(post ini berjaya ditulis sampai habis bila handphone aku rusukkiri rembat pergi school dia)
Masuk hari ini, dah masuk lebih kurang 3 bulan Belong masuk sekolah PASTI. Dalam sela masa tu, boleh bilang dengan jari berapa kali yang bangun tidurnya tak dihiasi dengan bunga silat sebelum hantar ke depan pintu PASTI. Itu tak termasuk sesi mogok acah-acah kerah kejung tak bergerak.

Banyak style dan research dah aku dan rusukkiri kaji dan implement untuk tengok keberkesanan kaedah cadangan tersebut, ini termasuklah masuk tidur awal, bed time stories, buat rumah gelap gelugup, mandi-sikat rambut-pakai bedak sebelum tidur, bagi anak penat, sumbat makanan banyak-banyak, suap ubat tidur dan lain-lain.
Walaupun tidak dapat dinafikan, ada di antara kaedah tersebut bolehlah dikatakan berjaya, namun efficiency terhadap sesuatu kaedah tersebut adalah tidak persis, tidak konsisten. Ia juga kadang-kadang memerlukan kombinasi 2-3 kaedah yang mencetuskan variasi kaedah baru dan menghasilkan varian yang mencapah dan pelbagai.
Menurut dapatan kajian kami, corak tidur anak tidak tetap ini adalah tidak baik, namun tidaklah perlu dibimbangkan sangat oleh ibu bapa. Hal ini adalah kerana pola tidur ini akan berubah dengan sendiri apabila komposisi badan sudah mulai stabil bermula usia 7 tahun. Jadi aku dan rusukkiri membuat keputusan untuk baiklah kita enjoy the moment daripada gelabah tak tentu pasal.
Namun masalah timbul apabila Belong bersekolah yang memerlukan beliau hadir mengikut waktu yang ditetapkan. Aku tiada bangkangan terhadap budaya mengambil nama budak yang lambat datang ke sekolah bila sekolah rendah, ataupun memberikan hadiah kepada mereka yang datang awal kerana kapasiti usia 7 tahun anak-anak untuk memahami adanya peraturan, ganjaran dan hukuman.
Cumanya, untuk mengasak berkenaan ketetapan itu dan ini seawal usia 4 tahun, pada aku akan mencipta satu lagi robot dalam sistem kehidupan kita. Kebebasan untuk membuat pilihan, dengan pengetahuan terhadap risk/interest yang akan diperoleh, adalah kunci kepada kreativiti manusia. Malanglah apabila, ibubapa yang masih berdegil menyuakan anak masuk ke gerigi pintu hanya kerana Taska/Tadika menetapkan perlu hadir dalam tempoh itu.
Aku sangat percaya kepada peranan innerself terhadap apa yang kita produce. Jadi adalah amat penting untuk memastikan mood baik (positive vibe) membuah ranum tanpa stress di permulaan hari. Apatah lagi dalam Islam juga dititikberatkan berkenaan dengan stage usia yang digelar 'mumayyiz' iaitu usia yang mana yang baik dan buruk itu dapat dibezakan. Kita tahu, namun manusiawi kita tidak menerima lantaran merasa tidak adil anak kecil diberikan kelepasan sementelah kita diikat ketat dengan undang-undang.
Solusinya yang aku buat untuk Belong (dan boleh improvise untuk Bengah) :-
1) tidur awal. semua kena tidur. dan kalau nak buat mende lain, tunggu lepas anak-anak tidur. Mende lain tu contohnya marking paper, kau jangan nak fikir kelaut sangat. susu kena lengkap, bau badan kena wangi, cadar kena kebas, bantal kena tepuk.
2) handphone luar bilik. masuk bilik kena tinggal hp kat luar. anak-anak sekarang advance lain macam, Belong siap pernah pesan aku nanti Abi main, kumpul point sebab dia nak unlock stage lain. fuuuuuuuuh.
3) bercakap/bercerita/berinteraksi dengan anak-anak. cerita apa yang dia dah buat, apa yang dia akan buat esok. cerita kisah nabi. cerita dongeng. cerita rakyat. cerita kedai kopi tiada hakim tiada saksi.
4) di penghujung cerita, baca doa ramai-ramai. zikir-zikir sikit. baca surah ke. aku suka sebab Belong sekarang dah boleh ikut 3 Qul, so dia akan marah bila aku cakap pelan. dia jerit - tuattlaa Abi.

5) hilangkan deria mata dan telinga. kena gelap, dan lepas habis point 3&4 - tiada suara dibenarkan dah. tidur. kalau anak nak main lagi, kau kena buat tidur. rusukkiri pernah kena cakar tangan, kena lompat atas perut dan kena tepuk tangan di muka sebagai rekod. samaada kau kena tahan sampai pagi esok, ataupun kau kena tidur sambil menangis.
dan yang paling penting, masa kau bangun. biarkan dia tidur lagi. Apa kau ingat budak tu macam kau ke tidur 5-6 dah cukup? dia kena 7-8 jam untuk pemulihan, tumbesaran. kalau boleh, bagi dia chance bangun sendiri, sebab bila dia terbangun sendiri daripada tidur, ia menandakan batery dia sudah full direcharge. Kang kalau kau paksa bangun, sebab nanti cikgu tadika marah, batery tak full, kau jugak susah!
kenapa tidur anak 1-6 tahun sangat penting? sebab tidur adalah masa untuk dia reset balik sistem dia. dan jangan sama sekali bandingkan konon masa kecil dulu kita lagi teruk kena sebat dengan bapak sebab nak kejut tidur. kau jangan nak menipu laa, bapak kau hayun tali pinggang masa kau umur 15 tahun, bukan range umur 4-6 tahun.
dan selalunya, before gerak ke school dia, kalau roti lalu aku beli roti. dalam kereta aku koman-koman mesti ada Skittles, untuk bagi sebijik seorang bagi dia boost sikit nak menghadapi hari yang mencabar di sekolah. nak berhadapan dengan cikgu, kawan-kawan, buku-buku dan mainan yang kawan-kawan seledup pergi sekolah.
Gitulah anak-anak. moga membesar menjadi saham syurga Abi Umi. sebab Abi Umi sedar, kalau ikut amal baik Abi Umi, nak cover dosa maksiat sendiri pun sesak nafas.
abi.
yang power (sebab umi. dan anak-anak.)

No comments:
Post a Comment