rusukkiri dan anak |
Bismillah walhamdulillah.
Dah hampir sebulan rasanya, rusukkiri dah jadi ‘teacher’ dan ‘ustazah’ dekat tadika tu. Ini sekaligus bermakna dah hampir sebulan jugaklah aku berjaya untuk tidak tidur selepas Subuh. Wahhh! Ini satu pencapaian yang wajar dibanggakan. Nampaknya idea mak untuk benarkan aku kawin ni mendatangkan hasil jugak lah. Mahunya tak, dalam zaman se-ekstrem PLKN pun
Alhamdulillah. Dah sebulan dah.
Sebulan yang panjang untuk melampiaskan kemarahan kepada kereta2 yang tak reti2 bagi laluan kat pendidik anak bangsa kat belakang ni kejar assembly pukul 7.15 dia.
Sebulan yang panjang untuk dating berdua tepi tasik sambil bukak nasik bungkus makan lunch sampai rasanya pekerja pembersihan kontrak tu dah boleh cam muka.
Sebulan yang panjang untuk dengar cerite rusukkiri, cerita pasal Didi tolong pujuk kalau budak merajuk, Izzati yang nangis kalau salah susun kerusi tak ikut colour, dan macam2 lagi.
Sebulan yang panjang untuk hadap rusukkiri membebel sebab tak pakai helmet sekali dengan tali, sampai pernah tersangkut janggut masa ketatkan tali, menitik sedikit air mata membasahi pipi.
Sebulan yang panjang untuk aku bising2 kalau rusukkiri x pegang pinggang sebab kadang2 lampu isyarat merah itu tidak bermaksud anda wajib berhenti dan pegangan pinggang boleh dileraikan.
Sebulan yang panjang, dengan macam2 cerita. Sebulan yang panjang, untuk dewasakan rumahtangga kami berdua. Sebulan yang serba kekurangan tapi penuh bergaya.
Hebat betul tugas pendidik. Kalau ada mana2 orang claim dia minat kat budak2, mohon jangan sembang lebat sangat selagi x jadi cikgu tadika jaga segerombolan budak 4 tahun. Dia punya peel perangai daripada kena
kelas kraf katanya. tang mana kraf pun aku keliru lagi. |
Dan buat para pendidik peringkat awal manusia di seantero
hemisfera dunia, tak kira lah PASTI, TASKI, Tadika, Taska, Pra-sekolah dll,
anda2 sekalian adalah hero Avenger dunia. Tugas mentarbiyyah budak di peringkat umur
seperti ini adalah umpama meletakkan batu asas pada sebuah bangunan. Yang mana
sekiranya tidak kukuh binaan awalnya, nescaya pincanglah menaranya, rosaklah
proses tumbesarannya. Buat para pendidik di seluruh dunia, tahniah, kerana anda
sekalian secara langsung termasuk dalam antara amalan2 yang menyebabkan aliran
pahala terus mengalir walaupun anda sekalian mata. Kepada anda, dan teristimewa
(obviouslah kan?) buat rusukkiri, berbangga-lah dengan profession ini. Mohon
ikhlas melaksanakan tanggungjawab, dan selamat me-wujud-kan khalifah2 hebat
untuk muka bumi Allah swt ini. Sila buat aliran pahala anda tidak putus2.
Mohon Allah redha banyak2 ^_^
1 comment:
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ
Post a Comment