YB mulakan ucapan YB dgn menarik perhatian ramai supaya mengalihkan rostrum ke tengah petas. Dan ini mengingatkan saya dengan ‘kaedah pengucapan cemerlang’ yang pernah saya ikuti dulu. Cara YB mnarik audien mmg mantap, sekaligus menggamit memori saya bersama allayarham Razali Ismail, mantan Pengarah Pendidikan Terengganu merangkap bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu. Coleteh YB dgn keantian YB terhadap warna hijau sangat mengujakan sebilangan besar hadirin, dan dengan itu gap antara penyampai dan pendengar dapat YB kurangkan.
Tapi YB, bagi sekelumit kecil orang2 (termasuk saya dan saya percaya ada beberapa kerat lagi), tindakan YB agak tidak kena pada tempat. YB berucap di tempat di mana ‘anak2 muda pejuang bangsa’ berhimpun. Kalaulah fikiran mereka tidak dibataskan dengan budaya politik sempit, semestinya YB seakan2 menikam diri sendiri apabila mengaitkan GPMS dengan UMNO sekaligus mengiakan pendapat saya yang GPMS hanyalah alat kepada UMNO. Setidak2nya mana professionalism YB apabila secara terbuka menyifatkan YB benci kepada hijau putih? Di point ini, walaupun ia menarik gelak ketawa audien, bagi saya, ia jelas menunjukkan ketidak-matangan YB.
Mungkin ada secubit kebenaran seperti-mana didakwa oleh sesetengah blogger, YB masih belum cukup masak dalam arena ini. Maklumlah, dilantik secara terus ke jawatan tinggi dalam UMNO mengatasi senior2 politik UMNO yang lain. Dan menjadi ketua penerangan UMNO Pusat, bukanlah sesuatu yang ringan bukan? Sepatutnya, hadir sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah Majlis NGO, nada YB seharusnya berbeza, ini bukan program UMNO, YB , kendatipun GPMS adalah NGO naungan UMNO.
Tetapi, saya mengakui mungkin saya tercampak ke tempat yang tidak sepatutnya saya berada, bukan? Tidak mengapa YB, secara keseluruhan, saya sebagai orang awam menyukai pengucapan YB, tidak terlalu bergantung kepada teks, berkeyakinan dan jelas dalam menyampaikan. Tapi, menghakimi YB dengan sedikit kefahaman yang saya ada, tidaklah menjadikan YB sebagai orang-yang-mengisi-pengucapan sangat kan? Setakat berbicara kosong or ‘sembang sedap’ memang enak sebagai halwa kerana ia tidak meresap jauh ke hati. Jadi, optimis saya mengatakan andai YB benar2 berucap di kalangan anak muda yang ‘faham’, ucapan YB tidaklah ke mana, biasa2 sahaja. Tapi disebabkan ‘tempat’ yang YB pilih sangat tepat, ucapan YB kedengaran sangat hebat. Tahniah YB ;)
*berbicara dengan orang yang kurang pandai adalah jauh lebih mudah berbanding dengan orang yang pandai. Buktinya? Sila berucap pasal repair kereta di depan budak2 belum mumayyiz dan sila try berucap di kalangan gabungan pengusaha workshop pulak*
*insyaAllah ulasan ini akan bersambung kembali*
May Allah bless. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment