insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, December 2, 2023

Cerita Adik Beradik



1) Kita dua beradik, duduk rumah sebelah-sebelah. 

2) Dulu rapat sangat², boleh kata semua benda kita buat kita ajak dia.

3) Allah takdirkan belakang rumah kita ada harta karun. Orang luar pakat datang rumah kita. Labur sana sini. Jadi rumah kita lagi cepat membangun & maju. 

4) Tapi adik kita tak kaya mana. Hiduplah dia biasa-biasa. Bila lama-lama masing² dah ada hal sendiri, hubungan jadi renggang sikit. 

5) Sekali tu adik kita tolong sorang brader yang kena buang keluarga. Dia kesian tengok brader tu sehelai sepinggang, duduk bawah jambatan.  Makan tidur tak terjaga. 

6) Awal-awal penumpang ni bagus. Pagi-pagi tolong sapu rumah, siram pokok, bagi makan ayam. Maknanya macam tak sia-sialah adik kita ambik dia menumpang. 

6) Tapi bila dah lama-lama penumpang tu mula naik kepala. Dulu makan je lah apa ada sekarang dengar kata dah reti marah² kalau makan benda biasa. 

7) Dia pandai, sikit² dia buat hal. Adik kita pulak jenis baik. Tolak ansur punya pasal lama-lama dah macam penumpang kat rumah sendiri. Master bedroom pun dah dapat kat penumpang. 

8) Kita pulak bila dah kaya ni jadi tak sempat nak ambik tahu pasal adik sangat. Projek masuk banyak, bisnes pulak tak putus. 

9) Sekali tu kita dengar adik kita nak kena halau. Kalau tak keluar penumpang tadi nak pukul. Barulah kita sedar. Aih bahaya adik aku ni. 

10) Tapi baru je kita nak angkat suara jerkah budak penumpang rumah adik - bisnes partner kita tegur, jangan duk sibuk la pasal jiran tu nanti meniaga kita tak maju. 

11) Partner buat syarat, jangan campur atau dia taknak dah buat bisnes dengan kita. 

12) Rupanya penumpang jiran adik kita tu, anak saudara dengan bisnes partner kita. Patutlah dia ugut kita sangat. 

13) Kita dah jadi serba salah. 

14) Adik kita dah berdarah muka kena tumbuk tu, tapi partner dah remind jangan ambik port. 

15) Sebabkan kita risau nanti anak bini kita nak makan apa kalau duit dah tak masuk bulan² daripada partner?

16) Elok² kita duduk aman elok² boleh tengok movie, kang kalau kita gi tolong adik kita gocoh nanti silap² kita boleh cedera, patah tulang ke apa. 

17) Jadi kita pun biar je lah. Maslahah kononnya.

18) Nak sedapkan hati kita pun laungkanlah - solidariti untuk adikkku! 

Sekian.


Wednesday, November 22, 2023

Palestina Tercinta.

Bismillah walhamdulillah. 

1- Masuk kali ni dah banyak kali dah kita dengar saudara kita di sana diserang, dalam bentuk intidimasi (ugutan), penindasan, malah dicederakan dibunuh dibom dll. 

2- Daripada saya tak beranak lagi, sampailah sekarang saya dah ber-anak pun isu ini masih tidak selesai & terus berulang-ulang diceritakan. 

3- Dan ia tidak akan selesai sehinggalah Islam menang. 

4- Cumanya akan terus bersemangatkah kita menanti detik itu? Momentum yang terkumpul ini akan cukupkah dengan tempohnya yang tidak pasti bila?

5- Kalau tidak terus dibajai faham, tentu sekali perjuangan membela saudara kita di sana akan jadi hanya bermusim. Melambung setiap kali berombak, namun karam bila tidak beralun. 

6- Teruslah mendidik generasi anak-anak kita, kerana walau umur kita tidak panjang untuk melihat Palestina merdeka, biar mereka menjadi penyambungnya - dan moga ada titik² usaha kita diterima Allah sebagai jalan membantu agamaNya.  

7- Hasbunallah wa nikmal wakeel. 

Inzimhum ya Allah, wansurna alaihim. 



Sunday, October 8, 2023

Barang Payoh.

Antara benda yang saya sendiri tak suka pasal saya ialah bila saya 'kena' - samaada sukarela atau dipaksa, saya akan buat benda tu betul-betul. 

Saya taknak kalau setakat buat, cincai, asal ada dll. 

Kena buat molek, satunya sebab saya nak rasa puas hati & yang lagi utama dua, sebab orang tahu yang tu saya buat. Jadi nama baik saya terikat dengan outcome tu. 

Masalahnya pulak, bila saya disuruh 'manage' organisasi ni - saya paling rasa tak syok bila ada kena kawal 'orang'. 

Sebab bila kawal, bermakna ada masa yang kita kena menggunakan hardway @ bersikap keras bagi menjayakan misi organisasi. 

Dan tambah merumitkan bila keras, orang akan terasa, akan play victim, akan keras jugak dengan saya. 

Daripada elok² berkawan molek, tiba-tiba dah jadi renggang. Tak ke tak sedap? 

Sebab tu kalau boleh, saya taknak jadi apa-apa yang kita kena manage orang ni. Payah & complicated. Stress woo. 

Itu je lah, sekiannn. 

Sekadar random rant, moga ada manfaat. 🙏🏼
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...