insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Wednesday, December 13, 2017

Penjara untuk yang Beriman

Bismillah walhamdulillah.


Kalau ikutkan hati, rasa tak sabar-sabar pulak nak tinggalkan dunia yang penuh pancaroba ni. Tapi mengenangkan dosa menggunung tinggi, dengan amalan yang tak seberapa, hutang-hutang yang masih bertimbun - Allahurabbi.

Menjadi seorang yang kekal teguh dengan apa yang betul, dalam keadaan yang lain mula meninggalkan kepercayaan yang sama atas nama keringanan, keperluan, desakan hidup dan lain-lain - membuatkan kita jadi ghuraba' akhir zaman. Yang sudahnya berhempas pulas, hanya untuk meneruskan hidup.

Ia sebuah penjara, kerana wujudnya peraturan yang ketat, dan rutin yang mencengkam. Lengkap dengan pengawasan warden yang tegas, persekitaran yang menguji. Hidup dengan selesa merupakan sesuatu yang diimpi.

Kerana ia sebuah penjara.

Dan kebebasan sebenar nanti adalah bila mana - kita melangkah ke syurga. insyaAllah, kita jumpa di sana! Dunia yang dirasa kebebasan sebenar, tidak langsung berharga sekalipun sebelah sayap nyamuk. 

Tabahlah sekalian para jiwa yang dipenjara, kerana penantian ini bakal berakhir : sudah tidak lama lagi! insyaAllah.

Wednesday, December 6, 2017

Hidup Bersusah Payah

Bismillah walhamdulillah.

Allah bagi kau susah hari ini,
Sebab Dia nak suruh kau beringat, apa yang kau rasa hari ini, saat kau senang nanti.

Jadi, barulah syukur tu bernilai.
Dan senang kau tu bermanfaat.

Ingat tu!

- Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Wednesday, November 1, 2017

Kenyangkah Makan Kawan?

Bismillah walhamdulillah.

Makanan adalah keperluan untuk hidup. Mungkin tidak sepenting air, tanpa makanan manusia hanya boleh bertahan sekitar 1-2 minggu sebelum organ dalaman gagal berfungsi seoptimumnya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Disebabkan itu, Islam membenarkan manusia untuk makan apa yang sebenarnya tidak halal bagi penganutnya - dalam keadaan darurat - kerana menjaga nyawa adalah salah satu daripada maqasid syariah. 



Bagaimanapun, kebenaran untuk makan manusia lain adalah tidak termasuk dalam makanan yang dibenarkan meskipun keadaan darurat. Malangnya makan manusia lain seakan sudah menjadi norma yang sebati dengan kebiasaan kebanyakan kita. Disebabkan jurang dengan orang luar circle, tidak berada dalam capaian pemangsa, makan kawan adalah lebih mudah kerana kebanyakan kita off guard dalam keadaan kita selesa dengan persekitaran kita. 

Masalah kepada extrovert macam aku ialah mudah rasa selesa dengan orang. Dan disebabkan keselesaan itu, kita treat kawan yang baru kenal 1 minggu macam kawan yang dah kita kenal 1 tahun. Kesannya, kelompok pemakan kawan ini akan menyasarkan golongan yang easy-go sebegini untuk melunaskan nafsunya makan kawan. Berbeza dengan khalayak introvert : pemangsa nak cecah degree kawan tu pun boleh cecah tahun. Compare dengan extrovert yang lebih exposed (sebab nak sebarkan pengaruh, tambah lingkungan kenalan), introvert lebih sheltered.

Persoalan terbesar adalah - kenyang sangat ke makan kawan ni? 


Izzat Ghazali.
puyuh masak lemak. 

2/11/17 10.19am
Perpustakaan Awam Negeri Perak
Jalan Raja DiHilir. 

Friday, October 20, 2017

Karnival Usahawan Desa (KUD 2017)

Bismillah walhamdulillah.

Saat cerita ini ditulis, aku baru sahaja pulang daripada KUD'17 @ PWTC - sebab mak aku ada bukak booth kat sana. Semenjak umur aku 14 tahun, yakni 14 tahun lepas : aku dah belajar terima hakikat yang mak abah aku dah 'bekerja sendiri', terma yang aku mula-mula dengar zaman nak kena isi borang pinjaman buku teks dulu-dulu yang pada akal budak aku bermaksud mak ayah diorang takde kerja, so kadang-kadang ambil upah mesin rumput, atau buat nasik lemak hantar ke kedai-kedai. Dan qadar Allah menetapkan - mak & abah dah termasuk dalam klik 'bekerja sendiri'.

Aku adalah orang yang antara yang terkesan, kalaupun bukan yang paling - pada perubahan sosio-ekonomi keluarga. Bila mana abah antara kakitangan yang diberhentikan dek kerana kegagalan syarikat meneroka sumber bahan mentah baru. Berada di sektor pembalakan sebuah negeri yang rata-rata dihantui dengan operasi haram yang segelintirnya dipayungi pihak berwajib, lebih membuatkan suratan ini semakin tidak dapat dielak. Namun, apalah sangat budak umur 14 tahun faham pasal semua benda ni. Kan?

Bila abah berhenti, dengan sedikit pampasan dan duit simpanan - mak abah setup satu business bakery. Mula-mula bermula dengan kek, kemudian bertambah dengan roti, coklat dan terkini produk frozen. Dan sejak daripada hari itu, dimensi usahawan mula terasa dekat dengan diri. Mak abah rajin join program latihan, kursus, seminar dan segala macam mak nenek lagi anjuran Mara, Jabatan Pertanian, Ketengah, dan macam-macam lagi. Dan secara tidak langsung, bila ada je program-program yang kebetulan kena dengan timing sekolah cuti, mesti aku kena pergi. Jadinya, kefahaman usahawan tu dah diasak semenjak awal remaja lagi dalam diri.

Bukan setakat tu je, bila dah join usahawan ni. Part paling syok ialah pergi meniaga di karnival, ekspo, yang di-initiate bagi membantu para usahawan mengenengahkan, mempromosi, memasarkan produk-produk mereka. Usahawan juga tentunya akan mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jaringan mereka bagi meneroka kerjasama baru yang memberikan manfaat yang lebih bagi mereka. Ia juga membuka peluang kepada para peruncit untuk memilih dan menilai bahan untuk didagangkan di premis mereka. 

Berada dalam kelompok ini, aku sangat yakin, andainya pihak berwajib betul-betul memainkan peranan, kita tidak lagi perlukan produk import dalam memenuhi keperluan penduduk. Contoh mudah, industri bantal. Tidak kurang ada 5 usahawan yang mengusahakan pembuatan bantal, yang secara relatif menawarkan harga lebih murah (kerana mereka tanam pokok kekabu sendiri, dan jahit bantal sendiri), bahan mentah neutral dan dengan kualiti barang yang tidak dapat disamakan dengan bantal buatan kilang sebagaimana pasaran sekarang. Tapi - bila ditanya : bisnes mereka yang prospeknya melangit hanya cukup-cukup untuk tanggung mereka sekeluarga makan. Itu belum cerita lagi, perihal makanan seperti sos, kicap.

Harapnya, pengajuran KUD saban tahun ini, bukanlah sekadar smoke screen, kononnya pihak berwajib sudah membuat sesuatu bagi menghulurkan tangan buat sekalian para usahawan. Buat hati yang mencemuh, ketahuilah padang ini tidak sama rata. Dengan bantuan geran bernilai jutaan, kuasa pasaran, tender kerajaan kepada produk-produk kilang yang kebanyakan daripada luar - cuba bayangkan ; macamana usahawan boleh masuk mencelah?

Moga Allah redhai.


Izzat Ghazali
anak usahawan desa. 

1.54 am
21/10/17
office NAIZ

Thursday, October 19, 2017

Menulis. Biar Jadi Kebiasaan.

Bismillah walhamdulillah.

Aku rasa hampir separuh tahun jugak aku tinggal menulis ni. Sebenarnya bukan tiada apa untuk dikongsi, tapi sebabkan faktor aku dah tua, dan dunia blogger ni dah tak up macam tu. Nak cerita semua perkara dekat Facebook kang lagi disalahertikan sebagai show-off pulak. So akhirnya : tersimpanlah ilham nak menulis tu dalam hati, dan terbenamlah selamanya. 

Bila kadang-kadang aku boring, aku scroll back balik apa yang dah aku tulis kat blog. Dan ia sedikit sebanyak membawa aku kembali ke saat bila mana sesebuah cerita ditulis. Jadinya ia memberikan pengajaran jugak kepada aku, kalaupun bukan pada orang lain - dengan revisited back apa yang dah aku nukilkan kat sini. Kenapa bukan di Facebook, medsos yang kononnya paling up sekarang? sebab Facebook di too mainstream. Semua orang ada kat sana, dan secara pukul rata, majoriti beranggapan dalam dunia hari ini - siapa yang tak wujud kat alam Facebook tu macam dia tak wujud dah kat alam nyata.

Apa yang aku cerita kat Facebook 5 tahun lepas, lebih banyak ditapis, sebab ada mata yang memerhati, ada akal yang membaca, dan ada hati yang mungkin dirasa atas penulisan aku. Yang sebenarnya bukanlah asbab kenapa penceritaan di Facebook. Entahlah. Aku tak tahu pasal apa yang orang lain rasa, tapi bagi aku - kat Facebook ni tempat untuk aku huha huha, get in touch dengan kawan-kawan, dan letakkan apa yang aku nak ingat dalam tempoh mendatang.

Berbeza dengan blog, aku kebanyakan menulis untuk meluahkan sebuah rasa. Yang kadangkala boleh jadi sebab aku bengang dengan someone / something, atau aku tengah rasa sedih, ataupun tengah marah. Jadi the feeling is there. Dalam keadaan aku sedar yang hampir tak ada orang yang baca, so itu bagus. Biar ia jadi bahan bacaan - untuk masa mendatang. 

Cumanya, yang menjadi halangan ialah, kerajinan menulis. Kerjaya guaman ni memang menuntut baca dan tulis yang tak berkesudahan. Dan kononnya untuk release - jangan buat dah apa yang kita dah buat selalu. Kalau kau dah kerja nelayan, takkanlah kau nak redakan tekanan dengan pergi mengail ye dak? Tapi itulah, aku rasa terapi terbaik bagi introvert macam aku - ialah dengan berinteraksi, baik dengan mulut atau dengan tangan. Susahnya luah dengan mulut, ia laju dan kau tak boleh trace back apa mende yang dah terluncur. So jadi masalah lain lagi.  

Dah. Doakan semoga kehidupan aku berjalan tenang. Dengan keluarga, kerjaya, kawan-kawan, perjuangan, dan lain-lain. 

---

Bismillah untuk sebuah rebound. 
insyaAllah.  

Wednesday, March 29, 2017

Peringkat Seterusnya

Bismillah walhamdulillah.
Dengan nama Allah dan segala puji bagiMu ya Allah.




Menjadi dewasa bermakna kau kena bersedia untuk buat satu keputusan, yang mana impak keputusan tu akan turut sama menjejaskan mereka yang berada di bawah tanggungan kau. Berbeza dengan menjadi remaja, keputusan kita walau bagaimana bodoh sekalipun tetap ada orang yang kau boleh jadikan benteng untuk backup kau, which is in most situation : mak ayah. Dan lagi berbeza dengan jadi kanak-kanak yang kau tak perlu nak decide satu apa pun, even esok nak pakai baju warna apa.

Dan kerana tanggungjawab menjadi dewasa ni tandanya kau evolving daripada satu tahap kepada tahap yang lain - dan tentunya tidak boleh dielakkan (kecualilah kematian) - fasa penerimaan kau terhadap sesuatu kenyataan pun mungkin berubah sementelah perspektif yang terpampang depan mata kau belum pasti sama dengan apa yang kau lihat dulu. Dan kerana itu, kita yang akan datang mungkin akan marah kita yang hari ini atas kenaifan kita menilai sesuatu dan menyebabkan kita yang akan datang menerima kesannya.

Dan inilah peringkat seterusnya dalam hidup, untuk buat kau terus melangkah. Bilamana berada di tempat yang sama, sudah tidak memadai dengan bertambahnya usia kau, bertambahnya keperluan kau.




Aku menulis hari ini, sebagai peringatan untuk aku yang akan datang - bahawa aku sedar dan memahami risiko besar yang diperjudi sementelah langkahan ini dihayun, lompatan ini dilonjak. Akan sampai kepada tempat yang sama, atau tempat yang lebih baik, atau jatuh terus. Dan biarlah. Takdir ni datang daripada perkataan 'qadar : keupayaan/kemampuan. Buatlah apa yang terbaik setakat yang termampu - dan let Allah take care of the rest.



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.

Moga Allah redha.

Tuesday, January 31, 2017

Nilai Diri

Bismillah walhamdulillah.

Aku selalu ingatkan orang-orang yang rapat dengan aku, rusukkiri mesti dah nak muntah dengar, adik-adik aku memang dah cop aku kaki bebel bila topik ni keluar, kawan-kawan rapat pun tahu. Bukan sebab pendengar terpilih (selected audien) aku ni tak tahu, tapi biasalah, kadang-kadang aku sendiri pun jadi bengap jugak, so dengan menegur orang-orang yang rapat dengan aku, sampai time bengap aku, diaorang boleh tegur aku balik.

Ketahui nilai anda. 

Dalam hidup ni ada banyak mende yang boleh kau kejar, tapi malangnya kau takkan cukup masa untuk kejar semua. Dan setiap kita ada keperluan untuk pilih, apa yang sebenarnya worth fighting for. Dalam keadaan kita masing-masing ada perangai (attitude), pendekatan (approach), latar belakang (background) dan persekitaran (environment) yang berbeza, kita sama-sama tidak layak untuk mengkritik (judged) pilihan orang. Apa yang bernilai di mata kita, belum tentu sama bernilai di mata keluarga kita, di mata majikan kita. 

Sebab itu setiap kita, kena ada skillset untuk nilai sendiri, apa sebenarnya NILAI kita?

Nak jadi apapun, padan ke tak dengan apa yang ada dengan kita? Takkan nak suruh Ustaz Azhar Idrus jadi joki golf sedangkan beliau ada kepakaran berdakwah? Takkan nak suruh Safiq Rahim jadi runner serve saman padahal dia reti main bola? Dan sebab itu UAI dan Chopot dikira berjaya, hanya kerana satu sebab - mereka mengetahui nilai mereka.

Terjebak dalam dunia serba gila hari ini buatkan aku terfikir - apa sebenarnya nilai kita : anak muda sebenarnya? Jadi macai suruhan orang? Jadi pengepost status celaka memisahkan relation manusia? Jadi peguam pencari authority membenarkan kezaliman? Jadi ustaz penghafal dalil sipi-sipi buat kelentong umat? Atau jadi majikan nak cepat kaya pemeras keringat pekerja? 

Ada akal untuk mencerna, ada agama sebagai panduan. Kot kot mana pun kau nak kira, pastikan biar kau tak rugi kat sana. Rugi sini takpe, at least kau boleh overturn setahun dua, tapi kalau kat sana, Allahu. Sumpah, banyak gila antara kita yang sampai sekarang tak tahu nilai masing-masing.

Jangan sia-siakan peluang muda yang ada.
Ketahuilah nilai anda. dan menyumbanglah sebanyaknya buat umat.

Semoga Allah redha. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...