insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Sunday, December 5, 2010

Adakah Korang Cakna?

Bismillah walhamdulillah.



Sahabat2 sekalian, fakta betapa 650ribu tong sehari dikeluarkan dari perut bumi Malaysia dengan penggunaan sekitar 400ribu tong mengesahkan kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion2 dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS.

hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi.

Di mana perginya wang 13bilion sewaktu harga minyak dinaikkan 30sen sebelum ini? katanya nak mempertingkatkan pengangkutan awam. Tak nampak pun pembaharuan pun? Rapid KL, Metro Bus still lagi ntah-apa2-ntah. Kat Parlimen, menteri jawab wang itu hanyut bersama harga minyak yang melambung. Mana boleh ! Duit 13bilion itu sepatutnya sudah diasingkan !!!

kalian merampas kebahagiaan kami. Masa ibu bapa yang terluang untuk anak-anak terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat. Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? ya, kerana masa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. Jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

kita semua tahu, harga minyak adalah kunci bagi semua harga barang kerana ia terlibat secara langsung dengan faktor logistik. Orang2 besar macam kalian, memang lah tak rasa macam kami rasa. Korang ada elaun mcm2.

ayuh anak2 muda, sahabat2 saya, jadikan zaman kita adalah zaman yang menumbangkan tindakan zalim ini. Jalankan peranan masing-masing. kita bukan mahu nama, kita mahu bersama untuk menghadapi kehidupan yang lebih selesa. Rakyat Malaysia wajar dilayan dengan lebih baik oleh kerajaan dan selaku rakyat celik, kita harus mengajar kerajaan tentang bagaimana kepuasan itu harus dipenuhi dan mampu dipenuhi !

demi masa depan Malaysia tercinta, kita wajar melakukan sesuatu di zaman kita. Jangan biarkan penindasan sebegini berlaku dalam hidup kita lagi dan generasi selepas kita. Harga kehidupan ini tidak harus dibayar untuk kesenangan orang lain!

*hehe. sorylh. ayat-skema-tahap-langit. aku just nk korang aware betapa hak kita dinodai. n amnd peranan kita selaku anak muda*

apsal nk sibuk2? sbb ada Pemilik Segala Kerajaan akan persoal kita amnd kita buat msa kita muda .. v(^_^)v

May Allah bless. Wallahua'lam.

3 comments:

Ana Akhukum Fil Islam said...

hmm, bagus kalu semua mahsiswa/wi macam ni...tp, sayang..masih ramai yang tidak sedar dan terus dbuai mimpi.

izzatghazali said...

tugas kita sma2 utk sedarkn diorang kn? ;)

Ana Akhukum Fil Islam said...

aiwah..insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...