insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, March 29, 2010

Hadirnya sebagai peingatan~

Bismillah walhamdulillah~

Mood malam ini tidak terlalu mengizinkan untuk menelaah pelajaran seperti sebelumnya. Keletihan memerah idea sewaktu exam Consti tadi dipadamkan sepenuhnya oleh berita pemergian seorang sahabat, yang sama2 menuntut di bumi UIA ini sejak dari matrikulasi lagi malam tadi. Sebak hati ini sangat terasa, menggoncangkan sebatang tubuh ini daripada terus terlupa. Dan, Allah mengingatkan kami kembali, bahawa kematian itu akan datang bila2 masa, tanpa mengira sama ada kita bersedia atau tidak.

Terjelma di ruangan mata, satu demi satu, memori sepanjang perkenalan izzatghazali dengan arwah. Beliau adalah seorang yang sangat menyenangkan, membawa gelaran Deen Haq di facebook sudah jelas menggambarkan fikrah pegangan beliau. Tuturkata yang terngiang, peringatan yang dihadiahkan, akan kekal terenap dalam lipatan hati ini. Kehadiran sahabat2 UIA jelas satu simbolik kami merasai kehilangan beliau, berkongsi sebuah kesedihan.

Dan kematian itulah hadir sebagai peringatan kepada kita, kematian yang memutuskan segala jenis ikatan, kematian yang menutup segenap pintu cita2, berakhir sebuah impian, harapan seorang mati apabila dibatasi dengan sebuah kematian. Dan mati itu digambarkan sebagai permulaan kepada sebuah alam yang baru, yang abadi, mengejutkan kita dari lena alam dunia, bangkit memegang janji dan ambisi alam dunia.

Beruntunglah buat mereka yang menerima ini sebagai iktibar, insaf dengan ketentuan, momentum untuk kembali mengumpul kekuatan, mencari bekal dalam perjalanan mencari redhaNya. Semua kita akan mengalami saat itu, PASTI, cuma beliau pergi dulu dan kita masih terkial2 menanti masa dipanggil tanpa kita benar2 mengambil kesempatan ini utk bersedia sebaiknya. Terkadang, TAHU kita tak langsung menggerakkan jasad melaksanakannya. Semudah contoh ; tahu akan mati tapi tetap tak solat.

Tuntasnya, sekalian pembaca, Allah memberikan ketetapan MATI itu ada sebabnya, dan semua kita mengetahui dan memahaminya. Mengapa kematian itu dirahsiakan juga menjadikan persoalan yang bukan lagi rahsia. Tapi, sahabat, sejauhmana kita redha dgn ketetapan, dan bersedia menanti panggilan untuk kesana. Semoga kematian sahabat ku ini menjadi sebuah PERINGATAN terbaik untuk diriku dan dirimu yang sering terlupa.

Tribute untuk sahabatku ; Firdaus Ismail, al-Fatihah~

Sunday, March 28, 2010

Letih yang hanya difahami TUHAN~

YaALLAH~

Ku buka naskhah posting kali ini, dgn kuntuman doa agar aku selalu diberikan kekuatan dalam menghadapi jerih onak sepanjang perjuangan, selawat dan salam untuk Rasul junjungan, dan dengan namaMu yaALLAH, aku mengatur sebuah penulisan.

Dan bila hati ini mula dipandu sendiri, akal seakan tak berdaya menafikannya lagi, betapa aku tidak berupaya. Di saat ini, sekilas keinsafan terlakar di awangan mata, benarlah ALLAH adalah segalanya. Bila mana aku menyedari diri ini diselubungi kecewa, yang sebenarnya dipendam sekian lama, dan saat ini adalah batasannya, aku mula terpana. Bila mana aku faham dan mula percaya yang segala usaha selama ini seakan sia-sia, aku jadi lemah tak berdaya.

Keletihan yang kurasai ini, padaku tidak difahami sesiapa. Bila nilaian mata seorang manusia lebih berguna, lidah menjadi kelu, kata yang menetak hujah, senyum di bibir kian punah. Kejamnya sekujur jasad sulaman roh itu, bila tubuhnya tidak lagi dibatasi secerdik akal. Hanya ALLAH yang memahami, betapa aku kehancuran hati, menyaksikan betapa apa yang kudamba, kian meminggir jauh. Dan sedaya mungkin, aku bangkit dari kejatuhan tekanan ini, bingkas mengejarnya semula, lalu sungguh, ia mula menghilang dari sebuah pandangan.

Dan ternyata remuk sebuah hati ini tak ternafi lagi, bila ku hayati, segalanya seakan tidak bermakna. Menanti sebuah keajaiban, dan janji ALLAH yang diyakini, ini sekadar sebuah ujian, yang hadir, pergi dan akan datang kembali, sunnah sebuah perjuangan, adat dalam kehidupan~

Tiada siapa yang memahami keLETIHan ini, kerna ia hanya diFAHAMi Tuhan~

Saturday, March 20, 2010

Frekuensi exam mula bergentar secara tetap~

Bismillahi walhamdulillah~

Sudah agak lama rasanya tarian jejari x terjelma, berikutan badai komitmen yang acapkali menyesah. Tapi tetap tidak mampu menafikan betapa wujud elemen malas yang menjadi tunjang izzatghazali.blogspot x di’update’ selalu. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ku, untuk sekurang2nya berkongsi sesuatu kepada kalian seiring dengan pertambahan kuantiti masa ini.

Nk tuka mood dlu ea? ;p

Exam!! Exam!! Exam!! Cuak kn ble dgar exam? Iskh~ penanda aras sebnyak mana kita da blaja pd pandangan sistem~ hehe ;p Exam maknanya da dekat bile ;

-episod panjang kelas sudah berakhir, tidak menjadi persoalan sama ada ditutup dengan penuh dramatic (ada kenduri), melankolik (nangis), atau tragis (ponteng kelas last) sekalipun, yang sudah berakhir takkan kembali. Revision period bermula menandakan kelas sudah berakhir, sekaligus menjadi aras pemula, perjuangan meng’upload’ ilmu dalam otak bermula.

-saf pengajar mula sudah tidak kelihatan di area2 biasa. Kalau timing biasa, dalam café (beratur belakang lecturer nk bayar makanan), dalam kiosk (student beli makanan ringan b4 masuk lecturer hall, nmpk lecturer nga beli topup), dan lain2 tempat lagi, tapi bila da ad timing exam, lecturer yang bagus, akan buat kelas2 revision, lepak kat bilik tunggu student consult, sanggup layan student mesej ; reply kt student bile student x faham (siap ada yang call back lagi) and lecturer yang err.. xberapa bagus akan hilang secara tiba2 and student akan jumpa dia blek kt dewan exam.

-nk masuk library da xyah gune matric card da. Pertambahan bilangan pemastautin di library akan meningkat secara mendadak. Kalau dulu, lengangnya library sampai budak2 couple buat jd port date, tapi bile exam da menjengah je, kne berebut r dating awal, if lambat, duduk j lah atas tikar, piknik kt library 2. Terkadang, ramainya org kt library 2 sampai, suasana jadi riuh sgt, librarian pon sampai letih da nk ckp ; “please silent,the others are studying”, the others pon menambahkan irama bisnig gak, pe cer kak? Tapi, ketahuilah, bukan bising pasal, hiburan (Amar mtk maaf ;p), sukan (ranjau menanti Barcelona), politik (Zahrain ckp Anwar tipu dia) or gosip2 murahan jual kt uptown. Kita bising terpelajar kan? Tanya psl apa ratio case, whether the defence can be applicable or not, the scope of had punishment.

-encik makcik pemilik kedai potostat bley dapat untung berlipat ganda smp siap bley bwt 2nd honeymoon, trip ke Langkasuka ag. Time dekat2 nk exam ni lah, student akan bkak file, check complete k tak lecturer note dalam bank simpanan diorang 2. And if xcukup, mula beramai2 bwt lawatan kt photocopy centre, carik mana yang kurang. Bila sampai saat mcm ni, duit sudah x menjadi perkiraan, da jadi immune bile harga da xsama mcm hari biasa. Encik macik owner centre 2 pon siap tambah pekerja baru ag, punya lah x mnag sgt tangan layan budak2.

-prog2 persatuan da mula surut. Haaa, ni menarik, kalau zaman sebelum exam, kempen marilah kita bermetim akan dijana dengan ckup hbat skali, rentetan prog2 yg kdangkala committee pon ntah apa2 dilancarkan dgn masyhur, and bumi seakan2 terlangkup, bile exam da nmpak muke, prog2 jd siap, metim dgn exco, akan menjadi date dgn note, consult dgn deputy dean jadi sesi interview bdak dpt highest, and len2.

By fulfilling all the elements stated above, we can say that ‘EXAM DA DEKAT’!!!

And seorang aku lantas mengingatkan teman2nya, (hati dan telinga saya lebih dkat untuk turut dijadikan peringatan utk diri sendiri), alangkah berdebarnya kita, tatkala menanti exam ciptaan manusia ini, betapa hebatnya kita bersedia sebelum bertarung dgn exam di dunia ini, tapi sering kita terlupa, exam ini mungkin sangat kecil sekali,pabila dijadikan pembandingan dengan exam ALLAH ; hisab~

[failed exam di dunia, ley apply 4 recheck, or worst, masih ley repeat kn? Tp, bley failed exam Allah, ley k nk re-sit blek, mtk trun kt dunia smula?] berfikir sejenak lebih baik dr amal tanpa berfikir 100 tahun~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...