insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, December 29, 2010

Dia tercedera lagi.

Bismillah walhamdulillah.


Petang yang damai.
Sekumpulan lelaki leka mengejar2 sebiji objek bulat di atas gelanggang.
Ditolak ke hadapan dengan pantas.
Lalu di sepak dengan kadar yang tepat buat teman sepasukan.
Demi tujuan yang satu.
Antara 2 kon oren.

Dlm kemeriahan permainan.
Diiringi gelak tawa mereka.
Satu terjahan keras menyentap kesedaran seseorang.
Seorang lelaki rebah memaut lututnya.
Memaksa proses permainan dihentikan sementara.
Dan dalam ngilu mnahan kesakitan.
"aku OK. berlaga lutut skit j td"
Terus, riuh rendah td bersambung kembali.

Malam yang indah.
Lelaki td melangkah ke kafe.
Bukti sokongan kpd tanah air tercinta.
Di celah2 para hadirin. dia berdiri memeluk tubuh.
dengan mata meliar-melilau mencari tempat labuhan punggung.
Azan kedengaran.
Keriuhan berhenti seketika.
Dia berjalan turun ke surau di tingkat bawah.

Waktu solat.
3 kali bangkit untuk berdiri sgt memeritkan.
Rasa ingin sahaja dia berpaut dgn jemaah di sebelah membantu kestabilan.
Perjalanan keluar surau di rasa seperti mengheret sebelah kaki.
Lagak umpama lutut diketuk kepala tukul besi.
Dan sakit itu disahkan waktu bersorak utk kejayaan harimau meratah garuda.
Dia mengerti. Ini bukan biasa.

Sebelum tidur.
Dia mencari Ahmad Wahid yg sedang berperang.
mempertahan jajahan dan memperluaskan taklukan.
Manalah tahu Ahmad Wahid ada pendapat tersendiri.
Setelah mengurut. dengan minyak urut yang ada akar kat dlm botol.
"Mungkin ligamen. atau tisu."
Begitu kesimpulan Ahmad Wahid.

Dia pulang ke kamar. dan bersiap untuk tido.
Mencangkung. Membongkok lutut. Menaiki tangga.
Akan memberikan masalah.
Dia balut erat2.
Bismikallahu maaya waamut.
dan dia mula memejam mata utk tidur.

Tengah malam itu. Kakinya kejang teruk.
Mahu dijerit nama siapa ketika ini.
Tidak diketahui sama ada shbt2 sebilik lain sudah tidur atau tidak.
Dlm mengerang, dia mngurut lutut.
Moga2 ia hnya sementara.
dan dlm mengetap bibir menahan sakit.
Dia kembali tertidur.

"dan tidak seorang Muslim itu diberikan kesakitan, penderitaan, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya. seandainya dia besabar"


May Allah bless. Wallahua'lam.

4 comments:

saya said...

along ke watak utama?

seliuh kaki eh?

ghuzwatul qolam said...

Syafakallah akhi..

Mohd Shahir bin Shamsudin said...

Allahu yashfiik ya akhi

RiJaL88 said...

Syafakallah Ya Akhi..~~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...