Bismillah walhamdulillah.
Harini dah masuk hari ke 5 puasa, dan hari 13 keputusan PRU14 diumumkan. Masih tak boleh move on sepenuhnya sebab aku ni jenis setia haha. Tapi alhamdulillah, satu-satu hikmah Allah tunjukkan kenapa Abah perlu kalah walaupun tipis dengan 46 undi sahaja baru ni. Untuk makluman, Abah diberikan kepercayaan untuk mewakili PAS di N25 Bukit Besi, kawasan yang dikatakan merupakan kubu UMNO/BN negeri Terengganu. Tak pernah menang sejak era reformasi dulu. Tu pun menang 78 undi haha.
Kalah tipis - dalam keadaan cula B tidak turun mengundi, undi rosak/ragu yang tinggi sebenarnya menggambarkan keadaan yang boleh sangat nak menang, cuma Allah taknak bagi, sebab Dia nak bagitahu kita masih belum layak menang. Kenapa belum layak? Sebab persediaan kita untuk mengisi seandainya kemenangan tu menjadi takdir masih tidak teratur. Dalam keadaaan kalah ni pun, ada sebilangan juak ahli yang duduk berimpit. Ni baru kalah, kalau menang taktahu la macamana.
Tambahan kerajaan BN Terengganu jatuh, lagilah banyak jawatan lantikan politik yang perlu diisi. Exco kerajaan negeri tak payah kiralah, ada GLC, ahli Majlis daerah, JSR (macam JKKK versi UMNO). Tu belum masuk, lantikan AJK Masjid, pensyarah IPT milik kerajaan negeri (TATI, IQ, Imtiaz dll), pelbagai Yayasan (YIT, YPKT, dll), dan agensi milik kerajaan negeri (Muzium, Perpustakaan dll). Nampak tak punyalah banyak ghanimah negeri bertuah ni?
Ada bagusnya kalah DUN, menang negeri sebab kita boleh nampak sendiri siapa yang betul-betul berjuang, dan siapa yang nakkan jawatan. Huhuhu.
Ini masa ahli PAS Terengganu seluruhnya bermuhasabah, apa sebenarnya agenda sebenar perjuangan kita?
Moga Allah redha.
hanya seorang perantau yang memantau.