insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, September 21, 2022

Puteriku Sayang

Bismillah walhamdulillah.
 

Iman. 

Anak saya no 3 namanya Iman, Umi dia suka nama Iman, tapi sebab kalau ikutkan Iman ni nama lelaki, kami tambahkan Solehah di belakangnya untuk tunjukkan yang Iman yang ini perempuan. 😅

Iman sekarang dalam fasa nak tukar daripada pengasuh ke taska. Sebenarnya nak tunggu je sampai 4 tahun terus, pahtu hantar Pasti. Tapi sebab pengasuh dia ada kena jaga family dialisis jadi kena carilah taska jugaklah. 

Bagus je hantar taska ni, sebab dia boleh jadi fasa persediaan sebelum masa Pasti nanti. Kalau sebelum ni dengan pengasuh dia ada 3-5 kawan je, kat taska dia 9-12 kawan. So kenalah dengan Pasti nanti nak ada 17-20 kawan.

Tapi masalahnya Iman taknak gi taska. 

Taknak yang bukan taknak. Tapi taknak yang macam takut, trauma gitu. Biasa anak ni, bila nak gi taska tu baru dia mengamuk, menangis. Iman pulak, petang malam memang taknak gi taska. Kalau abang² usik dia, siap tarik rambut lagi punyalah dia marah taknak pergi. 

Bimbang jugak. Yelah sebelum ni anak kita lelaki, tak kisah sangat. Tapi bila perempuan ni rasa risau jugaklah. 

Tulis untuk ingatan masa depan, doakanlah jugak Iman kuat, dan jadi anak solehah secantik namanya. 

Terima kasih. 

Monday, September 12, 2022

Hilang.

Bismillah walhamdulillah. 

Ada waktu yang hati menghilang,
Kepala seakan terbang melayang. 

Segala yang diusaha tak datang,
Peluang yang ada dibiar terhidang. 

Jiwa bergolak perasaan berperang,
Hidup dirasa sangat malang. 

Maka segeralah mencari jalan pulang,
Dengan kembali kepada Tuhan. 

Saturday, September 3, 2022

Muktamar DPPM 2022

*Amanat Perasmian Muktamar DPPM 63*
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

1) Pemuda bukan setakat bertanggungjawab untuk bersiap untuk pilihanraya, tapi juga bersiap untuk mengisi kemenangan membawa negara kepada redha Allah. 

2) PAS perlu dilihat sebagai parti masa depan untuk Malaysia, dan pemuda adalah tunjangnya.

3) 'Bukanlah seorang pemuda bila disebut beginilah ayah kami, tapi pemuda kena berani menyatakan inilah kami'.

4) Pemuda kena melazimi ibadah. Arwah TGNA pernah tanya masa perjumpaan dengan pimpinan, siapa yang buat tahajud, yang amalkan baca Quran, puasa sunat dll. Arwah semak amalan, bukti amal ibadah ni perlu dilazimi penggerak PAS. 

 5) Makin teruk ujian, makin payah cabaran patutnya makin kuat melazimi ibadah, munajat kepada Allah. 

6) Negara bukan Islam mentadbir negara dengan konsep yang direka dengan akal semata², sebaliknya kita pulak ada Allah yang mengemukakan dasar bernegara melalui wahyu. 

7) Perlu selalu mintak tolong Allah, ikut panduan yang ditinggalkan para Nabi & alim ulama' untuk tunjukkan kita jalan dalam memimpin negara.

8) PAS akan sentiasa berdepan cabaran, kebencian, penentangan daripada yang lain, terutananya mereka yang membenci Islam. Itulah lumrah orang berjuang. 

9) Kecelaruan politik buat anak muda membenci & menjauhi politik. Dan bila anak muda tidak berminat dengan politik, proses demokrasi tidak berjalan dengan baik dan merugikan negara. 

10) Muafakat PAS bersama parti² lain adalah pilihan terbaik PAS menjaga negara daripada agenda musuh Islam. 

Sirru ala barakatillah. 
Moga Allah sentiasa bersama kita.

Monday, July 4, 2022

Count Your Blessing.

Bismillah walhamdulillah. 

Hidup adalah jalinan antara benda² yang kita suka dengan yang kita tak suka. 

Kena ingat, yang takde orang pun yang Allah beri semua benda dia suka - tapi sesetengah orang nampak gembira bahagia sebab dia syukur dengan apa dia suka, & sabar dengan apa yang dia tak suka.

Its an open secret yet many failed to do. 

Moga Allah bagi kita kekuatan untuk menghargai setiap yang kita suka, dan berlapang dada pada setiap yang kita tidak suka. 

Moga bermanfaat. 



Monday, June 13, 2022

Mindtalk.

Bismillah walhamdulillah. 

Lately aku rasa badan asyik penat. Lesu takde tenaga. Lepas maghrib gitu memang aku dah boleh tidur dah. 

Daripada satu segi, bagus jugak. Sebab bila tidur awal ni bangun pun akan jadi awal. 

Tapi tak bestnya pulak bila waktu orang dah bangun tu aku jadi macam lemau, sebab dah bangun lama. Tak fresh mana dah. 

Lagi satu, timing dengan family. 

Malam je lah tinggal masa nak duduk, bercakap, bergaduh, bermain, bersama family. 

So bila badan dah tak sedap, if aku tahan mata dia jadi moody. Rasa nak makan orang je jadinya. Tapi bila dah masuk tidur kang, terkejut tengah malam macam ni jadi pemerhati orang tidur je lah jadinya. 

Hmm. 

Entahlah. 

Harapnya betullah diorang duk sebut quality over quantity tu. So aku fight untuk dapatkan quality tu pulak sebab quantity tu nampak macam dah kalah je. 

Life ni bukan kau compare hidup kau dengan sapa-sapa, melainkan dengan diri kau sendiri. 

Its about me myself and I - 

Jadi takpelah, bahagialah dengan apa cara. Asalkan selalu dalam redha Dia. 

 

Tuesday, May 10, 2022

RAYA : Memberi Untuk Menerima

Bismillah walhamdulillah. 

Bila kita dah bekerjaya, dan ada dah duit sikit ni, kita akan perasan bahawa seronok memberi tu lebih dirasa berbanding seronoknya menerima. 

Saya selalu ingatkan diri sendiri, bukan setakat kanak² jugak kena dirai - orang tua pun ada hak untuk merasa dihargai. Sebenarnya bukan nilai sangat pun, cuma ingatan tu buat kita disayangi. 

Bila kita bagi duit kat orang dewasa ni. Kita bagi dia extra - untuk dia memberi semula. 

Itu kepuasan sebenar. 

Dia mungkin dah cukup belanja, dah ada allocate untuk sekian². Untuk anak² maybe diorang expect untuk terima daripada kita, tapi orang dewasa unexpected benda tu. 

Unexpected, spontaneous tu buat memori jadi lebih thrilled. 

Moga boleh bantu sedikit sebanyak, mungkin sekadar isi minyak, atau bayar tol. Atau dia boleh bagi semula kat orang lain yang lebih memerlukan. 

Yang penting kita dah dapat 'bahagian' kita, yang Allah dah janji.

Moga dipermudahkan urusan belaka, rezeki & umur yang diberkati insyaAllah. 

Tuesday, May 3, 2022

RAYA : Selamat Hurry Raya

Bismillah walhamdulillah. 

Setelah lama kita beriman dengan kalendar kuda yang decide bila kita raya setiap tahun (yang ikut kiraan hisab), kali ni Allah bagi kita raya awal pulak bila nampak anak bulan (ruqyah). 

Fuhh kelam kabut semua orang nak siapkan kelengkapan beraya. 

Sebenarnya inilah raya dalam memori kita pun, mak² berperang di dapur, ayah² sibuk bakar lemang, tukar langsir - dengan budak² seronok esoknya dah takyah puasa. 

Daripada selamat hari raya, ia bertukar jadi huru-hara kita 'selamatkan hari raya'. 

Di sebalik kemeriahan Syawal, jangan lupa isikan sama dengan kerinduan kita dengan Ramadan yang telah berlalu. 

Boleh jadi ia bakal Ramadan terakhir sebahagian kita. 

Moga Allah ampunkan dosa kesilapan kita. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 

Maafkan saya, doakan saya. 

Wednesday, April 6, 2022

KISAH SURAU TIDAK MESRA KANAK-KANAK

Bismillah walhamdulillah. 

Lama dah tak disini, ini pun tak bercadang nak bertandang ke mari cuma rasanya kalau letak di FB lebih mendatangkan banyak mudarat berbanding manfaat.

Ok bulan puasa pertama di fasa peralihan endemik, so masjid surau dah dibuka luas semula untuk tarawih. 

Dah 2022, semua orang masing² nak meraikan nak maju nak jadi lagi bagus, tapi malangnya ada lagi yang memilih nak kekal @$)#*"+*! menyusahkan orang. 

Saya bawak anak-anak solat sekali, dengan harapan biarlah hati diorang terikat di sini nanti - walaupun dah 2 tahun dipenjara budak² takleh masuk (tapi mall, restoran semua boleh huhu).

Masa isyak, memang rasa seronok. Sebab memang ramai anak² di saf belakang, memeriahkan surau - Alhamdulillah. Tapi ntah orang tua mana takde masa lepas gemilang, lepas solat pergi marah, lain kali takyah datang - katanya. 

Saya tak dengar clear sangat sebab ada jauh, tapi sipi-sipi macam tu lah. 

Hasilnya tarbiyah pakcik tua, separuh budak hilang. Samaada balik rumah, ataupun pergi main kat taman. Nak buat apa duduk masjid kalau kena marah. 

Saya kesian sebab budak² KAFA yang kenal anak saya tadi tu dah takde, maybe dia ajak anak saya join tapi saya tak bagi ke mana². Jadi macam tak syok la. 

Tapi Alhamdulillah bertahanlah jugak sampai 8, yang si adik dah boring sangat, daripada duk diam dia baling kopiah, kacau abang dia semayang. Saya takut kang pakcik tua tu muncul balik, baik saya bawak balik je lah anak-anak ni. Bukan takut dia marah sangat, cuma takut saya yang tak tahan sabar pergi marah dia balik. 

Geram. Rasa nak bawak pergi masjid UIA tengok macamana riuhnya dengan budak². Tapi orang tetap boleh solat, boleh mengaji, boleh baring dengan tenteram. 

Ini rumah Allah, bukan rumah kita. So tak boleh la nak suka² hati halau orang. .

Ingatkan situ je lah pengalaman buruk malan tu. Tapi rupanya ada lagi. 

Masa nak balik, ada pakcik (pakcik lagi, surau ni takde orang muda kot, sebab asyik kena sound je agaknya mana nak lekat) tengah atur kuih untuk moreh. 

Anak² dah excited nak, sebab daripada awal datang dia dah sebut nak makan kuih, makan bubur la apa la (pengaruh Upin Ipin). Saya bersangka baik, cakap la kat anak, gi lah ambik. Mintak dengan pakcik tu. 

Anak saya pergi ambik, pakcik sound. Ini makanan untuk orang sembahyang! Masa tu saya dah turun tangga nak ambik selipar. Tapi anak panggil, Abi Abi. Saya naik balik, saya cakap kenapa ni? Saya jeling, oo kuih. Ada la dalam 4-5 bijik sebekas. 

Dia ulang balik, orang tak habis solat lagi, mana boleh ambik? 

Saya dah panas. Saya cakap kat anak, takpalah pergilah hantar balik. Ini dia punya, bukan yang surau bukan duit orang derma. 

Sebenarnya saya boleh faham kalau dia cakap elok² kat anak, takleh ambik lagi sebab orang tengah witir. Tapi kali ni ambik je lah, bagi muka kat budak. 

Tapi dah nak buat macamana, dia memilih jadi keras. 

Sepanjang balik tu anak tanya, pakcik tu marah dia ke? Saya diam - saya pesan kat anak², dalam hidup ni kita kena bersedia nak bertemu dengan orang² yang jahil (tak tahu), dengan orang² yang jahat (tak baik). Tapi jangan sesekali kita jadi sama macam dia. 

Untuk AJK/petugas masjid, saya pun tak tahulah apa benda yang complicated sangat. Dengan budak ni, Nabi sendiri pun rai je. Akal dia bukan cukup lagi. Dengan budak² yang bising kat masjid, nak datang semata sebab nak makan ni lah akan ada imam, mufti, ulama' untuk bimbing kita masa depan nanti. 

Memang lumrah dia lah budak². Kita nak expect apa? Takkan nak expect dia bukak Quran mengulang hafalan pulak masa orang tengah sembahyang. 

Untuk ingatan saya sendiri masa depan jugak - jangan jadi orang tua yang bodoh. 

Friday, February 4, 2022

Cuti Raya Cina is JKC 2022

Bismillah walhamdulillah. 

1) Ada cuti panjang kali ni, jadi cepat² arrange cuti. Tips nak elak jammed, balik kampung awal, balik bandar semula lewat (atau awal jugak). Jammed highway ni lagi teruk daripada jammed jalan biasa, sebab kalau jalan biasa, at least kita tahu sebab dia samaada sebab traffic light, ada accident or tengah baiki jalan. Kalau highway, takde apa pun boleh jammed jugak - sebab kereta banyak sangat. 

2) Sebelum balik tu pun memang dah 'book' mak abah siap-siap hahaha. Sebab diorang busy. Jadi kita inform, bagitahu nak buat apa, nak gi mana. So kalau mak abah boleh ejas, kira boleh join sekali, Kalau tak, gi bawak adik-adik je lah. 

3) Awal-awal rasa macam down jugak sikit, sebab Angah sekeluarga ada masyaqqah pulak last minit (dia hok paling semangat), so dengan Acik sekali takleh balik. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Baik - akhirnya Angah Acik dang balik sama. 

4) Sampai rumah, terkunci pulak hahaha baru nak buat suprise sebab Mak dengan Uda ada persiapan program. Abang pulak gi ambik Anjang kat asrama. Malam tu Adik ajak anak-anak saudara habiskan bunga api dan main lilin. 

5) Pagi esok, Along dengan Alang sekeluarga, bawak Abang Anjang Adik gi mandi sungai. Niatnya nak makan pagi tapi nak buat macamana kita hanya merancang hahaha jadilah makan tengahari tepi sungai. Kemah kena sewa, Alang jadi imam sembahyang Jumaat masjid berdekatan. 

6) Balik petang tu kami main badminton, punyalah banyak stok raket kat rumah tak tahu mari duane. Uda pulak jual bola dia fuhh memang rasa macam stor sukan la jadinya. Icad bangga dah boleh bawak basikal Poksu hahaha. 

7) Malam tu ada persiapan ada program esok. Ada VIP nak turun. Mula-mula kita turun tempat lapah daging untuk kenduri, tapi dah ramai sangat orang. Gi kat tempat pacak bendera, takde orang lagi. Last sekali gi balora setup tempat. Tolong susun² kerusi. 

8) Esok program, datang dengar taujihad sikit, makan sikit kacau kacau. Hahahaha. Umi dengan Anjang tak jumpa kereta pulak dah. Lepas tu terus lacorr ke Dungun nak gi ambik Kakak, sementara tunggu gi main pantai, beli kepok lekor, dan discuss dengan partner branch. 

9) Bas kakak rosak tengah jalan huhu jadi sampai lagi lambat daripada jadual. Plan asal lepas ambik Kakak nak balik ikut Paka singgah rumah Cekde, tapi itulah nak buat guane. Malam tu cover dengan tengok Venom 2 dengan Uda Abang. 

10) Harini nak gi 'Sunway' Tranung katanya hahaha. Tapi gitulah, kalau bukan sebab bak buat anak-anak seronok rasanya tak gi jugak kot. Angah Acik join the show masa kat sini. Direct daripada KL.

11) Tempat ni boleh kata overstatement jugaklah. Claim patuh syariah tapi molek² ada hok puan pun mari mandi tempat laki hmm. Kolam hok puang kosong indoor je padahal. Masuk pun boleh tahan mahal, dewasa & kanak² sama harga. Tempat (macam pondok gitu) kena bayar lain. Dah kalau tak bayar takde port pulak nak bentang tikar apa benda la. 

12)  Ala balik singgah rumah Mokcik (adik Mak), fuhhh sedap molek mee sup Allahu. Mokcik bawak gi lawat kebun viral dia hahaha. Rumah Mokvcik ni makanan dok habis sokmo sebab anak menantu cucu dia duk dekat² jadi memang akan mari jalan sokmo. 

13) Malam tu Mak dah siap perap ayam, packing bekal makan untuk JKC esok. 

14) Bergerak daripada rumah, nak target di destinasi sebelum tengahari sebab nak pantai dia. Tapi macam biasa banyak drama pulak pagi² hahaha. Baju dalam kotak mask, tikar tertinggal aduh macam². 

15) Abah Mak gi ambik Ateh, so lengkaplah belaka 10 beradik. Alhamdulillah. 

16) Makanan lunch pulak lambat sampai huhu, tak tahu la apa cerita tukang masak sebab memang daripada gerak lagi dah bagitahu hmm. Ingatkan drama dah habis, rupanya pondok tempat duduk tu kena booking awal pulak dah hahaha. Dan dan je padahal tu tempat awam. Situ ada badut IT. 

17) Terus gerak homestay, takdelah besar mana tapi laman dia selesa. Dan paling penting ada pool sama. Setup nak bakar sate & BBQ.

18) Solat, buat resolusi sikit, terus aktiviti belah kek, makan-makan, sembang-sembang sampai tengah malam. Niat nak tengok movie terbantut sebab masing-masing dah penat. Sebab lupa bawak projektor pun ada jugak sebenarnya hahaha. 

19) Malam tu yang perempuan tidur dalam bilik, yang lelaki bergelimpangan kat ruang tamu. Ada peristiwa misteri berlaku malam tu tapi eloklah dirahsiakan bagi menjaga keharmonian kita huhu. 

20) Pagi esok makan lagi, mandi kolam lagi, dan siap² nak gi rumah Moksu pulak. Poksu nampak dah makin sihat Alhamdulillah. 

21) Daripada situ, Along terus balik sebab KL sebab Kaklong ada kerja nak submit takut esok takdan jammed teruk ke apa. Angah Ateh Acik gi Pantai Serandu dulu, Alang terus direct balik Besut, Uda dengan Abang follow tak muat kereta. Mak Abah Kakak Anjang pulak terus balik rumah. 

22) InsyaAllah, moga ada kesempatan lagi untuk next JKC pulak.

Ya Allah himpunkanlah kami semua nanti di syurgaMu sama. 

...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...