Bismillah walhamdulillah.
Dah tiga hari Ramadan - apa khabar ibadah kita? Rugilah kalau kita sekadar jalani hidup macam biasa, tanpa ambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan ni, kan?
.
Aku nak share - pasal management. Betul, ia tak sepenting content delivery, tapi tanpa management yang baik, content power macamanapun confirm takleh deliver.
.
Aku bagi contoh mudah, instruction adalah untuk buat rumah. Ada 5 orang tukang, masing-masing memang pakar tahap dewa. Kalau buat sendiri pun confirm boleh siap rumah, cuma lambat je lah.
Masalah timbul, bila tidak ada operating sistem yang manage kerja 5 orang ni. Kau agak-agak rumah boleh jadi rumah tak? Even if ada pelan etc, tetapi management yang lemah mesti akan bawak masalah kemudian hari.
.
Aku rasa dah cukup tua untuk alami mismanagement orang ni. So bila aku nak setup office sendiri, mende yang paling aku takut ialah, apa jenis working sistem yang aku nak implement dekat ofis? Macamana nak ambik instruction, macamana nak terima payment, macamana nak distribute tasks, macamana line of command nak turun etc.
.
Aku tahu takde sistem pun yang sempurna - tapi aku percaya bahawa sistem yang lebih baik tu selalu ada.
.
So lesson learnt ialah - sebelum setup apa-apa, makesure tahu dulu apa model perlaksanaan dia. Kang senang, takdelah semput tengah jalan. Apapun, bila jadi suwey gini. Time to look back, setara mana dah relationship kita dengan Allah. Kot ada lacking kat mana-mana ke.
.
Wallahua'lam. Doakan aku kuat.
Izzat Ghazali
- being stronger is the only choice.
No comments:
Post a Comment