insyaAllah. bersama kita berkongsi ilmu ;)

Monday, June 24, 2019

Terlajak Rajin

Bismillah walhamdulillah.

Mungkin sebab aku ni anak sulung, pulak tu jadi lawyer dan terpaksa jadi bos di usia muda - aku perasan yang aku ada tendency untuk 'mengajar' orang.

Mengajar, dalam erti kata lain - menunjukkan cara yang betul.

Contoh mudah macam, aku bagitahu kat budak-budak baru nak up ni eja la penuh masa tengah discuss dalam group Whatsapp, so nanti nak search apa-apa semula senang. Dah kau eja pwd, mana orang nak cari password nanti.

Sama jugak macam kena tadah air bagi penuh dalam toilet sebelum keluar, sinki dapur kena kosong, dan banyak lagi contoh lain. Pendek kata, hampir kebanyakan mende kena ada 'cara' dia.

Mungkin jugak dibesarkan sebegitu menyebabkan kita jadi tak biasa dengan 'cara' orang lain.

Jadi tanpa sedar, aku telah offended orang-orang sekeliling aku dengan kerajinan mengajar sebegini.

Aku mintak maaf kalau-kalau ada mende yang dibuat menyinggung perasaan orang. Takde niat langsung nak perkecilkan ke, nak buat nampak teruk dll. Hanya sebab aku dah terbiasa menjadi sebegitu.

Maaf ya.

Saturday, June 22, 2019

Perjuangan dan Pengorbanan

Bismillah walhamdulillah.

Orang kata - kalau kau nak something, kau kena sacrifice something.

Atas setiap value, pasti ada harga yang kena bayar.

Cuma, ia tidak terpakai untuk kehidupan akhirat.

Sebab kalau kau nak akhirat pun, kau tak perlu sacrifice dunia.

Tuesday, June 11, 2019

Syawal : Biar Jadi Kemenangan Hakiki

Bismillah walhamdulillah.

Kita sambut Syawal dengan riang gembira, sebab (sepatutnya) setelah menempuh Ramadan, kita telah kembali kepada fitrah - sebab tu Hari Raya Aidilfitri. Fitrah sebagai manusia yang lemah tiada daya, fitrah sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, fitrah mengharap kepada belas ihsan & kasih sayang, fitrah dalam mentaati Allah.

Malangnya, belumpun tetamu sedia ada melangkah pergi, kita teruja untuk menanti tetamu lain (yang belum tentu datang) menggantikan. Terleka yang tetamu yang masih ada, tidak dilayan sempurna - sedangkan kehadirannya menjanjikan ribuan kebaikan.

Bermaafan sesama kita di Aidilfitri, atas asas bahawa yang menjadi terhutang dengan Allah telahpun sedia dilunaskan sepanjang tempoh madrasah tarbiyah Ramadan.

Semoga kebiasaan yang terbentuk dalam fasa Ramadan, bangun malam, ngaji quran, lazimi masjid, sedekah jariah dll tetap tidak ditinggalkan - walaupun bukan atas nama Ramadan. 

Kerana sesungguhnya, kitalah hamba kepada Rabbani bukanlah hamba Ramadani.

Kerana itu jawapan kepada Ramadan Kareem ialah Allahu Akram. Agar kita tidak goyah bahawa kemuliaan yang ada pada Ramadan tidak sedikit pun menggugah kemuliaan Allah. 

Semoga menjadi peringatan dan memberikan manfaat bersama.

Selamat Hari Raya,
Semoga amal ibadah yang kita laksana sambil lewa, tanpa khusyuk, tetap diterima Allah.

Mohon maaf salah silap.

Kullu am wa antum bil khair.

Izzat Ghazali.

Sunday, June 2, 2019

Jangan Pergi.

Betullah.

Bila mende tengah ada, takde orang nak rai,  takde orang nak peduli.

Sibuk sangat la kita konon, buat kerja itu buat kerja ini.

Padahal tahu, yang setiap satu tentu akan ada tarikh akhir waktu pergi.

Time dah last baru la kita sibuk menggagau merungut di masa berbaki.

Ramadan, jangan pergi.

Kesempatan yang kita lupa akan datangkah lagi pada kita nanti?

Umur dalam tangan Tuhan, tapi ego dan jahil kita selalu dok lupa diri.

Walhal daripada awal kita azam, taknak masuk dalam kelompok orang yang rugi.

Alih-alih cinta kita pada dunia butakan mati, gelapkan hati.

Ramadan, akankah kau kembali? 

Sebab rasanya kita mampu buat dengan lebih sempurna daripada yang kali ini.

Moga diterima setiap sujud, siyam & qiyam di celah waktu saban hari.

Walau mungkin tak sempurna, hati tak khusyuk, persediaan tak rapi.

Harapnya di sisiMu, yang kecil inilah di mahsyar nanti yang bantu kami.

Ya Rabbi, 

Saksikanlah - setiap amal buat kami, hidup kami, mati kami, segalanya untuk Illahi.

Maka, redhakanlah kami.

Izzat Ghazali
29 Ramadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...