insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Thursday, December 23, 2010

YB Ahmad Maslan - Episod 3

Bismillah walhamdulillah.


Dalam ucapan penuh kekuatan YB Ahmad Maslan, ada juga peringatan beliau tentang ‘tugas khas’ GPMS terhadap kerajaan. Apa yang membezakan GPMS terhadap kerajaan adalah ‘dana’ mereka datang daripada kerajaan. Saya pernah menganggotai MAMPAT suatu ketika dulu, yaRabbi, mencari dana untuk bergerak sangat melelahkan. Mintak sponsorship dengan syarikat ni, call orang2 besar, letak tabung dekat pasaraya, buat gerakan ke restoran2. Susah yang tidak diterjemah. Tapi GPMS, melangkaui fasa itu. YB Ahmad Maslan, dengan disambut sorak sorai, dan laungan ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Jais’, mengumumkan Biro Tatanegara, di bawah kendaliannya akan menyediakan perkhidmatan percuma seandainya GPMS memerlukan khidmat mereka. Bukan itu sahaja, YB juga akan menyokong surat tambahan peruntukan kepada PM YAB Najib Razak. Bukankah itu sesuatu yang mengujakan bagi sebuah NGO ? ;)

Untuk mendapat pandangan yang berbeza, saya pernah berbual dengan seorang perwakilan daripada Pahang. Saya utarakan pendapat betapa ‘kemurahan hati’ kerajaan memberikan peruntukan kepada GPMS adalah tidak adil kepada NGO-NGO lain. Beliau tidak bersetuju dengan itu, “GPMS layak dapat semua 2 sebab GPMS sokong kerajaan.”Saya meneruskan provokasi, ”Bagaimana pula dengan NGO2 yang lain yang tidak berpendirian, neutral dan bebas?” Beliau tidak menjawab, mungkin tidak tahu, namun berkata, “GPMS banyak jasa kepada kerajaan BN kerana GPMS sendiri adalah tempat di mana pimpinan pelapis dilahirkan.”

Mahu sahaja saya tergelak di situ sebenarnya, namun menghormatinya lebih afdhal ketika itu, saya meraikan pandangannya hasil usaha berterusan kerajaan dalam agenda mengelakkan rakyat ‘tahu’ dan ‘faham’. Alahai Pakcik ~ adalah sangat tidak adil bagi NGO lain, kerana kerajaan ‘menyalahgunakan’ wang para pembayar cukai yang bukan semuanya ahli GPMS. So YB, anda dilihat tidak telus dalam point ini. Dan lagi, YB sepatutnya menjadi Timb Menteri, dengan peranan menyelia Biro Tatanegara, kepada RAKYAT MALAYSIA secara keseluruhan bukan ahli GPMS semata. Jaga2 YB, mengkhianati amanah adalah tanda orang munafiq.

Apa yang menyebabkan GPMS begitu istimewa di mata kerajaan? Persoalan ini dijawab dalam ‘list tugasan yang YB hurai panjang lebar seusai sahaja mengumumkan dana bantuan. YB minta ahli GPMS berusaha keras mendaftarkan pengundi2 baru. Kalaulah YB hanya setakat berhenti di sini, untuk ayat ini, nescaya YB akan mendapat tepukan paling gemuruh dari saya. Namun, YB menyambung ini “demi memastikan kelangsungan pemerintahan kita”, saya terus mengutuk YB diam2 dlm hati. Haha ;) Pemerintahan kita adalah merujuk kepada kerajaan BN kn? Apa kene mengena GPMS dengan kerajaan BN YB-ku syg? Saya tidak akan menulis sepanjang ini dalam wadah blog sekiranya majlis yang saya hadiri itu adalah Liqa’ Mawaddah Pemuda UMNO. Di mana letaknya Pemuda UMNO di mata YB? Bukankah tugas menambahkan penyokong BN adalah tugas para pemuda UMNO? Mengapa GPMS yang mendapat pengiktirafan itu? Jawabnya satu, kerana GPMS adalah UMNO bukan? Maka YB, wujudkanlah UMNO cawangan GPMS selepas ini ya?

Dan, saya yakin kepada sahabat2 seperjuangan saya, Raafiq, Awai, Salleh, Nana, and Dada mengerti akan hal ini, dan insyaAllah,saya percaya mereka akan cuba membersihkan GPMS daripada kotoran UMNO sebaiknya. Tapi YB mesti haling diorang kan? Haha. Serius izzatghazali cakap, GPMS akan lebih maju tanpa kongkongan UMNO. NGO yang bebas berpendirian adalah yang terbaik bukan? ;)

*insyaAllah akan bersambung lagi*

May Allah bless. Wallahua’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...