insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, December 21, 2010

YB Ahmad Maslan - Episod 2

Bismillah walhamdulillah.


Kata orang, bila bercakap, usah bercerita tentang kita semata. Dan mungkin falsafah ini wajar diperdengarkankepada sahabat2 saya yang merupakan orang2 besar dalam GPMS seperti Raafiq Zakaria, Salleh Tugimin, Hidayah Muzammil dan lain2. Seingat saya, sewaktu zaman persekolahan dulu, kami pernah meng’boo’ seorang yang kononnya ‘motivator’. Puncanya? Beliau sangatlah syok sendiri bercerita tentang itu dan ini.

YB Ahmad Maslan juga tidak ketinggalan. Semalam saya ke Sarawak ada 3 program. Tak sempat tido lama dah kena naik flight terus ke Kedah, ada majlis nak kena rasmi, habis je majlis tu, terus pecut ke Johor, habis saja ucapan malam ni, YB kena attend majlis lain lagi, pastu ada rewang pulak. Pakcik2 kt bawah, kawan2 saya, semua teruja dengar betapa sibuknye YB berkhidmat untuk masyarakat kn? Allah, klu budak2 skolah saya ad, shahih YB kne boo lagi rsanya ni. Hehe.

Menjadi seorang ahli parlimen 2 pilihan YB sendiri kn? Dengan duit gaji ber’riban’ yang YB dapat, elaun yang macam2, kabel 2 kabel ni, perlu k YB selit lagi ‘sesi betapa sibuknya YB’ dalam ucapan perasmian Himpunan Agung GPMS tu? Bercakap dengan orang kecik macam kami mmg lh akan menaikkan darjat YB di mata rakyat. Sama r bila saya cerita kat adik2 saya, malam ni saya ada meeting sampai pukul 2pagi, pastu balik bilik kene buat assignment sampai pukul 4, tido kejap, pukul 6 da kne bgon sbb ad kuliah Subuh kat luar, pukul 8 ada kelas, pukul 12 kena meeting dengan Deputy Dean pulak. Petang kene present working paper psl solidarity mahasiswa, bergegas gi Sri Gombak sebab ad janji iftar, balik 2 ad usrah lagi dan bla bla bla. Melopong r adik2 saya, YB. Sama r dgn YB jgk kn?

Apa yang nak hairan, mmg kehidupan seorang Ahli Parlimen memang macam 2 lah. Apatah lagi YB merupakan Timb Menteri. Itu adalah kerja YB – untuk rezeki anak isteri YB. Sama dgn nelayan yg pergi ke laut, petani ke sawah. Susah? Penat? Macam lah diorang x letih kn? Saya pernah ikut YB Saiful Bahari dulu, dia ADUN je. Tp, ya Rabbi, hanya Tuhan je yang tahu berapa penatnya dia. Tapi, sepanjang kembara kami, x pernah pulak ada ‘sesi betapa sibuknya saya’ mcm YB buat. Hehe.

Sebab YB mmg juara pengucapan awam, so saya nak bagi sikit tips untuk meningkatkan strategi penyampaian YB, kurangkan bercakap tentang diri sendiri, 20minit untuk satu sesi 1jam agak membazir sebenarnya, dan lebihkan berbicara tentang orang lain. Contoh, berucap di kalangan guru betapa hebatnya tugas mereka, ingatkan tentang balasan Allah yang berkekalan untuk mereka2 yang mengajari ilmu yang bermanfaat. Beritahu para peladang betapa istimewanya mereka. Tanpa mereka, apa yang rakyat nak makan? Dan bila berucap di majlis GPMS, ceritalah tentang kuasa anak muda sebagai pemilik masa depan, anak muda yang tidak dimandulkan dengan ketakutan kepada regim pemerintahan. Apalah salahnya, diingatkan tentang teras dakwah Rasulullah dulu, adalah anak2 muda. Betapa frontliner pahlwan perang baginda adalah anak muda?

Dan untuk pengetahuan YB, bukan YB seorang je MP yang syok sendiri dok bercerita betapa sibuknya dia. Ada ramai lagi. Tapi, sebab saya sayang YB, saya tegur YB dulu lah ya. Berenti lah dok habaq kat orang prog2 kita, yang bizi ni, kalau orang2 dah tahu trick 2, mmg rasa YB ni jensi nak mintak simpati and penghormatan je pulak. YB bukan mcm 2 kn? Hehe. Sila banyak memuji orang lain, berbanding diri sendiri ya?

Wallahua'lam. May Allah bless.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...