insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, December 6, 2011

wahai guru.

Bismillah walhamdulillah.



suasana di kelas itu begitu hening sekali.
hanya penghawa dingin sesekali membelah sunyi bilik darjah.
hilang deria mengantuk yang tadinya begitu perkasa dlm cubaan menjajah mata.
hatta sepicing bunyi pun dicermati, agar tidak menarik perhatian ramai.

pandangan tidak tahu harus di-parking di mana.
memandang pada muka incek guru-kah?
mengerdip kpd sahabat2 di samping-kah?
menunduk kepala, sambil mata menyoroti lantai-kah?
atau.
sekadar melepaskan sepasang mata melemparkan buruan kosong di luar?

guru itu betul2 marah.

mungkin benar, beliau ada hak untuk marah.
tetapi 'mauizatul-hasanah' kah aplikasi hak itu?
mungkin benar, beliau juga seorang manusia yang tiada sempurna.
tapikah lupa-kah beliau, objek di hadapan beliau juga dipanggil manusia?

*peristiwa incek guru mengamuk tamat di sini*

saya mengagumi beberapa sosok tenaga pengajar di sini,
yang pada saya bukan sekadar menghabiskan silibus pengajaran,
tapi memastikan proses 'mendidik' itu lebih besar interpretasi.
tidak berhenti setakat buku2 tebal diperhalusi utk kami hadamkan,
tapi juga menyediakn sisi pandang luas mengenai hidup.

saya teruja apabila sang guru 'reti' untuk menyelitkan cerita2 dlm
vakum pengajaran.
pada siapa lagi pengalaman di dada harus diluahkan?
saya gembira tatkala sang guru 'tahu' bila masa utk mereka masuk
berkongsi pendapat dgn kami.
kerana panduan para guru, banyak menuntun kami.
saya suka bilamana sang guru 'bukak cerita' tentang dirinya,
secara tidak langsung, ia membantu mengecilkan jurang pelajar-guru antara kita.

dan. saya harus akui duhai guru.
ada banyak perkara yang kami tidak tahu, kami tidak mengerti.
di sebalik kemahuan kami menikmati zaman belia ini,
di sebalik kesedaran kami betapa ilmu adalah faktor pembeza antara manusia,
ajari-lah kami sebaiknya.

sebagaimana anda, wahai guru.
kami juga punya hati, yang sarat dgn segala emosi.

geraklaku, tuturkata, peri-sikap anda.
segalanya kami perhati.
dan dari situ kami belajar erti nilai.

dan wahai guru.
terima kasih. terima kasih. terima kasih.
semoga kalian dimasukkan dlm kalangan mereka yg gembira di 'sana'.
seandainya takwa Allah menjadi sandaran di sebalik ke-gah-an nama
seorang GURU.

"yang terbaik di kalangan kamu, adalah dia yang bermanfaat utk orang lain" - Quran.

"tidak ada amalan yang dapat membantu mereka yg telah mati, melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh" - Hadith.

kpd madam2, ustazah2 yg baca blog saya, jangan risau, saya tak-kata kat anda.
sebab anda memang AWESOME :) *aah, cikgu lelaki mmg x bace blog eh?*

semoga Dia merahmati, wallahua'lam.

Sunday, December 4, 2011

manusia itu berperasaan.

Bismillah walhamdulillah.

Perasaan dalam hati ni, perangai dia sebijik macam cuaca. Bila pagi ni matahari bersinar dengan cemerlang, tak semestinya kita boleh expect kecemerlangan dia akan kekal sampai ke maghrib. Bila dah parking kereta tengah hujan dgn nawaitu nak basuh, boleh pulak matahari boleh keluar tiba2. Atas situasi seperti inilah pepatah 'kuharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari' tercipta. Ia tidak dicapai akal, untuk dijangka.

Tiap2 orang memiliki satu perasaan, semua sama, tapi nisbah bilangan perasaan yang harus dijaga oleh setiap orang adalah berbeza, dan ini menjadi perbezaaan antara kita. Kendatipun, hampir kesemua manusia lebih cenderung untuk mengutamakan perasaan sendiri berbanding memikirkan kondisi perasaan orang lain.

Hidup memang banyak masalah. dan keadaan perasaan akan bertitik-tolak kepada kepayahan masalah yang kita hadapi. disebabkan deduksi manusia lebih gemar untuk fikir apa-yang-orang-lain-patut-rasa pada kita andai dibandingkan dengan fikir apa-yang-diorang-rasa-sebenarnya dengan tindakan2 kita, hubungan antara manusia, yang sama2 memiliki perasaan yang pada asasnya sama, mengalami kegawatan. 


Acapkali, tindakan kita, memberi masalah kepada orang lain. sekaligus mencederakan perasaan mereka. wujud juga situasi di mana demi memelihara perasaan sendiri, manusia menjahanamkan perasaan orang. dan kitaran perasaan ini terus menyubur mekar dengan kemunculan dendam. lagi dan lagi, situasi yang sama akan berulang.


hari ini kita menjadi punca perasaan orang menjadi sayu, mungkin esok perasaan kita bakal hiba. tidak puas hati, lusa kita bakal jadi punca perasaan orang hancur. hidup bersama dengan sekumpulan ramai manusia dipanggil masyarakat, yang turut sama memiliki perasaan-tidak-terjangka sebagaimana kita ini, normalnya tidak mudah.

pernah terfikir-kah anda, untuk menjadi mata pisau yang menjadi pemutus kepada rantaian bala ini? kita menghadapi masalah disebabkan manusia, dan dalam yang sama, memberikan masalah kepada manusia. interaksi dua hala ini boleh gugur seandainya terma toleransi, berperikemanusiaan, kemaafan, ditebus-guna kembali. sebab, berbanding dijadikan amalan, kita lebih ralit dalam ratibnya diawangan.

ayuh! mari turut sama fikirkan perasaan orang! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...