insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Saturday, September 11, 2021

Tentang Syiar dan Izzah

Saya ada pengalaman ke Jogja untuk program pertukaran pelajar zaman Mahasiswa dulu. Universiti saya ada joint-venture dengan UMY (Univ Muhammadiyah Yogjakarta) & UII (Univ Islam Indonesia).

Antara perkara yang masih saya ingat sampai sekarang, adalah bagaimana pengamalan agama yang ditunjuk-tunjuk dengan berani. 

Misalnya, salah seorang rakan kami tidak bertudung, namun bila masuk waktu solat antara yang terawal menyarung kain sembahyang (dalam beg kecik yang comel), dan ikut kami berjemaah di balai kegiatan siswa (macam bilik untuk persatuan pelajar). 

Mulanya saya jadi terkejut jugak, sebab di UIA biasanya kita tidak sembahyang bersama-sama (beza jantina) di tempat terbuka sebegitu. Kalau di surau/masjid itu biasalah. 

Jadi lama-lama, berdua pun (lelaki perempuan) biasa je solat di hujung bilik sementara yang dah solat pulak boleh teruskan discuss hujung belah sebelah lagi. 

Hal ini terjadi semula sewaktu kunjungan balas mereka ke universiti saya. Pensyarah yang jadi guru penasihat kami ada buat makan-makan sikit di rumahnya, jadi saya ditugaskan mengiringi dosen mereka untuk ke sana. 

Masuk sahaja waktu Maghrib, kalau amalan biasa kita di Malaysia, tetamu akan ditunjukkan bilik untuk solat kan? Yang lelaki mungkin bersolat di ruang tamu terbuka, manakala yang perempuan pulak biasanya solat di bilik. 

Tetapi hari itu, isteri Pak dosen selamba sahaja hamparkan sejadah di belakang kami, ikut kami bersolat bersama. Sampaikan isteri pensyarah saya pulak yang terkocoh-kocoh tak tahu nak buat apa, sembahyang di saf sebelahnya atau naik ke bilik untuk solat sahaja. 

Peristiwa ini mengingatkan saya bahawa solat ni sebenarnya syiar kita, dan bila mende yang jadi syiar memang kena molek tunjuk/tonjol kat orang. 

Sebab tu masjid kena buat betul² kat tengah² bandar, bukan terperosok kat hujung². Jangan pulak jadi macam musolla di shopping mall yang biasa terperuk jauh kat basement sekali dengan parking. Kita nak gi sembahyang pun rasa malas. Rosak teruk bila terikut sangat dengan acuan luar. 

Jadi bila kita solat di rumah, solatlah di tempat paling luasa di rumah. Biar orang tahu kita sedang solat. TV kena slowkan dulu, yang bercakap kena tunggu. Bila kita solat di bilik, satu dah tak boleh solat sekali, dan malang sekali ia tak jadi syiar kita dah. 

Nabi ajar, yang wajib ni kena tunjuk untuk ajak, yang sunat tu yang kena sorok biar jadi rahsia kita. 

Kita pulak terbalik, yang wajib ni disorok² yang sunat tu pulak yang ditunjuk². 

Solat adalah syiar, dan kegagalan daripadanya akan sebabkan hilanglah izzah kita. 

Semoga bermanfaat. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...