insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, September 21, 2022

Puteriku Sayang

Bismillah walhamdulillah.
 

Iman. 

Anak saya no 3 namanya Iman, Umi dia suka nama Iman, tapi sebab kalau ikutkan Iman ni nama lelaki, kami tambahkan Solehah di belakangnya untuk tunjukkan yang Iman yang ini perempuan. 😅

Iman sekarang dalam fasa nak tukar daripada pengasuh ke taska. Sebenarnya nak tunggu je sampai 4 tahun terus, pahtu hantar Pasti. Tapi sebab pengasuh dia ada kena jaga family dialisis jadi kena carilah taska jugaklah. 

Bagus je hantar taska ni, sebab dia boleh jadi fasa persediaan sebelum masa Pasti nanti. Kalau sebelum ni dengan pengasuh dia ada 3-5 kawan je, kat taska dia 9-12 kawan. So kenalah dengan Pasti nanti nak ada 17-20 kawan.

Tapi masalahnya Iman taknak gi taska. 

Taknak yang bukan taknak. Tapi taknak yang macam takut, trauma gitu. Biasa anak ni, bila nak gi taska tu baru dia mengamuk, menangis. Iman pulak, petang malam memang taknak gi taska. Kalau abang² usik dia, siap tarik rambut lagi punyalah dia marah taknak pergi. 

Bimbang jugak. Yelah sebelum ni anak kita lelaki, tak kisah sangat. Tapi bila perempuan ni rasa risau jugaklah. 

Tulis untuk ingatan masa depan, doakanlah jugak Iman kuat, dan jadi anak solehah secantik namanya. 

Terima kasih. 

Monday, September 12, 2022

Hilang.

Bismillah walhamdulillah. 

Ada waktu yang hati menghilang,
Kepala seakan terbang melayang. 

Segala yang diusaha tak datang,
Peluang yang ada dibiar terhidang. 

Jiwa bergolak perasaan berperang,
Hidup dirasa sangat malang. 

Maka segeralah mencari jalan pulang,
Dengan kembali kepada Tuhan. 

Saturday, September 3, 2022

Muktamar DPPM 2022

*Amanat Perasmian Muktamar DPPM 63*
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

1) Pemuda bukan setakat bertanggungjawab untuk bersiap untuk pilihanraya, tapi juga bersiap untuk mengisi kemenangan membawa negara kepada redha Allah. 

2) PAS perlu dilihat sebagai parti masa depan untuk Malaysia, dan pemuda adalah tunjangnya.

3) 'Bukanlah seorang pemuda bila disebut beginilah ayah kami, tapi pemuda kena berani menyatakan inilah kami'.

4) Pemuda kena melazimi ibadah. Arwah TGNA pernah tanya masa perjumpaan dengan pimpinan, siapa yang buat tahajud, yang amalkan baca Quran, puasa sunat dll. Arwah semak amalan, bukti amal ibadah ni perlu dilazimi penggerak PAS. 

 5) Makin teruk ujian, makin payah cabaran patutnya makin kuat melazimi ibadah, munajat kepada Allah. 

6) Negara bukan Islam mentadbir negara dengan konsep yang direka dengan akal semata², sebaliknya kita pulak ada Allah yang mengemukakan dasar bernegara melalui wahyu. 

7) Perlu selalu mintak tolong Allah, ikut panduan yang ditinggalkan para Nabi & alim ulama' untuk tunjukkan kita jalan dalam memimpin negara.

8) PAS akan sentiasa berdepan cabaran, kebencian, penentangan daripada yang lain, terutananya mereka yang membenci Islam. Itulah lumrah orang berjuang. 

9) Kecelaruan politik buat anak muda membenci & menjauhi politik. Dan bila anak muda tidak berminat dengan politik, proses demokrasi tidak berjalan dengan baik dan merugikan negara. 

10) Muafakat PAS bersama parti² lain adalah pilihan terbaik PAS menjaga negara daripada agenda musuh Islam. 

Sirru ala barakatillah. 
Moga Allah sentiasa bersama kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...