bermakna dah hampir sebulan jugaklah aku berjaya untuk tidak tidur selepas Subuh. Wahhh! Ini satu pencapaian yang wajar dibanggakan.  Nampaknya idea mak untuk benarkan aku kawin ni mendatangkan hasil jugak lah.  Mahunya tak, dalam zaman se-ekstrem PLKN pun kadang2 selalu curi2 tidur jugak time dok bukak telinga dengar kuliah subuh ustaz KAGAT. Siap boleh buat2 sakit lagi kalau moral teruk sangat. Sekarang? Siapa pulak yang ber-murah hati sangat nak gi panjat bukit hantar bini aku kalau aku me-malas-kan diri lagi. Siapa yang tecabut nat mana2 dalam kepala nak redah sejuk pagi2 sampai tangan nak pulas minyak pun menggeletar? Tapi, aku sanggup beb! ^_^ nak buat camane, sape tak sayang bini, bro?


Alhamdulillah. Dah sebulan dah.  

Sebulan yang panjang untuk melampiaskan kemarahan kepada kereta2 yang tak reti2 bagi laluan kat pendidik anak bangsa kat belakang ni kejar assembly pukul 7.15 dia.
Sebulan yang panjang untuk dating berdua tepi tasik sambil bukak nasik bungkus makan lunch sampai rasanya  pekerja pembersihan kontrak tu dah boleh cam muka.
Sebulan yang panjang untuk dengar cerite rusukkiri, cerita pasal Didi tolong pujuk kalau budak merajuk, Izzati yang nangis kalau salah susun kerusi tak ikut colour, dan macam2 lagi.
Sebulan yang panjang untuk hadap rusukkiri membebel sebab tak pakai helmet sekali dengan tali, sampai pernah tersangkut janggut masa ketatkan tali, menitik sedikit air mata membasahi pipi.
Sebulan yang panjang untuk aku bising2 kalau rusukkiri x pegang pinggang sebab kadang2 lampu isyarat merah itu tidak bermaksud anda wajib berhenti dan pegangan pinggang boleh dileraikan.

Sebulan yang panjang, dengan macam2 cerita. Sebulan yang panjang, untuk dewasakan rumahtangga kami berdua. Sebulan yang serba kekurangan tapi penuh bergaya.

Hebat betul tugas pendidik. Kalau ada mana2 orang claim dia minat kat budak2, mohon jangan sembang lebat sangat selagi x jadi cikgu tadika jaga segerombolan budak 4 tahun. Dia punya peel perangai daripada kena cebokkan pakaikan seluar balik lepas gi toilet sampai lah kepada adegan tikam mata member dengan pensel kes x puas hati. Haa, ada yang berani nak masuk port?
Setakat tengok budak kecik kiut sambil tangan buat2 nak angkat konon2 aku-lah bakal ibu terbaik, letak gambar dukung-peluk-kiss baby dalam FB dan dapat 100 like, sila berhenti berbuat demikian seandainya anda terus mencari ibu baby tersebut apabila beliau menangis dengan alasan manusia kecil tersebut lapar dan susu ibu adalah penawar terbaik. Mohon sangat2 okay? Tak baik buat orang luga.

kelas kraf katanya. tang mana kraf pun aku keliru lagi. 

Dan buat para pendidik peringkat awal manusia di seantero hemisfera dunia, tak kira lah PASTI, TASKI, Tadika, Taska, Pra-sekolah dll, anda2 sekalian adalah hero Avenger dunia. Tugas mentarbiyyah budak di peringkat umur seperti ini adalah umpama meletakkan batu asas pada sebuah bangunan. Yang mana sekiranya tidak kukuh binaan awalnya, nescaya pincanglah menaranya, rosaklah proses tumbesarannya. Buat para pendidik di seluruh dunia, tahniah, kerana anda sekalian secara langsung termasuk dalam antara amalan2 yang menyebabkan aliran pahala terus mengalir walaupun anda sekalian mata. Kepada anda, dan teristimewa (obviouslah kan?) buat rusukkiri, berbangga-lah dengan profession ini. Mohon ikhlas melaksanakan tanggungjawab, dan selamat me-wujud-kan khalifah2 hebat untuk muka bumi Allah swt ini. Sila buat aliran pahala anda tidak putus2. 

Mohon Allah redha banyak2 ^_^

Thursday, April 5, 2012

Ke Arah Suami Super Saiya.


Bismillah walhamdulillah.

Pergh! Hidayah Allah datang lagi. Hehehe. Jarang benar saya dapat menulis sekarang. Sebabnya? Saya boleh reka beribu alasan, tapi sejujurnya, saya MALAS. Malas nak fikir topik2 untuk menulis, malas nak construct idea betul2, malas nak menulis. Saya rasa saya sangat sibuk. Sibuk tanpa buat apa2. -_-"

Hidup sebagai suami, untuk sebuah perkahwinan berusia 2bulan nak masuk 3bulan ni banyak bagi pengajaran kat saya. Dulu kalau cuti kejap je, memang kena empang air mata tengok budak2 batch balik rumah, sekarang cuti hujung minggu pun saya boleh terbang balik Ipoh. Dulu kalau stress lepas habis exam kena balik tidur, sekarang dah reti bawak rusukkiri merempit ke mana2. ^_^

Lelaki yang dah berkahwin, akan secara automatik akan dipanggil suami. Secara fitrah, suami akan dilihat sebagai 'power' sebab boleh perintah bini dia macam2. Boleh suruh buatkan sirap, boleh suruh beruskan gigi, boleh suruh suapkan choki2. Tapi, bukan semua lelaki yang dah jadi suami, menggunakan 'power' yang dia ada, dengan sebaik2nya.

Ayuh letakkan kelemahan isteri di pinggir laptop. Itu sangat-lah soal lain. Menjadi suami yang baik, syurga balasannya, Allah pemberinya. Bukan sekadar mengharapkan balasan daripada manusia semata. Suami, jawatan lantikan Allah, dan semestinya Allah-lah yang bertanggungjawab memberi ganjarannya. Tetapi, sangat ramai para suami terlupa, termasuk saya jugak -___-" astaghfirullah.

Suami terlalu memikirkan tentang tanggungjawab untuk mengubah. Bimbang peringatan Allah tentang 'kemungkinan' isteri mengheretnya ke neraka rentetan kegagalan men-tarbiyyah seorang isteri. Padahal, tumpuan untuk mendidik diri sepatutnya lebih didahulukan, supaya bebanan menuntun isteri sepanjang perjalanan akan menjadi lebih mudah. Bagaimana hebat seorang suami itu, andai dirinya tidak terdorong untuk mendidik diri, bagaimana mungkin dia mampu untuk mendidik isteri? #kenatepatdiataskepala

Kepada sekalian para suami2, dan bakal2 suami. Jom pasak niat sungguh2. Semoga dengan menjadi seorang suami yang baik ni, akan jadi 'lesen-besar' untuk kita senang2 masuk syurga nanti.sambil lepak2 goyang kaki, dengan isteri2 kita, termasuk rusukkiri saya. waaaaaaaaaaa, sungguh ohsem sekali ^_^

Semoga Allah memperkenankan :)

Saturday, March 3, 2012

saya dah kahwin. alhamdulillah :)


*ramai orang share gambar ni kan? maknanya, natural tu memang terbaik*

Bismillah walhamdulillah.

segala puji bagi Allah swt.
akhirnya diberikan ruang untuk melengkapkan ruang hati.
setelah pemilihan sekian lama, mencari si rusuk kiri.
agar kekal bersama, menjadi penguat di samping diri.

segala puji bagi Allah swt.
ketika 'menyerah' hadir bertandang.
rentetan ujian silih-berterusan datang.
terselit harapan, bukti kasih sayang.

segala puji bagi Allah swt.
melakarkan takdir, sempurna seindah cerita.
tatkala gugusan ujian datang menerpa.
percayalah pada-Ku, ia sementara cuma.

segala puji bagi Allah swt.
di ambang pernikahan, tekad ini tidak pernah goyah.
hati menangis hiba, saat akad dilafaz mudah.
bukti Allah selalu bersama, walau hidup sehabis payah.

segala puji bagi Allah swt.
secara 'official' menjadi suami.
kepada rusuk kiri, yang sangat dikasihi.
semoga di sini, engkaulah suri, di sana nanti, engkaulah bidadari.

segala puji bagi Allah swt.
dihamparkan peluang untuk mengisi separuh agama.
sebagai kubu tegah maksiat, lembah tambah pahala.
dan menikmati indahnya anugerah Tuhan kepada manusia.
sebuah nikmat, namanya C I N T A ^_^

*terima kasih Allah*

p/s : jari macam dah kene 'freeze'. lama sangat tak menaip panjang agaknya. -_- "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...