insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Thursday, February 27, 2020

KITALAH PM

Bismillah walhamdulillah. 

Saya deactivate FB lagi baru-baru ini. Toksik & keserabutan akibat krisis politik Malaysia membuka luas pintu-pintu dosa buat kita. 

Dan saya memilih untuk berlepas diri. 

Bukanlah bermakna saya tidak berminat untuk ambil tahu, politik adalah ibu aturan kita, dan sesiapa yang tidak mengambil cakna berpontensi menjadi bidak catur kepadanya. 

Namun, kerana reaksi kita yang tidak kena, keterlaluan pada ketika yang tidak tepat pada saya, dalam pada kita bukanlah siapa-siapa - membuka luas ruang untuk berseteru pada medan langit terbuka. 

Jadi saya menjauhkan diri. 

Sebab saya percaya, pada akhirnya kita keadaan boleh memaksa kita jadi apa sahaja, tapi kita tetap berkuasa memilih apa tindakan kita. 

Saya mendoakan semoga Allah menjaga hati-hati kita, dan memelihara Malaysia keseluruhannya. 

Untuk hari esok yang lebih baik insyaAllah. 

IzzatGhazali

Tuesday, February 25, 2020

ANUGERAH KAWAN YANG BAIK

Bismillah walhamdulillah.

Allahuakbar, Allah nak ajar saya sesuatu hari ini.

Pagi tadi telah ditetapkan untuk satu keputusan untuk perbicaraan satu prosiding ni. 

Macam biasa, kita peguam biasanya tak bagi harapan palsu kepada anakguam walaupun kita optimis, insyaAllah boleh menang. 

Dan ditakdirkan, Hakim buat keputusan yang tak menyebelahi kami. 

Itu takpelah, sebab kalah menang tu memang lumrah dalam guaman. 

Cuma Allahuakbar, hebatnya dalam kekecewaan menghadapi kekalahan, kawan-kawan anakguam sangat menenangkan.

Semua orang happy, seakan-akan menang kes pulak. Jumlah damages tu besar, namun tak diterjemah langsung dalam suasana.

Malah, tahniah & terima kasih tak putus² kepada kami para peguam atas komitmen & usaha sepanjang pengendalian kes.

MashaAllah hebat sungguh akhlak sebegini. 

Yang tenanglah yang menang. 

Berkat kerja buat kita, Allah anugerahkan sahabat² yang baik, yang sentiasa berada bersama di saat² susahnya kita. 

Mungkin bila bersendiri menghadapi ujian, kita mungkin down, rasa kecewa dll. Tapi Allah menjaga kita, melalui kawan-kawan.

Benarlah hadis baginda Nabi saw, "Ajaib sungguh orang beriman, segala keadaan adalah baik baginya, bilamana diberikan ujian dia bersabar, dan bilamana diberikan nikmat dia bersyukur."

Semoga kita dikurniakan kawan-kawan yang baik, yang turut membantu urusan kita di dunia, dan terutamanya menarik kita ke syurga insyaAllah. 

Izzat Ghazali
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
26022020 


Sunday, February 23, 2020

KEJAHATAN MANUSIA MELLINDUNGI BAIKNYA ORGANISASI

Bismillah walhamdulillah.

Kawan-kawan,

Aku rasa kita boleh bersetuju bahawa orang jahat ni wujud dalam semua organisasi pada setiap peringkat.

Dan kita sendiri pun berlaku jahat pada beberapa keadaan tertentu.

Cuma malanglah bila kita terus tertipu menilai dengan busuknya nama organisasi dek kerana kejahatan beberapa kerat ahlinya?

Sayang sungguh bila ribuan kebaikan yang kita peroleh daripadanya, ditinggalkan bila terlihat sisi gelapnya. Darkside realitinya wujud di semua tempat, jangan dek kerana kita belum menemukannya kita merasa ia sempurna.

Kawan-kawan,
meninggalkan memang mudah tapi bersetia memulihkannya insyaAllah lebih bermaruah.

#GenerasiYangDiimpi

Monday, February 17, 2020

BERTAHAN

Bismillah walhamdulillah. 

Akan ada masa² & keadaan² yang akan buat kau penat sangat. Kepala kau pening, hati kau terbang, jiwa kau hilang.

Tak terdaya berbuat apa-apa, melainkan membiarkan semata. Terasa bagai diseret pada paku yang berceracak buatkan fikiran kau berdarah-darah. 

Saat itu. Ketika itu. 
Berhentilah.

Sejenak, lupakan segalanya. 

Bergerak akan membuat kau lebih parah.

Berehatlah daripada lelahnya bertahan. 
Larilah daripada bingitnya tekanan perasaan.  

Dan kembali mencari di mana kau tinggalkan Tuhan,
Tatkala penatnya memikul sarat bebanan,
Mungkin ada masa Tuhan kau lupakan. 

Bahagia, 
Hati yang tenang - 
Dada yang lapang - 

Semuanya daripada Tuhan. 

Saat ia hilang. 
Carilah ia semula, dengan kembali pada Tuhan..


IzzatGhazali.
Mengenang masa silam. 



Thursday, February 6, 2020

JUMAAT

Bismillah walhamdulillah. 

Jumaat datang lagi, sekejap je Jumaat kan? Rasa laju Jumaat bertandang silih berganti. 

Jumaat sepatutnya jadi hari untuk kita buat refleksi - apa yang kita dah buat seminggu ni & hari untuk merancang - apa yang kita nak buat seminggu akan datang. 

Ambil sehari berfikir, untuk melaksana di enam hari yang lain. 

Sebab beruntunglah orang yang selalu bermusahabah, menilai diri - sebelum kita dinilai di hadapan Allah nanti. 

Moga Jumaat yang berkat untuk semua. 

Tuesday, February 4, 2020

FITNAH MEDIA BARU

Bismillah walhamdulillah. 

Saya suka tengok orang & peristiwa. Hasil daripada pengamatan & penelitian tersebut biasanya saya menulis. 

Daripada 100 benda yang saya tulis, sebahagian dipaparkan di medsos, manakala kebanyakan tersimpan pada 'only me', dalam notes ataupun di sini.  

Sebab dalam banyak keadaan, menulis boleh mencetuskan perbalahan, malah mampu membiak kepada permusuhan. 

Dalam keadaan saya ni hati tisu, saya tak minat nak bergaduh dengan orang - jadi saya mengelak dengan tidak publish to all tulisan² saya.

Cumanya, dalam keadaan tertentu - lebih² lagi dalam situasi saya pasti kebenarannya di saat fasad sedang berleluasa - menulis & publish sudah jadi wajib. 

Hati-hati kawan-kawan.

Benar, dengan tulisan ada orang masuk syurga. 
Namun dengan tulisan jugak kita boleh masuk neraka. 

Jaga diri dalam persekitaran penuh toksik hari ini. 

Moga Allah jaga kita.  


Monday, February 3, 2020

SAKIT YANG TIDAK KAU TAHU

Bismillah walhamdulillah. 

Kita dengki dengan orang yang bahagia. 

Sedangkan kita tidak tahu, betapa sakitnya dia untuk bahagia itu.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...