Perasaan dalam hati ni, perangai dia sebijik macam cuaca. Bila pagi ni matahari bersinar dengan cemerlang, tak semestinya kita boleh expect kecemerlangan dia akan kekal sampai ke maghrib. Bila dah parking kereta tengah hujan dgn nawaitu nak basuh, boleh pulak matahari boleh keluar tiba2. Atas situasi seperti inilah pepatah 'kuharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari' tercipta. Ia tidak dicapai akal, untuk dijangka.
Tiap2 orang memiliki satu perasaan, semua sama, tapi nisbah bilangan perasaan yang harus dijaga oleh setiap orang adalah berbeza, dan ini menjadi perbezaaan antara kita. Kendatipun, hampir kesemua manusia lebih cenderung untuk mengutamakan perasaan sendiri berbanding memikirkan kondisi perasaan orang lain.
Hidup memang banyak masalah. dan keadaan perasaan akan bertitik-tolak kepada kepayahan masalah yang kita hadapi. disebabkan deduksi manusia lebih gemar untuk fikir apa-yang-orang-lain-patut-rasa pada kita andai dibandingkan dengan fikir apa-yang-diorang-rasa-sebenarnya dengan tindakan2 kita, hubungan antara manusia, yang sama2 memiliki perasaan yang pada asasnya sama, mengalami kegawatan.
Acapkali, tindakan kita, memberi masalah kepada orang lain. sekaligus mencederakan perasaan mereka. wujud juga situasi di mana demi memelihara perasaan sendiri, manusia menjahanamkan perasaan orang. dan kitaran perasaan ini terus menyubur mekar dengan kemunculan dendam. lagi dan lagi, situasi yang sama akan berulang.
hari ini kita menjadi punca perasaan orang menjadi sayu, mungkin esok perasaan kita bakal hiba. tidak puas hati, lusa kita bakal jadi punca perasaan orang hancur. hidup bersama dengan sekumpulan ramai manusia dipanggil masyarakat, yang turut sama memiliki perasaan-tidak-terjangka sebagaimana kita ini, normalnya tidak mudah.
pernah terfikir-kah anda, untuk menjadi mata pisau yang menjadi pemutus kepada rantaian bala ini? kita menghadapi masalah disebabkan manusia, dan dalam yang sama, memberikan masalah kepada manusia. interaksi dua hala ini boleh gugur seandainya terma toleransi, berperikemanusiaan, kemaafan, ditebus-guna kembali. sebab, berbanding dijadikan amalan, kita lebih ralit dalam ratibnya diawangan.
ayuh! mari turut sama fikirkan perasaan orang! :)
ayuh! mari turut sama fikirkan perasaan orang! :)
2 comments:
hahhaa..
ayat anda...
sangat berupa cendiakawan negara..
..
nice ! :)
uik?
ayat macam mesir purba camni pun boleh kira cendiakawan ke cik lia?
..
x pandai berpuisi cam cik lia :(
Post a Comment