insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, March 29, 2010

Hadirnya sebagai peingatan~

Bismillah walhamdulillah~

Mood malam ini tidak terlalu mengizinkan untuk menelaah pelajaran seperti sebelumnya. Keletihan memerah idea sewaktu exam Consti tadi dipadamkan sepenuhnya oleh berita pemergian seorang sahabat, yang sama2 menuntut di bumi UIA ini sejak dari matrikulasi lagi malam tadi. Sebak hati ini sangat terasa, menggoncangkan sebatang tubuh ini daripada terus terlupa. Dan, Allah mengingatkan kami kembali, bahawa kematian itu akan datang bila2 masa, tanpa mengira sama ada kita bersedia atau tidak.

Terjelma di ruangan mata, satu demi satu, memori sepanjang perkenalan izzatghazali dengan arwah. Beliau adalah seorang yang sangat menyenangkan, membawa gelaran Deen Haq di facebook sudah jelas menggambarkan fikrah pegangan beliau. Tuturkata yang terngiang, peringatan yang dihadiahkan, akan kekal terenap dalam lipatan hati ini. Kehadiran sahabat2 UIA jelas satu simbolik kami merasai kehilangan beliau, berkongsi sebuah kesedihan.

Dan kematian itulah hadir sebagai peringatan kepada kita, kematian yang memutuskan segala jenis ikatan, kematian yang menutup segenap pintu cita2, berakhir sebuah impian, harapan seorang mati apabila dibatasi dengan sebuah kematian. Dan mati itu digambarkan sebagai permulaan kepada sebuah alam yang baru, yang abadi, mengejutkan kita dari lena alam dunia, bangkit memegang janji dan ambisi alam dunia.

Beruntunglah buat mereka yang menerima ini sebagai iktibar, insaf dengan ketentuan, momentum untuk kembali mengumpul kekuatan, mencari bekal dalam perjalanan mencari redhaNya. Semua kita akan mengalami saat itu, PASTI, cuma beliau pergi dulu dan kita masih terkial2 menanti masa dipanggil tanpa kita benar2 mengambil kesempatan ini utk bersedia sebaiknya. Terkadang, TAHU kita tak langsung menggerakkan jasad melaksanakannya. Semudah contoh ; tahu akan mati tapi tetap tak solat.

Tuntasnya, sekalian pembaca, Allah memberikan ketetapan MATI itu ada sebabnya, dan semua kita mengetahui dan memahaminya. Mengapa kematian itu dirahsiakan juga menjadikan persoalan yang bukan lagi rahsia. Tapi, sahabat, sejauhmana kita redha dgn ketetapan, dan bersedia menanti panggilan untuk kesana. Semoga kematian sahabat ku ini menjadi sebuah PERINGATAN terbaik untuk diriku dan dirimu yang sering terlupa.

Tribute untuk sahabatku ; Firdaus Ismail, al-Fatihah~

1 comment:

incek.loyer said...

Ya ALLAH tempatkanlha dia di tempat yg mulia~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...