Bismillah walhamdulilah~
Diasak dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan menjadi rencah utama rating malas dalam diri naik secara mendadak. Menyebabkan izzatghazali.blogspot kesunyian dari sebarang posting baru. Banyak artikel yang ditulis pada hakikatnya, namun rasional akal tidak memberikan approval yang ditunggu bagi untuk mem’proceed’kan progress. Bimbang sensitiviti waqi’ tidak betah menerimanya.
Alhamdulillah~ sahabat2 serumpun daripada Indonesia, sudah selamat berpijak dan melangkah di bumi Malaysia. Dan sudah 2 minggu juga mereka bermastautin di sini. Koleksi acara yang dirancang bagai nak menangis, rangkaian program yang tersedia untuk dilaksanakan menjadi tema mimpi aku semenjak 2 minggu lalu. Semoga semua Program Manager dan exOfficio memainkan peranan masing2 dlm menjelmakan prasarana yang baik untuk dipersembahkan kepada sahahabat2 baru aku secara keseluruhannya.
Menyambut kedatangan mereka bukanlah sepertimana permulaan yang aku harapkan. Berlaku banyak ‘misscommunicated’ yang menyaksikan aku tersentak sekaligus membuatku tersedar kembali. Tak semua yang dirancang bakal jadi kenyataan kan? Dan sekalung penghargaan buat Avin atas inisiatifnya. Sangat terasa kerdil di kala itu mengangkatku menginsafi Allah lah Perancang segalanya. Dan rancangan Allah akan selalu terjadi.
Welcoming ceremony. Impak yang ku harapkan besar kali ini masih belum juga menjelma kali ini. Event yang bukan berlaku setiap hari ini sepatutnya disambut meriah oleh kami, namun ujian Allah bertandang lagi. Muka kembali merona merah pabila tidak ada wakil pun daripada kami mengalu-alukan kedatangan mereka. Sekilas kupandang ke wajah dosen (pensyarah) mereka, ternyat aura kurang senang terpercik di wajah. Hasilnya, lecturer yang datang jauh lebih ramai daripada exco Lawsoc yang hadir.(Thankx utk kak yang, kak ngah n adik mmg xyah attend class pun, xd test,n mmg dpt elaun pun ble dtg prog 2 (T_T)
Third prog, ya Allah, hatiku sarat dengan harapan agar pisang janganlah berbuah lansung kali ini. Mintak2 anggur yang dapat. Mengambil iktibar daripada sejarah, ku temui Husna+Adib+Azie+Aina sendirian. Menelesuri setiap detail daripada apa yang bakal berlaku, modul untuk Session with LawSoc ini satu demi satu. Dan Alhamdulillah, selain daripada komitmen daripada pihak kami, yang datang n pergi sesedap rasa, segalanya berjalan lancar.
[ and now I stop writing, I don’t think my mind can contol my emotion well ]
1 comment:
proceed to tambun please!
Post a Comment