insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, April 7, 2012

Syaitan. Makhluk Jahat yang Gigih.


Bismillah walhamdulillah.

Masa saya nak tulis pasal post ni, syaitan bisik kat telinga.
*takdelah dengar betul2, kang pengsan pulak aku*
takyah-lah sibuk2 nak post pasal ni, baik ko gi tidur.
tapi, sebab saya rasa penting untuk saya ingatkan diri sendiri, dan para pembaca.
saya kena paksa jugak diri untuk tulis. yeah! hehehe.

syaitan memang makhluk yang sepatutnya jadi jawapan,
bila orang tanya amende makhluk paling korang benci.
tapi kegagalan membenci musuh no. 1 manusia ni melalui tindakan,
tidak sepatutnya dipandang enteng kesemua kita.
benci syaitan? meh benci dengan hati. ada bran x, bro? :)

enough intro. sila masuk isi pulak Ee, aku dah boring bace.

Syaitan is gigih. why dia gigih? sebab dia x kenal erti putus asa.
x dapat buat plan A, dia follow-up dengan plan B.
x dapat attack gune through-ball, dia tukar formation main flank.
x dapat menang 1st round, dia retreat, ubah strategi utk 2nd round.

bila syaitan dah gagal goda abid untuk tebang pokok yang menjadi sembahan masyarakat,
dia cucuk jarum pulak untuk bersedekah dengan duit bawah bantal sebagai cagaran.

bila syaitan dah gagal goda anda untuk tidak solat.
dia cucuk jarum pulak suruh solat laju-laju.
bila syaitan dah gagal buat anda solat macam The Flash.
dia cucuk jarum pulak suruh fikir pasal assignment CPC.
bila syaitan dah gagal buat anda solat dgn khusyuk.
dia cucuk jarum pulak xyah nak buat alim gi ingatkn roomate pasal solat.
bila syaitan dah gagal halang usaha anda sebarkan dakwah.
dia cucuk jarum pulak sila rasa riak sebab anda paling baik dalam kalangan kawan2 anda.

*solat ni sebagai contoh, cuba korang fikir pasal couple lak*

simple kan?

tapi ingat.
syaitan gigih. bukan dengan sebab dia power.
tapi sebab kita yang BANGANG.
Bangang dengan lari daripada Tuhan.
menyisihkan imbangan Tuhan dalam amal tindakan.

semoga redha Allah sentiasa mengiringi. :(

Thursday, April 5, 2012

Ke Arah Suami Super Saiya.


Bismillah walhamdulillah.

Pergh! Hidayah Allah datang lagi. Hehehe. Jarang benar saya dapat menulis sekarang. Sebabnya? Saya boleh reka beribu alasan, tapi sejujurnya, saya MALAS. Malas nak fikir topik2 untuk menulis, malas nak construct idea betul2, malas nak menulis. Saya rasa saya sangat sibuk. Sibuk tanpa buat apa2. -_-"

Hidup sebagai suami, untuk sebuah perkahwinan berusia 2bulan nak masuk 3bulan ni banyak bagi pengajaran kat saya. Dulu kalau cuti kejap je, memang kena empang air mata tengok budak2 batch balik rumah, sekarang cuti hujung minggu pun saya boleh terbang balik Ipoh. Dulu kalau stress lepas habis exam kena balik tidur, sekarang dah reti bawak rusukkiri merempit ke mana2. ^_^

Lelaki yang dah berkahwin, akan secara automatik akan dipanggil suami. Secara fitrah, suami akan dilihat sebagai 'power' sebab boleh perintah bini dia macam2. Boleh suruh buatkan sirap, boleh suruh beruskan gigi, boleh suruh suapkan choki2. Tapi, bukan semua lelaki yang dah jadi suami, menggunakan 'power' yang dia ada, dengan sebaik2nya.

Ayuh letakkan kelemahan isteri di pinggir laptop. Itu sangat-lah soal lain. Menjadi suami yang baik, syurga balasannya, Allah pemberinya. Bukan sekadar mengharapkan balasan daripada manusia semata. Suami, jawatan lantikan Allah, dan semestinya Allah-lah yang bertanggungjawab memberi ganjarannya. Tetapi, sangat ramai para suami terlupa, termasuk saya jugak -___-" astaghfirullah.

Suami terlalu memikirkan tentang tanggungjawab untuk mengubah. Bimbang peringatan Allah tentang 'kemungkinan' isteri mengheretnya ke neraka rentetan kegagalan men-tarbiyyah seorang isteri. Padahal, tumpuan untuk mendidik diri sepatutnya lebih didahulukan, supaya bebanan menuntun isteri sepanjang perjalanan akan menjadi lebih mudah. Bagaimana hebat seorang suami itu, andai dirinya tidak terdorong untuk mendidik diri, bagaimana mungkin dia mampu untuk mendidik isteri? #kenatepatdiataskepala

Kepada sekalian para suami2, dan bakal2 suami. Jom pasak niat sungguh2. Semoga dengan menjadi seorang suami yang baik ni, akan jadi 'lesen-besar' untuk kita senang2 masuk syurga nanti.sambil lepak2 goyang kaki, dengan isteri2 kita, termasuk rusukkiri saya. waaaaaaaaaaa, sungguh ohsem sekali ^_^

Semoga Allah memperkenankan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...