insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Tuesday, February 23, 2010

MUSAFIR vs MAT DESPATCH


Acapkali tertangkap pada gegendang telinga, Muslim hari ini bukan sedikit ilmu agama di dada mereka, bukan sedikit ayat Quran, hadis yang berlegar di kepala, namun diri mereka sebenarnya masih jahil. Pada pandangan Allah, bukan sebanyak mana titis ilmu yang kau berjaya miliki, tapi sebanyak mana yang berupaya kau amalkan~

Analogi mudah untuk proses penghadaman akal, seorang musafir yang tersesat di tengah hiruk pikuk kota, keliru dengan jalan mana yang harus dipilih, simpang mana yang harus ditentukan, signboard mana yang harus dijadikan panduan. Dan seorang musafir itu menjadi resak, sesak dadanya, gelisah pemikirannya. Kemana aku selepas ini?Siapa yang patut ku bertanya? Dibezakan pula kepada peon si penghantar surat di pejabat berpusat di ibu kota. Juga berhadapan dengan situasi yang sama dengan si musafir, tapi peon tidak gelisah, jauh sekali gundah gulana. Segala simpang, short-cut, traffic light terlukis di minda.

Berbalik kepada kehidupan kita, kita lah sebenarnya si musafir yang terpanar dek laluan yang berjuta. Kita lah si musafir, yang keliru simpang hidup mana yang harus dipilih pada bumi Allah ini. Kita jugalah musafir yang tidak tahu mahu bertanya siapa, ini di mana itu kemana. Musafir yang resah hatinya, kerna tidak menafsirkan jalan yang mana harus dilangkahi. Dan redha Allah lah destinasi kita. Berupayakah kita mendamba cinta Allah di sebalik kesesatan ini?

Musafir itu tahu, jalan ini tidak akan membawanya ke destinasi pilihan, namun degilnya mengatasi segala. Alpanya kita pabila sengaja mencari murka Allah dengan tidak menunaikan haknya, penyempurnaan solat, dari sudut kuantiti dan kualitinya, berbuat baik sesama manusia etc. Dan walaupun kita tahu, yang itu bukan jalan yang membawa kita kepada Allah, tuntutan nafsu menguasai jiwa, ego seorang hamba yang tidak membawa kemana, kita tetap tidak BERUBAH. Masih hidup dalam dunia rekaan sendiri, bertuhankan nafsu.

Lalu, seorang kita tidak langsung berfikir, bila harus dia berubah, sekurangnya berhenti bertanya, mereka yang ma’ruf, kemana jalan ini akan membawanya. Lucunya, kehidupan yang penuh GEMBIRA, dia merasa PUAS, dan sedikit pun tidak terlintas, yang inilah PENGUJIAN Allah buatnya, sekaligus untuk menambah kesesatan. “ Aku tak solat pun, tapi tetap dapat apa yang aku nak.” Dan seorang kita, langsung tidak pernah berubah. Astaghfirullah~

Tuesday, February 16, 2010

Student Exchange~

Bismillah walhamdulilah~

Diasak dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan menjadi rencah utama rating malas dalam diri naik secara mendadak. Menyebabkan izzatghazali.blogspot kesunyian dari sebarang posting baru. Banyak artikel yang ditulis pada hakikatnya, namun rasional akal tidak memberikan approval yang ditunggu bagi untuk mem’proceed’kan progress. Bimbang sensitiviti waqi’ tidak betah menerimanya.

Alhamdulillah~ sahabat2 serumpun daripada Indonesia, sudah selamat berpijak dan melangkah di bumi Malaysia. Dan sudah 2 minggu juga mereka bermastautin di sini. Koleksi acara yang dirancang bagai nak menangis, rangkaian program yang tersedia untuk dilaksanakan menjadi tema mimpi aku semenjak 2 minggu lalu. Semoga semua Program Manager dan exOfficio memainkan peranan masing2 dlm menjelmakan prasarana yang baik untuk dipersembahkan kepada sahahabat2 baru aku secara keseluruhannya.

Menyambut kedatangan mereka bukanlah sepertimana permulaan yang aku harapkan. Berlaku banyak ‘misscommunicated’ yang menyaksikan aku tersentak sekaligus membuatku tersedar kembali. Tak semua yang dirancang bakal jadi kenyataan kan? Dan sekalung penghargaan buat Avin atas inisiatifnya. Sangat terasa kerdil di kala itu mengangkatku menginsafi Allah lah Perancang segalanya. Dan rancangan Allah akan selalu terjadi.

Welcoming ceremony. Impak yang ku harapkan besar kali ini masih belum juga menjelma kali ini. Event yang bukan berlaku setiap hari ini sepatutnya disambut meriah oleh kami, namun ujian Allah bertandang lagi. Muka kembali merona merah pabila tidak ada wakil pun daripada kami mengalu-alukan kedatangan mereka. Sekilas kupandang ke wajah dosen (pensyarah) mereka, ternyat aura kurang senang terpercik di wajah. Hasilnya, lecturer yang datang jauh lebih ramai daripada exco Lawsoc yang hadir.(Thankx utk kak yang, kak ngah n adik mmg xyah attend class pun, xd test,n mmg dpt elaun pun ble dtg prog 2 (T_T)

Third prog, ya Allah, hatiku sarat dengan harapan agar pisang janganlah berbuah lansung kali ini. Mintak2 anggur yang dapat. Mengambil iktibar daripada sejarah, ku temui Husna+Adib+Azie+Aina sendirian. Menelesuri setiap detail daripada apa yang bakal berlaku, modul untuk Session with LawSoc ini satu demi satu. Dan Alhamdulillah, selain daripada komitmen daripada pihak kami, yang datang n pergi sesedap rasa, segalanya berjalan lancar.

[ and now I stop writing, I don’t think my mind can contol my emotion well ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...