insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, December 26, 2016

Bangsa Tanpa Negara

Bismillah walhamdulillah.

Nak cerita pasal Rohingya ni kan jadi terlampau mainstream sangat sebab semua orang nak cerita sampai orang dah tak tahu dah mana satu betul, mana satu tipu. mana satu versi sapu bawah karpet, mana satu versi ajinomoto. tapi tu je lah yang kau reti pun. kan? nak balas komen kat fb nak bagi nampak educated sikit, time-time tu lah jugak kau google kohkoh. cumanya, bagi aku kita terlalu melebih dalam mende yang kita tak boleh buat.

Yelah, kau tu bukan Perdana Menteri pun, bukan Kedutaan pun, setakat masuk punch-card keluar balik pergi soru tu iyelah, tu pun dah dapat warning letter pasal asyik mengulor je. sebab tu kita sembang je boleh. dalam pada kita mempertikaikan kenapa PBB, OIC, ASEAN, hatta Government sekalipun yang memang sah-sah kita takleh buat apa, baiklah kau tengok Rohingya yang tengah cari pili paip tak kunci depan kedai nak buat minum tu. Belanja makan ke, derma lah ke. At least, kau ada 'berbuat' sesuatu. 

Sebab akhirnya, yang dilihat besar pada kaca manusia - berucap dalam demo, pergi hantar tentera pengaman etc, belum tentu lagi dilihat besar dalam nilaian Allah, dan yang orang tengok kecik - derma roti, biskut kat pusat-pusat pelarian, bukak tabung dengan kawan-kawan, kumpul & serah mereka, belum tentu di sisi Allah pun dilihat kecik jugak. teruskan sebarkan mesej solidariti untuk bangsa tanpa negara, saudara seagama, dan harapnya, derita mereka nanti akan ada titik nokhtahnya.

Moga Allah memudahkan urusan kalian. 
dan mengejutkan kami daripada nikmatnya kelekaan ini. 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...