insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, September 20, 2010

habitat asal hati saya.

Bismillah walhamdulillah.

Cuti sudah berakhir. Dan bibit2 perpisahan mula menjadi nyata. Sorak sorai teratak dari ini mula terhenti, kembali menjadi sunyi. Sepi dengan gelak ketawa, sepi daripada esak tangis. Dan satu tempoh masa akan dijalani sebelum teratak ini kembali terisi. Tanpa menolak ketentuan takdir, penantian untuk kembali sama2 berkumpul lagi selepas ini mungkin akan menjadi kemustahilan, bila panggilan Illahi itu datang menjengah lebih awal daripada tempoh itu sendiri. *Berkatilah usia kami yaAllah* =)

Mungkin lepas ni, mak akan upah orang lain untuk berkawal 24 jam, sebab biasanya jaga2 dia akan stay up sampai lewat pagi bila syok sangat baca blog orang or tunggu movie siap download. Dan akan jadi logik jugak kalau lepas ni, mak kena masak nasik sorang2 bila bibik2 dia semua bagi notis cuti utk sambung belaja. Bukanlah perkara mustahil jugak, bila laptop dan TV kat umah akan mogok sebab jarang sangat luangkan masa kat diorang bila budak2 sekolah itu disibukkan dengan kerja2 rumah. Dan berderet2 lagi adegan yang langsung tak ingin kita lihat akan termaktub dalam kenangan.

Kalau berat hati kami mahu melangkah, keluar dan pergi dari teratak ini, saya yakin dan saya percaya, timbangan hati untuk mereka yang melihar kami pergi akan lebih mengatasi. Separuh daripada zuriat-nya bukan berada di depan mata, hanya risikan khabar daripada medium perantara skrin 2-inci, dan temalian doa jadi pengikat. Hubungan cinta yang berjarak jauh lantaran komitmen yang lebih mendesak. Dan, siapa yang cukup berani mampu mendakwa batin mereka tidak terseksa?

Terenap di mendapan takdir. Kami diikat dengan darah kalian, hubungan disebabkan berasal daripada rahim yang sama, asas pendidikan yang serupa, menjadikan kami sebagai zuriat ‘qurratul-a’yun’ buat baitul-Muslim kalian, anak2 kapal bg pelayaran rumah tangga kalian. Insan pertama yang dikenali, insan pertama yang dirindui.Chef pertama kami, penglipurlara kami, doktor peribadi kami, guru tanpa gaji kami. Dan ada sebab lain lagikah untuk mejadi penghalang kami mencintai kalian sepenuh hati? Tidak sama sekali wahai ayah ibu.

*Ya Allah Ya Tuhan kami, kasihanilah kedua ibubapa dan rahmatilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil*

May Allah bless. Wallahua’lam.
teratak abadi, bandar ambs.

Friday, September 17, 2010

Life is a long-way journey

Bismillah walhamdulillah.


Benarlah peringatan baginda Rasulullah beberapa dasawarsa yang lalu, akhir zaman itu akan tiba bila masa itu berlalu dengan begitu pantas sekali. Dan terasa bagai semalam, saya dan keluarga berbaju kuning menyambut Aidilfitri. Hingga jiwa tersedar kembali, baharulah saya tersedar yang kami sudah memiliki purple sebagai tema tahun ini. Alangkah cepatnya masa berjalan, pergi tanpa kembali lagi. Selaras dengan teka-teki al-Ghazali terdahulu, apakah perkara paling jauh? Dan jawabnya, masa yang telah pergi. Dan, ia bukan sahaja tersangat jauh malah ia tidak mungkin akan kembali. Lagi.

Hari ini adalah kenyataan bersama semalam sebagai kenangan dan esok menjadi harapan. Saya dan kamu2 sekalian, pastinya tidak akan mengetahui keadaannya esok. Kekal sebuah rahsia untuk kita. Dan, sama2lah kita berimpi, agar tetap nafas ini dihela untuk saat2 berikutnya. Ironinya, kita merancang untuk masa depan yang entahkan ada atau tidak bukan? Begitulah Allah menduga kita. Dan disinilah keperluan untuk ‘berserah diri’ sangat mendesak.

Berserah diri kepada Dia lantaran kita sangat tidak mengetahui apa yang menanti di depan sana. Berserah diri kepada Dia bila mana kita hanyalah peminjam tegar kepada semua nikmatnya. Berserah diri kepada Dia kerana kita hanyalah sekadar makhluk ciptaannya yang lemah tidak berdaya, dan diangkat sebagai khalifatul ardh dengan kurniaan sejalur akal, sebagai ciptaan yang tebaik, perbezaan dengan jutaan buatanNya yang lain. Dan kita, saya dan kamu, masih tetap degil untuk mengerti. Bukan? Dan nikmat Dia yang mana lagikah ingin kita dustakan?

Pulanglah wahai jiwa kepada fitrah asalmu, yang pernah bersaksi bahwa Allah-lah satu2nya zat yang harus ditaati. Sedarkah? Kita lah golongan yang rugi. Yang masih lagi menanti petanda2 lain agar hati lebih tergerak untuk mengerti. Sementelah banyak peringatan telah diungkapkan, tetapi kita tidak memahami. Berserahlah wahai diri. Berserahlah kepadaNya. Hanya untukNya. Kerana hidup ini bukan hanya untuk di sini hari ini, malah juga di sana esok hari.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang memahami sekaligus tergolong dalam mereka yang tidak rugi. Wallahua’lam. May Allah bless.


izzatghazali, bandar ambs, dungun

Macamana lah aku tak hangin!!!

bismillah walhamdulillah.

inilah sultan yang wajar didoakan tetiap kali g semayang jumaat tp apsal bukan semua sultan macam baginda?? macamane lah aku x hangin!






Ya Allah. rahmatilah pemimpin yang berjiwa rakyat ini.
Ya Allah. rahmatilah pemimpin yang memartabatkan Islam ini.

daulat Tuanku. daulat Tuanku. daulat Tuanku.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Tuesday, September 7, 2010

Besdei Sape ..?

Bismillah walhamdulillah.


Kalau ikutkan hati, nak je aku tidur balik ni. Tapi mengenangkan 8 September ni bukan tarikh yang datang seminggu sekali, aku sanggup ‘sangga’ mata ni kejap buat entry pasal kamu taw.

1st situation. Suatu petang yg indah, moto aku habis minyak. Seingat2 aku, budak2 bilik semua tgh syok tido lagi. Memang patah r kaki kan kalau aku jalan kaki balik bilik ni kn? So, sbb aku ad ko, aku pon call ko. *Salam, ko ad katne nih? Meh amek aku kt klinik jap* Talian putus. Credit xd pulak. Dekat area EDU 2 mana ad kedai jual topup kn? Kalau ad pun, hari tuh weekend mmg kompem r tutup. Aku letak phone aku dlm beg, bersiap-siaga untuk melangkah pulang. Azan asar kedengaran. Jadi utk tidak membuang masa, aku pon g lah masjid. Habis solat, aku layan nota cinta jap, then ternampak sorang member nih, so aku pun mengemis kenderaan untuk pulang k bilik. Sampai kat bilik, Raafiq tanye, *weih Ee, bini ko banyak kali kot call aku tadi, dia cakap ko masuk spital*. Hahaha.

2nd situation. LAWSOC bukan booth sempena AikolFest. Sebagai exco yang baik, aku ditugaskan mencarik kek coklat. Mula2 aku approach r syed. Tapi sebab kebetulan mak aku ad pameran usahawan kt Bukit Jalil, aku pon roger r dia. Kalau ikot imagination aku, dlm 2 plastik besar pon lebih dr cukup dah utk bwk balik. So, aku ajak Cham g sana. Sampai2, amik ko, mak aku bagi 5 kotak kek+roti nak suruh jual. Ya Allah. memang fikiran luar kotak betol r. aku call Kak Masleha,at least kalau dia mengamuk pun, 2 utk LAWSOC. Tapi, dia balik umah pulak. So, aku call ko. Ko sgt r ad prog tym 2. Sbb xd pilihan sgt, aku goda gak ko sruh datang. Dgn penuh keterpaksaan, ko dtg jugak. Hasilnya? ko bwk kete mcm nk jemput van jenazah punye stail. Bleh r book siap2 bas UIA gi Terengganu kenduri arwah aku kan? Hahaha.

Others situation. (aku nak tido jgk nii!!!! ;p) Sape r bleh lupe bila ko berduka time kamera ko hilang kt jogja 2? Ko ingat aku x tahu ko nangis tersedu-sedan bawah katil? Ko ingat mawi tido betol2 k tym tu? Dia sangatlah spy aku. Hahaha. Kamera ko xnk blik Malaysia r 2. Sape r bleh lupe bile ko kne marah ngn nenek tingkat 3 tuh? Tetiap kali kne marah, rabak kredit ko call aku kan? Hahaha. Dia sangatlah x faham mcmna penderitaan kita nih, ko igt masa dia student dulu dia join ke persatuan mahasiswa camnih?


Walau ko ad sume barang set lengkap macam perempuan, walau ko xnk hantar aku g LRT pada hari yg hujan, walau ko selalu buat muke tetiap kali aku datang lambat masuk kelas, walau ko macam nak makan bile ko rasa aku x study pun even esok exam, walau ko selalu dikecewakan je tetiap kali buat pujuk rayu kt aku ajak g library, walaupun ko merajuk kalah awek aku tetiap kali rasa aku macam buat derk kt ko, walaupon mulut ko memang da tertanam ‘cissss!’, ‘syaiton’, ‘kepala ho’ kt tepi bibir, walaupun ko perasan ko hensem sbb ada ‘abang angkat’ (hahahahaha), walau apa sekalipun ……….. KO INGAT AKU HERAN KE HAH ??


Kita sama? Ko menghabiskan malam ko kt library, aku menghabiskan malam aku kt bilik meeting. Ko layan lagu2 barat, aku layan nasyid. Ko orang kaya, aku orang miskin. Ko ada abang angkat, aku ada ‘kakak’. Ko MRC, aku LAWSOC. Ko orang perak, aku orang ganu. Ko sekolah agama, aku sekolah sains. Berat ko 80kg, berat aku 50kg. Ko bajet ko hensem, aku x bajet pon. Ko beremosi, aku x seemosi ko. Ko jenis yang amik peduli, aku jenis yang ‘biarkan ia berdikari sendiri’. Result ko DeanList, result aku kais pagi makan pagi List. Ko bawak kete, aku xd duit nk beli kereta. Ko sebilik ngn Dhue, aku sebilik ngn Rapik. Ko jenis yg lepak restoran ekslusif, aku lepak mamak je. Petang2 ko tido, petang2 aku main. Ko 6 beradik, aku 9 beradik. Adik2 ko sume laki, adik2 aku ad laki ad prempuan. N mcm2 perbezaan lagi, satu pun x pernah membezakan kita =)

Selamat Hari Jadi kepada Nik Azman bin Nik Hashim, semoga Allah memberkatimu.. (oit, Dani, ni bukan entry utk ko taw, ko jgn dok perasan. Hahaha.)


May Allah bless. Wallahua’lam.

Izzatghazali,
Bandar AMBS,
Terengganu darul Iman.

Thursday, September 2, 2010

perutusan aidilfitri drp head PR Convest ~

bismillah walhamdulillah

salam alaik kpd subcom subprog2 yg begitu tega mnjalankan tugas, hehe *ayat kene mahu manis kn* =)

1) firstly, on behalf of all my comitte mmber n diri saya sendiri, nk mtk maaf sgt2, if kitorang dilihat terlalu 'mendesak' korang. bukanlah kehendak kami sebenarnya, melainkn tuntutan tgjwb yg tersedia. biasa lh 2 kn? join prog, kne ready utk di'push' sket kn? n even sy dpt tahu ad yg ckp kitorang (central) xreasonable sbb trlalu 'kejam' bila setupkn dateline suke2 hati, tp kami xksh pn, mcm lh kita cerita kt orang mcmna bestnya mak kita masak kn? hoho..

2)secodly, alhamdulillah, syukur sgt2 saya diberikn kekuatan dgn khadiran subcom yg POWER mcm korg. dgn rentetan tugas yg xpnah surut, midterm exam yg
datang n xpergi2, komitmen trhdap kerja2 PR ttap x berubah kn? best r korang. apapun, kami, selaku central seperti biasa dgn tegasnya, mengingatkn, kekalkn mood 'bekerja kerana Allah' 2 sllu, klu x, habuk pun tarak r kn? klu marah central sbb xbgtw awl2 pn, mrah krna Allah, klu kecewa sbb VIP tarik diri last minute pn, kecewa krna Allah, n klu sedih xd org dtg prog kita pon, sedih krna Allah, kompem, korang ag jd 'best kuasa dua' =)

3)thirdly, selaras dgn pesanan imam Nawawi (klu xsilap), 'xd masa pun manusia bleh rehat sebelum smp nya mati'. so, korang jgn dok igt cuti raya kali ni, korang bleh bwt
lawatan smbil belajar g mongolia pulak ;p, still kne 'bekerja' taw, jd PR ni, sblom prog kne bwt keje byk, smsa prog kne bwt keje sket, n afta prog belh dok rilek, senang kn? so, sila lh email2,calling2, mesej2, fax2, surat invitation letter kpd vip k, panelist k, hatta referee skalipun, confirmkn khadiran diorg. setelkn cpt2 utk hari raya yg lbih crmrlag.. kami (central) akan memburu anda hingga ke lubang2 biawak jika anda x mbuat kerja *waaaaah*

4)utk mmudahkn medium perantaraan kita, bg yd add MukaBuku silalah join group kami yg dhaif ini (klik sini) insyaAllah, kami akn sllu mengupdate kalian drp medium ini. bg yg mboikot FB
krna mereka agen Israel, xjd mslh, sila ber'mesej'an dgn subcom central yg ditugaskn kpd prog anda tnpa segan silu 3 kali sehari (bukak pose, bgon sahor, bgon tido tghari) hehe.. sbg alternatif, or kmusykilan sila lh tros merujuk kpd sy izzatghazali, 013-2225482, klu mak saya x suruh saya g bwt kuih raya, saya akan reply msj anda, jgn risau, sy pose n xmkn org sgt.

5)sy mtk maaf sgt2 sbb sy xtaw mne satu, subcom subprog, mne satu subcom central, (username emel nk hot j kn?). so, sy forward kt smua j lh, kn senang? haha =) kpd subprog
yg xd wakil, subcom central WAJIBLAH meng'forward' msj ini kpd mereka ya? slmt hari raya =)


may Allah bless. wallahua'lam.

izzatghazali,
3sept2010,
mahallah bilal,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...