insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Friday, February 4, 2022

Cuti Raya Cina is JKC 2022

Bismillah walhamdulillah. 

1) Ada cuti panjang kali ni, jadi cepat² arrange cuti. Tips nak elak jammed, balik kampung awal, balik bandar semula lewat (atau awal jugak). Jammed highway ni lagi teruk daripada jammed jalan biasa, sebab kalau jalan biasa, at least kita tahu sebab dia samaada sebab traffic light, ada accident or tengah baiki jalan. Kalau highway, takde apa pun boleh jammed jugak - sebab kereta banyak sangat. 

2) Sebelum balik tu pun memang dah 'book' mak abah siap-siap hahaha. Sebab diorang busy. Jadi kita inform, bagitahu nak buat apa, nak gi mana. So kalau mak abah boleh ejas, kira boleh join sekali, Kalau tak, gi bawak adik-adik je lah. 

3) Awal-awal rasa macam down jugak sikit, sebab Angah sekeluarga ada masyaqqah pulak last minit (dia hok paling semangat), so dengan Acik sekali takleh balik. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Baik - akhirnya Angah Acik dang balik sama. 

4) Sampai rumah, terkunci pulak hahaha baru nak buat suprise sebab Mak dengan Uda ada persiapan program. Abang pulak gi ambik Anjang kat asrama. Malam tu Adik ajak anak-anak saudara habiskan bunga api dan main lilin. 

5) Pagi esok, Along dengan Alang sekeluarga, bawak Abang Anjang Adik gi mandi sungai. Niatnya nak makan pagi tapi nak buat macamana kita hanya merancang hahaha jadilah makan tengahari tepi sungai. Kemah kena sewa, Alang jadi imam sembahyang Jumaat masjid berdekatan. 

6) Balik petang tu kami main badminton, punyalah banyak stok raket kat rumah tak tahu mari duane. Uda pulak jual bola dia fuhh memang rasa macam stor sukan la jadinya. Icad bangga dah boleh bawak basikal Poksu hahaha. 

7) Malam tu ada persiapan ada program esok. Ada VIP nak turun. Mula-mula kita turun tempat lapah daging untuk kenduri, tapi dah ramai sangat orang. Gi kat tempat pacak bendera, takde orang lagi. Last sekali gi balora setup tempat. Tolong susun² kerusi. 

8) Esok program, datang dengar taujihad sikit, makan sikit kacau kacau. Hahahaha. Umi dengan Anjang tak jumpa kereta pulak dah. Lepas tu terus lacorr ke Dungun nak gi ambik Kakak, sementara tunggu gi main pantai, beli kepok lekor, dan discuss dengan partner branch. 

9) Bas kakak rosak tengah jalan huhu jadi sampai lagi lambat daripada jadual. Plan asal lepas ambik Kakak nak balik ikut Paka singgah rumah Cekde, tapi itulah nak buat guane. Malam tu cover dengan tengok Venom 2 dengan Uda Abang. 

10) Harini nak gi 'Sunway' Tranung katanya hahaha. Tapi gitulah, kalau bukan sebab bak buat anak-anak seronok rasanya tak gi jugak kot. Angah Acik join the show masa kat sini. Direct daripada KL.

11) Tempat ni boleh kata overstatement jugaklah. Claim patuh syariah tapi molek² ada hok puan pun mari mandi tempat laki hmm. Kolam hok puang kosong indoor je padahal. Masuk pun boleh tahan mahal, dewasa & kanak² sama harga. Tempat (macam pondok gitu) kena bayar lain. Dah kalau tak bayar takde port pulak nak bentang tikar apa benda la. 

12)  Ala balik singgah rumah Mokcik (adik Mak), fuhhh sedap molek mee sup Allahu. Mokcik bawak gi lawat kebun viral dia hahaha. Rumah Mokvcik ni makanan dok habis sokmo sebab anak menantu cucu dia duk dekat² jadi memang akan mari jalan sokmo. 

13) Malam tu Mak dah siap perap ayam, packing bekal makan untuk JKC esok. 

14) Bergerak daripada rumah, nak target di destinasi sebelum tengahari sebab nak pantai dia. Tapi macam biasa banyak drama pulak pagi² hahaha. Baju dalam kotak mask, tikar tertinggal aduh macam². 

15) Abah Mak gi ambik Ateh, so lengkaplah belaka 10 beradik. Alhamdulillah. 

16) Makanan lunch pulak lambat sampai huhu, tak tahu la apa cerita tukang masak sebab memang daripada gerak lagi dah bagitahu hmm. Ingatkan drama dah habis, rupanya pondok tempat duduk tu kena booking awal pulak dah hahaha. Dan dan je padahal tu tempat awam. Situ ada badut IT. 

17) Terus gerak homestay, takdelah besar mana tapi laman dia selesa. Dan paling penting ada pool sama. Setup nak bakar sate & BBQ.

18) Solat, buat resolusi sikit, terus aktiviti belah kek, makan-makan, sembang-sembang sampai tengah malam. Niat nak tengok movie terbantut sebab masing-masing dah penat. Sebab lupa bawak projektor pun ada jugak sebenarnya hahaha. 

19) Malam tu yang perempuan tidur dalam bilik, yang lelaki bergelimpangan kat ruang tamu. Ada peristiwa misteri berlaku malam tu tapi eloklah dirahsiakan bagi menjaga keharmonian kita huhu. 

20) Pagi esok makan lagi, mandi kolam lagi, dan siap² nak gi rumah Moksu pulak. Poksu nampak dah makin sihat Alhamdulillah. 

21) Daripada situ, Along terus balik sebab KL sebab Kaklong ada kerja nak submit takut esok takdan jammed teruk ke apa. Angah Ateh Acik gi Pantai Serandu dulu, Alang terus direct balik Besut, Uda dengan Abang follow tak muat kereta. Mak Abah Kakak Anjang pulak terus balik rumah. 

22) InsyaAllah, moga ada kesempatan lagi untuk next JKC pulak.

Ya Allah himpunkanlah kami semua nanti di syurgaMu sama. 

...




Sunday, November 14, 2021

PESTA PILIHANRAYA

Bismillah walhamdulillah. 

1) Masa aku menulis ni baru sahaja diumumkan akan ada pilihanraya akibat daripada daripada ada beberapa anggota legislatif lompat parti. 

2) Aku rasa selagi mana takde akta dibuat untuk banteras benda gini, sampai bila² pun rakyat bawah akan tanggung susah sebab bodoh orang atas. 

3) Tapi itulah, masa A jadi kerajaan - dia tak buat pun undang² pasal lompat parti ni, sebab masa tu dia ada duit asa kuasa, orang akan lompat masuk parti dia. B bising macam gila kena buat undang² segera, kita dah terdesak blabla. Bila dah jatuh, B naik. B senyap, A pulak duk menjerit meraban pungpang². Dia sebenarnya takde political will je sebab dia. 

4) Bongok. 

5) Tapi itulah nak buat macamana, pilihanraya dah diumumkan. Tapi tipikal kita macam biasa sama-sama ego tak sedar diri, duk bertanding ramai² sama kahkah. Lantaklah apa nak jadi ye dok? 

6) Covid bukan dah reda mana pun, kes ada. Bilangan orang mati setiap hari pun masih ada. Cuma kita rasa - kononnya kita dah menang, so Covid celah mana nak risau buat apa? Ayuh hidup macam biasaaa. 

7) Bila ada pilihnraya, confirm ada jentera turun. Ada perang bendera, poster, banner. Akan ada program diatur, untuk menjalankan kempen. Ziarah pasar² tempat tumpuan ramai contohnya. 

8) Tapi itulah, jentera datang daripada seluruh pelusuk negara. Risiko berkali ganda kalau ada jangkitan, nak trace pun jadi payah. 

9) Harapnya semua dipermudahkan, dan dijauhkan daripada segala bala bencana, benda² tak elok. 

10) Moga Allah bagi pemimpin yang baik untuk kita, yang jaga kebajikan kita, yang mempertahankan kepentingan kita & bantu mudahkan urusan² kita untuk berjaya bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat sana. 

Semoga bermanfaat. 

Saturday, September 11, 2021

Tentang Syiar dan Izzah

Saya ada pengalaman ke Jogja untuk program pertukaran pelajar zaman Mahasiswa dulu. Universiti saya ada joint-venture dengan UMY (Univ Muhammadiyah Yogjakarta) & UII (Univ Islam Indonesia).

Antara perkara yang masih saya ingat sampai sekarang, adalah bagaimana pengamalan agama yang ditunjuk-tunjuk dengan berani. 

Misalnya, salah seorang rakan kami tidak bertudung, namun bila masuk waktu solat antara yang terawal menyarung kain sembahyang (dalam beg kecik yang comel), dan ikut kami berjemaah di balai kegiatan siswa (macam bilik untuk persatuan pelajar). 

Mulanya saya jadi terkejut jugak, sebab di UIA biasanya kita tidak sembahyang bersama-sama (beza jantina) di tempat terbuka sebegitu. Kalau di surau/masjid itu biasalah. 

Jadi lama-lama, berdua pun (lelaki perempuan) biasa je solat di hujung bilik sementara yang dah solat pulak boleh teruskan discuss hujung belah sebelah lagi. 

Hal ini terjadi semula sewaktu kunjungan balas mereka ke universiti saya. Pensyarah yang jadi guru penasihat kami ada buat makan-makan sikit di rumahnya, jadi saya ditugaskan mengiringi dosen mereka untuk ke sana. 

Masuk sahaja waktu Maghrib, kalau amalan biasa kita di Malaysia, tetamu akan ditunjukkan bilik untuk solat kan? Yang lelaki mungkin bersolat di ruang tamu terbuka, manakala yang perempuan pulak biasanya solat di bilik. 

Tetapi hari itu, isteri Pak dosen selamba sahaja hamparkan sejadah di belakang kami, ikut kami bersolat bersama. Sampaikan isteri pensyarah saya pulak yang terkocoh-kocoh tak tahu nak buat apa, sembahyang di saf sebelahnya atau naik ke bilik untuk solat sahaja. 

Peristiwa ini mengingatkan saya bahawa solat ni sebenarnya syiar kita, dan bila mende yang jadi syiar memang kena molek tunjuk/tonjol kat orang. 

Sebab tu masjid kena buat betul² kat tengah² bandar, bukan terperosok kat hujung². Jangan pulak jadi macam musolla di shopping mall yang biasa terperuk jauh kat basement sekali dengan parking. Kita nak gi sembahyang pun rasa malas. Rosak teruk bila terikut sangat dengan acuan luar. 

Jadi bila kita solat di rumah, solatlah di tempat paling luasa di rumah. Biar orang tahu kita sedang solat. TV kena slowkan dulu, yang bercakap kena tunggu. Bila kita solat di bilik, satu dah tak boleh solat sekali, dan malang sekali ia tak jadi syiar kita dah. 

Nabi ajar, yang wajib ni kena tunjuk untuk ajak, yang sunat tu yang kena sorok biar jadi rahsia kita. 

Kita pulak terbalik, yang wajib ni disorok² yang sunat tu pulak yang ditunjuk². 

Solat adalah syiar, dan kegagalan daripadanya akan sebabkan hilanglah izzah kita. 

Semoga bermanfaat. 



Thursday, July 15, 2021

HIDUP BERPRINSIP

Bismillah walhamdulillah. 

Ada satu quote sedap dalam satu buku aku baca lama dulu - "kalau hidup sendiri pun tanpa pendirian, lalu kau hidup punya apa?" Dalam buku tu penulis tekankan kepentingan untuk berani berpendirian, yang mungkin berbeza dengan pendapat ramai namun disandarkan kepada alasan yang kuat & relevan dengan keadaan. 

Malang bagi kita bilamana kita takut untuk berpendirian sendiri, hanya ikut di bawah pendapat orang semata, sedangkan kita adalah pembuat keputusan terbesar untuk diri sendiri, kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita - malah kita juga yang menanggung apa jua akibatnya. 

Kalaulah tidak berpendirian kerana kurangya ilmu - maka mencari ilmu adalah jawapannya. Kalaulah tidak berpendirian kerana hormat - maka sampaikan dengan beradab adalah penyelesaiannya. 

Pendirian atau prinsip - adalah hak mutlak diri kita. Dan pengabaian kepada hak tersebut adalah satu yang merugikan kita.

Kalaulah untuk berpendirian sendiri pun tak berani - ingatlah bahawa dalam kubur nantipun kita tetap sendiri. 

Dengan ilmu, dengan iman, hiduplah atas pendirian. 

Wallahua'lam. 

Sunday, July 11, 2021

ADAPTASI

Bismillah walhamdulillah. 

Menghadapi pandemik yang entah bila akan berakhir ni perlukan kita masing² ada perancangan sendiri. 

Sekarang fasa bertahan, jangan buat apa-apa - tunggu (sambil menilai) & lihat (tindakbalas). Kalau ada kerja jangan berhenti. Kalau ada nak beli benda besar, jangan masuk hutang baru. 

Sebab kita tak tahu sampai bila kita kena bertahan, dan mampu bertahan. 

Katakanlah di hujung 2021 baru keadaan reda - kita akan ke fasa seterusnya - ADAPTASI. 

Bagaimana kita nak menerima parut² luka sepanjang pandemik ini sebagai bahagian dalam hidup kita? 

Kesannya dijangka menjangkau bertahun² selepas ia berakhir - apa persediaan kita menghadapinya? 

Lagi cepat kita adapt, lagi cepat kita boleh bangkit membina semula hidup. Untuk kembali menjadi bermakna sebagaimana sebelum covid menjelma. 

Untuk cepat adapt, kita kena bersedia. Persediaan yang macamana? Menstrukturkan semula hidup, biar sesuai dengan impak besar yang melanda dunia. 

Apa-apa target sebagai destinasi kita di masa lampau, mungkin kena ubah balik - sebab capability kita sebelum & selepas covid mungkin lagi tak sama. Prioriti kita pun munngkin berubah, sebab normal dulu dah tak relevan dengan normal baharu. 

Bersabarlah tuan-puan, 

Dunia ni tempat ujian - dan percayalah kita sedang diuji, diperhati & dinilai - & ingat, Allah ada. 

Monday, February 22, 2021

Bergaduh Dengan Client

Bismillah walhamdulillah. 

Antara benda yang saya tak gemar jadi peguam (selain daripada orang ingat kita kaya) ialah bergaduh dengan client. Jarang berlaku tapi memang ada berlaku. 

Dia boleh jadi akibat daripada pemahaman yang salah, ataupun client kita nak kacau kerja kita, ataupun juga kita yang ego tak bertempat. 

Baru lagi jadi, ada client bersungguh nak mintak alter pliding balik, sebab katanya bila baca tak 'rasa'. Saya explain yang buat pliding ni ada skeleton (rangka) dia. Apa yang perlu letak dulu, apa yang kita letak kemudian. In fact, kalau tak relevan baik jangan letak. 

Client kita ada cerita dia. Daripada cerita tu kita terjemahkan dalam pliding untuk Mahkamah nilaikan. Beban bukti terhadap apa yang dinyatakan dalam pliding ada beban anakguam. Kalau katakan ada elemen tokoktambah, ataupun worse tak betul pun dalam pliding - susahlah kita. 

Dan banyak jadi ialah, client kita tak ingat pun ada sebut kat kita sekian-sekian. Sebab tu sekarang, saya belajar - bila discuss kena catat sedetail mungkin, supaya nanti mudah kita semak. Bila dah siap, set masa jumpa dia - discuss balik. Dia nak komen apa ke, dengar je. Kalau dah agree baru boleh proceed. 

Tapi pengalaman saya, ada segelintir client yang berlagak & memandai², kalau ada rezeki dapat jenis yang ini, if lepas saya explain kenapa buat macamtu tapi dia berkeras jugak - saya layankan je lah. Cuma saya akan bagitahu if apa-apa jadi disebabkan perubahan yang dia mintak tu, saya taknak tanggungjawab. Sebab ia bukan lagi versi yang saya cadangkan berdasarkan pengalaman & pemahaman saya. 

Reti pulak dia mengamuk. 😂

Itu yang saya limitkan, jumpa orang paling banyakpun 2 orang je. Sorang pagi, sorang petang. Kalau lebih daripada tu, saya takut saya dah tak tahan. Nak jaga hati dia lagi, nak jaga hati saya sendiri lagi. Penat. 

Uruskan firma penat. Dealing dengan client pun penat. 

Betulkan ulama' (Saidina Ali kot) cakap, hanya matilah tempat kita rehat. 

Semoga bermanfaat. 


Sunday, February 14, 2021

Asam Garam (3)

Bismillah walhamdulillah. 

1) Aku ni malas, biasanya mende yang takde kaitan dengan aku, aku taknak ambik tahu. Sebab bila aku sibuk nak ambik tahu benda yang aku patutnya takyah tahu, benda yang aku kena tahu pulak aku tak sempat nak ambik tahu. 

2) Dalam office, aku delegate kerja. Yang aku boleh ajar orang, macam semak efiling, buat surat serahan, ereview semua orang buat. Benda penting je aku buat. So aku boleh jimat kepala otak aku daripada serabut banyak benda. 

3) Bila aku dah ajar, aku expect feedback. Ada masalah ke apa, bagitahu aku. Bila diam, tak bagi feedback, aku akan expect kau dah faham & kau dah boleh deliver. Masalah akan ada, confirm. Cuma kau kena chin up dan hadap. 

4) Tapi dalam gerak kerja organisasi lain, contohnya dalam NGO, persatuan, parti etc - benda² delegate ni sampai ke sudah tak berjaya. Aku rasa sebab dalam office, kita ada consideration gaji. Tapi bila buat kerja atas dasar sukarela/suka-suka gini, takde apa yang nak jadi sandaran. 

5) Itu yang pengurusan organisasi (yang bukan syarikat) kebanyakannya sukar, sebab orang yang bawak idea tu otomatik kena jadi penggerak sama. Sebab orang lain tak boleh nak arah, tak boleh nak paksa. Time nak buat dia buat, time dia taknak dia tinggal.

6) Sudahnya ramai orang berpotensi besar, bijak, akan duduk diam kat rumah, tak payah sibuk² join apa-apa mende. Sebab nanti dia akan penat & stress sendiri. 

7) Dan akhirnya idea untuk menjadi bermanfaat untuk ramai orang akan jadi gagal. 

Wallahua'lam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...