insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, March 3, 2012

saya dah kahwin. alhamdulillah :)


*ramai orang share gambar ni kan? maknanya, natural tu memang terbaik*

Bismillah walhamdulillah.

segala puji bagi Allah swt.
akhirnya diberikan ruang untuk melengkapkan ruang hati.
setelah pemilihan sekian lama, mencari si rusuk kiri.
agar kekal bersama, menjadi penguat di samping diri.

segala puji bagi Allah swt.
ketika 'menyerah' hadir bertandang.
rentetan ujian silih-berterusan datang.
terselit harapan, bukti kasih sayang.

segala puji bagi Allah swt.
melakarkan takdir, sempurna seindah cerita.
tatkala gugusan ujian datang menerpa.
percayalah pada-Ku, ia sementara cuma.

segala puji bagi Allah swt.
di ambang pernikahan, tekad ini tidak pernah goyah.
hati menangis hiba, saat akad dilafaz mudah.
bukti Allah selalu bersama, walau hidup sehabis payah.

segala puji bagi Allah swt.
secara 'official' menjadi suami.
kepada rusuk kiri, yang sangat dikasihi.
semoga di sini, engkaulah suri, di sana nanti, engkaulah bidadari.

segala puji bagi Allah swt.
dihamparkan peluang untuk mengisi separuh agama.
sebagai kubu tegah maksiat, lembah tambah pahala.
dan menikmati indahnya anugerah Tuhan kepada manusia.
sebuah nikmat, namanya C I N T A ^_^

*terima kasih Allah*

p/s : jari macam dah kene 'freeze'. lama sangat tak menaip panjang agaknya. -_- "

9 comments:

Safawati Safwan said...

barakallahulakuma.. marile singgah teratak kami lagi, makan2..:D

daniel yusof said...

Untung lah :')

rara aziz said...

congratulation on your wedding. we're same age, so impressing you could bring it to the reality of what Allah love. btw, send my regard to your pretty wife:)

macam mana nak yakinkan parent supaya kasi kawin awal? hikhik.

:) semoga berkekalan :)

incek.loyer said...

@safa. malu lah. kang kitorang makan banyak2 pulak. hehehe.

@daniel. untunglah aku dapat kawan member power macam ko.

@rara aziz. alhamdulillah. TQ. how eh? em. b4 yakinkn parent, better yakinkn diri sendiri dulu. then, show your parents, that awak dah betul2 bersedia. semoga Allah mempermudahkan :)

Anonymous said...

mabruk! smg sntiasa ditunjukkan jlnnya buat baitul muslim antum

~dari shbt seperjuangan yg blum prnh dikenali di maya.

Sha-na.Szied said...

assalamualaikum, sudah lama saya mencari empunya gmbar diatas.. mabruk ya Akhi.. serius ke gmbar pertama dan kedua tu.. mmg korang? terbaiklah ,. :) ex-kisas yer?

incek.loyer said...

@anony April 14, 2012 8:29 PM
alhamdulillah. jazakallah shbt. semoga sama2 thabat dlm jalan juang yg pangjang ni ^_^

@sha-na
alaikissalam. dh lama cari eh? -_-"
alhamdulillah. jazakallah. ish? xkan lah sy nk amik gambar org pastu buat entry kn? aigooooo.

kisas? xdlh. sy skolh biasa2 je. kisas sekolah power.

Suhaili said...

aww~ so sweet ^^ . http://themustachestory.blogspot.com/

afifahdaim said...

barakallahulakuma :) wahh tak sangka gambar yang comel tu kepunyaan korang.punya lah banyak kali jumpa gambar tu kat memana sebab ramai orang share,tapi tak tahu siapa punya.isteri anda cantik.kimsalam nanti.korang umur bpe?muka macam budak baru habis sekolah je.bytheway tahniah.semoga cinta sampai syurga aamin ^^

p/s~err anda ada terlibat dengan madrasah akhlak dekat channel al-hijrah ke?kalau tak silap saya lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...